ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, 17 June 2019

The Matchmaker ~ Lynn Safiya

(SEM & SS) RM18.00 > RM16.20

Bangga memegang gelaran ‘The Matchmaker”, ramai pasangan yang sudah berjaya disatukan oleh Aria, seorang gadis yang tidak percaya pada cinta. Melihat teman-temannya bahagia, cukup membuatkan dirinya rasa puas dan gembira. Namun akhir-akhir ini, Aria dikejutkan dengan satu demi satu kisah perpisahan daripada kalangan teman-teman yang pernah dipadankannya.

“Aku dah serik… Aku rasa nak pencen jelah daripada jadi matchmaker lagi lepas ni…” – Aria
Sebagai tukar ganti ingin mendapatkan persetujuan Julia untuk berkenalan dengan temannya Fitri suatu ketika dahulu, Aria sanggup berjanji untuk membantu abang Julia, Ray, jika suatu hari nanti khidmatnya diperlukan oleh lelaki itu. Sangka Aria, janji itu tidak akan sekali-kali dituntut oleh Julia, mahupun abangnya, memandangkan lelaki itu tidak tinggal di bumi Malaysia.
Namun…
“Ree… 2 hari lepas abang aku balik Malaysia. Kau masih ingat, kan?” – Julia

Bibik Milenium Balik Dubai ~ Aein Dhiyauddin

(SEM & SS) RM18.00 > RM16.20

“Macam mana nak buat bie setuju…” – Suhaila Aileen
“Sayang kan bijak. Mesti ada cara nak buat bie setuju tanpa banyak soal.” – Khalis Aiman
“Bie… jangan cakap tak nak. Nanti sayang…” – Suhaila Aileen
“Tak payah nak ugut nak gigit jari. Dah basi.” – Khalis Aiman
“Kalau sayang…” – Suhaila Aileen
“Sayang ugut nak pakai bikini atau nak jadi naked bibik? Lagi bie suka… sangat dialu-alukan. Sekarang pun boleh.” – Khalis Aiman

Setelah sekian lama, Suhaila kembali menjejakkan kaki ke Dubai. Kali ini dia ditemani Khalis, peminat nombor satu Menara Ophelia, merangkap encik suami. Bulan madu yang indah menjadi titik hitam dalam hubungan mereka.

Tawaran kembali bekerja ke Dubai untuk membangunkan Ophelia Mega City membuatkan Suhaila dalam persimpangan. Keluarga atau kerjaya? Kedua-duanya sama penting dalam hidupnya. Keizinan Khalis ditagih untuk dia mengejar impian kerjayanya.

Khalis dihantui peristiwa silam. Mengizinkan Suhaila pergi bermakna dia akan kehilangan isterinya.

Ajaibnya Sedekah ~ Muhammad Muhyidin

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.80

Salah satu ajaran agama kita adalah sedekah. Selama ini, kita sering memandang sedekah sebagai sesuatu yang biasa. Siapa yang mahu bersedekah, silakan. Siapa yang tidak mahu, tidak mengapa. Ramai daripada kita tidak memahami apa itu sedekah. Padahal, sekiranya kita menyelami dan mendalaminya dengan bersungguh- sungguh, hakikat sedekah mampu membuka dan mencerahkan hati dan fikiran kita. 

Sedekah mengandungi kekuatan ataupun keajaiban yang dahsyat, bukan hanya dalam konteks kehidupan di dunia, malah dalam konteks kehidupan di akhirat juga.

Bencana 2020 ~ Hadi Fayyadh

(SEM & SS) RM29.90 > RM26.90

Jika mengikut perkiraan kronologi yang berlaku, benarkah kita sudah berada di era permulaan kebangkitan Imam Al Mahdi? Bibit-bibit kemunculannya dilihat semakin kencang? Apakah kita sedar bahawa Tentera Dajjal seramai 70,000 itu telah bersiap siaga menanti penzahirannya?

Fenomena dahsyat kemarau yang berpanjangan, mengikut telahan hampir berlaku ini bakal membawa dunia kepada kebangkitan Dajjal. Persiapan demi persiapan, segala isyarat dan lentera akhir zaman sudah dinyalakan.

Dua pertembungan dahsyat, perang Armageddon bakal mencetus huru hara yang memuncak. Apakah ianya masih jauh, atau kitakah yang terlena dibuai mimpi Iblis di siang hari. Tombak dan pedang dijulang, Panji tauhid sedang bergerak menjalar di seluruh penjuru dunia.

Bersediakan kita dengan semboyan akhir zaman yang pantas berputar mengakhiri plot taqdir yang telah ditentukan Tuhan? Kita di sebelah pihak mana? Al Mahdi atau Dajjal? Kalimah apakah yang sentiasa membekas di hati dan jiwamu nanti?

Allahuakbar atau ...? Bencana 20:20 sebuah nota yang menjulang kembali kesedaran bahawa kita sudah berada di pinggir zaman yang bakal berakhir. Ya, bakal berakhir. Dimana dan Bagaimana persiapan aku, kamu dan dia?

The Last Kingdom: Skyfall & Ghost Protocol ~ Hadi Fayyadh

(SEM & SS) RM29.90 > RM26.30

Sejarah empayar purba nusantara yang dibina, bukanlah siap hanya beberapa hari, ia menyaksikan bagaimana pemimpin Melayu yang hebat ketika itu mampu mengemudi bahtera kerajaannya sehingga sukar dikalahkan musuh. Pelbagai keagungan dan kehebatan yang perna diraih akhirnya lenyap dan dipadam oleh mereka yang menang.

Namun, penjajah tidak mampu melenyapkan semua debu-debu keagungan yang mereka percaya bakal bangkit di akhir zaman ini. Mereka sedar di kalangan bangsa itu akan wujud tentera-tentera hebat yang jitu sambil melaungkan Allahuakbar. Battalion tentera Tauhid akan muncul dari segenap penjuru timur.

Segala perencanaan ribuan tahun akan dilumpuhkan dengan bantuan kuasa dari Langit. Imam Al-Mahdi dan Nabi Isa a.s. akan mengetuai kembara merentas timur dan barat mengejar susuk Dajjal sehingga dia dibunuh. Panji ketauhidan bakal merubah lanskap dunia.

Mengintai Aku di Neraka ~ Hadi Fayyadh

(SEM & SS) RM37.50 > RM33.00
MENGINTAI AKU DI NERAKA, novel thriller TERBARU dari Hadi Fayyadh penulis novel best seller Semusim di Barzakh. Sebuah inspirasi picisan kisah benar sejak beberapa bulan lalu sebelum penulis berangkat ke Mekah, beliau dipertemukan dengan seseorang yang mahu dikenali sebagai aleeya. Kisah Aleeya Qistina, mengambil keputusan untuk bunuh diri dan terjun di atas tebing nan tinggi, sebagai protes terhadap cintanya yang kecundang. Namun, dia gagal kerana ada sesuatu yang menggangunya saat itu. Apakah yang menggangunya dan kisah disebaliknya?


Aleeya mengambil keputusan untuk murtad dari agama Islam, dan mula hidup di dalam budaya orang-orang barat. Suatu ketika, dia mengambil keputusan untuk menjadikan kelab malam dan disko sebagai kiblatnya. Malam pertama dia mengunjunginya, dia disapa oleh seorang lelaki yang penuh tatoo dibadan, subang ditelinga, dihidung dan kelihatannya tak ubah seperti gengster kelab malam. Dia dipelawa minum arak bersamanya. Pada mulanya Aleeya Qistina menolak, namun setelah dia dicabar,dia menyahut cabaran itu. Sewaktu arak sedang diteguk,tiba-tiba dia ditegur sang lelaki tadi.

“Cuba kau lihat, air apa yang kau minum?”

Hukum Bermazhab & Persoalan-Persoalan Berkaitan Kaedah Bermazhab ~ Dr. Maszlee Malik

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.50

Isu bermazhab menjadi perdebatan hangat di Malaysia yang mengundang persepsi yang pelbagai daripada masyarakat.

Melalui buku ini, penulis akan mengupas persoalan tersebut dengan melihat terlebih dahulu konsep bermazhab itu sendiri, hukum dan cara bermazhab dengan harapan dapat membetulkan kekeliruan di kalangan umat Islam tentang persoalan bermazhab.

Perbincangan dibahagikan kepada empat bahagian.

Bahagian pertama lebih berkisar tentang pendefinisian bermazhab untuk memberikan landskap yang jelas kepada para pembaca mengenai konsep bermazhab dan sejarah bagaimana timbulnya amalan bermazhab.

Bahagian kedua pula memberikan penumpuan kepada konsep serta kaedah pengamalan bermazhab dan bahagian-bahagiannya menurut pembahagian ulama usul al-fiqh.

Tuhan Beri Aku Masa ~ Mohd Akhirudin

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00
Karya yang membimbing kita untuk kembali hijrah ‘mencari’ diri yang hilang. Ada kisah tentang manisnya dunia yang menipu. Ada cerita tentang akhirat yang hampir dilupakan. Malah, ada peristiwa tentang usia yang disia-siakan di sepanjang waktu yang diberi. Sungguh, karya ini amat mempengaruhi sebuah jiwa yang ingin kembali.

Thursday, 30 May 2019

Demi Dia... Aaira Dalili ~ Syina Hamdan

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

“Jom dating?”
Tiada jawapan.
“Nak tak?”
Diam.
“Aaira?”
“Oh, aku mamai rupa-rupanya.”
“What? Mamai?”

Berkawan dengan abang, tak semestinya dapat berkasih dengan adik. Begitulah nasib yang menimpa ASHRAF UMAR BIN ZAIDI bila hati sudah terpaut dengan adik Aariz, teman baiknya. Rupa paras elok nyata tak menjamin si gadis terpikat.

“Pasal kawan Abang Riz tu. Siapa eh namanya?”
“Kawan?”
“Alah.. yang Abang Riz sibuk nak kenenkan dengan orang itu.”
“Ashraf ke?”
“Hah, betullah tu.”
“Kenapa dengan Ashraf?”
“Orang tak naklah kenal dengan Ashraf tu. Abang Riz tak ada kawan lain ke? Yang bagi sedap mata memandang. Yang orang boleh terbuai-buai tengok wajah dia. Yang orang boleh termimpi-mimpi sampai tak nak bangun.”

Roket Kertas Untuk Iman ~ Fathi Fatim

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Roket kertas umpama pengganti diri Thaqif. Simbolik hasrat dan isi hatinya terhadap Iman.
Indahnya cinta mereka, hanya tuan empunya hati yang rasa. Ibarat sebuah kisah dongeng namun penghujungnya belum tentu.
Ada sesuatu yang mereka pendam. Sesuatu yang tak terungkapkan.

Kemunculan Ehsan ibarat menyempurnakan teka-teki yang terbentang.

Thaqif yang penasaran belajar menerima kenyataan. Ternyata jodoh itu banyak caranya.
Lantas, suatu keputusan dia ambil agar tiada siapa yang terluka.

"Hei, bro. Janji dengan aku boleh?"

"Aku janji."
Iman terpana.
Sesungguhnya perpisahan itu mana pernah mudah. Sama ada yang melepaskan atau yang dilepaskan

Azazil ~ Eqbal Mohaydeen

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20
Bermula Perang Salib, dunia tercampak ke dalam petaka yang dahsyat. Seekor makhluk derhaka lahir dan mencetuskan hura-hara serta kacau bilau. Dunia cuba diheretnya sehingga ke titik kehancuran!

Sehingga pada tahun 2018, Firman dan Izara masih tidak berputus asa mencari Furqan yang dilarikan Azazil. Dalam masa sama, Malaysia digemparkan dengan penemuan mayat wanita hamil dalam keadaan mengerikan. Lambang misteri ditinggalkan di lokasi kejadian. Inspektor Rasyid yakin kes yang berlaku mempunyai kaitan dengan kejadian ngeri pada tahun 2015. Doktor Latifah seorang pakar psikiatri hadir bagi membantu siasatan. Ustaz Yusrizal juga turut muncul untuk menyelamatkan keadaan. Tanpa sedar nyawa mereka menjadi buruan!

“Manusia... selama-lamanya makhluk yang lemah dan terkutuk!” ~ Azazil

“Syaitan selama-lamanya berada dalam kebatilan. ALLAH akan bantu aku memerangi kau Azazil!” ~ Firman

“Demi ALLAH, aku akan balas setiap perbuatan makhluk terkutuk tu! Walaupun nyawa aku bercerai daripada badan!” ~ Inspektor Rasyid

Projek Seram: Cincin ~ Aida Adia, Naim Tamdjis, Akma Saidon

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

Setelah kematian bapanya, Aryan sering didatangi mimpi pelik seolah-olah roh bapanya tidak tenteram di alam sana. Aryan mengesyaki peti kayu Jawa kuno warisan tinggalan nenek moyang yang disimpan oleh arwah bapanya itu pasti menyimpan suatu rahsia atau jawapan akan maksud mimpi-mimpinya itu.

Namun, setelah berjaya membuka peti lama itu, bukan jawapan yang Aryan perolehi tetapi bala pula menimpa diri serta keluarganya. Sebentuk cincin zamrud di dalam peti lama itu rupanya berpuaka dan patut dimusnahkan oleh arwah bapanya, namun tidak sempat kerana bapanya jatuh sakit dan meninggal dunia dalam keadaan tragis.
“Tiada hebatnya sesuatu itu jika tiada ‘kuasa’ bersamanya!” / CINCIN PUAKA ZAMRUD

Salim Bach berasa panik apabila dirinya diekori seorang lelaki tua yang memakai cincin batu delima. Suatu hari, dia cuba untuk melarikan diri daripada dirompak dan diselamatkan oleh lelaki tua yang mempunyai kekuatan luar biasa itu. Misteri lelaki tua itu terbongkar setelah Salim Bach memperkenalkan lelaki itu kepada bapanya, Malek Bach. Rupa-rupanya lelaki tua itu adalah datuknya yang ingin mewariskan cincin yang mampu membuka hijab dunia gelap.

Intuisi ~ Saiful Amin

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Dunia ini ada dua sisinya. Di kala siang dan juga di kala malam. Cakap-cakap orang kononnya entiti hidupan di kala malam adalah pemalu. Kerana itulah jarang sekali berlakunya pertemuan di antara kedua-duanya. Meskipun begitu, pertemuan yang tidak dijangkakan berlaku akhirnya. Naim yang setelah sekian lama terselamat daripada pertemuan dengan Jabat Kencana akhirnya membuka pintu kepada perjumpaan kedua-duanya. Minatnya yang mendalam kepada paranormal menjadi duri dalam daging. Bersama-sama tiga sahabatnya, mereka meredah alam angker bersenjatakan kamera dan juga semangat mengembara. Misi utama mereka cuma satu. Merakam puaka yang menghantui lokasi-lokasi menyeramkan dan menyebarkannya ke alam maya.

“Aku tak tipulah! Aku betul-betul pernah nampak hantu!” Naim.

“Kau dah lupa aku? Masa kau kecil-kecil dulu aku pernah datang jumpa kau.” Jabat Kencana.

“Angah, apa kau buat? Budak ni keluarga aku. Jangan kau pekik-pekik kat dia. Kau pergi balik!” Tok cik.

Magisial ~ Jun

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

Cinta yang membawa kepada konflik adalah perkara biasa. Tetapi, konflik yang membawa kepada cinta adalah perkara yang…luar biasa!

Menjadi penulis di zaman dunia tanpa sempadan ini bukannya perkara yang menyeronokkan bagi Jen Ali.

Kejayaan novel Suamiku Bukan Anak Dato, Suamiku Anak Tan Sri diangkat menjadi drama adaptasi telah membuatkan dia menjadi mangsa kecaman ‘hakim-hakim' media sosial.

Sudahlah dikecam, diugut bunuh pula. Tidak cukup dengan itu, ada demonstrasi membakar novelnya di hadapan SOGO!

Kehidupan tenang Jen diragut. Sejak daripada itu, dia mula mengasingkan diri daripada dunia media sosial. Semakin dia selesa dengan dunia sepinya, muncul Danee, doktor kacak bermata coklat yang menjadi jiran barunya. Hati mula terusik. Putaran hidup yang selama ini tenang, mulai berubah. Perkenalan dengan Danee, tanpa disangka menjerumuskan Jen dalam kancah pembunuhan bersiri yang menggegar negara.

“Masyarakat kita sedang sakit. Sakit jiwa.”

Tafsir Surah Maryam dan Juzuk 16 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Tafsir Surah Maryam dan Juzuk 16 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain.

PENGANTAR JUZUK 16
Surah Maryam (Siti maryam)
Nabi Zakariya a.s.
Nabi Yahya a.s.
Siti Maryam
Maryam Melahirkan Isa a.s.
Allah yang Tunggal
Perjuangan Ibrahim Menantang Ayahnya
Musa Berbicara dengan Allah
Nabi Ismail a.s.

Tafsir Surah Ibrahim dan Juzuk 13 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00
Tafsir Surah Ibrahim dan Juzuk 13 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain.

Pengantar juz 13
Surah Yusuf (nabi yusuf a.s.)
Nabi Yusuf Menjadi Bendahara Saudara-Saudara Yusuf Telah Datang
Siasat Nabi Yusuf Untuk Menahan Bunyamin
Saudara-saudara Nabi Yusuf Pulang Kembali kepada Ayah Mereka
Sabar yang Indah dari Yaakub
Yaakub Bertemu Anaknya, Yusuf
Surah ar-Ra`d (petir)
Pendahuluan
Surah Ibrahim (Nabi ibrahim a.s.)

Tafsir Surah Yusuf Dan Juzuk 12 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00
Tafsir Surah Yusuf dan Juzuk 12 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepebagaian mazhab.

Tafsir Surah Yusuf dan Juzuk 12 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai surah yang terdapat dalam juzuk 12, iaitu Surah Hud. Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.

77 Resipi Bakar & Kukus ~ Chef Hanieliza

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Untuk buku kali ini, Chef Hanieliza menyajikan hidangan yang dimasak dengan cara membakar dan mengukus, cara memasak yang lebih sihat kerana tidak menggunakan minyak yang banyak. Pada era yang mana kesedaran tentang kesihatan meningkat, cara penyediaan makanan juga turut berubah.

Namun ada yang berkata, masakan yang dibakar ataupun dikukus tidak seenak yang digoreng ataupun ditumis. Ini adalah tidak benar. Dengan resipi dan panduan memasak yang betul, kita boleh menjamukan hidangan bakar dan kukus yang sedap sehingga menjilat jari.

Bermulanya ROM Menuju Empayar ~ Afareez Abd Razak, Mustafa Kamal Ku Yasin, Muhammad Syukri Abd Hamid

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Maharaja Marcus Aurelius, “Orang yang bekerja sepanjang hayat mereka tetapi tidak ada arah bagi pemikiran dan dorongan diri hanya mensia-siakan masa walaupun mereka keras bekerja.” - Meditations

Bab 1 PEMBUKA BICARA
Bab 2 GREEK MASYHUR
Bab 3 YUNANI PENGARUHI ROM
Bab 4 ASAL USUL, CORAK PEMERINTAHAN DAN JULIUS CAESAR
Bab 5 DINASTI JULIO-CLAUDIA

Imperia: Kronika Nashan ~ Ahmad Patria

(SEM & SS) RM35.00 > RM31.50
Melyn, Aristokra Nashan dan puteri kesuma, telah memenangi peperangan menentang tentera reneger yang diketuai oleh Sursis, panglima derhaka yang sebelumnya tidak terkalahkan. Namun ancaman terhadap kotanya belum tamat.

Kemunculan Auren dari Valkani mendedahkan kewujudan sebuah konspirasi yang lebih luas serta mendalam, yang didalangi oleh Orde Morduwizra dari Toar Magzul. Dan Melyn turut berhadapan dengan dilema kerana Denzir, Aristokra Dashan, mahu melamarnya. Menjadi keliru, terpaksa memilih antara dua hati dalam keadaan yang semakin bergolak akibat kemunculan Otonar, kizar Nomad yang melanggar Kushan dari utara. Peperangan dan percintaan. Dan sebuah empayar bergelar IMPERIA.

Wednesday, 29 May 2019

Devilish Delilah ~ Rin Ahmad

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Delilah seorang playgirl, tak pernah serius dalam hubungan dan akan memutuskan hubungan dengan pasangannya sesuka hatinya. Pertemuan pertama Delilah dengan Ezaq ialah di sebuah hotel. Masing-masing dengan urusan sendiri, tapi cukup untuk meninggalkan kesan. Malangnya, Delilah sudah mempunyai kekasih.

Ezaq tetap menjejak Delilah walaupun tahu dia sudah berpunya dengan alasan membayar baki upah kerana menolongnya semasa migrain tempoh hari. Namun, layanan Delilah sangat dingin dan cubaan menghadiahi Delilah sebuah kereta yang sebenarnya dibelikan untuk ibunya gagal.

"Encik Ezaq, apa yang awak buat ni satu kerja gila. Your Christian Grey style is an epic fail. I'm not Ana. I'm Delilah. Yes, D is for Delilah."

#katerercinta ~ Nurul Syahida

(SEM & SS) RM23.00 > RM22.00

Ada usia 22 tahun, Maira mengahwini lelaki yang dicintainya sejak dia berusia 16 tahun. Demi cinta dan rasa sayang, dia korbankan kerjaya dan hidupnya, demi menjaga ibu mertuanya Puan Nas yang sakit dan menjadi isteri yang setia pada Annasbakal seorang doktor. Namun, beberapa minit sebelum dia menyambut hari jadinya yang ke-23, Maira bergelar janda.

Selama lapan tahun dia berusaha untuk membina semula hidupnya dan memperbaharui matlamat hidupnya dengan mengejar kerjaya yang cemerlang dalam bidang katering. Pengalaman masa lalu dilupakan dan dia fokus sepenuhnya pada perniagaan yang semakin berkembang.

Tetapi bila klien terbaharunya adalah bekas suaminya sendiri, yang kini bakal mengahwini seorang wanita yang serba-serbinya lebih daripada Maira, Maira harus membuat pilihan. Sama ada dia melarikan diri daripada kesakitan yang sudah lama dipendam atau berdepan dengan masa lalu yang kembali menghantui dirinya.

The King Sulayman: Misteri Haykal dan Kerajaan Nabi Sulaiman A.s. ~ Abu Muhammad, Arafah Adha

(SEM & SS) RM37.90 > RM34.10

Nabi Sulaiman selain dikurniakan kepintaran akal, juga berkemahiran mencanai tembaga dan membina istana berlantaikan teknologi kaca serta menguasai dan memahami pelbagai bahasa makhluk selain manusia dan boleh berkomunikasi dengan mereka dengan baik.

Buku ini mendedahkan penemuan kehebatan teknologi tinggi pembinaan Haikal Nabi Sulaiman dengan segala kecanggihan yang terdapat pada zaman itu, dan tidak terdapat pada zaman ini. Termasuk kecanggihan teknologi binaan istana Puteri Balqis. Buku ini juga membongkar misteri “Tabut” dan “Manna Wa Salwa” yang didakwa tersembunyi dalam haikal Sulaiman, sedangkan artifak misteri itu sehingga sekarang masih menjadi tanda tanya, apakah ia masih wujud atau hanya sebagai illusi Yahudi sahaja.

Sejarah Pemerintahan Islam di Alam Melayu ~ Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah

(SEM & SS) RM45.90 > RM41.30

Sebenarnya, perkataan Melayu itu sendiri pada masa kini mempunyai beberapa konsep dan pengertian. Pertama sekali secara khususnya ia dipakai dalam konteks Semenanjung Tanah Melayu yang mempunyai tiga ciri utama, : iaitu menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama, beragama Islam, dan berpegang kepada adat resam Melayu. Menurut konsepsi yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, sesiapa sahaja dapat menjadi Melayu atau “masuk melayu” setelah memenuhi ketiga-ketiga syarat ini.

Terdapat pula pengertian Melayu yang luas sebagai satu kelompok bangsa atau rumpun bangsa yang besar. Konsepsi ini dipakai dari segi linguistic dan antropologi, atau dari segi bahasa dan budaya, tanpa menekankan aspek agama Islam dalam takrifan Melayu seperti di atas. Dengan konsepsi seperti ini maka wilayah cakupan Alam Melayu atau Dunia Melayu menjadi lebih luas. Buku ini cuba memperincikan sejarah pemerintahan dan kerajaan-kerajaan Islam di Alam Melayu, sejak awal pertumbuhannya hingga kejatuhannya menjelang kedatangan penjajah Barat.

Khublai Khan: Pengasas Dinasti Yuan ~ Abdul Latip Talib

(SEM & SS) RM27.90 > RM25.10

Beliau memerintah Cina sepenuhnya setelah berjaya menakluk Dinasti Song di Cina Selatan. Khublai Khan akhirnya berjaya menyatupadukan Cina dan mentadbir 58 juta rakyat Cina pada zamannya. Khublai Khan berjaya memajukan ekonomi dengan memajukan sistem persawahan dan saliran air.

Beliau melantik pegawai yang berkelayakan, mendirikan sekolah, memberi penghargaan kepada cendekiawan, beliau galakan diadakan pertukaran ekonomi dan kebudayaan dengan negara luar. Beliau juga mewujudkan sistem lalu lintas kenderaan berkuda. Setelah kerajaannya kuat maka Khublai Khan meluaskan tanah jajahannya ke luar Cina. Mereka menakluk Korea, Tibet dan Vietnam. Kemudia memasuki Eropah dan mengalahkan Rusia, Poland dan Hungari.

Monday, 27 May 2019

Butterfly ~ Anna Lee

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Mengapa sebuah rahsia itu disembunyikan, adakah kerana kebenarannya menakutkan?

Hidup Laikha sangat bahagia. Punya ibu bapa yang sangat penyayang membuatkan dia tak pernah kurang kasih sayang. Namun semua itu hilang sekelip mata hanya kerana sebuah kejadian dan sebaris kata.

Tragedi kebakaran rumah keluarganya membuatkan Laikha mula mempersoalkan kasih sayang ibu dan bapanya selama ini. Mengapa setenang itu bapanya menerima 'kematiannya'? Mengapa tiada air mata yang mengiringi 'pemergiannya'? Dan yang paling mengecewakan Laikha, mengapa begitu mudah keluarganya menerima 'kematian' Laikha sedangkan dia yang sebenarnya masih bernafas?

Kepercayaan Laikha pada ibu dan bapanya makin terhakis apabila satu persatu persoalan mula muncul dan jawapan kepada setiap persoalan itu buat Laikha mula keliru dengan realiti sebenar.

Terang Bulan ~ Fakhrull Halim

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Setiap manusia ialah bulan: ada sebelah sisi yang tidak pernah ditunjukkan kepada sesiapa.

Kehidupan Badar yang normal mula terganggu dengan beberapa siri kejadian aneh. Makin menggusarkan bila seorang demi seorang temannya mula menemui ajal. Hanya satu cara untuk Badar menghentikan semuanya; dia perlu mencari Zamir! Hanya lelaki itu yang mampu membantunya. Namun bila hanya berbekalkan sebaris nama, tugas mencari itu bukanlah tugas yang mudah...

Sin mempunyai segalanya; kemasyhuran, kekayaan, dan perempuan. Satu-satunya benda yang tak pernah dia miliki, ialah diri sendiri. Jiwanya jadi kacau hingga dia nekad ingin menamatkan riwayat hidupnya. Muncul Zarul mahu membantu. Sin boleh dipulihkan dengan satu syarat; Sin harus bersedia untuk melalui satu perjalanan yang begitu asing. Mampukah Sin menghadapinya?

Antara Badar dan Sin, ada garis halus yang memisahkan kedua-duanya. Dan apabila garis halus itu lenyap... akan ada rahsia besar yang bakal terbongkar!

Sus.Suk ~ Nnajwa Azmee

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Jika kemaafan dapat menenangkan jiwa, maka maafkanlah...

Kehidupan Nasuha tak sebaik orang lain. Tanggungjawab yang perlu digalas terlalu besar untuk gadis seusianya. Namun, demi sayangnya pada keluarga, dia nekad untuk bertahan.

Siantang menjadi tempatnya meluah rasa. Segala rahsia, kesedihan dan keperitan yang dialami akan dikongsi dengan Siantang; yang sentiasa berdiri utuh di hadapannya, yang tidak pernah menilai atau menghakiminya walaupun seburuk-buruk perkara berlaku dalam hidup Nasuha.

Tetapi, semuanya berubah apabila ibu kesayangan Nasuha meninggal dunia. Rahsia hitam yang selama ini kebal tersembunyi, satu persatu mula terbongkar. Hidup Nasuha bertambah perit. Kenyataan perit yang terbongkar buat Nasuha rasa dikhianti hingga dia mula hilang pedoman.

Apakah rahsia hitam yang menjadi punca Nasuha menjadi separuh gila? Dan mampukan Nasuha menerima dan memaafkan si pembuat angkara?
Sussuk = Sorok (Loghat Terengganu/Kelantan)

Aku, Dia & Pinky Promise: Step Back ~ Anna Lee

(SEM & SS) RM40.00 > RM36.00

'Be careful with what you wish far...'

Hambar. Itu gambaran hidup Siti Saleha pada usia 33 tahun ini. Kerjayanya tidak seperti yang diimpikan dan tunangnya pula? Bukan calon jejaka idamannya!

Apa yang Saleha inginkan cuma satu keajaiban. Keajaiban di mana dia boleh mengubah perjalanan hidupnya berbelas tahun yang lalu. Jika diberi peluang, ada 10 senarai yang ingin diubah.

Tanpa diduga, satu kejadian telah membawanya menikmati kembali kehangatan era muzik Backstreet Boys dan Siti Nurhaliza. Macam tak percaya, hajatnya tercapai! Dia kini kembali ke tahun 1998!
Misi untuk mengubah zaman silamnya kini bermula.

Tapi...

Rooftop ~ Farrah Izzlorna

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

Apa yang akan berlaku jika tiba-tiba muncul seorang lelaki yang hanya anda seorang saja boleh melihat dan mendengar?

Aya, gadis yang suka menyendiri. Jadual hidupnya ke kelas dan balik rumah. Namun ketenangan itu menjadi huru-hara apabila seorang lelaki menjelma dan ingin berdamping dengannya.

Siapa dia ni? Kenapa dia pilih aku? Nenek moyang aku membela ke?

K, lelaki sarkastik yang suka mencampuri urusan hidup Aya menyebabkan gadis itu kerap hilang sabar. Puas Aya halau, tetapi K tetap setia di sisi.

Akhirnya, mereka bersahabat. Namun ada sesuatu yang pelik tentang K yang membuatkan Aya nekad mahu mencari jawapannya.

Siapa K, pendamping dia selama ni? Kenapa dalam gembira K, terselit duka?
“Aya, kebaikan juga boleh membunuh.”

Masej ~ Anna Lee

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Hidup Aria huru-hara apabila rumah yang disewanya berhantu. Tetapi, benarkah rumah itu berhantu? Pertemuan Aria dan Jason sangat pelik. Tak tercapai dek akal manusia normal. Namun pertemuan itu telah membawa keduanya menjelajah dunia cinta yang luarbiasa. Ada rahsia di sebalik MESEJ untuk anda bongkar. Berani?

Infiniti ~ Farrah Izzlorna

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

"Hantu? Penunggu?2020, lagi beberapa tahun je. Mengarut!"

Itulah pegangan hidup Andrian sepanjang 18 tahun dia bernafas di dunia. Dia boleh melihat apa yang manusia biasa tak nampak. Dia boleh merasai kehadiran mereka. Tapi dia memilih untuk tidak percaya. Menganggap kebolehannya sebagai sejenis penyakit mental. Cuma halusinasi mainan minda.

Namun, kehadirannya di Kampung Meranti sekitar tahun 1985 buat persepsinya berubah. Bertemu dengan Puan Hafsyah, berkenalan dengan Luth, bermusuh dengan Suri dan menyimpan rasa pada Yasmin mengubah hidup Andrian sepenuhnya.

Satu demi satu kebenaran terbongkar. Kebenaran yang buat Andrian sedar... selama ini dia cuma hidup dalam sebuah penipuan yang dicipta.⁠⁠⁠⁠

Suamiku Dajjal 3 ~ Aiman Banna

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

"Jangan dibina istana bahagia kau di atas sungai yang mengalirnya air mata aku.

Ada sebab Tuhan cipta manusia ada satu hati, bukannya dua!"

Suamiku Dajjal 2 ~ Aiman Banna

(SEM & SS) RM35.00 > RM30.80

Sebuah novel yang mengisahkan tentang seorang perempuan Kelantan yang sangat cantik, Anis Safia, yang telah bahagia bersama dengan Encik Kopiah yang telah Safia minati selama ini.

Walaupun Encik Kopiah itu telah dilontarkan kata-kata "KAU DAJJAL! KAU JANGAN HADIR DALAM HIDUP AKU LAGI!", Safia telah meminta maaf kepada Encik Kopiah kerana telah mempercayai fitnah busuk & kotor yang telah mempengaruhi dirinya. . Atas nama cinta, senyuman dan salam dihulurkan seikhlasnya daripada Adam kepada Safia. Kosong-kosong, tetapi sejuta cinta tetap setia buat Safia. . Tetapi, takdir tetap takdir dan ianya tetap akan hadir. Pada suatu hari, hati, nafsu amarah Safia meronta-ronta ingin menjerit, 'ADAM, KAU DAJJAL. KAU MUNAFIK! KAU DAJJAL!!!', namun tidak terucap oleh mulut Safia walaupun perbuatan Adam itu selayaknya untuk dimarahi oleh seorang isteri yang dizalimi seteruk itu.

Walaupun Safia tidak mengujarkan kata-kata seperti itu lagi, apa yang Safia lakukan SANGAT TIDAK TERSANGKA! SEPERTINYA TIADA SIAPA YANG AKAN SANGGUP LAKUKAN SETELAH TAHU SUAMINYA DAJJAL?

Tuesday, 7 May 2019

Suri Hati Sementara ~ Azz Rahman

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Izinkan aku ikut sama mengembara ke dalam hatimu…

Malas dia fikir soal jodoh, baik dia mengembara. Itulah yang selalu dikatakan oleh Azu. Sejak dahulu lagi, memang itulah aktivitinya bersama teman baiknya, Mila. Menggalas backpack ke mana-mana, mengembara berdua melihat dunia.

Tetapi perancangan manusia tiada yang sempurna. Mila sudah pun berumah tangga. Azu sudah tiada teman untuk menemaninya mengembara. Jadi dia hanya terperuk di rumah dan bekerja sebagai freelance graphic designer bertemankan imaginasinya dan seekor kucing tua.

Hidup Azu mungkin tidak sempurna. Tetapi persahabatannya dengan Mila dan suami sahabatnya yang bernama Ariel sentiasa berjaya membuatkannya gembira.

Namun takdir TUHAN siapa yang tahu. Azu terperangkap dalam cita-cita dan cintanya. Mila terperangkap dalam tubuhnya yang tidak bermaya. Ariel pula terperangkap dalam pilihan yang mustahil untuknya.

Terdetik Mencintaimu ~ Emma Maizura

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Seri Raudhah gadis cantik yang lemah lembut dan degil. Tegas dalam setiap keputusan yang dibuatnya. Adam Iskandar lelaki kacak berwajah kaku. Hidupnya dihantui kisah silam yang memeritkan.

Adam dan Seri… titik pertemuan mereka bermula ketika berebut sebatang Pen Parker di sebuah kedai. Pen Parker yang bakal mencorak hubugan mereka. Ada aura yang membuatkan mereka saling tertarik pada pertemuan pertama itu. Adam tertarik dengan kecantikan Seri. Seri suka dengan ketegasan Adam sungguhpun telah mengutuk lelaki itu hati batu.

Suka Adam menjadi resah bila secara tidak disenjaga mendapati Seri adalah anak musuhnya, Sufian. Kematian secara tiba-tiba Sufian menjadikan Adam sebagai suspek utama. Puncanya disebabkan Pen Parker milik Adam. Adam menafikan tuduhan itu.

Suka Seri bertukar benci dengan sikap tidak mengaku bersalah Adam. Sementelah ada pihak ketiga yang cemburu akan perhubungan itu. Zain lelaki pilihan Sufian untuk dijadikan calon menantu. Tidak betah dengan kemesraan itu Zain mencipta onar agar mereka saling benci membenci. Mencari jalan untuk memisahkan mereka berdua. Memburuk-burukkan nama Adam di hadapan Seri agar gadis itu termakan akan hasutannya.

Ingat Syaitan Pernah Ambil MC? ~ Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.80

Setiap manusia mempunyai keistimewaan yang Allah ciptakan dalam diri. Namun, ada halangan-halangan yang membuatkan kita tidak menjumpai potensi dan keupayaan yang sebenar. Antaranya ialah gangguan dan godaan daripada syaitan yang tidak pernah cuti untuk menghasut manusia ke arah keburukan.

Naskhah ini merupakan soal jawab mengenai permasalahan-permasalahan yang berlaku kepada diri, keluarga dan masyarakat. Penulis mengajak kita untuk tidak terlalu memikirkan masalah, tetapi fokus kepada punca dan penyelesaiannya. Jika jati diri yang positif berjaya dibentuk, segala ujian dan bisikan jahat yang dihadapi boleh ditangani dengan baik.

Menarik tentang buku ini:
- Panduan membentuk jati diri yang sebenar
- Petua keluarga bahagia
- Cara menjaga hubungan sesama manusia

Syurga Buat Isteri ~ Mohd Fakhruddin Tajudin

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80

Naskhah ini berbicara tentang seorang lelaki yang teruji saat wanita yang dikasihi disapa derita yang mengundang ajal. Ketajaman emosi yang diselitkan dalam setiap penceritaan membuatkan pembaca tenggelam dalam dunia yang mengasyikkan dan menaikkan semangat untuk bercinta sampai syurga.

Penulis juga menyediakan beberapa tips penjagaan pesakit Kanser Leukimia.

Menjejaki Alexander Zulqarnain di Bumi Khurasan ~ Khairuddin Muhammad

(SEM & SS) RM29.00 > RM25.50

Siapakah Zulqarnain yang disebut di dalam surah al-Kahfi? Di manakah tiga tempat yang dilaluinya? Apakah kepentingan mengetahui Zulqarnain? Apakah kaitannya Zulqarnain yang diceritakan di dalam al-Quran dengan Iskandar Zulqarnain di Alam Melayu?

Semua persoalan ini akan dijawab secara santai melalui travelog budaya, sejarah, dan eskatologi. Penulis telah pergi sendiri ke tempat-tempat yang disebut di dalam al-Quran dan bertemu sendiri dengan penduduk setempat, menyaksikan budaya, mempelajari bahasa, menelusuri sejarah, mengkaji artifak dan mencantum keratan-keratan ‘puzzle’ teka-teki al-Quran berdasarkan petunjuk-petunjuk kriptik yang disusun jalin berdasarkan gabungan tafsir-tafsir dan buku-buku sejarah silam.

Buku ini akan membuktikan bahawa Zulqarnain benar-benar wujud, kisahnya di dalam al-Quran berpandukan dari wahyu Allah sekaligus menyanggah dakwaan bahawa kisah Zulqarnain adalah rekaan Nabi Muhammad yang diambil dari cerita dongeng Alexander the Great.

Monday, 6 May 2019

The Past Between Us ~ Julia Ayu

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

MULA-MULA Mr. Red block kereta Elena sampai Elena viral satu Malaysia.
“Saya parking tak sampai lima minit. Takkan cik tak boleh tunggu sekejap?”

Kali kedua jumpa mamat tu, di syarikat kak long. Okey, ini salah Elena sebab dia pergi ambush pejabat kak long dan serang Emir Redza aka Mr. Red.
“Semalam you tanya manners I, Sekarang I tanya you, mana manners you? Terjah ofis orang sesuka hati.”

Kali ketiga jumpa.. Elena ‘dipaksa’ naik BMW yang dia pernah sumpah seranah disebabkan Mini Coopernya boleh pula buat-buat sakit. Kan tak pasal-pasal kena teman Mr. Red makan.
“El terima kasih teman I makan. You bolehlah tulis tarikh hari ini dalam diari you.”
“Tulis apa?”
“First date kita.”
“Please lah!”

Isteri Seorang Pangeran ~ Amarilis Rahim

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

NAMAKU Rapunzell. Aku ni anak bongsu kepada Mak Dara Gengster aka Pengerusi Ahli Persatuan Mulut-Mulut Puaka Kampung Batu Laut. Tapi orang kampung panggil aku 'Ratu Pikatline' dan ada juga yang panggil aku Ratu Sengal. Tapi sebenarnya aku bukanlah sengal sangat, Mak Dara lagi sengal!

Sejak kecil, aku dibesarkan dengan cerita dongeng Rapunzel. Ya, mak aku fanatik dengan cerita dongeng Rapunzel. Hari-hari, mulutnya duk habaq kat aku... "Kalaulah ada pangeran yang muda, tampan, baik, kaya pulak duk berkenan kat Zel, mak suka habis. Macam dalam cerita dongeng Rapunzel tu. Kan last last nikah dengan pangeran!" Hangpa boleh bayang dak, perasaan aku setiap kali Mak Dara cakap macam tu? Menyampah baq ang!

SUATU hari, kepulangan Pak Su Leman bersama beberapa orang lelaki bertatu di kampung buat hidup aku jadi huru-hara. Disebabkan takut kena jual pada lelaki tu, aku telah memfitnah seorang mamat yang tak bersalah hingga kami dinikahkan secara ekspres malam itu juga. Siapa sangka mamat yang kau fitnah tu, lelaki kaya baik seorang pangeran biarpun beku dan kayu! 

206 Permasalahan Puasa ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80

Buku ini mengandungi 14 bahagian yang merangkumi 206 permasalahan berkaitan puasa. Setiap permasalahan dirungkaikan dengan ringkas dan padat dengan disertakan kitab-kitab feqah muktabar dalam mazhab Syafi‘i yang menjadi rujukan penulis.

Antara permasalahan yang diberi pencerahan dalam buku ini:
  • Kadar kepayahan yang membolehkan tidak berpuasa. 
  • Hukum menelan kahak. 
  • Keadaan perempuan hamil dan perempuan yang menyusukan anak. 
  • Puasa pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis. 
  • Qadha’ puasa untuk orang yang telah meninggal dunia.
  • Cara membayar fidyah.
  • Puasa tetapi tidak solat.

Isteri Dominan ~ Bonda Nor, Farizah Shamsudin

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Memang benar suami adalah nakhoda rumah tangga, namun kita tidak boleh menafikan hakikat bahawa suasana dalam rumah tangga sebenarnya lebih banyak dicorakkan oleh seorang isteri.

Mengapa? Sebab seorang isteri yang gembira akan membuatkan suami lebih selesa dan anak-anak juga meraih bahagia.

Justeru persoalannya, bagaimana mahu membuat seorang isteri itu gembira? Jawapannya mudah. Seorang isteri mesti beroleh kuasa dalam rumah tangganya! Seorang isteri mesti tahu mengapa dia perlukan sesuatu, mengapa dia mesti dapat apa yang dia mahu dan jika si isteri tidak dapat perkara itu, dia mesti tahu bagaimana mahu meleburkan kehampaannya.

Inilah yang cuba dibawakan di dalam naskhah ini. Semua perkongsian di sini bukan sahaja sesuai dibaca oleh para isteri bahkan para suami juga perlu mengambil kesempatan untuk menghadam isi hati seorang isteri menerusi naskhah ini.

Bukan semua perkara mampu diluahkan oleh seorang isteri kepada suaminya dan tidak semua rasa tak puas hati sanggup dijelaskan oleh seorang suami terhadap si isteri.

Makcik Bawang Positif ~ Aishah Abdul Rahman

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Buku ini digarap berdasarkan situasi-situasi yang biasa berlaku di sekeliling kita. Merungkai peristiwa dari sudut pandang yang positif dan teguh meyakini bahawa setiap kejadian yang berlaku bukan ‘saja-saja’ ditakdirkan oleh Allah SWT. Semuanya ada ibrah. Segalanya ada hikmah. Lebih elok kita kutip hal-hal yang baik daripada ‘membawang’ menceritakan aib.

Mengetengahkan konsep penceritaan yang ringkas dan santai. Tidak perlu masa tertentu untuk fokus menghadam intipatinya. Boleh dibaca di mana-mana. Sesuai bagi pembaca yang selalu sibuk sehinggakan kadang-kadang ‘beli buku tapi tak sempat baca’.

Mak Cik Bawang Positif - sentiasa bermujahadah mencari syurga Allah SWT.

Sray Strong ~ Bonda Nor

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Apa khabar jiwa kita hari ini? Sudahkah berpuas hati dengan apa yang ada? Sudahkah berasa cukup apa adanya?

Kalau masih belum, seharusnya engkau mula terus mendaki dan mendaki. Berusaha untuk menjadi lebih baik lagi.

Kalau rasa sudah pun berada di zon selesa, seharusnya engkau mula risau. Jenguk hatimu. Apa yang engkau temui di situ?

Adakah seputar cerita tentang engkau, engkau dan engkau? Gaji engkau sudah cukup, kerja engkau sudah bagus, rumah engkau sudah mewah, kereta engkau sudah selesa, jiran engkau sudah baik, itu sudah cukup?

Engkau lupa tuntutan utama hidupmu sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi Allah? Ingatlah, selagi engkau bernafas, inilah tugas yang harus engkau galas tanpa sedikit pun rasa mahu bermalas-malas!

Ajari Aku Erti Hidup ~ Azura Zamri

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Ajari Aku Erti Hidup, sebuah coretan yang benar-benar memujuk hati dan membuat kita lebih bersemangat dan kuat dalam menempuh perjalanan hidup ini.

Mengimbas kembali peristiwa yang pernah berlaku sama seperti apa yang dicoret di sini. Membaca karya ini seperti mendengar seseorang sedang memberi nasihat dan bercakap dengan diri sendiri.

Dalam hidup ini, ada banyak yang kita hendak, namun bukan semua yang kita perlu dan berhak. Yang meresahkan, ada hal-hal yang tidak perlu pun untuk kita fikir dan bimbang. Atau kita kecewa kerana suatu alasan yang kurang menyenang dan menyakitkan hati.

Moga Allah melindungi kita semua dalam kebaikan.

Friday, 3 May 2019

Penagih Cinta ~ Syauqie MK

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

"Kau yang sanggup menjadikan aku seseorang yang gagah berani. Kau pula yang sanggup menjadikan aku sengsara selamanya. Kau boleh memutuskan pengharapanku. Kau pun sanggup membunuhku!"

Apabila mayat seorang pelajar kolej dijumpai terapung di sebuah lombong tinggal di Shah Alam, ASP HAKIM dan INSPEKTOR IPK Selangor untuk menyiasat. Mereka dikejutkan apabila gambar ngeri mangsa yang sedang diseksa dan ditular ke media-media sosial.

Laporan akhbar Pena Rakyat oleh wartawan jenayah A. RIAZ makin merumitkan keadaan apabila kes culik dan bunuh itu dikaitkan dengan lima lagi kes hampir serupa yang turut ditulisnya sebelum ini.

Pembunuh psikopat yang mengalami kecelaruan identiti mahu dirinya dikenali sebagai PENAGIH CINTA, sengaja meninggalkan klu untuk mencabar pihak polis memburunya. Dia mencari, memilih dan mengumpan mangsa melalui Facebook.

Siapakah Penagih Cinta dan siapakah mangsa seterusnya?

Tak Salah Kita Bercinta ~ Rose Aleyna

(SEM & SS) RM29.00 > RM25.50

"Jangan pernah bermimpi untuk hidup bahagia, Emel Natasya. Aku akan rampas kebahagiaan kau sedikit demi sedikit sepertimana kau dah rampas Zayed daripada aku. Itu janji aku!" - MIA

Emel terngadah. Dia dilema. Antara Zayed, suami yang dicintai atau Mia , adik kesayangannya. Mampukah dia mempertahankan rumah tangganya pada saat dia mencintai suaminya sepenuh hati?

Kunoktahkan Cinta Ini ~ Anna Milia

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Pertama kali bertemu tanpa sengaja, Dhifa terus jatuh hati pada Aryan. Mereka dipertemukan sekali lagi namun kali ini bersama si kembar Dhifa, Anida. Aryan terpikat pada Anida yang terlebih manja. Temu janji antara mereka berdua diatur.

Nak dijadikan cerita, pada masa yang sama, Anida mempunyai temu janji dengan Haikal. Oleh kerana sifat tamak dan Aryan hanyalah calon back up boyfriend, dia meminta Dhifa berlakon sebagai dirinya.

Sayangnya Dhifa tidak pandai berlakon. Dia sepatutnya membawakan watak gadis penuh karisma dan manja seperti si kakak. Namun lakonan tersasar ke watak asal ala-ala tomboy. Mana tidaknya, Aryan membawanya menonton perlawanan bola sepak. Favourite oi!

Aryan bengang ditipu. Sumpah dia tidak mahu ada kaitan lagi dengan si kembar itu walaupun sebenarnya hati Aryan sudah mulai sukakan Dhifa. Namun siapa sangka, mereka sepertinya berjodoh. Bekerja satu tempat kerja membolehkan Aryan semakin rapat dengan Dhifa walaupun sikap diktatornya menyakitkan hati Dhifa.

My Devil Husband ~ Fara Hana

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

IRINA JASMINE yang buntu ditinggalkan mama dan papanya terpaksa menerima tawaran yang cukup lumayan daripada seorang ahli perniagaan yang berjaya. Tawaran yang membuatkan Jasmine sukar untuk menolak. Apatah lagi dalam keadaan dia dan adiknya yang diabaikan kedua ibu bapa mereka. Mahu atau tidak Jasmine akur dengan kehendak takdir. Salam pertolongan itu disambut dengan resah.

DRACO ENRIQUE VALIENTE punya agenda tersendiri, setiap wang yang dilaburkan ada balasannya dan hanya satu benda yang dia mahukan daripada Irina Jasmine iaitu…PEWARIS.

“You wanna talk about dignity again Jasmine? Maruah? Apa maruah yang you ada pada saat you jual diri untuk I? Pada saat you jual tubuh you untuk kemewahan dan harta benda? Dan yang paling teruk, you jual anak you untuk you dapatkan semula kemewahan yang pernah you ada suatu ketika dahulu. Am I right?” – Draco
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...