Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Thursday 31 May 2018

Rindu Yang Terlarang ~ Umie Nadzimah

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Cinta sembunyi-sembunyi mereka tersimpul sejak di bangku sekolah.
Tidak mahu terus hanyut dengan rasa cinta, Faith dan Ainnura mahu menghalalkan hubungan walaupun usia mereka masih muda.

“Jangan panggil kami mama dan ayah, kalau ada niat nak kahwin dengan keturunan lahanat tu!” – PUAN ROHANA

Benci dan dendam dua keluarga menghalang penyatuan cinta Faith dan Ainnura. Jangankan hendak berbesan, selisih jalan pun mereka tidak sudi. Masing-masing isytiharkan permusuhan tujuh keturunan.

“Kita tetap akan nikah, Ain!” – FAITH
“Tapi… Macam mana?” – AINNURA

Atas dasar simpati, percaya dan inginkan cucunya bahagia, tok wan Ainnura akhirnya menikahkan mereka secara rahsia. Yeah… Nikmat berumah tangga bagaikan syurga dunia. Sayang sekali hanya seketika cuma. Bila rahsia terbongkar, Faith diberi kata dua, cerai atau nyawa.

Dua-duanya nanar… Perpisahan tanpa rela membuatkan mereka hidup tanpa jiwa. Setiap hari Ainnura menunggu Faith kembali seperti yang telah dijanji, namun harapan hanya tinggal harapan.

Tak Sempurna Mencintaimu ~ Rehan Makhtar

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Pertemuan antara mata redup dan mata kuyu itu tak indah. Ianya menyakitkan. Hinggakan si mata redup mahu lupakan segalanya dan tidak mahu terhutang apa-apa. Sebaliknya pula pada pemilik mata kuyu itu. Selagi gadis bernama Siratul itu belum selesaikan hutangnya, dia tak akan biarkan gadis itu begitu saja. Ya, katalah dia kejam. Kenyataannya, memang dunia ini kejam! Dia juga pernah menjadi mangsa.

“Kau sindir aku lagi, kan?” - Mustaqim
“Tak… kalau betul koyak, saya nak tolong jahitkan.” – Siratul

Wajah, lirik mata dan kata-kata Siratul kedengaran begitu jengkel pada pendengaran Mustaqim. Tapi entah mengapa… yang jengkel itulah yang dia mahu pandang, yang mahu dia tatap dan mahu dia dengar.

“Aku buat kau gila dekat aku. Baru kau tahu…” - Mustaqim
“Memang dasar orang gila!” - Siratul

Hingga satu hari, bila Siratul mula membuka hati… lelaki itu berdusta dengannya. Dia marah kerana rasa sayang yang mula bercambah.

“Kau beli adik aku dengan duit dan kau jangan ingat, kau mampu beli aku dengan duit kau! - Siratul
“Bukan niat aku nak sakiti kau, Siratul…” - Mustaqim

Wednesday 30 May 2018

My Juna ~ Acik Lana

(SEM & SS) RM37.00 > RM32.60

Juna si penganggur yang memegang 'jawatan' kasanova, toy boy, playboy dan heart breaker memiliki satu 'keistimewaan' yang mungkin tidak dimiliki oleh orang lain. Tapi sayang, kelebihan itu disalahguna untuk mendapatkan kesenangan dunia dengan cara mudah. Peduli apa halal haram, yang penting dia hidup mewah! Namun tanpa disangka, Juna bertemu dengan si model muslimah bernama Jane Razman kerana satu pertolongan.

Entah apa takdir yang tersembunyi, mereka kerap kali terserempak di sana sini tanpa dirancang. Bagaikan dunia ini terlalu kecil untuk mereka berdua. Balik-balik nampak muka yang sama! Jane pula layak digelar si malang dalam bercinta. Dengan Zack yang kaki cemburu dia rasa terkongkong, dengan Dato Irshad pula dia rasa tertipu. Ibaratnya terlepas dari mulut buaya, masuk pula ke mulut naga. Semuanya tak menjadi. Kenapa susah sangat nak bahagia dalam cinta? Pelbagai dugaan datang dalam hidup Jane dan Juna sehingga hubungan mereka mula mekar dengan perasaan berbeza. Dihina, difitnah, dibuang keluarga, semua dihadapi bersama. Lalu, tak sempurna lagikah hubungan ini jika jiwa mereka saling memerlukan? Hati si playboy longlai dan cair dengan setiap keistimewaan Jane, tapi Juna masih ragu. Layakkah dirinya yang kotor dan serba kekurangan ini berkehendakkan gadis suci itu?

Dia Trouble Maker ~ Nurul Ain Syuhada

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Selepas pemergian kedua orang abang kembarnya, Nur Aina yang lebih dikenali Nunu mula dipersiakan kedua orang tua apabila mereka lebih memilih kerja daripada dirinya sendiri untuk mengubat luka perit kehilangan anak kembar itu. Tertekan dengan perlakuan kedua orang tuanya, Nunu sentiasa membuat masalah di sekolah hanya untuk meraih perhatian dan sedikit masa dari orang tuanya.

“Bukan salah dia orang I’m spoiled! Ayah pernah cermin diri tak? Bilanya mama dengan ayah ada masa untuk adik? Ayah kasi adik duit for exchange of your time! Ayah sendiri suruh adik cari masa adik sendiri dengan orang lain. And when I did, ayah kata adik spoiled? You spoiled me! Bukan abang!” tengking Nunu.
Dua tahun dia dihantar ke Madrid untuk mendisiplinkan diri. Apabila dia pulang semula ke Malaysia untuk SPM, orang tuanya masih juga begitu. Dalam masa dia terpaksa menempuh hari-hari sedihnya, Allah menarik kedua orang tuanya sekaligus dek kerana skandal syarikat bapanya dan meninggalkan dia seorang diri.
Walaupun hilang tempat bergantung, Nunu cuba kuat atas pesan arwah abang-abangnya. Dijaga oleh Uncle Adam dan Auntie Ma yakni kedua ibu bapa saudaranya tidak memberi alasan untuk dia lari dari kehidupan kelam. Makin teruk dibuatnya apabila dia terpaksa berhenti belajar dari universiti dan mula bekerja untuk menyara hidupnya sendiri.
Lemah. Dia lemah. Lantas Nunu mengambil jalan pintas untuk bunuh diri! Dari situ mulanya pertemuan dia dan Alan yang banyak mengubah hidupnya sendiri.

Calon Suami Buat Novelis ~ Eliza A.B

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Nak cari calon suami bukan semudah ABC. Bukan macam pilih sayur di pasar. Kenalah pilih yang betul-betul sesuai dan kena dengan jiwa. Begitulah yang terjadi kepada Qaira Nur Imani. Cadangan Puan Noraini memperkenalkan dia dengan beberapa calon suami membuatkan dia rasa sesak nafas.

Qaira Nur Imani, seorang novelis yang serik untuk jatuh cinta lagi. Cukuplah tiga kali dia kecewa kerana bertepuk sebelah tangan. Lantaran itu, pintu hatinya ditutup buat insan yang bergelar lelaki. Namun, perkara itu tidak menghalang Puan Noriani mencari calon suami untuk anaknya itu.

“Selagi Aira tak bawa calon untuk ibu, selagi itu ibu akan kacau hidup Aira!” - Puan Noraini

Bagi Qaira, nak cari calon suami bukan semudah ABC. Kenalah pilih yang betul-betul sesuai dan kena dengan jiwa serta dapat menggetarkan naluri perempuannya. Kalau boleh, dia menginginkan seorang suami sama seperti hero-hero dalam novelnya.

Pertemuan dengan jejaka kacak Hadif Asyraf merubah hidup Qaira. Hadif yang juga mempunyai masalah yang sama dengan Qaira melamar Qaira walaupun mereka baru berkenalan. Bagi Hadif, dia yakin dengan prinsip 5B ciptaannya. Berkenalan, berkawan, bercinta, berkahwindan bahagia.

Young Chef In The House ~ Ahmad Amirul Imran

(SEM & SS) RM35.00 > RM30.80

“Ayah selalu pesan supaya berbuat baik dengan orang. Fikir orang dulu baru fikir kita. Pesan mama jangan sombong. Banyak yang dipesannya sebagai seorang ibu. Saya rasa kita dengar dan buat setakat mana yang kita mampu. InsyaAllah kita selamat.”

Perjalanan seorang pemuda yang rendah diri akan keputusan akademiknya memandangkan profil kedua-dua orang tuanya yang sangat cemerlang dalam dunia akademik.

Daripada mendalami bahasa Arab, kemudian anak muda ini bergelumang dengan perkakas dapur.

Akhirnya dia menemui minat sepanjang kembaranya di atas bumi Tuhan dan mengasah bakatnya dalam bidang senu kulinari. Dari dapur rumah nenek masuk ke dapur restoran mewah.

Young Chef in The House, naskah yang mungkin bakal menjentik anda untuk sedar bahawa keinginan dan cita-cita kita bukanlah seperti memesan makanan restoran, semudah baca menu, kemudian pilih dan terima hidangan. Ada impian tidak tertulis dalam menu. Kita perlu membuat sendiri ramuan, mencipta resipi, dan memasaknya sendiri di dapur rumah. Impian kita adalah resipi kita. Unik dan tidak perlu sama dengan orang lain.

Au Revoir ~ Mazliham Mohd Su'ud, Muhd Kamil Ibrahim

(SEM & SS) RM35.00 > RM30.80

Kali terakhir menunggu pesawat di lapangan terbang sebelum berangkat pulang, perasaan sedih dan gembira bercampur baur. Tidak pernah termimpi saya akan sampai ke Peranchis. Saya Cuma anak kampung yang sudah berkali-kali gagal dalam permohonan untuk ke sekolah berasrama penuh. Saya bukan pelejar cemerlang yang hebat dengan keputusan terbaik. Tidak mungkin mampu untuk kembali ke Peranchis lagi selepas tamat pengajian di sana. - Prof. Dato’ Dr Mazliham Mohd Su’ud

Perjalanan ini tertangguh lebih 10 tahun. Saya gagal di dua universiti: matrikulasi UKM dan UTM. Setelah digerakkan hati untuk berfikir seketika, merenung diri, dan akhirnya berjaya di Uitm. Bertemu isteri, Raudzah Roslan (Roza). Akhirnya, saya mendapat tawaran belajar di luar negara. Di Dundee, Scotland dan seterusnya di Bangor, Wales. Kedua-duanya di bumi ratu. Saya terkenangkan kisah lampau terutamanya perasaan kecewa ayah. Perjalanan ini seolah-olah membasuh segala dosa lampau. - Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim

Kita Tidak Berdosa ~ Muhd Kamil Ibrahim

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

“Prof, boleh maklumkan tajuk kuliah yang ingin disampaikan?”

“Kita Tidak Berdosa.” Beberapa hari kemudian pihak penganjur berhubung sekali lagi.

“Prof, boleh kita tukar tajuk?”

“Mahu tukar kepada...?”

“Ya Allah, Ampunilah Kami.”

“Itu tajuk budak sekolah. Saya memilih tajuk Kita Tidak Berdosa atas beberapa sebab. Tiada paksaan untuk menjemput saya berceramah. Tuan (Puan) belum pun mendengar apa yang ingin saya tuturkan tetapi sudah mempunyai tanggapan tertentu. Saya tidak akan pergi jika tajuk ditukar.”

Dan, pada hari tersebut, saya masuk ke lokasi untuk menyampaikan kuliah, mata saya terpandang banner yang tergantung. Allah ya Allah, tajuknya telah ditukar!

Monday 28 May 2018

Dia... Setajam Kaktus ~ Ella Syasdhia

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Aku Ummu Aiman atau mesra digelar Iman. Aku sebatang kara dan menumpang kasih Muhamad A’zaidy, lelaki yang aku sayang. Muhammad segak, berkaca mata dan diminati ramai. Tapi bagi aku dia tak sesegak mana pun.

Dia tak romantik dan berhati keras. Senyumannya manis tapi mahal. Mengalahkan harga sejongkong emas. Susah nak tengok! Mulut pula tajam, setajam kaktus.

“Kau buat ke?” – Muhammad.
“Mestilah... Maaflah kalau tak sedap. Baru pertama kali buat. Belajar dekat internet.” – Iman.
“Boleh tahan. Sedap... Inti dia pun sedap. Tak sangka kau pandai buat karipap. Tapi rupanya sangat buruk! Seumur hidup aku, tak pernah lagi aku tengok karipap yang senget benget bentuknya. Sekali pandang macam karipap. Dua kali pandang bentuk gajah pun ada juga.” – Muhammad.
Kisah bermula bila aku terjumpa seorang bayi di dalam kotak pencuci baju syarikat Muhamad. Anak siapa ni? Ada kaitan dengan Muhammad ke? Kenapa budak ni diletakkan depan pintu rumah aku?

Jika Itu Yang Tertulis ~ Ruby Nur Airis

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Umpama lukisan di dinding, itukah lukisan di hati? Jika begitu, aku ingin lukisan di hatiku menjadi lukisan di dinding. Agar dapatku padam segala silap dan salah.

Izzad Firdaus, lelaki yang pernah bahagia dengan dua gadis. Gadis yang punyai nama yang hampir sama. Bagaimana itu boleh terjadi? Tetapi hanya satu menjadi suri hatinya dan mahu dibawa hingga ke syurga Firdausi.

“Senafas rindu telah kuucapkan. Semerdu kata telah kulagukan. Semoga sejambak kasih sanggup kau tadahkan. Sanggupkah kau…” – Izzad

Adakalanya perancangan manusia hanyalah perancangan. Hanya Allah S.W.T juga yang menentukannya. Kebahagian yang menjadi idaman. Adakah terus membahagiakan?

“Janji tau… lepas exam, awak masuk meminang saya.” – Farha

Seorang gadis yang agak sengal dan kadang-kadang blur begitu menceriakan Izzad. Farha adalah kebahagiaannya.

Cinta Karipap Pusing ~ Sania Yasmin

(SEM & SS) RM29.00 > RM25.50

“Adik meniaga nasi lemak dan karipap ajelah mak!” – Humaira.

Itulah keputusan Humaira. Berniaga untuk mencari rezeki. Bukan nak kaya. Emak keras membantah. Abah dan Maryam menyokong. Humaira menang!

Pelanggan datang dan pergi. Dan ada yang tersangkut dengan si gadis. Tambahan karipap pusing berintikan sardin menambat rasa tekaknya. Walau pilihan ayah, Muiz berkenan juga.

“Awak ada teman lelaki?” – Muiz.
“Saya ada abah dan mak.” – Humaira.

Sebenarnya Humaira belum bersedia lagi. Masih muda dan baru bekerja. Tambahan kakak-kakaknya belum berkahwin lagi.

Namun, itulah jodohnya dan jodoh itu rahsia Allah. Tidak bercinta dan tidak sampai setahun bekerja, dia sudah menjadi isteri kepada Muiz Haji Muhsin.

“Dah 36 jam Humaira Yusuf jadi isteri abang tahu. Macam mana?” – Muiz.
“Yalah, baru semalam kita sebilik kan?”- Humaira.
“Sekarang abang dah jadi hero sayang.” – Muiz.

Mentaliti Masih Jamban ~ Khairul Abdullah

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

"Kenapa masyarakat di dunia sebelah sana lebih baik daripada kita? Kenapa nilai-nilai yang dituntut oleh agama dipraktikkan oleh mereka dan bukannya kita"?

Kalau-Lah ~ Ahmad Affzan Abdullah

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00
Kau tahu, ketika kau GAGAL, macam-macam persoalan yang akan berlegar-legar dalam fikiran.

“Apa yang aku buat salah?”
“Kalau aku pilih cara lain, mungkin boleh berjaya.”
“Kalau aku tak buat begini, mungkin tak teruk sangat.”

Macam aku, sembilan tahun aku menyeksa diri memikirkan jawapan kepada persoalan-persoalan tadi, hidup aku jadi serabut. Aku kerap jatuh sakit, demam.

Walaupun banyak benda aku cuba dalam hidup, aku tetap tak puas hati. Kenapa aku sangkut dalam perjalanan menuju kejayaan.

Benda sudah jadi. Kau fikir lapan juta kali pun. Ia takkan berubah.
Apa yang kau boleh ubah ialah masa depan kau, hidup kau yang sekarang.

Cerita Bilik Guru ~ Fadli Salleh, Shahidan Shuib, Reyna Ibrahim, Firdauz Abdullah

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

"Ada murid bawa mainan ke sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa. Malah, pernah berlaku murid bawa kucing dlm beg nak tunjuk dekat kawan-kawan! ini bukan gurauan, ini kejadian benar."-Fadli Salleh

"Kesilapan kita mendidik juga mungkin akan mengakibatkan satu generasi 'tersilap' dalam didikan asuhan. Ramai berkata pekerjaan guru seolah-olah berada dalam ladang pahala namun mungkin sahaja dosa mengajar terhasil akibat hal-hal yang tidak sedari."-Shahidan Shuib

"Mengajar ABC dan 123 kelihatannya kerja mudah. Tapi bagaimana jika yang datang kepada kita adalah anak kecil yang langsung tidak tahu apa-apa? Hatta memegang pensel sekalipun umpama mencengkam batang kayu di telapak tangannya."-Reyna Ibrahim

"Cuma sampai hari ini, aku tetap tak boleh jawab apabila di tanya kenapa boleh di lantik sebagai GB pada usia yang sangat muda? Maklumlah, ketika menerima surat pelantikan dahulu, usia aku baru 32 tahun. Baru cukup 10 tahun dalam bidang pendidikan."-Firdauz Abdullah

Friday 25 May 2018

Dia Penjaga Hatiku ~ Hairynn Salehuddin

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Saat hati dah mula jatuh suka, dia terpaksa pendam kerana gadis itu bukan miliknya. Dia terlambat. Dan dia juga terikat.

Haikal Qarleef, dicintai oleh tunangnya Kirana. Namun, entah kenapa pertemuan dengan pekerjanya Zaira mula membibitkan rasa cinta. Dalam diam, dia mencintai Zaira. Sungguh!

Nur Zaira, gadis yang setia menyerahkan cintanya pada kekasih hati. Walaupun dia tidak sehebat Haikal, namun itulah lelaki yang akan diangkat sebagai penghuni hatinya. Dia tidak ragu lagi. Kepada Azri dia serahkan rasa itu.

“Betul ke apa yang Zaira cakap tadi?” – Haikal Qarleef
“Betul apa, Encik Haikal?”- Nur Zaira
“Pasal nak kahwin tahun depan.” – Haikal Qarleef
“Ooo… Pasal tu. Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang. Encik Haikal dengan Cik Kirana bila pulak?”- Nur Zaira

Lalu, Haikal buang jauh perasaan cinta pada Zaira. Zaira akan menjadi isteri orang. Dan dia, menerima ketentuan jodohnya bersama Kirana.

“Kita dah kahwin, Kirana. We are suppose to think about us. About our own family. Anak-anak kita.” – Haikal Qarleef
“What? Anak?” – Kirana

Umar Hatta ~ Jaja Ahmad

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

“Jangan buat show I Feel Good pula dekat luar tu. I can see you, Ley.” – Hatta

Jatuh cinta dengan bos? Too cliche! Jatuh cinta dengan pekerja? So lame! Tapi yang cliche itulah yang terjadi kepada Hatta dan Leyla. Yang lame itulah yang membuatkan Hatta nekad melamar Leyla.

““Ley, I’m serious. Deadly serious. Nak mati punya serius. I nak kahwin dengan you ni, you tak nak ke?” – Hatta

Di kota New York Leyla menerima lamaran Hatta. Hatta bahagia bersama Leyla dan begitu juga sebaliknya.

Namun kepulangan Zafran telah merubah segalanya.

“Hatta tu kotor, dia tak sesuai dengan you. Tak malu ke ada suami kotor macam tu?” – Zafran

Segala tuduhan kepada Hatta membuatkan Leyla mula berperang dengan perasaan sendiri. Tidak tahu siapa yang harus dia percaya dan diam Hatta membuatkan dia semakin resah. Namun bila mengetahui segala kebenaran, dia terasa mahu rebah.

Sebelum Lamaran Diterima ~ Ayumi Syafiqah

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

They say a princess always waits for a prince to come and save her, right? Well, this princess saves herself.

Itulah moto hidup yang dipegang Kamilia Asyiqin atau Cami, selama ini. Dia tidak perlukan mana-mana lelaki untuk berjaya dalam hidup. Sebab itulah calon-calon suami yang dicarikan oleh mamanya, Julia ditolak mentah-mentah.

“Apa masalah Cami ni? Semua calon yang mama carikan untuk Cami semua Cami tak nak. Cami nak yang macam mana sebenarnya?”- Julia
“Anak Aunty Marida tu orangnya baik, taat orang tua, ada kerja bagus. Kenal dengan dia pun Cami tak nak?” – Julia
“Sounds like a mummy’s boy.” – Cami

Julia pula tidak mudah berputus asa. Pencarian diteruskan lagi sehinggalah takdir menemukannya dengan Adam Khairy, mesra dipanggil Kai.

Oh, mama dah jumpa lelaki untuk Cami! Dia pemilik sebuah kedai perniagaan komik. Dia obsess dengan superhero! Tapi yang penting, dia baik hati!

“Pernahlah tengok Superman. Peter Parker is so not my type.”- Cami
“Sorry, sweetheart. Peter Parker is Spider-Man, not Superman.”- Kai

Perempuan Tepi Jalan ~ Wardina Aisyah

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Dia tidak mahu berpaling lagi. Walaupun dia terpaksa berdepan dengan pelbagai kemungkinan, dia nekad. Dia harus pergi dari dunia itu. Cukuplah selama ini dia menjadi hamba nafsu lelaki bernama Datuk Rizlan. Dia tidak mahu terus hidup bergelumang dosa seorang penzina.

Saat kaki berlari pergi, nyawanya hampir melayang. Di sinilah dia dipertemukan dengan seseorang yang telah menyelamatkannya. Membawa dia ke dunia baharu. Dunia yang akhirnya memerangkap seorang Maya Adriana untuk terus duduk di dalamnya.

“Marry me.” – Ferdaus

Maya terperangkap. Kisah silam yang masih memburu membuatkan dia keliru dengan kehendak hati. Dia kotor. Dia hina. Dia sudah lama hilang maruah diri. Layakkah dia untuk menerima lamaran itu? Akhirnya, dia ada jawapannya.

“Saya terima lamaran Encik Ferdaus. Tapi dengan syarat. Perkahwinan kita hanya pada nama. Tak lebih daripada itu. Saya nak Encik Ferdaus janji akan penuhi syarat-syarat saya.” – Maya Adriana.

Ibrah: Kisah-kisah Hebat Dakwah Nabi Musa A.S ~ Ustaz Syaari Abdul Rahman

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60
Mengapa kita perlu mengetahui kisah-kisah Nabi Musa a.s. dan Bani Israel? Bukankah itu semua kisah-kisah lalu yang sudah menjadi sejarah?

Tapi, adakah kita tahu bahawa satu pertiga kisah dalam al-Quran adalah kisah Nabi Musa a.s. dan umatnya, Israel? Bukankah ini suatu petanda jelas daripada Allah SWT kepada kita supaya mengenali dengan sebenar-benarnya siapa Bani Israel.

Apakah tabiat, ciri-ciri dan matlamat mereka? Buku ini merungkai sejarah Bani Israel yang pernah ditindas lalu diselamatkan dan diberi pelbagai keistimewaan oleh Allah SWT. Namun mereka bukan sahaja tidak bersyukur, malah memusuhi nabi-nabi mereka dan Nabi Muhammad SAW serta umat Baginda.

Seminggu di Syurga: Kisah Benar Wanita Sudan Menjaga Budak Melayu di Khartoum ~ Ablah Ibtisam

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40

Travelog seorang guru dari Sudan yang tidak kenal erti penat untuk memastikan anak didik dan anak angkatnya yang berasal dari Malaysia, berjaya dalam pembelajaran dan pelajaran.

Menjadi orang asing di sebuah negara serba kekurangan, Amirul, remaja yang baru masuk usia belasan tahun tabah menghadapi cabaran. Ditinggalkan oleh keluarga di benua Afrika demi menimba ilmu. Namun, kehadiran Ablah Ibtisam sebagai penjaga yang juga merupakan ibu angkat dan guru bersama keluarganya, banyak membantu Amirul hidup di Sudan.

Biar sesukar mana pun cabaran yang datang, Ablah Ibtisam tidak pernah mengalah. Demi anak Amirul yang sudah dianggap seperti anak sendiri, Ablah Ibtisam terus berusaha mengatasi rintangan berjaya. Yang sukar sentiasa ada penyelesaian apabila Allah dijadikan tempat sandaran utama.

Segala penat lelah Ablah Ibtisam berbalas apabila Amirul akhirnya berjaya cemerlang. Kemuncak kegembiraan Ablah Ibtisam adalah apabila kedua-dua ibu bapa Amirul iaitu Prof Muhd Kamil dan Raudzah Roslan membawanya ke Malaysia untuk menghadiri pelancaran buku tulisan mereka.

Pertama kali menjejak kaki ke Malaysia, umpama syurga buat Ablah Ibtisam! Ia umpama rezeki yang tidak disangka-sangka datang bergolek, anugerah daripada Allah kepada insan yang ikhlas memberi khidmat.

Oh, My Students! ~ Liza Suhana Ramli

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Naskhah ini bukan saja perlu dimiliki oleh pelajar, pensyarah atau guru, ia juga sesuai dibaca oleh sesiapa saja yang sedang berusaha mahu memperbaiki diri.

Leteran jika dizahirkan dengan suara, kadang memekakkan telinga. Tapi coretan ini berjaya menukarkan leteran menjadi ‘sesuatu’ yang perlahan-lahan mampu meresap masuk ke dalam jiwa.

Sungguh ini bukan coretan kosong. Ada inti. Paksinya realiti yang menjentik hati.

Bahkan kisah-kisah yang terkandung di dalam buku ini amat sesuai dijadikan panduan kepada para remaja dalam menghadapi situasi belajar dan cabaran berdikari di Institusi Pengajian Tinggi. Bagi yang bergelar siswa-siswi, semestinya pernah dan akan mengharungi salah satu atau beberapa situasi seperti dalam kisah-kisah yang diceritakan ini. Nilaikan pengajarannya dan buatlah keputusan mengikut pertimbangan yang wajar dalam menangani apa jua cabaran mendatang.

Manakala buat para pendidik, ini bukan hanya cerita saya. Ini cerita kita. Seharusnya kita tidak hanya melunaskan tanggungjawab menghabiskan silibus semata-mata tapi juga turut mendidik dengan jiwa.

Syarah Matan Tuhfah Al-Athfal (Bingkisan Buat Anak-anak) ~ Ustaz Mohd Hazri Hasim Al-Bindany

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80
Buku ini menjelaskan hukum hakam ilmu Tajwid melalui bait-bait syair indah yang disusun oleh Syeikh Sulaiman al-Jamzuri. Syair yang mengandungi 61 bait ini mengumpulkan hukum hakam ilmu Tajwid bermula dengan hukum Nun Mati dan Tanwin, hukum Nun dan Mim yang Bersabdu, hukum Mim Sakinah, hukum Lam Ta’rif dan Lam Fi’il, hukum Idgham Mislain, Mutaqaribain dan Mutajanisain serta pembahagian Mad.

Friday 18 May 2018

Mr. & Mrs. Liar ~ Fazlyn Ridz

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Oleh sebab cintanya kepada Hani terkandas kerana Kamil, Putra menyepi sekian lama tanpa didampingi wanita. Sehinggalah dia bertemu dengan Tania, adik angkat a.k.a. sepupu kepada Kamil yang pernah menjadi racun dalam hubungan cintanya dahulu. Lalu dia mendapatkan gadis itu dengan tipu daya.

Anehnya, kerap kali lelaki menipu wanita untuk mengecewakan. Ironinya Putra menggunakan penipuan untuk mengikat Tania kepadanya. Watak lelaki jahat terus dimainkan untuk melihat sejauh mana tipu daya Tania kepadanya pula. Walaupun tahu Tania berpura-pura, dia nekad mahu memiliki gadis itu biarpun tanpa restu bapanya. Ada sebabnya!

“Bukan you yang jahat. I yang jahat selama ni.” – Tania
“Give me the knife, baby. I tak marah. I tak sengaja, sayang.” – Putra

Tania pernah melalui kisah hitam menderita penyakit PTSD. Sakit yang turut didorong oleh didikan Puan Sri Karmila, ibu Kamil. Memori bapa kandung membunuh ibu kandungnya bukan mudah untuk dipadamkan. Tetapi menjalani hidup bersama Putra, hidup Tania berubah. Dia bahagia!

Takrut & Stesen Terakhir ~ Maria Kajiwa

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

TAKRUT
Seutas tangkal yang dipanggil Takrut Agung menjadi rebutan dua buah negara. Tangkal yang telah mengubah sejarah peperangan dan mengorbankan ribuan nyawa. Menyedari betapa besarnya kuasa tangkal tersebut, seorang sami menguncinya dengan mantera bersama nyawanya sendiri.
Masa berlalu, seorang pemuda bernama Wafiq dihantui penampakan yang menyerupai arwah ayahnya di mana-mana. Takut dan gelisah memaksa dia dan pembantu ayahnya mencari punca dan penyelesaian. Usaha itu membawa mereka ke Melaka demi mencari sebuah kitab lama. Rahsia demi rahsia terbongkar. Namun usaha mereka diancam dan dihalang banyak pihak.
“Lelaki yang pakai kain kuning. Badan dia penuh kudis. Muka dia macam muka ayah. Mana dia pergi?” – Wafiq
“Muka macam ayah? Di mana Wafiq nampak?” – Hamid
Apakah kaitan antara Wafiq dan tangkal yang telah berusia ratusan tahun itu? Dapatkah Wafiq memisahkan diri daripada gangguan tersebut?

STESEN TERAKHIR
Pada tahun 1942, terdapat sebuah stesen kereta api di sebuah kampung lama di Melaka. Namun satu kejadian telah menyebabkan stesen itu terkubur daripada sejarah dan dimansuhkan daripada peta.
Tiga orang anak muda ke kampung itu untuk menjejak stesen kereta api yang terakhir itu, namun secara tidak sengaja telah membuka pagar yang mengunci puaka tempat itu. Sejak itu hujan darah kembali turun dan pelbagai kejadian aneh berlaku. Penduduk kampung juga hilang seorang demi seorang.

Wednesday 16 May 2018

Beli Emas ~ Shamsuddin Kadir

(SEM & SS) RM49.00 > RM43.10

Buku ini membuatkan kita menyalahkan diri kerana tidak beli emas. Buku ini membuatkan kita menyalahkan orang lain kerana tidak berkongsi tentang emas. Buku ini membuatkan orang yang tiada duit tertekan kerana tidak membeli ernas. Buku ini membuatkan orang tidak dapat tidur lena kerana emas. 

Buku ini membuatkan orang berubah kerana emas. Buku ini mernberitahu harga emas bawah harga pasaran. Buku ini membuatkan individu ketagih dengan emas. Buku ini membuatkan duit berkurangan tetapi harta bertambah.

Menyimpang Seringgit Rugi Sejuta ~ Shamsuddin Kadir

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80

Kos makan di luar naik lebih dari 3 kali ganda dalam masa 20 tahun.

Jika tahu arah yang betul, kita membeli rumah lebih awal sebelum harga rumah naik, berkali ganda. Kita mampu memiliki harta dengan memandang harta dari arah yang betul. Banyak orang hanya tahu berkata tidak mampu, kerana mereka sudah tersilap langkah.

Kuasai peraturan 72 sebagai asas untuk menggandakan duit dan harta. Rancang arah kewangan supaya hasilnya menguntungkan diri sendiri.

Pandang dari perspektif yang tepat agar urusan kewangan kita menjadi mudah dan menguntungkan, Insyaa Allah
Pilih ilmu yang Betul, Bertindak Sekarang, Insyaa Allah duit kita bertambah berkali ganda sebelum sempat kita menyedarinya

Andainya Takdir 2 ~ Wan Mahani Wan Hassan

(SEM & SS) RM36.00 > RM31.70

Terkadang bukan kenangan buruk dengan seseorang yang buatkan kita sangat terluka... Tapi kenangan indah bersamanya yang tak mampu kita lupakan.

Perceraian Airil dan Fatihah menjadikan hidup Airil terumbang-ambing, tidak mampu menerima hakikat Fatihah bukan lagi isterinya dan berjauhan dengan Aleeya. Hidup Fatihah tidak aman apabila Airil terus mencampuri segala urusannya. Akhirnya Fatihah terpaksa membuat keputusan berpindah ke Terengganu membuatkan Airil hidup dalam memori. Fatihah didekati oleh dua lelaki lain, Nizam dan Hafiz membuatkan Airil berusaha mendapatkan rawatan bagi penyakit yang baru disedarinya. Dia takkan biarkan Fatihah dimiliki lelaki lain. Segala usaha dilakukan agar Fatihah kembali kepadanya.

“Rindu ini jahat... Abang tak tau macam mana nak kurangkannya. Sebab... Setiap masa makin bertambah...”
Namun segala usaha itu makin menyesakkan jiwa Fatihah. Walaupun jauh dalam sudut hatinya masih ada cinta namun ego tetap menguasai diri. Malah kesusahan hidup sebagai ibu tunggal merubah jiwa wanitanya menjadi lebih ego dan keras. Akhirnya Fatihah cuba menerima Hafiz, lelaki yang hadir dengan sifat sabar dan tenang yang tinggi.

Andainya Takdir ~ Wan Mahani Wan Hassan

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Bersediakah hati mendakap suratan?

Penyakit cemburu buta Airil yang menimbulkan barannya menyebabkan rumah tangga mereka berada di hujung tanduk. Hampir tiga tahun menanggung derita, kesabaran Fatihah sudah sampai pada hadnya. Sementelah lagi campur tangan daripada Normah, mak Airil dalam rumah tangga mereka, makin memarakkan api kehancuran sebuah masjid yang awalnya terbina dari rasa cinta suci.

“Selagi ada cinta, berjanjilah yang Tihah akan bertahan dalam apa jua keadaan pun. Tihah bahagia kan dengan abang?” - Airil

“Bahagia itu bukan bermakna memiliki semua yang kita cintai. Tapi mencintai semua yang kita miliki.”- Fatihah

Ya dan selagi ada cintalah, Fatihah masih terus memberi harapan dan kemaafan kepada Airil. Biarpun beratus sepak terajang singgah di tubuhnya, namun segala kesakitan itu lenyap tatkala Airil merayu memohon ampun daripadanya.

“Ampunkan abang, Tihah. Cakaplah... Jangan hilangkan suara Tihah dari pendengaran abang... Jangan butakan mata untuk abang... Tolonglah...” - Airil

Mengapa Mahathir? ~ Ahmad Lutfi Othman

(SEM & SS) RM13.00 > RM11.40

PRU14 ibu segala pilihanraya, medan tempur paling sengit dan tragis. Korbannya juga dijangka besar.

Buat pertama kali, gabungan pembangkang sepakat menamakan Dr. Mahathir Mohamad calon perdana menteri.

Mahathir, sosok pelbagai dimensi, dihormati juga digeruni, disanjung sekaligus diwaspadai, diharap membina semula negara yang rosak teruk namun turut diingati kerana ada sisi gelapnya dalam era 22 tahunnya.

Pas pula membawa tanda soal, siapa mendapat manfaat dari penyertaannya sebagai blok ketiga dalam PRU14? Benarkah mengundinya hanya sia-sia? Kingmaker untuk Cash is King?

Tuesday 15 May 2018

Awak Suka Saya Tak? 2 ~ Melur Jelita

(SEM & SS) RM45.00 > RM39.60

"Adakah Tuan Hilman kembali kepada Islam seorang diri? Bagaimana dengan ibu bapa? Sebaiknya tuan dakwah mereka ke jalan Allah. Takkan tuan nak masuk syurga seorang diri? Atau dengan kata lain, hanya tuan yang mahu terselamat dari menjadi bahan bakar api neraka?"

"Ustaz, bila balik ke Malaysia, senang-senang carilah saya. Banyak yang saya boleh belajar dari ustaz. Bagaimana metodologi dakwah? Uslub. Mantiq. Balaghah. Tentu banyak benda menarik boleh sama-sama kita kongsi."

"Insya Allah."

"Saya minta diri dulu. Kami perlu berehat sebelum ke masjid lagi untuk zuhur dan asar. Tapi sebelum tu, tolong forward video kami kepada saya. Dan tolong delete semua gambar isteri saya dari handphone ustaz. Ustaz tentu lebih tahu, tidak manis mengambil gambar bukan mahram tanpa izin. Assalamualaikum."

Kehidupan berdua dilayari dengan penuh kasih sayang di antara Hilman Yong dan Intan Yong. Tetapi biasalah. Keharmonian pasti terkocak sedikit sebanyak dengan mulut manusia. Hilman dibebankan dengan pertanyaan yang sangat berat. Bagaimana akidah mummy dan daddynya?

Selamat Bermimpi Bulan ~ Tiffirah

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

“Aku sentiasa muncul di dalam mimpinya. Di dalam mimpi itu, kami sentiasa bersama. Apabila aku melihatnya seperti kanak-kanak yang naif, aku ketawa melihat kerenahnya tanpa sebab. Ikutkan hatiku, ingin sahaja aku menyatakan rasa cintaku kepadanya. Sayangnya, apabila pagi muncul, dia takkan ingat apa yang berlaku. Aku khuatir yang dia akan melupakanku juga.”- Islam.

“Terkadang, aku memikirkannya pada malam itu. Aku takut dia akan tahu perasaanku, jadi aku tutup pintu hatiku. Apakah dia ingat saat bulan menyanyi dan memberkati kami? Dari banyak bintang di sana, bulan itu sangat besar dan terang. Ia selalu berada di tempat yang sama tetapi saat aku cuba mendengarkannya lagi, aku tidak boleh mendengar lagi. Namun ia tetap melodi yang berharga buatku – melodi cahaya bulan yang tidak dilupakan.”- Hannah.

I Love You, Stupid! (Extended Version) Vol 2 ~ Melur Jelita

(SEM & SS) RM48.00 > RM42.20

Firman yang pedas berapi. Suka melanun tidak bertempat. Iris yang gedik sengal, suka menggoda tidak kira masa. Membiarkan bumi kemboja ini tidak pernah aman dari dua manusia ini.

Bertengkar, bertengkar dan bertengkar sehingga hampir berbunuhan.

"Nay... saya takkan date dengan lelaki cantik dari saya." IRIS
"Saya takkan date dengan lelaki yang berpakaian seperti tahi cicak." FIRMAN

My precious saya pun tak ingin awak menetap di sini terus, melainkan berlaku keajaiban. Bila saya dapat menyentuh, memeluk dan mencium bulan di langit." FIRMAN

"Ini takkan berlaku. Mustahil dapat menyentuh dan memeluk bulan. Sheikh Muzaffar pun tak boleh sentuh. Apalagi nak cium." IRIS

Walaupun sentiasa disulami pertengkaran tetapi hubungan Firman dan Iris ada manisnya. Disaksikan sendiri oleh Doktor Aidan, tunang Iris secara tidak rasmi.

I Love You, Stupid! (Extended version) ~ Melur Jelita

(SEM & SS) RM48.00 > RM42.20

Perjalanan hidupku mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hati.

Aku, Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang. I'm bad and dangerous!

"Apalah sangat dengan saman tiga ratus ringgit? Lebih dari itu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hottie ni. Handsome dan pedassss!"
IRIS

"Kesalahan keempat cuba mengoda polis.
Kesalahan kelima, menghina kerja polis,
Kesalahan keenam, menghalang penjawat awam dari menjalankan tugas.."
INSPEKTOR EBRAHIM A.K.A ABANG PEDAS. MR PARFAIT! PERFECT!

Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh seksi Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris."- DOKTOR AIDAN

Monday 14 May 2018

Diakah Jodohku? ~ Rohamiah Muda

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri … bait lagu yang biasa kita dengar. Ya itulah gambaran yang sebenar mengenai suami isteri. Namun, dalam masalah rumah tangga, bukan silap suami dan bukan isteri yang betul. Kedua-dua pihak ada khilaf dan salah. Bukanlah namanya perkahwinan jika rumah tangga sentiasa aman. Tetapi, kitalah sebagai insan yang diberi akal, berfikirlah secara tenang. Daripada sini, tercetus idea untuk penulis menghasilkan sebuah karya berkaitan kehidupan rumah tangga.

Sebahagian daripada kisah di dalam buku ini adalah pengalaman penulis sendiri dan pengalaman orang di sekelilingnya yang berhadapan dengan dilema wanita yang bergelar isteri. Selain itu, dalam buku ini juga, penulis memberi sedikit suntikan kata-kata motivasi sebagai vitamin dalam mengharungi gelombang dalam kehidupan berumah tangga. Semoga buku ini menjadi panduan dan rujukan kepada pembaca seisi keluarga.

Friday 11 May 2018

Jampi ~ Murni Aqila

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Sejak tinggal di sebuah kondominium di Kuala Lumpur, hidup Dahlia jadi huru-hara. Dia sering diganggu ‘sesuatu’. Apabila Dahlia mengadu pada Zairi, suaminya itu langsung tak percaya. Yang menghairankan, hanya Dahlia diganggu di rumah itu. Perangai Zairi turut berubah. Setiap hari Zairi balik lewat malam. Hubungan mereka tak lagi mesra. Dahlia kecewa apabila dapat tahu Zairi kembali bercinta dengan Reeha, bekas kekasihnya.

Lebih mengghairankan, Dahlia terdengar bunyi pelik dari rumah jirannya, Ana. Wanita yang tinggal sendirian itu berwajah hodoh dan berperangai pelik lagi misteri. Dahlia keliru. Apa yang telah terjadi sebenarnya? Rumah itukah yang berhantu... atau ada ‘cerita’ lain tentang Zairi, Reeha dan Ana?

“Dalam rumah ni, macam-macam bunyi saya dengar. Semua yang pelik-pelik saya dengar setiap malam. Sampai saya tak boleh nak tidur. Saya jadi takut, jadi tak tentu arah kat rumah ni.” – DAHLIA

“Kalau bukan suami kau, maknanya bekas kekasih suami kau tu sebenarnya yang buat kau. Dia yang sihirkan kau!” – ANA
“Jiran baru kenal sehari dua dah percaya bulat-bulat. Kenapa senang-senang percaya dengan orang yang baru kenal?” – ZAIRI
“Aku cuma nak ambil balik hak aku, Dahlia.” - REEHA

Musibat ~ Naim Tamdjis

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Zin telah ditawarkan menjadi pemain gendang Nengkara di Istana Melaka. Mitos yang berlegar di media sosial dan sumber internet menyatakan gendang Nengkara berasal dari zaman Srivijaya dan diperbuat daripada kulit ibu mengandung. Gendang tersebut jatuh ke tangan Majapahit lalu dijadikan alat kebesaran dan kebanggaan kerajaan tersebut kerana dapat memusnahkan kerajaan Srivijaya. Dilarikan oleh Parameswara ke Temasik bagi memalukan Majapahit. Kemudian akibat kemusnahan kerajaannya akibat diserang Majapahit, Paramesawara membawa gendang tersebut ke Melaka. Menjadi alat keagungan dan simbol kesultanan Melaka sehingga ke hari ini.

Sejak mula menjadi pemain gendang Nengkara, pelbagai perkara aneh dan mistik dialaminya. Dia sering bermimpi kembali ke zaman Srivijaya untuk mengetahui asal-usul gendang Nengkara. Sering terdengar suara perempuan menyanyi serangkap lagu. Nampak kelibat perempuan wanita mengandung memakai baju batik puteri zaman dahulukala. Dia juga berkenalan dengan Puteri Dayang, anak kepada Sultan Melaka yang baginya berkelakuan agak aneh. Rupanya itulah sumpahan yang berlaku sejak dari zaman dahulu dan satu-persatu misteri gendang Nengkara dapat dirungkaikan. Semuanya atas sebab dendam dan sumpahan dari Zaman Srivijaya dan Zin diperlukan untuk merungkaikan sumpahan tersebut!

Menggunung ~ Helmi Effendy

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

MENGGUNUNG, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kalau sekali imbas dianggap seperti sebuah pekan biasa, yang terletak di Malaysia sama seperti pekan-pekan biasa yang lainnya. Namun, ada seribu rahsia yang sedang menanti untuk dibongkarkan.

Semuanya bermula apabila Izzat Razali dipindahkan dari kota utama Eurasia ke Menggunung kerana mula tinggal bersama dengan pakciknya, memandangkan kedua-dua orang tuanya terkorban dalam sebuah kemalangan. Apa yang dihadapi oleh Izzat ditempat barulah bukan sahaja sahabat dan orang baru yang baru sahaja mula memasuki kisah hidupnya. Namun, Izzat berdepan dengan sebuah fenomena pelik yang seperetinya hanya berlaku di Menggunung.

Urban legend, khabar angin dan mitos yang berlegar di internet, semuanya menjadi realiti di Menggunung dengan syarat, ia dipercayai oleh banyak penduduk Menggunung itu sendiri. Dari kejadian sekecil seperti kucing bertanduk yang dijumpai dalam hutan, atau penampakkan naga di dalam empangan Menggunung, pekan itu berdepan dengan kejadian pembunuhan, kemalangan dan kehilangan yang meletakkan Menggunung yang berpopulasi 30, 000 orang itu di hujung tanduk. Sekarang terpulang kepada Izzat dan para sahabatnya untuk menyelamatkan Menggunung!

Kau Kata Kau Cinta ~ Ana Sofiya

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Dua insan yang berbeza, namun punya satu hati yang sama, ingin dicintai.

Anis nampak sneakers berwarna pink. Laju keningnya terangkat. Lelaki pakai kasut pink?

“Boleh saya duduk sini?”
“Diam aje? Boleh ke tidak ni?”
Soalan diiring sekuntum senyum yang menawan.

“Dah duduk dah pun. Tanya apa lagi?”
Garang saja suara Anis didengari Edzra. Senyuman Edzra menjadi semakin lebar kerana dia suka jawapan itu. Melawan!

Pertemuan pertama berpanjangan menjadi pertemuan seterusnya. Pelbagai telatah Edzra yang memualkan Anis dan pelbagai karenah Anis yang melucukan Edzra. Anis yang manis, suka main tarik tali. Edzra pulak tak akan lepaskan tali itu. Dia akan tarik, ikat dan simpul sampai mati.

Saat hati Edzra dan Anis mula bahagia. Ada halangan yang akan mengubah 100% cinta mereka. Ketika Anis bersedia untuk menjadi isteri, hadir Azza yang mengaku dia tunang Edzra. Datang pulak Rania, kakak kandung yang membencinya sejak lahir.

Wednesday 2 May 2018

Pulang ~ Lily Haslina Nasir

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

“Tiada laut yang terlalu luas buatku. Di sebalik ombak yang cuba menjatuhkan, aku temui kekuatan diri.”

Berpuluh tahun aku menanti. Berpuluh tahun aku mengharap. Aku kumpul rindu yang tak pernah berkurang. Allah mengirimkan aku kekuatan dan kesetiaan sebagai isteri. Aku tetap menunggu engkau pulang, Othman!

Perlahan-lahan, banyak yang aku pelajari apabila aku mengenali lelaki seperti Othman. Dia lelaki yang terasuh melalui ombak dan ribut taufan. Dia lelaki yang tahan dibanting dan dihempas. Untuk perempuan yang setia pada cinta seperti aku, aku terpaksa menerima hidupnya sebagai anak laut dengan pasrah.

Entah berapa banyak air mata tumpah. Entah berapa kali laut memisahkan kami. Othman terlalu memuja laut biarpun laut kadangkala seperti mahu menguburkannya di dasar yang penuh karang itu. Engkau tak pernah tahu, rasa sengsara apabila saling mencintai tapi diri dibatasi jarak dan waktu. Akhirnya yang tinggal cuma cinta. Yang berbaki hanya setia.
-Che Thom-

Cik Isteri Dan Encik Suami ~ Airisz

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40

AKU? Nama aku Cantek Safia. Muda lagi, tapi dah jadi janda. Siapa kata perkahwinan pilihan orang tua akan kekal hingga akhir hayat? Tipu semua tu.

Semua marahkan aku kerana alasan aku bercerai dengan menantu pilihan nenek sangat tidak boleh diterima akal. Hanya kerana dia lelaki sejuk beku dan aku rasa dia suami tanpa perasaan, aku tarik diri dari hidupnya. Hidup seorang Hud Khusairi.

Dua tahun pegang status janda, tiba-tiba bertemu dengan dia semula. Di tempat kerja yang sama dan lebih menyakitkan hati, dia ialah ketua aku sekarang. Entah apa mimpi dia, dia macam cuba berbaik semula dengan aku.

“Esok abang jemput Fia.”
“Tak payah. Fia pergi dengan Kak Nor. Kak Nor sebulan kena kerja kat Shah Alam.”
“Jangan menyusahkan orang, Fia.Abang kan ada.”
“Abang siapa buat Fia?”
“Bukan sesiapa, tapi abang sentiasa ada untuk Fia.”
“Abang dah hilang akal ke?”