Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Thursday 30 August 2018

Tuan CEO KGdotcom ~ Gee Azeez

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Garang, mulut puaka dan anti perempuan: memang itulah trademark Tuan CEO kampung dot com tu. Bukan lelaki yang romantik, bukan lelaki macho, hidupnya hanya berteman kambing dan lembu. Bagi Wahyudeen, mendodoi kambing dan lembu lebih baik dari mendodoi perempuan.

Sehinggalah kedatangan seorang gadis telah memporak perandakan hatinya yang keras macam batu bata.
“Kau perempuan kan?”-WAHYUDEEN
“Ya. Betul. Saya memang perempuan.”-IMAN FAIRUS
“Iman Fairus tu nama lelaki kan? Yang datang hari ni perempuan pula. Kau pergi telefon Iman Fairus sekarang.”-WAHYUDEEN

IMAN FAIRUS, cuba hadam dan telan dengan perangai tegas tak bertempat Wahyudeen.

“Kuat perasanlah tuan ni. Saya pun tak suka tuan. Tuan kerek!” – IMAN FAIRUS
“Kerek tu apa? Kau kutuk aku ke?” WAHYUDEEN
“Bukan kutuk, tapi puji. Kerek tu nama sejenis kuih.” - IMAN FAIRUS

Engkau Lebih Mengerti ~ Norra Hassan

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Tak sangka diva itu menunggu kehadirannya di situ.
“Kau dah tersalah bilik ke?” Pun begitu, Carl cuba melawak untuk menyembunyikan gelabahnya.
“Sekarang ni pukul berapa?” Azalea pula bertanya sinis.

Carl membelek jam di pergelangan lengan kirinya sebelum memandang Azalea yang masih bermuka masam.
“Kalau jam aku ni tak salah, sekarang ni pukul 9.24 pagi.” Carl menjawab dengan sinis juga.
“Tak lawaklah!” sergah Azalea sambil menegakkan badan.
Carl mengangkat kening. Sikap baran Azalea datang lagi. Kalau diva ini jadi tak tentu hala pada awal pagi hari, mesti ada perkara yang membuatkan Azalea berperangai begini. Hanya Ilham boleh membuatkan diva ini jadi meroyan di awal pagi.
“Apa pula lawaknya? Jawapan aku tadi tu menjawab tepat keperluan soalan kau tu. Atau kau ada skema jawapan yang lain?” Carl bersuara sinis sambil mendekati lokar barangan.
Belum genap dua hari berbahasakan diri aku dan kau, dia sudah berani bersikap selamba dan berbicara sinis dengan Azalea. Kalah orang yang kenal bertahun-tahun.
Tahu-tahu, lengannya ditumbuk bertalu-talu. Carl membiarkan sahaja. Biar habis lepas sakit hati yang sedang dipendam Azalea, walaupun dia rasa tak adil juga apabila lengannya yang menjadi sasaran.

Kontrak Kahwin Anti Klise ~ Shazie Kamaruzaman

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Gila! Rose buat keputusan gila bila dia nak tumpang ‘bersembunyi’ di penthouse mewah Seth. Atas dasar simpati, Seth bersetuju. Tapi, ada syaratnya. Seth kata jangan menyesal!

Daripada duduk goyang kaki tak buat apa, Rose ofer diri bekerja di SM. Automatik Seth jadikan Rose sebagai PA kepada PAnya. Kalau dah di rumah berjumpa, di ofis pun bertemu mata, memang banyaklah perang mulut terjadi.

“I ni bos kepada bos you. Jadi, you kena ikut apa yang bos kepada bos you ni cakap. Lainlah kalau you nak kena denda dengan I.” - Seth

Satu rahsia membongkar segalanya. Seth dan Rose nekad berkahwin secara rahsia. Masing-masing ada agenda. Masing-masing mahu melindungi.

“Terima kasih jaga I.” - Rose
“To protect you is my vow.” - Seth

Bersama tanpa cinta, tak semestinya Seth dan Rose tak boleh bahagia. Muncullah Kael, Angie atau siapa pun, setia itu masih ada. Kontrak kahwin yang dah dipersetujui, sekelip mata boleh terbatal.
Kenapa tak tepati saja isi kontrak?
Alah, tak payahlah nak klise sangat!

Tuesday 28 August 2018

Dia Sebenarnya Cinta ~ Wan Nur Najihah

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Pertunangan harus membawa kepada perkahwinan! Tapi keadaan itu tidak memihak kepada Dina. Kerana reunion sekolah itu semua berubah.

“Kalau awak fikir Nazim baik, dia akan layan saya ke? Dia sedar dia dah bertunang, kenapa dia mesti layan saya kalau dia betul-betul sayangkan awak?” -Lisa

“Awak perempuan, sanggup awak lukakan hati kaum awak? Awak tak rasa bersalah ke? Kalau Nazim boleh sayangkan awak, masa bertunang dengan saya. Awak tak rasa ke dia akan sayang perempuan lain masa dengan awak?” –Dina

Hancur hati Dina, saat menyedari cintanya dibahagikan. Lelaki yang disangka bakal imamnya berubah gara-gara berjumpa cinta pertama. Saatdia menutup pintu hati, Afzan muncul mengubat kekecewaanya.

“Awak tak pernah sukakan saya?” -Afzan

Aku di Sini ~ Ieya Sya

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

ARGH!!!”

Kuat Iyan menjerit. Segala barang di hadapannya ditepis hingga jatuh berterabur. Mata bertemu pantulan wajahnya. Tanpa berfikir panjang, dia menumbuk cermin sekuat hati. Terhiris tangan, darah mencemari.
Jiwa lelakinya bergelodak.

Selepas semua itu, diam-diam dia menjejaki Ara dan emaknya. Betapa sayatnya hati melihat kehidupan dua beranak itu hilang tempat bergantung. Kemudian, dia tahu Ara yang merupakan pelajar cemerlang, gagal mendapat keputusan memberangsangkan.
Iyan tahu, semuanya kerana kejadian itu. Ara terganggu. Ara tak berjaya dalam hidupnya kerana dia. Dia yang buat kehidupan gadis itu begitu.
Hilang lamunan tentang Ara, Iyan berdiri tegak. Nafas dihembus. Jiwanya rawan setiap kali mengenangkan hidup Ara.

Thursday 23 August 2018

Cik Skuter, I Love You ~ Amyliey Haizani

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Muadz Hazami adalah seorang lelaki yang tidak percaya kepada cinta. Baginya cinta itu menyakitkan dan membuang masa. Perkenalan dengan Inas yang bermula dengan rasa benci akhirnya membuahkan bibit-bibit cinta di dalam hati. Untuk mendapatkan gadis itu, Muadz Hazami telah bekerja dengan Dato’ Zahari, iaitu papanya sendiri sebagai budak pejabat! Pelbagai syarat yang diberi untuk dia berjaya mendapat kerja tersebut. Sebagai budak pejabat, Muadz Hazami diarahkan menghantar surat, membuang sampah, membancuh air dan sebagainya. Apa yang lebih memeritkan, gajinya terlalu rendah jika hendak dibandingkan dengan Quezairy, teman baiknya.

Keadaan semakin getir apabila Katrina, anak Dato’ Redzuan menaruh hati kepadanya. Inas pula telah menjadi tunangan orang. Dalam kekalutan, akhirnya Muadz Hazami mengetahui Inas telah ditinggalkan kerana tunangannya, iaitu Irwan Hanif mempunyai kekasih lain ketika berada di luar negara. Konflik semakin rancak apabila Katrina berusaha mendapatkan Muadz Hazami sehingga menyakiti hati Inas yang mula menaruh hati kepada lelaki itu.

Benarkah cinta itu tidak membawa apa-apa makna? Bahagiakah jiwa dengan fitnah yang datang secara tiba-tiba? Dalam derita, ada tawanya! Dalam suka atau duka, cinta tetap mekar jika ada rasa setia dalam dua jiwa!

Ensiklopedia Solat: A-Z Tentang Solat ~ Dr. Nik Yusri Musa

(SEM & SS) RM40.00 > RM35.20

Membahaskan serba-serbi tentang solat. Direka dalam bentuk dalamannya yang mesra pembaca dan mudah difahami.

Disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda, dan jadual. Gaya bahasa yang mudah, ringkas dan santai. Menggunakan kitab rujukan yang muktabar.

Nota Kewangan Sentap ~ Harith Faisal

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Anak muda yang belum berkahwin, yang tidak ada tanggungan, biasanya tak kisah sangat hendak urus duit. Asalkan setiap bulan cukup makan, minum, enjoy, ada tempat tinggal, sudah rasa bagus sangat dah.

Bagi yang sudah berkahwin, mereka lain macam sikit. Mereka sudah ada tanggungan, sudah matang dari segi emosi. Tanggungjawab terhadap anak dan isteri adalah motivasi terbaik untuk uruskan kewangan dengan baik.

Sebenarnya, sama ada kau sudah berkahwin atau belum, kau tetap boleh jadi orang yang bijak urus duit. Cari motivasi, tetapkan matlamat.

Buku ini saya hasilkan sebagai buah tangan saya kepada anak muda. Digarap khas secara santai, sentap dan sempoi untuk anak muda yang sedang mencari jalan cari rumah pertama, hala tuju kewangan dan kehidupan yang lebih baik.

Semoga anda dapat kongsikan kebaikan buku ini kepada keluarga dan ahli keluarga anda. Sama-samalah kita melaksanakan bahagian masing-masing supaya manfaatnya akan melahirkan satu komuniti bijak kewangan.

Belajar Solat Dengan Sempurna Lelaki & Perempuan ~ Galeri Ilmu

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20
Belajar Solat Dengan Sempurna

Monday 20 August 2018

Chinta Airis ~ Eefa Azwany

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Chinta Airis… Dia tidak dapat menerima perceraian antara Khalil dengan Melissa. Dia kecewa. Dia bukan sekadar kehilangan ibunya, malah abangnya juga. Oleh itu perkahwinan kali kedua Khalil dengan Marina juga tidak direstuinya. Baginya, Marinalah penyebab keruntuhan rumah tangga kedua ibu bapanya. Namun bagi Khalil ada satu rahsia yang tidak mampu dia ungkapkan kepada Airis.
Luaran nampak keras sedangkan dalaman Airis rapuh. Dia terus berlagak tabah tetapi sesekali dia rebah juga apabila kerinduan terhadap ibu dan abangnya bertandang. Kehadiran Dani, kawan baiknya yang sentiasa ada sedikit sebanyak telah menceriakan hidup Airis.

10 tahun terpisah, takdir telah menemukan dia kembali dengan ibu dan abangnya. Namun kebahagiaan yang dikecap tidak bertahan lama. Khalil telah mengeluarkan arahan agar dia menjauhi Melissa.
Kemunculan Reeza sebagai calon suami membuatkan Airis semakin memprotes aturan papanya.
“I jatuh cinta saat pertama kali I tengok gambar you. Entah, I pun tak tahu nak cakap macam mana, tapi itulah yang I rasa. Jantung I rasa macam tak stabil tiba-tiba. Berdegup kuat sangat…” – Reeza

Mencintaimu Selamanya ~ Azieana

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Kedatangan Aira ke Kuala Lumpur demi mengelakkan dirinya menjadi mangsa Lajis. Sekali gus mencari siapa sebenar ibu bapanya. Namun bukan itu yang berlaku apabila tiba-tiba dia didesak oleh Amar.

“Kau tahu tak yang kau ni masih ada hutang dengan aku!” – Amar
“Hutang? Hutang apa pulak ni? Saya ni kenal encik pun tidak, apa yang saya hutang?” – Aira.
“Apa kata kau tak payah bayar.” -Amar.
“Hai, tiba-tiba baik hati pulak! Dah tersampuk jin tanah ke?”- Aira.
“Memang tak payah bayar tapi kau kena terima syarat aku!” – Amar.
Apa syarat Amar? Aira kena kahwin dengan dia.
Perkahwinan antara mereka berlangsung biarpun tanpa kerelaan Datin Noraidah yang sudah mempunyai calon menantu menggantikan Tasya yang telah memutuskan pertunangannya dengan Amar. Namun Amar tetap mahukan Aira dan mengaku yang dia sukakan Aira.
Datin Noraidah yang tidak berpuas hati melihat kebahagiaan Amar dan Aira sentiasa mencari peluang untuk merosakkan kebahagiaan itu sehingga terjadinya satu tragedi.

Buku Pink: Cerita-cerita Ibu Mengandung ~ Kata-Pilar Books

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Buku Pink ini berkongsi cerita dan pengalaman para pertugas kesihatan mengendalikan kehamilan dan kelahiran. Ikuti pengalaman suspens, lucu, menyedikan dan menggembirakan semasa mengenai kehamilan dan kelahiran.

Friday 17 August 2018

Hingga Tiba Saat Itu ~ Farisya Natasha

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40

Apa yang sanggup kita lakukan jika perpisahan adalah pilihan terakhir? Adakah kita berani untuk memilih pilihan tersebut?

Perpisahan itu bukan pilihan tetapi keadaan yang memaksa mereka untuk membuat keputusan. Setelah puas memujuk, puas merayu, akhirnya Eshal Wardina akur dengan takdir Tuhan. Perkahwinan yang dibina bersama Syed Arash sudah sampai ke penghujungnya. Tiada lagi cara untuk memperbaiki bila Arash sendiri menginginkan semua itu terjadi.

"Abang yakin, Shal akan lebih bahagia tanpa abang." - Arash

"Abang bukan Tuhan nak tentukan Shal akan bahagia atau tak! Dan jangan cakap pasal bahagia kalau abang sendiri tak tahu apa maknanya!" - Eshal

Perpisahan membawa mereka ke haluan masing-masing. Setelah tiga tahun tak bersua, mereka akhirnya ditemukan semula. Dalam marah, ada rasa rindu yang menjengah. Dalam benci, ada rasa sayang yang masih berbaki. Apatah lagi apabila Eshal tahu, di sebalik perpisahan mereka, ada rahsia yang Arash sembunyikan selama ini. Rahsia yang menyimpan segala penderitaan yang ditanggung oleh Arash sepanjang perpisahan mereka.

Jangan Tak Balas Cintaku ~ Zaza Qry

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Istihana betul-betul rimas dengan bekas abang iparnya. Kubur isteri masih merah dia sudah bersetuju berkahwin. Kalau dengan orang lain, Istihana tak hairan, tapi mahu dijodohkan dengan dirinya. Mereka ingat Istihana ini barang mainan? Boleh buang jika tak suka dan simpan apabila suka?

“Isti, kenapa nak lari jauh daripada abang?” - Ilhan
“Aisy, saya tak sukalah awak dekat dengan saya. Rimas!” - Istihana

Selepas kahwin, Istihana buat kerja gila. Kerana rimas berdekatan dengan Ilhan yang sudah bertukar status daripada abang ipar kepada suami, Istihana menghilang. Istihana larikan diri!

Selepas tiga tahun, Istihana bertemu semula dengan Ilhan yang menjadi CEO di kilang tempatnya bekerja.

“Marah, suka, bahagia atau teruja mungkin. Semua perasaan tu. Abang cakaplah kalau-kalau Isti tak tahu?” - Ilhan
“Tak mahu kuasa dua. Sebab semua perasaan tu, saya tak ada.” - Istihana.

Penalti Cinta Abang Bola ~ Nurfaza Alisya

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Setelah Lukman memutuskan pertunangan, Mawar sudah tidak mempercayai mana-mana lelaki dalam hidupnya. Kesakitan itu benar-benar mengajar Mawar untuk lebih berhati-hati dengan mana-mana lelaki.

“Saya tak suka berkawan dengan awak sebab awak bajet awak ni bagus sangat.”- Mawar Zahra
“Kalau saya tak bagus, macam mana saya boleh jadi kapten bola untuk curi hati Cikgu Mawar?”- Syed Aariz

Sebaik dia reda dengan perpisahan, muncul Syed Aariz mula mahu mendekatinya. Sakit hati Mawar dengan sikap Syed Aariz yang suka mengganggu hidupnya. Sampaikan dengan ahli keluarga Mawar pun, Syed Aariz sanggup berjumpa untuk meminta izin hendak berkawan dengan Mawar.

Mentang-mentang lelaki itu pemain bola sepak negara terkenal, ingat senang hendak pikat hati dia? Abang bola ke, abang polis ke, malas Mawar hendak layan. Boleh jalan! Jangan ingat hati Mawar mudah cair kali ini!

Yang Terindah, Maryam Sofea ~ Ailah Diela

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Cantik dan mempesonakan! Itulah yang membuatkan dirinya hanya nampak keindahan di dalam diri wanita itu. Tapi kenapa makin dikejar, makin jauh. Yang tambah peliknya, kenapa makin mahal semakin hati meronta ingin memiliki gadis itu.

Maryam Sofea, nama itulah yang buatkan Farhad jatuh cinta berkali-kali. Dia bukannya tak ramai peminat, saban malam ada saja peneman di sampingnya. Tapi Maryam Sofea itu jugalah yang memaut hatinya.

“You pun tahukan cara I. Jangan nak buat muka hanya disebabkan benda yang you sendiri dah tahu jawapannya. Jawapan I tetap sama walau beribu kali you cuba.” – Sofea

Merajuklah sampai ke negara China sekalipun. Memang tinggal dalam mimpi sajalah Sofea nak pujuk. Tak apa! Dia boleh pujuk diri sendiri asalkan wanita itu menjadi isterinya. Tiada lagi kelab malam! Tiada lagi perempuan saban malam! Farhad sanggup dan rela demi memiliki wanita terindah itu.

“I tahu I salah sebab pernah abaikan dia. Tapi I yakin I mampu bahagiakan dia. Ceraikan dia…” – Azad

Indahnya Mencintai Rasulullah ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

Ibnu Kathir dalam tafsirnya berkata:
“Ayat pemutus bagi setiap orang yang mengaku mencintai Allah SWT tetapi tidak menempuhi jalan Muhammad SAW, maka dia ialah pembohong dalam pengakuan cintanya itu sehingga dia mengikuti syariat dan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dalam semua ucapan dan perbuatannya.”

Justeru, buku Indahnya Hidup Mencintai Rasulullah ini dinukilkan oleh penulis supaya dapat menjelaskan kepada kita hakikat cinta kepada Rasulullah SAW dan semoga kita layak meraih syurga-Nya, Amin.

Topik-topik yang dibincangkan adalah:
Bab 1: Erti Cinta
Bab 2: Pembahagian Cinta dan Falsafahnya
Bab 3: Hukum Mencintai Rasulullah dan Kelebihannya
Bab 4: Tanda Cinta Kepada Rasulullah
Bab 5: Cinta Sahabat Kepada Rasulullah
Bab 6: Mulianya Akhlak Rasulullah

Fiqh Jenazah ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

(SEM & S/S) RM12.00 > RM10.60
Sesungguhnya kehidupan ini penuh dengan ujian, termasuk hidup dan mati juga menjadi ujian.

Mengetahui segala hukum dan adab berkaitan jenazah amatlah penting kerana ini merupakan hak si mati yang menjadi kewajipan secara fardu kifayah terhadap yang hidup dalam menguruskan hingga si mati dikebumikan dengan penuh penghormatan.

Maka, sewajarnyalah kita umat Islam memiliki buku ini bagi meraikan hak saudara kita dalam mengurus mayat dengan sempurna.

Solat Pelengkap Kesempurnaan ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20

Buku ini akan membicarakan beberapa isu berkaitan yang sunat-sunat dan juga bacaan-bacaan serta doa yang digalakkan untuk kita menekuni dan melakukannya dalam solat serta selepas solat.

Justeru, buku ini diberi fokus yang khusus berkenaan perkara yang mungkin dipandang remeh dan enteng dek kerana ia adalah permasalahan sunat tetapi sebenarnya jika diamalkan, difahami dan dihayati dengan sebenarnya ketika menunaikan solat sudah barang tentu ia akan menghasilkan satu natijah kemanisan dan lazatnya solat.

Gelaran Ulama ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80
Menjadi sunnatullah bagi guru-guru yang mendidik, mentarbiah dan mengajar manusia sentiasa mendapat tempat di hati ummah. Biar setara manapun, mereka pasti memuji para ulama dan mengkarya dengan gelaran dan laqab yang baik.

Antara tujuan buku ini diterbitkan ialah untuk menunjukkan tentang karya khazanah ilmiah Islam dalam pelbagai cabangan ilmu termasuk gelaran yang diberikan kepada para ulama Islam dari zaman dahulu sehingga kini.

Di samping itu, penghormatan masyarakat kepada ulama sentiasa disebutkan sebagai warasatul anbiya.

Tuesday 14 August 2018

Sindiket ~ Arman Jazee

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Kisah kali ini tentang kegiatan perdagangan manusia dan organ. Kegiatan ini semakin berkembang kerana dari hari ke hari permintaan untuk mendapatkan organ-organ ini semakin meningkat. Munira seorang ibu tunggal yang memiliki dua orang anak telah ditimpa musibah. Bila kedua-dua anaknya telah diculik oleh kumpulan Van Putih yang sudah lama bermaharajalela menculik kanak-kanak. Kumpulan Van Putih yang bernaung dibawah satu Sindiket yang besar telah membawa kedua anak Munira itu ke sempadan Thailand untuk diambil organ mereka.

Munira yang terkejut tentang kehilangan anak-anaknya hilang punca. Dia berharap pada pihak polis untuk mencari anaknya. Kehadiran bekas suami dan ibu mertuanya yang menyalahkannya atas kehilangan anaknya menambahkan tekanan hidup Munira lagi. Dari hari ke hari harapan untuk menemui anaknya semakin pudar. Kemuncak kekecewaannya apabila pihak polis bertindak menghentikan siasatan ke atas kes kehilangan anaknya itu.

Dibakar apa kemarahan dan kekecewaan, dia nekad untuk menyiasat sendiri kes kehilangan anaknya. Pencariannya bukan begitu mudah, dia hampir berputus asa. Pertemuan dia dengan Somchai, seorang penjahat telah membuka jalan untuk menjejaki anaknya. Pelbagai onak dan duri dia tempuhi untuk menemui kembali anaknya. Tetapi ianya tidak semudah itu. Munira perlu membayar harga yang cukup mahal dalam perjuangannya ini. Nyawa menjadi taruhan dan musuh yang sebenar adalah seseorang yang tiada siapa pun menduga.

Fana ~ Fitri Hussin

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Bila hidup abadi digilai, buku bertemu ruas tak terelak lagi!

Ketika nyawa Richard Rotchield di hujung tanduk akibat penyakit misteri ngeri seperti yang dialami oleh mendiang ayahandanya, Aharon muncul untuk menyembuhkannya. Aharon kemudiannya menawarkan kehidupan abadi kepada ketua Majlis Tertinggi Alam Hitam itu melalui Ainul Hayat.

Ainul Hayat dicari tetapi misi demi misi menemui kegagalan. Di kala Richard Rotchield berdepan kebuntuan, Aharon memberitahu satu ramalan akan lahir bayi bertanda lahirkan peta Ainul Hayat.

Ramalan Aharon benar-benar terjadi. Sepasang kembar bertanda lahirkan peta Ainul Hayat lahir dari rahim seorang perempuan Melayu. Selepas bertempur hebat, seorang daripadanya berjaya diculik oleh Majlis Tertinggi Alam Hitam. Seorang lagi berjaya diselamatkan oleh Majlis Syura Tanah Melayu.

Kembar inilah yang akan ditakdirkan menjadi pencetus kepada pertembungan antara dua kuasa utama dunia ketika itu.
Mampukah Sayyid Muhaimin dan lain-lain menghalang kerakusan Richard Rotchield? Siapakah Aharon yang amat misteri itu? Dapatkah Tanah Melayu menghalang Ainul Hayat daripada jatuh ke tangan Majlis Tertinggi Alam Hitam?

“Mahukah kau hidup selamanya?” - Aharon
“Benarkah aku boleh hidup selama-lamanya?” - Richard Rotchield
“Bukankah sesuatu yang benar tu sentiasa menenteramkan?” - Roshil
“Apakah kau tahu makan crossed key atau kunci bersilang pada lencana Paus itu?” – Sayyid Muhaimin

Bidan Siam ~ Noorfadzillah

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Nai Uteh atau Nek Uteh telah menerima tawaran ilmu perbidanan daripada Tok Phrak Nyai ekoran kemelut rumah tangganya. Seisi keluarga cukup tahu perbidanan yang dijalankannya berlandaskan amalan syaitan. Setelah usianya kian menginjak, Nek Uteh terdesak mencari pewaris ilmu perbidanan dan anak belaannya. Dia cuba bermacam cara memujuk menantu dan cucu perempuannya, namun tidak berhasil.

Nuwairah, jururawat hospital swasta mengalami gangguan sejak pertunangannya dengan Haziq. Rupa-rupanya Haziq adalah cucu kepada Nek Uteh. Tiada siapa yang tahu muslihat jahat Nek Uteh ke atas Nuwairah. Di sebalik kejahatan itu, ada mata ghaib lain pula sedang menghuru-harakan kehidupan Nek Uteh dan keturunannya. Di antara Nuwairah dan Haziq, muncul Yusuf Imran mengubati sakit misteri itu. Disebabkan pertemuan semua insan ini, rupa-rupanya ada rahsia tersembunyi dan kejutan yang tidak disangka. Siapa sebenarnya Nek Uteh? Dan siapa di sebalik mata ghaib yang cuba menghuru-harakan Nek Uteh dan keluarganya?

“Tidak! Aku tak mungkin terima ilmu syaitanmu.” - Nuwairah

“Pertemuan kalian dengan Wairah dan keluarga ini, ada kisah silam yang memburu satu sama lainkan? Semuanya bermula dari kampung yang Wairah kunjungi tu.” -Ustaz Khir.

Monday 13 August 2018

Dominan Itu Dia ~ Maya Iris

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Perlanggaran kecil menemukan Lutfi dengan Aria Natasha. Dalam masa yang pantas, mereka jatuh cinta. Namun, cinta mana yang tidak bergolak? Aria terpisah daripada Lutfi apabila dia hampir-hampir menjadi mangsa pemerdagangan manusia. 

ASP Hadid telah ditugaskan untuk melindungi Aria sementara pihak polis mencari dalang di sebalik penculikan Aria yang hanya dikenali sebagai Mr. Zed. Kes bertambah rumit apabila Mr. Zed menyenaraikan nama Aria dalam sistem bidaan penjenayah, The Dark Web. Sementara bidaan untuk Aria masih aktif di rangkaian penjenayah itu, Aria telah ditempatkan di sebuah banglo perlindungan polis. Sedikit-sedikit, Hadid membongkar rahsia peribadi Aria. 

"Kenapa awak sesuka hati boleh tanya saya soalan peribadi tapi bila saya pula tanya, awak suruh saya, go to sleep, Aria?" – Aria Natasha 
"Saya tak nak jawab soalan awak. Tapi saya nak buat benda lain dengan awak." – Hadid. 

Perasaan Aria berkocak. Hatinya berbelah bahagi di antara Lutfi dan Hadid. Kedua-dua lelaki itu ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Aura dominan kedua-dua lelaki itu mencetuskan persaingan. 

Melastik Ke Hatimu ~ Aqma Dee

(SEM& SS) RM26.00 > RM22.90

Cepat-cepat dia capai dompet dan telefon. Sebelum Ziyyad masuk, lebih baik dia segera beredar. Nasib baik dia ada selipar bulu-bulu, jadi bolehlah nak guna untuk sementara. Harap-harap orang tak pandang pelik pada aku nanti sebab pakai selipar yang diguna dalam rumah.

Nota ringkas yang mengatakan dia keluar dengan Naim sudah tertulis pada cermin menggunakan gincu.

"Curang-curang aku pun, aku minta izin okey tapi bukan depan-depanlah." Haura sengih tak bersalah.

Siap nota ditulis, dia apa lagi, terus panjat jendela. Masa tu dia dah gelengkan kepala. Kenapalah aku gedik sangat pakai skirt labuh hari ni? Kan dah susah nak panjat. Terpaksa selak kain sampai paras paha.

"Ini kalau tersilap langkah, boleh jatuh tersembam kat tanah ni."

Bila kedua-dua kaki sudah terjulur ke luar jendela, dia sudah bersedia untuk terjun. Belum sempat dia terjun, terasa hujung skirtnya tersepit pada engsel jendela. Cepat-cepat dia tarik namun ia seperti melekat di situ. Bila dalam keadaan kelam-kabut, semua benda jadi susah.

“Awak buat apa duduk atas jendela tu?”

Tuan Muda Cik Hana ~ Chempaka Lyana

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Hana ke pantri. Tekaknya terasa haus. “Buat air coklatlah.” Dibuka sebungkus Cadbury, dituangkan ke dalam cawan, curah air panas dan kacau.

“Laaaaa, mengular ya?” Muncul Zaiton dengan wajah yang muram.
“Hauslah, kak.” Hana berasa pelik. Zaiton tidak pernah sesedih begini.

Zaiton menarik kerusi. Duduk dan terus mengelamun panjang. Mengeluh diri, mengenangkan nasib akan datang apabila Tuan Rayyan mengambil alih Jaaf Plantations Sdn Bhd daripada Tuan Muda.

“Kak Zai ni, cuba cerita apa masalah?” Soal Hana ingin tahu.
“Tuan Muda makin hari, makin baik. Kak Zai lega sangat. Hurmmm... mungkin disebabkan Cik Tunang dah kerja dekat-dekat si…” Tiba-tiba Zaiton berhenti cakap. Dipandangnya ke arah Tuan Muda yang baru sahaja berdiri di hadapan pintu pantri. Spontan dia berpaling ke arah Hana yang begitu tenang sekali. Tertib sambil mata menghadap dinding. Meneguk dan menikmati air coklat tanpa memandangnya atau menegur Tuan Muda sekalipun.

“Tuan Muda nak air? Saya buatkan.”
“Hana minum apa?”
“Air coklat Cadbury. Nak?” Jawab Zaiton tanpa menunggu Hana menjawab. Tahu sangat dia. Sah tengah bergaduh. Lagi dan lagi!

Fatwa Imam Al-Nawawi ~ Imam Al-Nawawi

(SEM & SS) RM37.00 > RM32.60

Fatwa ini menjadikan rujukan dan santapan mereka yang dahagakan ilmu dalam beramal. Kitab ini juga disusun oleh anak murid beliau sendiri, iaitu Ibn al-Atthar yang menunaikan baktinya buat gurunya sebagai janji setia kebaktian demi meneruskan jariah ilmu yang berkekalan.

Edisi terjemahan bahasa Melayu ini cuba untuk mendekatkan masyarakat kepada satu seni penulisan fatwa yang malar segar dan dipersembahkan sedaya upaya dengan bahasa yang lebih mudah untuk dihadam kefahamannya.

Modul Soalan: Bahasa Arab Tingkatan 4 & 5 ~ Dr. Norazamudin Umar

(SEM & SS) RM9.90 > RM8.70

Lebih 1500 soalan latihan topical

Pemburu Bencana ~ Dato' Haji Muhammad Zakaria

(SEM & SS) RM29.00 > RM25.50

Setiap detik yang digambarkan oleh penulis disampaikan dengan bahasa yang mudah difahami sehingga kadangkala boleh menimbulkan unsur saspens kepada pembaca. Malah kami, penerbit yakin tulisan “Pemburu Bencana” ini mampu menyuntik semangat anak muda yang tidak pernah menceburi bidang kesukarelawanan untuk “menyerah diri” bagi membantu misi-misi kemanusiaan yang sentiasa memerlukan khidmat dan tenaga muda.


Panduan Ibadah Pesakit ~ Azhar Yahya, Fadilah Yaacob

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Setiap pengalaman dan ilmu yang diperolah digarap dengan pedoman berasaskan hukum syarak, di samping memasukkan nilai tambah tentang kaedah-kaedah melaksanakan ibadah ketika menghadapi keuzuran mengambil pendapat terkuat serta sesuai dengan keutamaan mudah, pesakit juga boleh beribadah.


Saya Suka Mengaji ~ Khadijah Gani

(SEM & SS) RM21.00 > RM18.50
Minda anak-anak mudah dibentuk dari kecil. Dari situ juga, minat anak-anak terhadap sesuatu dapat dipupuk dan bercambah dengan mudahnya. Buku hasil tulisan Khadijah Gani, Saya Suka Mengaji ini membuktikan bahawa banyak pendekatan yang boleh di ambil dalam memupuk minat anak membaca al-Quran. Tidak kiralah anak-anak ini berasal daripada keluarga yang bagaimana, semuanya boleh dibentuk dengan cara yang sepatutnya.


Thursday 9 August 2018

Tuan Danial ~ Azizah Ami

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

“Anak Tuan Hashim. Namanya Tuan Danial Lulusan Universiti Malaya. Kacak dan pandai menguruskan perniagaan. Tuan Hashim cuma ada dia dan satu perlu anak papa tahu…. dia kepala batu. Hmm… sama macam Is” Tengku Khalil menyerahkan tab yang terpampang wajah Tuan Danial di skrin.

“Hmmm… papa tak rasa Is macam orang gila ke pergi menyiasat siapa yang akan Is kahwini?. Is tak mahu silap pilihlah papa. Is mahu kenal dia dalam – dalam sebelum buat keputusan”

********

Pintu dibuka dan wajah lelaki yang dilihatnya semalam menjongketkan kening. Is terdiam. Uishhhh…. kacak lagi di luar berbanding yang aku tengok semalam. Kalau macam ni, jadi orang gaji seumur hidup pun tak mengapa. Is tersengih – sengih.

“Maaf .. tak nak beli kerang!” kata Danial dan ingin menutup pintu rumahnya.

Mr. Killer Smile ~ Ruby Nur Airis

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Antara keikhlasan, kebenaran, dendam, air mata dan cinta.

Mampukah keikhlasan memadamkan dendam?
Mampukah kebenaran menghapuskan air mata?
Mampukah cinta mengatasi segala-galanya?

“Ini adalah permulaan bagi satu permainan. Namun yang pasti, akulah pemenangnya. Tiada tempat kedua kerana semua berada di tempat terakhir.” - Iskandar.

Antara ego, dendam dan cinta, tegakah Iskandar menyakiti Auni dan meletakkan gadis itu sebagai taruhannya?

“Biarkan rasa sedih itu seperti air, mengalir terus ke lautan. Biarkan seperti angin, bertiup hinggap ke pergunungan. Biarkan seperti debu, melayang jauh menghilang di dataran.” - Auni.

Sedih dan kecewa membuatkan jiwa Auni menjadi keras. Bukan mudah menjalani kehidupan sebatang kara di dunia ini. Dibuang keluarga bukan pengakhiran hidupnya.

The Misadventures of Cik Reen & Encik Ngok Ngek ~ Maya Adira

(SEM & SS) RM29.00 > RM25.50

'Kalut! Beberapa hari sebelum majlis pernikahan, Izyan dan Iqram menghilang. Semutar dua keluarga mencari, namun dua sejoli itu bagai hilang ditelan kabus. Che Embun sudah hilang daya, mahu terguling. Hajah Jawaher pula terduduk, pening kepala. Kata Haji Manaf dan Che Azhan, gantikan saja dengan pasangan lain. Nak buat macam mana, kad jemputan sudah diedar.

What? Kahwin?? Dengan abang si Iqram, bakal adik ipar yang tiba-tiba halimunan. Dengan Harris, si ngok ngek perasan muka macam hensem sangat. (Memang dia hensem, tapi mulut macam longkang! Berlagak! Ptuiii!!!) What the hell?

Dengan Azreen, cikgu tadika tu? Please… Abah ni nak bunuh aku ke? Mana aku nak letak muka? Tak ada class langsung. Aku nak kawin dengan Zaza tapi mereka yang kasi (sebenarnya Zaza yang tak mau lagi. Adehhh). Hoooohhhh, takkkan. Tak mungkin terjadi! Kalau dah berkat doa orang tua, masin mulut katakan. Jadi tetap jadi. Sudahnya Harris yang bersalam dengan tok kadi, Azreen yang jadi isterinya. Selamat dah kenduri tu. Zaza? Bagai mahu gila, namun kerana tugasan di luar negara, tak mampu nak menghalang. Tunggulah dia pulang ke Malaysia nanti, dia akan ajar Azreen cukup-cukup. Berani dia rampas Harris!

Pematah Hati Yang Tak Dirindukan ~ Saifuddin Hamizan, Baha'uddin Hamizan

(SEM & SS) RM35.00 > RM30.80

“Tidak pernah terlihat dua orang yang saling mencintai (yang lebih baik/indah) seperti pernikahan.”
(Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Majah)

Usah diratapi orang yang memilih untuk pergi, namun perbaikilah diri dan dekatilah Yang Maha Mengasihi. Ketika Dia menurunkan ujian, memang terlalu banyak persoalan timbul.

Soalan yang mungkin kerap kali diulang Tanya, “Kenapa aku? Kenapa aku? Kenapa aku?”

Berpindahlah. Berhijrahlah. Usah berlama-lama menangisi pemergian sedangkan banyak lagi ruang dan peluang boleh diteroka

Orang Yang Lupa Takkan Ingat Perkara Esok ~ Nasrullah Amran

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40

“Betul la, aku selalu lupa. Selalu buat macam tu. Tak boleh jadi, aku kena ubah lepas ni.”

Lupa ini jika dibiarkan akan mempengaruhi siapa dan kehidupan kita. Supaya tidak lupa, maka perlulah diulang-ulang peringatan.

“Eleh, benda sama saja yang diulang-ulang. Dah klise. Semua tu aku dah tahu la.”

Kerana berasa diri sudah tahu semua, kita akan jadi bodoh. Bodoh dalam hal yang kita tidak tahu. 

Bak kata Kiyai Mustofa Bisri:
“Kamu akan menjadi pandai apabila masih banyak yang perlu dipelajari, kamu akan jadi bodoh apabila berasa sudah cukup tahu.”

Peringatan diulang ada maknanya. Ia menjadikan kita lebih kuat pada masa depan.

Semoga perkara yang biasa kita lupa menjadi penting, sehingga kita benar-benar menjadikannya sebahagian daripada kehidupan. Hilangnya ia seperti tidak lengkap anggota badan.

Doktor Sakit ~ Dr. Atikah Razali

(SEM & SS) RM21.00 > RM18.50
Keadaan bahagian trauma dan kecemasan hospital daerah itu sedikit kelam-kabut walaupun jam hamper menunjukkan pukul 3.00 pagi. Pesakit tidak putus-putus datang. Ada pula seorang pesakit yang mengadu mengalami kesukaran bernafas di rumah, tidak sedarkan diri pula di hospital akibat serangan jantung yang serius.

Di tengah kekalutan berusaha untuk menyelamatkan nyawa pesakit tersebut (dengan izin Allah SWT), tiba-tia terdengar suara seseorang memarahi seorang staf,”Hoi boleh cepat tak buat kerja tu? Saya demam dah dua jam tunggu ni!”

Walaupun saat itu matanya boleh melihat jelas doctor, pembantu pegawai perubatan dan jururawat berlari-lari dalam kesibukan. Bagaimana jika ahli keluarga mereka pula di tempat pesakit yang sedang bertarung nyawa?

Cuba anda fikirkan kembali, ANDA RASA DOKTOR ADA MASA UNTUK SAKIT?

To My Dearest Family ~ Amiza Khusyri Yusof

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

HIDUP INI BUKAN UNTUK GEMBIRA?
BUKAN UNTUK GEMBIRA SAJA.
TAPI UNTUK BAHAGIA. BAHAGIA DUNIA. BAHAGIA AKHIRAT.

Bahagia tidak mampu dicapai seorang diri. Ia datang daripada orang disekelilingmu. Orang yang paling rapat. Yang terlebih dahulu memegangmu sebelum kau tersungkur. Yang menyimpan tangismu dan yang memberi hati mereka kala kau belum menjadi menang.

Mereka, adalah keluargamu.
Siapa yang tidak mahu memiliki keluarga yang bahagia?

Untuk punya keluarga yang baik, seorang ibu mahupun ayah, berusaha member yang terbaik. Dan tiada yang lebih baik daripada untaian kata-kata yang disusun indah dan berhikmah, daripada pengalaman dan nostalgia lampau ibu dan ayah, yang anak-anak tidak miliki.

Buat pedoman yang berkekalan, walau beratus tahun.








Berpindahlah. Berhijrahlah. Usah berlama-lama menangisi pemergian sedangkan banyak lagi ruang dan peluang boleh diteroka.

Koyak ~ Muhd Iqbal Samsudin

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40

“Ah, yang itu pun kau nak koyak?”

Insan yang koyak dipersalahkan terlebih dahulu berbanding apa yang menyebabkan dia terkoyak.

Kita tidak sama. Tahap kesakitan kita juga berbeza-beza.

Jangan kita anggap suatu kekecewaan itu kecil di sisi kita, kecil juga di sisi orang lain. Jangan kita sangka suatu sakit kecil di sisi kita, sakit kecil juga di sisi orang lain. Kita manusia ini berbeza-beza. Berlainan juga tahap ketahanan masing-masing.

Tuesday 7 August 2018

Half Girlfriend ~ Zura Rahman

(SEM & SS) RM32.00 > RM28.20

Kahwin?
Agenda kahwin itu tidak pernah termaktub dalam perancangan hidup CK, tidak pernah terlintas di hatinya. Apatah lagi apabila berkahwin dengan kawan baik sendiri. Bekas tunang kawan baik pula tu.

CK yang ‘selamba badak’. CK yang ‘cool’. CK yang punya segalanya yang diimpikan. CK yang tidak perlukan perempuan untuk rasa bahagia. CK yang cukup dengan dirinya sahaja. Namun, tiba-tiba dia ada Kaseh Hadana.

Kehadiran Kaseh Hadana dalam hidup lelaki itu umpama gempa bumi yang menyergap tanpa amaran. Kaseh Hadana bagai puting beliung yang bertiup kencang, menodai ketenteraman fikiran CK. Yang buat hidupnya kacau bilau. Yang buat seorang CK diserang dilema. Semua yang dirancang sempurna, tergendala di tengah jalan apabila status ‘Half Girlfriend’ sudah bertukar menjadi ‘Isteri’.

Seorang dari planet Marikh; dan seorang dari planet Zuhrah. Apabila dua makhluk itu bertemu di planet Bumi… peperangan demi peperangan berlaku.
“Kau memang! Tak sofistikated langsung.” ~ Hadana
“Only those who are complicated will have such sophistication.” ~ CK
“Mengaku ajelah kau tak sophisticated!” ~ Hadana
“Aku? Tak sophisticated? Try me.” ~ CK

Super Daddy ~ Dhiyana

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Demi Luqman Firdaus... Nuqman Danial kembali memunculkan diri setelah sekian lama menghilangkan diri. Sekeping nota ringkas... menimbulkan seribu persoalan di dalam kepala. Athar Faiz ditinggalkan sebagai tanda kenangan dan juga sebuah amanah yang perlu dipikulnya.

Kemunculan gadis yang bernama Inara Sofea di Bandung, penuh dengan misteri. Nuqman yang sememangnya sentiasa tenang, menghulurkan bantuan. Hati lelakinya mula dijentik perasaan halus apabila senang meluangkan masa bersama-sama Inara. Usikan mula menjadi penghias hubungan hati, walaupun bibir cuba berkias-kias kata.
Sekembalinya mereka ke Malaysia, sekali lagi mereka berdua dipertemukan di dalam satu insiden. Sekali lagi Nuqman dengan senang hatinya menghulurkan bantuan. Dan, juga mengambil kesempatan untuk mendekati Inara.
“Dah tengah meneran nak buat apa menyahut? Hilang mood tahu tak!” – NUQMAN DANIAL
“Hasil pelaburan Tuan tu batu ke apa sampai teran tak boleh nak menyahut? Nak membuang pun kena ada mood,” – INARA SOFEA

365 Tip Didik Anak Gaya Nabi ~ Ustazah Isfadiah Dasuki

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

- Dalil daripada Al-Quran, hadith, dan pendapat ulama.
- Bertemakan '1 hari 1 tip', disertakan 365 Tip Jom Amal legkap sebagai bimbingan ibu bapa untuk setahun.
- Setiap topik dinyatakan kelebihan dan tujuan pelaksanaannya.
- Contoh cadangan aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak-anak.

Antara kandungan:
Bahagian 1: Melihat Anak sebagai Amanah
Bab 1: Membisikkan dalam Hati Bahawa Anak adalah Amanah Allah s.w.t.
Bab 2: Jadikan Kalimah Tauhid sebagai Lafaz Permulaan
Bab 3: Ajar Anak Mengenali Allah s.w.t. dengan Sifat-Sifat 20
Bab 4: Didik Diri dengan Ilmu
Bab 5: Didik Anak Mengetahui Kejadian Alam Semesta dan Kebesaran Allah s.w.t.
Bab 6: Didik Anak Mendirikan Solat
Bab 7: Bekalkan Ilmu Agama yang Secukupnya kepada Anak
Bab 8: Hidupkan Bi‘ah Islamiyyah di Rumah
Bab 9: Dekatkan Anak-Anak dengan Masjid ataupun Surau
Bab 10: Tanamkan Semangat Jihad dalam Jiwa Anak-Anak
Bab 11: Ambil Peduli Perihal Sahabat Anak-Anak

#sounddirect : Tuhan Bayar Cash ~ Ustaz Abdullah Khairi

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Tuhan Bayar Cash! mengumpulkan 48 topik berkenaan akhlak yang dikupas dalam bentuk santai. Diselitkan dengan 'sound sedas' daripada Ustaz Abdullah Khairi dalam setiap topik memberikan impak luar biasa kepada pembaca.

Antara Kandungan:
1 Menghormati Tanah Haram
2 Menghindari Sifat Takut
3 Tawaduk Seorang Guru
4 Mendoakan Kebaikan Anak
5 Mengawal Bisikan Hati
6 Mensyukuri Nikmat Kurniaan Allah
7 Memaafi Insan
8 Menuruti Kehendak Allah
9 Membaguskan Pembacaan Al-Quran
10 Mentakzimkan Guru
11 Memuliakan Ahlul Bait
12 Tatacara Ketika Berbuka
13 Mengelokkan pelaksanaan ibadat
14 Mengawal Pandangan Mata
15 Mendoakan Mukmin Lain

Monday 6 August 2018

Projek Lavender: 22 Kisah Pejuang Kanser Yang Cekal Melawan ~ Norsa'adah Ahmad, Dr Noor Hayati Yasmin Nga Timin

(SEM & SS) RM29.00 > RM25.50

Lavender atau warna ungu cerah ialah warna reben kesedaran kanser secara umum. Buku ini menggabungkan kisah pesakit kanser yang pelbagai seperti kanser payudara, pankreas, hati, paru-paru, usus, limfoma dan leukimia.

Sayangku Saarah ~ Kay Omena

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

“Dengan keadaan saya sekarang ni, saya tak mampu nak jadi isteri yang terbaik untuk awak. Saya…”

Belum lagi aku habiskan ayat sendu aku, aku dengar dahulu Aathif ketawa. Pipi aku dicubit tidak semena-mena.

“Awak tu satu-satunya isteri abang tau. So, setiap perangai awak tu dah jadi yang terbaik dan terburuk untuk abang. Buruk mana pun perangai sayang, abang tetap cinta. Jangan risau.” Ada tawa pada ayat Aathif.

Aku tarik muka sedikit.
“Awak cakap saya buruk?”
Masih lagi tawa menjadi jawapan pertama untuk soalan aku.
“Perangai.” Seperti memperbetulkan soalan aku saja gayanya.
“Awak cakap perangai saya buruk?” Lagi sekali aku bertanya tanda tak puas hati. Muka aku seriuskan sehabis yang boleh.

Tak tahu ke yang aku sudah berusaha untuk jaga kelakuan aku untuk beberapa hari ini? Bahkan baru tadi terdetik dalam hati aku untuk melayan Aathif dengan lebih baik bermula dari hari ini. Tapi sekarang, senang lenang saja Aathif kata perangai aku buruk!

My Sweetheart, Hannan ~ Nureen Mirza

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

menatap wajah hannan iman setelah dua tahun terpisah,hati hizzad tak tentu rasa.dia bagaikan budak sekolah yang pertama kali jatuh cinta.angaunya mencecah langit ketujuh.cemburunya sukar untuk di kawal.

"sudi tak awak terima saya semula dalam hidup awak?"-hizzad
"saya tak naklah! awak tak faham bahasa ke?"-hannan

hati hizzad meronta-ronta mahu merujuk semula dengan bekas isterinya.namun,dah tentulah hannan tak sudi.yalah,dulu dia juga yang ceraikan hannan.alasanya

1. ummi tak suka Hannan.
2. Hannan bukan isteri yang baik
3. Dia dah ada Sofea.
tapi sekarang,dia pula terkeja-kejarkan Hannan.sedihnya,Hannan hanya pandang sebelah mata.

"awak ingat mencuci dosa itu semudah mencuci pakaian?masukkan dalam mesin basuh.letak sabun.keluar-keluar sudah bersih dan berbau wanggi?"-Hannan

Wednesday 1 August 2018

Pergi Tanpa Alasan ~ Hani Fazuha

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Rihana dan Hakim, dua nama dari dua dunia berbeza, ditemukan dalam kancah penuh dosa. Bagi Hakim, Rihana itu tidak ubah seperti pelacur kelas atasan. Bagi Rihana, Hakim itu sama saja dengan lelaki kaya raya yang harus dilayan untuk mengeluarkan duit dari poketnya.

“Kahwin dengan I Rin, I’ll pay you two million.” - Hakim
“Dua juta tidak cukup untuk membeli maruah I, Hakim”- Rihana

Segalanya berubah apabila Rihana bertemu hidayah-Nya dan meninggalkan dunia kelam untuk berubah ke arah kebaikan. Hakim jadi panasaran mencari Rihana yang hilang.

Bertemu kembali setelah enam bulan berlalu dan melihat Rihana yang ‘baru’, Hakim jadi sedar yang dia mahukan Rihana bukan kerana nafsu tetapi kerana rasa yang satu itu sudah meresap meracuni hatinya.

Namun, melihat Rihana makin rapat dengan Ridzwan, jutawan muda yang tidak kurang kacaknya buatkan Hakim rasa tergugat. Biarpun Ridzwan itu teman baiknya, tidak bermakna Rihana juga harus menjadi teman baik lelaki itu.