ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, 27 February 2020

Senaman Untuk Minda Supaya Sihat / Exercise For Healthy Brain


Mendayung sampan dipinggir jeti,
Hembusan angin sejuk terasa,
Mari bersenam setiap hari,
Penguat minda cergas sentiasa.


Badan kita perlukan senaman untuk sihat & berfungsi dengan baik. Otak kita juga perlukan senaman untuk kekal berfikir dengan waras & kritis. Untuk sihat fizikal & mental, beberapa senaman perlu dilakukan. Dan, berdasarkan kajian & pemerhatian, kami senaraikan 15 SENAMAN UNTUK OTAK & MINDA KITA AGAR KEKAL SIHAT.

NIKMAT SIHAT ADALAH ANTARA NIKMAT YANG SANGAT BERHARGA.

Belajar Bahasa Baharu - Jika anda dapat belajar & memahami bahasa bangsa lain, ia salah satu kelebihan yang sangat bagus. Tak semua kita mahir dalam bertutur bahasa asing. Satu hari satu ungkapan pun dah kira bagus.

Fokus Bila Berbual Dengan Seseorang - Bila kita hendak berbual, pastikan kita fokus pada individu tersebut. Ia menunjukkan bahawa kita berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang disampaikan. Ia membantu kita untuk belajar fokus pada kerja-kerja lain juga.

Membaca Buku/Komik/Majalah/Kitab - Rajinkan diri untuk membaca. Ia adalah senaman & terapi untuk minda & otak untuk berfungsi dengan sepenuhnya. Otak akan cuba mengingati, fokus & menyimpan maklumat yang dibaca.


Solat Ketika Keuzuran ~ Syeikh Ahmad Faisol Haji Omar

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Solat adalah kefardhuan yang tidak terlepas daripada setiap yang beragama Islam dan cukup syarat-syaratnya. Maka, mempelajari ilmu dan kaifiat solat adalah wajib bagi umat Islam. Bukan sahaja asas solat, namun kaifiat solat dalam keadaan-keadaan seperti sakit juga mesti diketahui.

Buku ini perlu dimiliki setiap Muslim supaya sentiasa bersedia untuk menunaikan solat dalam keadaan yang sukar dan susah. Penulis menerangkan kaedah solat melalui pendekatan soal jawab dan turut disertakan gambar untuk memudahkan pembaca memahami tatacara solat yang sebenar.

Ilmu Tajwid Ringkas ~ Dr. Shamsul Mohd Nor

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Setiap perbahasan dalam ilmu Tajwid disampaikan dengan bahasa yang ringkas dan mudah difahami.

Disertai gambar rajah berwarna, latihan dan panduan untuk membantu pembaca memahami dan menguasai ilmu Tajwid dengan sempurna hingga mampu membaca al-Quran dengan melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul, memenuhi hak-hak setiap huruf dan menepati kadar bacaan pendek atau panjangnya serta waqaf dan ibtida’.

Tentang Penulis:
Berpengalaman luas dalam bidang dakwah di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Pengasas Sistem Genius Membaca al-Quran dalam masa tiga hari dengan kaedah al-Badar. Perunding Latihan dan Bina Insan di Pearl Mentor (M) Sdn. Bhd.

Berpengalaman dalam mengendalikan kursus motivasi dan latihan seperti Rahsia Alam Diri, Islamic Team Building, Effective Supervisory Skills, Interpersonal Skills dan Islamic Leadership Program. Ilmu Tajwid Ringkas adalah karya kedua beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. selepas Tasawuf: Suatu Pengenalan Asas.

Selawat Ke Atas Rasulullah s.a.w: Suatu Penjelasan ~ Dr. Udah Mohsin

(SEM & SS) RM14.00 > RM12.60

Buku ini membahaskan isu selawat yang menjadi persoalan dalam masyarakat Muslim; sama ada ia daripada Rasulullah SAW atau bukan daripada Baginda.

Selawat itu sendiri adalah sesuatu yang istimewa. Ia diperintahkan kepada umat Islam malah menjadi rukun atau menyempurnakan ibadah seperti solat dan doa. Rasulullah SAW sendiri mengajarkan cara berselawat kepada para Sahabat apabila mereka bertanya.

Menghimpunkan lima selawat yang popular dalam masyarakat namun lafaznya bukanlah bersumber daripada hadis Rasulullah SAW. Penulis membawakan pendapat-pendapat ulama daripada kitab-kitab hadis dan tafsir juga pendapat-pendapat ulama muktabar zaman moden.

Seribu Satu Cinta ~ Azieana

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

Dek terhutang budi, Deena akur dengan kehendak TJ. Berkahwin dengan tunang TJ sendiri!

Qarl membantah keras dengan idea gila TJ. Sudahlah TJ memutuskan pertunangan mereka tanpa sebarang alasan kukuh, malah siap disuruhnya Qarl menerima Deena sebagai isteri.

“I… I…. tak tahu apa yang ada dalam fikiran you sekarang dan I tak tahu apa maksud you lakukan semua ni. I betul-betul tak tahu dan I rasa I diperbodohkan. I rasa I dah jadi lelaki yang paling bodoh sekarang ni.”- Qarl.

“Qarl, please…. Tolong jangan minta I berterus terang kenapa I perlu buat semua ni. I tahu you kecewa, kesal dan marah tapi I tak boleh buat apa. I harap you dapat terima Madeena. Tolong jagakan dia untuk I. Tolong ya, Qarl.”- TJ

Akhirnya Qarl menerima Deena sebagai isteri namun ada syaratnya. Perkahwinan itu perlu dirahsiakan. Dan sekali lagi Deena akur, tidak membantah. Malah, Deena terima takdir hidupnya apabila dia tidak dianggap sebagai ‘isteri’ sebenar-benarnya oleh Qarl.

The Kayangan Hazel ~ Elvroseth

(SEM & SS) RM32.00 > RM28.80

RAJA LEONARD ISKANDAR... si mata hazel yang dikenali sebagai King di Kolej Alam Cahaya. Juga dikenali sebagai bapak Firaun, kumpulan pembuli nombor satu di sekolah swasta yang berprestij tinggi itu! Tapi... hanya pada orang yang cari pasal dengan mereka sahaja. Sahabat baiknya adalah violin kesayangannya selain Dani, Mikha dan Niall. Gemar menghabiskan masanya berseorangan di ‘Kayangan’, menggesek violin kesayangannya.

TUAN AMAYA CINTA... nama yang indah namun sayang, wajahnya tidaklah seindah namanya. Gagap pula tu! Nasibnya malang kerana sering menjadi mangsa buli di Kolej Alam Cahaya dan diberi gelaran Amaya the Kodoks. Dirinya sering dihina dan dilemparkan dengan kata-kata nista.

Namun, entah mengapa Leo sentiasa mempertahankan Amaya daripada dibuli hingga mencetuskan amarah Sara, Si Wild Cat yang sejak dulu lagi membenci kehadiran Amaya di Kolej Alam Cahaya.

Seri Suri Hatiku ~ Norshiemah Md Yasan

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

SERI... hidupnya tidaklah berseri-seri seperti namanya. Dia sering menjadi mangsa amarah dan cacian Mak Bedah dan Aifa. Untung sahaja dia disayangi oleh abahnya, Pak Rahim. Begitu juga dengan Ikmal. lelaki yang telah membuatkan hatinya berbunga riang. Dia tidak kisah berkorban demi meraih cinta lelaki itu.

Namun, hidupnya berubah dengan kehadiran Rayqal di kampung itu.

RAYQAL...sebelum ini seorang yang berharta dan bongkak. Kini, tercampak di kampung apabila takdir telah 'menampar' hidupnya. Dia jatuh miskin dan terpaksa kembali ke pangkuan keluarga saat dia terkapai-kapai hidup di ibu kota.

Takdir telah menjodohkan mereka. Seri yang patah hati dengan Ikmal, telah menerima Rayqal sebagai suami kerana lelaki itu telah banyak membantu dan memberi sokongan padanya. malah, dengan kejujuran Rayqal yang mahu menjadikan dirinya sebagai suri hati telah membuka pintu hatinya buat Rayqal.

Wednesday, 19 February 2020

Penghargaan yang boleh diberikan pada kanak-kanak bila selesai membaca @ Reading incentive that can attract children to read


KANAK-KANAK DAN BUKU, HUBUNGANNYA TAK BERAPA NGAM. TAPI KALAU GAJET, TAK DINAFIKAN LAGI.

JADINYA, SETELAH DIKAJI BEBERAPA ARTIKEL & PENGALAMAN SENDIRI JUGA PEMERHATIAN, KAMI SENARAIKAN 14 INSENTIF ATAU REWARDS YANG ANDA BOLEH TACKLE ANAK ATAU PELAJAR ANDA UNTUK MEMBACA.

1. Hand out special bookmark @ Hadiahkan penanda buku yang cantik & unik - Anda boleh dapatkan penanda buku yang cantik, unik, istimewa di kedai buku atau kedai atas talian.


2. Free book that they like to read @ Hadiahkan genre buku yang mereka suka - Tarik minat mereka dengan hadiahkan genre buku yang mereka suka. Ini lebih mudah.

3. Create a classroom lending book library @ Adakan perpustakaan kecil di kelas agar pelajar boleh bertukar buku - Ini sangat bagus untuk dijadikan tabiat yang baik. Bertukar-tukar buku yang bagus sambil belajar berkongsi.


4. Bring them to watch a movie based on on a book @ Bawa mereka tonton wayang buku yang telah difilemkan - Ada banyak buku yang telah difilem mahupun didramakan. Ajak mereka baca & tonton bersama.

Tafsir Mini Surah Al-Fatihah ~ Ummu Ammar Amir, Abu Ammar Romlie

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.80
• Buku ini memberikan penerangan yang mendalam tentang surah al- Fatihah dengan gaya bahasa yang mudah, sesuai untuk anak-anak.

• Disertai ilustrasi serta aktiviti menarik bagi membantu mengekalkan minat dam memudahkan pemahaman anakanak tentang setiap ayat suci al-Quran.

• Amat sesuai digunakan oleh ibu bapa dan pendidik untuk menggalakkan komunikasi berkesan dengan anak-anak seperti melalui penceritaan, soalan uji minda dan sebagainya.

Tadbir Urus dan Kenegaraan Dalam Sunnah ~ Dr. Mohammad Nidzam Abdul Kadir

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.80

Hadis atau sunnah merupakan sesuatu yang disandarkan kepada Nabi saw. Sebarang perkataan, perbuatan dan perakuan Nabi saw ialah hadis dan ia ialah sumber hukum. Sebenarnya terdapat dua pendapat yang menonjol dalam isu hadis dan sunnah.

Memang benar hadis dan sunnah merupakan sumber utama. Namun, hadis dan sunnah sewajarnya difahami dengan mendalam. Pemahaman ini adalah penting kerana hadis berbicara dalam pelbagai aspek, konteks dan sebagainya. Justeru, wujud satu keperluan untuk memahami dan mendalami prinsip sunnah Nabi s.a.w dalam kepelbagaian bentuk tindakan, juga bagaimana para ulama usul fiqh membicarakan aspek hukum sama ada wajib, sunat, harus, panduan dan sebagainya.

Kamus Peribahasa ~ Hj. Mohamed Kassim Abdul Latiff, Rohaya Md. Zain

(SEM & SS) RM14.90 > RM13.40

MILIKI BUKU INI KERANA:-
  • Merupakan Kamus Peribahasa lengkap yang sesuai digunakan untuk murid di peringkat sekolah rendah dan menengah yang menduduki peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM. 
  • Membantu meningkatkan pemahaman dan penguasaan penggunaan peribahasa yang betul dalam kalangan murid. 
  • Mengandungi peribahasa lengkap dengan ilustrasi menarik berserta contoh ayat mengikut kesesuaian tahap murid bagi sekolah rendah dan menengah. 
  • Pembahagian peribahasa mengikut abjad membantu murid membuat rujukan dan menghafal peribahasa dengan mudah. 
  • Membantu murid menguasai penggunaan peribahasa untuk menulis karangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM. 
  • Sesuai dijadikan bahan rujukan dalam kalangan murid di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Inti Sari Matan Al-Zubad ~ Imam Ibn Roslan

(SEM & SS) RM39.00 > RM35.10

Terjemahan Inti Sari Matan al-Zubad ialah matan syair yang padat dengan asas fiqh dalam setiap bab fiqh yang wujud. Matan ini mendapat perhatian kebanyakan ulama Syafi‘i untuk disyarahkan agar dapat difahami dan diamalkan oleh para pelajar dan penganut agama Islam.

Matan al-Zubad yang disusun oleh Imam Ibn Roslan telah menerima sambutan memberangsangkan yang hampir sama dengan Matan Abi Syuja’. Perbahasan fiqh dalam Matan al-Zubad adalah lebih luas daripada Matan Abi Syuja’. Bahkan, ia mempunyai kelainan pada susunannya dengan meletakkan perbahasan asas Usul Fiqh dan akidah Ahli Sunah Waljamaah pada permulaan matan tersebut sebagai pembuka bicara perbahasan fiqhnya.

Bunga Api ~ Orked V.

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

Najmi dan Maria bertemu ketika hidup gadis itu sedang kusut. Dalam keadaan tertekan dan terabai, Maria mengambil keputusan untuk membunuh diri. Bagaimanapun, hasratnya tidak berjaya kerana tindakan pantas Najmi. “Tuhan dah tinggalkan aku!” - Maria 

Empatinya pada Maria membuatkan Najmi ingin membantu gadis tersebut. Dia faham benar jika seseorang itu sudah berputus asa dengan hidup kerana dia juga seringkali merasainya. Peristiwa dua dekad lalu bukan saja meragut memorinya tetapi hampir meragut kewarasannya. Dia menjalani hidup setiap hari dengan bayangan yang menakutkan sehingga kadang-kadang dia mahu menyerah kalah dengan hidup. 

“Aku tau macam mana perasaan tu. Aku tau apa rasanya apabila kau rasa kau dah tak ada harapan lagi.” - Najmi 

Orang kata, orang yang berputus asa itulah orang yang sebenarnya mahu hidup bahagia. Mereka hanya ingin penderitaan mereka berakhir. 

“Awak tau bunga api?” - Maria 
“Kenapa dengan bunga api?” - Najmi 
“Kita selalu memuja yang indah, yang berkilauan dan yang bersinar. Yang tinggi dan jauh atas langit sana. Yang ada depan mata tapi tak tercapai.” - Maria

Seratus Persen Milikku ~ Ainon Zaini

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Kalau monyet katalah monyet,
Boleh saya hulurkan pisang,
Kalau perit katalah perit,
Kenapa tercongok sorang-sorang. – NANA

Kalau murai katalah murai,
Jangan mengaku jadi ayam;
Kalau barai katalah barai,
Siram bunga penuh kejam. - JIJAI

Jijai jatuh hati pada Nana. Lani pulak suka pada Jijai. Tercetus cinta bersegi-segi antara Jijai, Nana dan Lani.

Tapi, Lani kuat semangat. Dia gagahkan diri memikat Jijai. Sedangkan Nana tetap selamba tidak pedulikan Jijai biarpun Jijai sabar menanti cinta Nana.

Namun, ada masa... pandai pula Nana tunjuk cemburu. Lebih kepada sakit hati kerana terasa dipermainkan oleh Jijai dan Lani.

The Witness ~ Suhaila Selamat

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

“Buka mata kau sekarang! Tataplah muka aku puas-puas! Jadi, aku ada satu alasan untuk membunuh kau!” – PSYCHO

Momen terindah malam itu menjadi momen tragedi buat Affiyah. Dia menjadi saksi pembunuhan. Dia menjadi buruan sehingga ke hujung nyawa.

Sekelip mata, hidupnya berubah… satu per satu miliknya hilang dan lenyap. Ibunya yang disangkakan meninggal dalam kemalangan sebenarnya mati dibunuh oleh si pembunuh psycho!

Kehadiran Zacky, si kekasih lama sedikit sebanyak mengubat luka di jiwa Affiyah.

“That's good to hear. Because, she’s precious to me too. Now and forever.” - ZACKY

Namun, Affiyah sekali lagi diburu. Dua nyawa turut menjadi mangsa kerakusan si psiko yang tidak berhati perut dan dia juga nyaris mati!

Bramfield House: Rumah Inggeris Bertiang Seri ~ Maria Kajiwa

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.80

Rumah takkan lengkap tanpa tiang seri. Tiang seri takkan lengkap tanpa semangatnya. – KAPTEN BROCK

Ceritanya bermula pada tahun 1947 - enam tahun selepas kematian Kapten Brock Bramfield.

Selepas Perang Dunia Kedua berakhir, ibu bapa Kapten Brock, Tuan Rupert dan Puan Emmeline tiba di Cameron Highland untuk menghidupkan semula rumah rehat yang dibangunkan oleh anaknya yang diberi nama ‘Bramfield House’ yang terletak di atas sebuah bukit.

Kedatangan mereka diuruskan oleh Winston, sahabat baik Kapten Brock juga pemegang amanah bagi menguruskan Bramfield House.

Namun, masalah bermula sejak malam pertama mereka menginap di rumah tersebut. Gangguan demi gangguan berlaku.

Penemuan tulang di perigi belakang rumah dan kematian ngeri orang kampung menimbulkan semula ingatan kepada beberapa kejadian ngeri yang pernah berlaku di situ.

Tuesday, 11 February 2020

Bagaimana memotivasikan kanak-kanak membaca @ How to motivate children to read


Buku dan kanak-kanak perlu ada hubungan bagai irama dan lagu. Namun, kanak-kanak zaman ini lebih tertumpu pada gajet & data internet. Bagi mereka, buku bukan sesuatu yang menarik & best untuk dihadap. Ianya tidak interaktif & kelihatan hambar pada pandangan mereka.

Berdasarkan pada statistik yang diberikan oleh NOP World Culture Score Index, Malaysia tidak tersenarai dalam negara-negara yang suka membaca. Kita kalah pada negara-negara Asia lain seperti India, China, Thailand, Filipina, Hongkong, Taiwan dan Jepun. Kadar membaca kita dikategorikan sebagai kurang daripada 3 jam seminggu. Namun, sebaik Kuala Lumpur mula diangkat sebagai Kota Buku Dunia tahun 2020 ini oleh UNESCO, diharap, tabiat dan gaya membaca rakyat Malaysia dapat diubah menjadi lebih baik.

Buku-buku di Malaysia khasnya buku kanak-kanak diharap dapat direka, dicetak dan diwarnai dengan pelbagai kreativiti bagi menarik minat membaca semula. Di sini, kami senaraikan beberapa langkah menarik yang boleh digunapakai oleh semua untuk memotivasikan kanak-kanak agar suka membaca. Jadikan ia satu tabiat yang baik & mengujakan.

Read-aloud time with children - Pernah tonton filem US atau UK? Pernah perasan scene kanak-kanak yang hendak tidur dibacakan buku oleh ibu bapa mereka? Ya, ia salah satu tabiat yang bagus diterapkan oleh orang dewasa pada kanak-kanak. Mereka membaca buku tersebut dengan suara yang kuat & menarik. Kanak-kanak pula akan berasa seperti diberi perhatian.

Read a book that movies coming out - Carikan buku-buku yang bakal diadaptasi menjadi filem. Ia lebih menarik bila apa yang dibaca terlayar di depan mata. Antara contoh yang anda kenali seperti file The Hobbit, Dr. Seuss: The Lorax, Alice in Wonderland, Harry Potter dan Diary of a Wimpy Kid.

Haura ~ Ramlee Awang Murshid

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

TRAGEDI berdarah di New Zealand telah merubah hidup pegawai polis Australia bernama Jessica. Serangan ke atas umat Islam di dua buah masjid di bandar Chrischurch telah menyebabkan Jessica turut menerima bahana apabila diserang penjenayah sehari selepas insiden itu. Rakan setugasnya terbunuh dan Jessica terlantar di hospital.

Setelah sembuh, Jessica diarahkan ke Swan Hill untuk melaksanakan tugasan undercover. Dia harus memburu Adam – penjenayah rakyat Malaysia yang diyakini terkait dengan agenda keganasan.

Jessica berjaya masuk ke dalam kehidupan Adam. Malangnya – dia jatuh cinta pada Adam sekali gus membuatkannya dalam dilema antara cinta dan kerjaya.

FAHMI ke Melbourne demi membuktikan cintanya. Malangnya – Waheeda akan dinikahkan dengan anak kenalan keluarganya. Fahmi kecewa dan tinggal di Australia melebihi tempoh masa yang dihadkan untuk pelancong. Dia bekerja secara haram sebagai pengutip buah. Akhirnya, dia ditangkap oleh pihak imigresen dan diusir pulang.

Sila Baca Jangan Tidur ~ Dr. Kamilin Jamilin

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Adakah mencukupi timbangan amal soleh yang mampu menyelamatkan diri kita dari api neraka? Apakah yang mampu ditinggalkan kepada generasi seterusnya setelah kita meninggal dunia? Andai umat Islam sedar akan kepentingan perkara ini, nescaya kita tidak akan mampu tidur dengan lena pada malam hari! 

Buku ini secebis legasi yang mampu penulis tinggalkan buat masyarakat dan generasi seterusnya. Ia merupakan catatan dan luahan berkaitan pelbagai isu yang dibahagikan kepada empat bab iaitu untaian nasihat, risalah dakwah, isu semasa dan kupasan ilmu. Keseluruhannya meliputi 101 topik yang bermanfaat untuk direnungi, dihayati serta dijadikan panduan dan bekalan di akhirat.

Maaf Tak Indah ~ Emy Roberto

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

Perkahwinan mereka yang bahagia selama ini tiba-tiba berubah apabila Syazan disahkan mengandung. Baru mereka sedar rupanya keinginan masing-masing berbeza. Syazan tak mahukan anak tapi, Raimie sangat mahukannya. Tindakan Syazan menyebabkan mereka hampir kehilangan anak yang dikandung. Dan apabila dia mula sedar, waktunya sudah terlewat. Dia kehilangan semuanya. Bahagia mereka musnah sekelip mata. Raimie pergi membawa anak mereka.

Lima tahun berlalu..

Pertemuan semula antara mereka menyentuh memori lama. Rindu pada si anak bagai membunuh Syazan.

"Saya nak jumpa Adam."-Syazan.
"Temankan saya untuk satu malam. How bout that?"-Raimie.

Syazan tahu permintaannya mungkin sangat mustahil untuk ditunaikan oleh Raimie. Malah keadaan menjadi semakin rumit bila rahsia yang disimpan bertahun lama diketahui oleh lelaki itu.

My Sweet Cik Leftenan ~ Sophilea

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

“Nak jadi tentera sangat kan, takkan berdiri lama ini pun dah tak boleh tahan? Tu belum lagi nak berperang.”
Suara kuat Petty Officer Adam Muqrie bergema. Semua kadet berdiri tegak. Dayana menjeling.
Eleh...bolehlah cakap, duduk bawah khemah tahu nak beri arahan saja, desis hatinya.
“Dua pusingan padang kawad sebelum boleh rest.” Wisel ditiup.
Dayana ketap gigi. Kakinya yang keletihan dan tubuh yang kepenatan dipaksa berlari untuk habiskan dua pusingan padang kawad. Rasa nak mati pun ada.

ARGH!!! Bencinya dia dengan Adam Muqrie, pegawai yang melatihnya ini. Tunggulah bila aku dah jadi pegawai lebih tinggi daripada kau nanti, tahulah nasib kau.

“Sedap awak nyanyi lagu Rindu Serindunya tu kadet. Boleh kut saya nak dengar sekali lagi?”
Dayana bengang.
“Apa pulak salah saya kali ini?” Dia beranikan diri berhadapan dengan Adam Muqrie.
“Tak ada apa, saja saya nak dengar awak menyanyi. Tak boleh?”
“Staff sajakan nak kenakan saya?”
Adam senyum. Manis. Tapi hati Dayana menafikannya.

Big Boss, I Need You! ~ Mell Mariann

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

“Marry me.”

Tak ada angin, tak ada ribut. Tiba-tiba saja dia diajak kahwin. Memanglah Awaanis fikir lelaki tak dikenali itu gila.
Ingatkan kisah lelaki itu termati di situ. Tapi lain pula jadinya. Lelaki itu rupanya big boss di kilang tempat dia bekerja!
“Tuan Adriy!” – Awaanis
“Jom.” – Adriy
“Jom apa?” – Awaanis
“Jumpa ayah awak.” – Adriy
Adriy terus mendesak. Awaanis pula curiga. Big boss ajak minah kilang sepertinya berkahwin, tentulah mencurigakan!
Bagi Adriy pula, apa saja permintaan datuknya, pasti dipenuhi. Walaupun diminta bernikah dengan cucu saudara lelaki tua yang baru ditemuinya itu. Dia punya motif tersendiri.
“Please help me…”
“Then, will you marry me?”

Kelebihan Membaca @ Benefits of Reading


Assalammualaikum & Good Day,

BILA STRESS, TAKDE MOOD, TAK BOLEH TIDUR, TAKDE IDEA NAK CAKAP BILA JUMPA ORANG, CUBALAH ANDA MEMBACA. IA AKAN MEMBANTU.

KAMI SENARAIKAN 15 KEBAIKAN MEMBACA KEPADA SEMUA BERDASARKAN KAJIAN & PEMERHATIAN. Jika ikutkan ada lagi sebabnya. Tetapi ini antara ang paling popular.

1. Vocabulary & Knowledge Expension - Untuk kita menambahkan kosa kata & juga ilmu, semuanya adalah melalui membaca. Jika nak tambah ilmu perkataan bahasa lain juga, adalah melalui membaca. Tak kisahlah sama ada melalui buku bercetak ataupun buku audio.

2. Help To Broaden Your Mind - Membaca mampu membuatkan anda berfikir dengan lebih luas, dengan lebih kritis & dengan lebih membangun. Ia mampu menggapai imiginasi atau memberi idea untuk memperbaiki diri sendiri atau orang lain.


3. Brain Exercising & Workout - Membaca membantu otak kita beroperasi dengan sihat. Membuatkan neuron-neuron aktif & sebagai senaman. Menurut beberapa kajian, melalui pembacaan, ia membuatkan otak kita bersenam & semakin sihat.

Wednesday, 5 February 2020

Sumpah Setia ~ Aisya Sofea

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

“Yang pergi itu cinta. Mungkin yang datang itu jodoh. Yang pergi itu kekasih. Yang datang itu mungkin bakal suami kau. Mana tahu ke?”

Itu adalah kata-kata Isha, teman baik Nur Suria Anissa tentang Elias Lim Li Jun yang ingin mengahwini Anis dari saat pandang pertama mereka. Ketika Anis hilang kepercayaannya terhadap cinta, Elias menghadirkan diri. Tetapi bolehkah mereka berdua bercinta bila Elias, seorang lelaki peranakan Dutch Baba Nyonya dan Islam bukanlah agama fitrahnya?

Tatkala itulah Syed Umar, lelaki cinta pertama Anis datang untuk kembali dalam hidup Anis. Keluarga Anis mahu dia segera bernikah. Percaya dengan cinta pertama masih mekar, Anis akur dengan kehendak orang tuanya. Namun, Syed Umar ada rancangannya sendiri. Mahu keluarga Anis menanggung perbelanjaan perkahwinan mereka. Ketika itulah sikap sebenar Syed begitu jelas di mata Anis.

400 Adab Pengantin Kekal Bahagia: Misi Masuk Syurga ~ Najwa Mad Zelan, Nor Aniza Azeri

(SEM & SS) RM10.00 > RM9.00

400 adab Pengantin Kekal Bahagia merungkai tips dan beberapa doa pilihan yang sesuai dijadikan amalan serta panduan untuk memelihara diri dan membina keluarga bahagia agar sentiasa mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah s.w.t.

Antara Kandungan:
MISI 1. Perkahwinan adalah Destinasi Cinta ke Jannah
MISI 2. Meminang, Episod Meniti Cinta
MISI 3. Biar Sederhana Asalkan Tidak Merana
MISI 4. Biar Bercinta kerana Allah
MISI 5. Taat Bukannya Memuja
MISI 6. Dia Juga Manusia Biasa
MISI 7. Laksanakan Tanggungjawab
MISI 8. Bertenang Dahulu
MISI 9. Ibuku, Ibumu Juga

Tafsir Surah An-Nur dan Juzuk 18 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Tafsir Surah An-Nur dan Juzuk 18 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai surah yang terdapat dalam juzuk 18, iaitu Surah Al-Mu'minun, An-Nur, dan Al-Furqan.Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA adalah kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara.Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.

Adab Berdamping Dengan Al-Quran ~ Imam An-Nawawi

(SEM & SS) RM18.00 > RM16.20
Melihat hurufnya, mendengar alunan bacaannya, malah membaca isi kandungannya sudah dijanjikan ganjaran yang besar. Apatah sekiranya mentadabbur dan mengamalkan segala suruhannya.

Buku Adab Berdamping dengan Al-Quran karga Imam An-Nawawi menggariskan panduan yang jelas berpandukan Al-Quran dan sunnah. Antara topik yang dibincangkan adalah:

Mengapa perlu membaca Al-Quran?
Apakah yang membuatka ‘ulat’ Al-Quran begitu istimewa?
Adab dan etika pendammping Al-Quran.
Ayat-ayat dan surah Al-Quran yang digalakkan untuk dibaca pada waktu dan keadaan yang khusus.

Kau Sembah Apa? ~ Ahmad Iqram Mohamad Noor

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Jika ajaran sesat dalam Islam di Malaysia kita ada Ayah Pin dan Rasul Melayu. Perkara yang sama juga berlaku kepada agama lain, malah ajaran-ajaran mereka itu telah berkembang di Malaysia.

Ia menjadi topik hangat dikalangan penganut Kristian, Hindu dan Buddha di Malaysia yang mungkin kurang diberi perhatian kepada kita sebagai muslim di Malaysia.

Ada beberapa persoalan dijawab dalam buku ini:
1. Sebanyak manakah gerakan agama baru telah berkembang di Malaysia?
2. Bagaimana modus operandi mereka bergerak?
3. Kumpulan agama baru yang manakah yang terlibat berdakyah kepada pelajar Muslim Melayu?
4. Mengapa wujudnya penyembahan kepada makhluk?

Ada 15 Sebab Anda Ulat Buku Sejati


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Kebanyakan kita ada ditakdirkan memang suka membaca. Cuma kadang-kadang kita ini membaca bersebab. Ada yang membaca sebab hobi, ada yang membaca sebab nak lulus periksa, ada yang membaca sebab paksaan dan ada juga yang membaca sebab nak tambah ilmu. Namun, jika anda perhatikan diri anda mahupun rakan lain yang suka membaca, adakah mereka ulat buku sejati atau addicted bookworm? 

Well... di sini kami senaraikan 15 SEBAB UTAMA ANDA ADALAH ULAT BUKU SEJATI (you know who you are)
Jika anda ada tabiat tu semua, sah2 anda memang #ulatbuku paling agung...

1. Dapat habiskan bacaan buku 4-5 naskhah sebulan. Tak semua orang mampu habiskan buku sebanyak ni kerana tuntutan kerja, keluarga & rehat yang diperlukan.

2. Suka dengan bau kertas ketika masuk ke kedai buku. Menjadi seperti satu ketagihan bila dapat masuk ke kedai buku & mencium bau buku-buku di situ. Duduk dekat sejam pun takpe.

3. Adrenalin meningkat setiap kali ke kedai buku / pesta buku. Yang ini jangan cerita, dia punya keterujaan memang lain dari hari biasa. Excited sangat. Lagi-lagi bila pergi ke pesta buku yang besar-besar.

Warkah Buat Pengantin ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Buku ini merupakan kompilasi risalah atau tips nasihat berkenaan dengan isu perkahwinan untuk pengantin baru yang sesuai untuk dihadam dalam bentuk bacaan santai.
Antara nasihat yang terkandung di dalam buku ini ialah
Dalam perkahwinan bukan semuanya manis dan indah, tetapi hakikat kehidupan penuh dengan ranjau dan duri.

Justeru itu, sebarang bentuk ombak, onak dan duri perlu deselesaikan dengan penuh hikmah dan bijaksana.
Buangkanla sifat “awak salah” dan “saya betul”. Sebaiknya binalah sifat dan ungkapan bahasa “maafkan saya”. InsyaAllah, api kemarahan dapat diredakan.
Ingatlah si suami bahawa akad nikah dengan lafaz ijab kabul mengesahkan ikatan perkahwinan dengan kalimah Allah SWT. Justeru terpikullah “amanah” kekeluargaan yang wajib dilaksanakan dengan jayanya. Isteri pula amat perlu mentaati suami dengan penuh keikhlasan dengan cara itu, sudah tentu rumah tangga akan menjadi harmoni dan melahirkan sakinah, mawaddah serta rahmah.

Makfirah Rasulullah s.a.w ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

(SEM & SS) RM14.00 > RM12.60
Abu al-Hasan al-Nadwi berkata:
• Jika anda seorang pemuda, maka teladan yang paling elok dan paling cantik bagimu adalah Nabi Muhammad SAW
• Jika anda telah mencapai umur tua, maka Baginda SAW adalah contoh anda
• Jika anda fakir dan miskin, maka Baginda SAW teladan dan contoh bagi anda
• Jika anda kaya, maka Baginda SAW imam anda
• Jika anda berangkat untuk berperang, maka Baginda SAW juga turut serta berperang
• Jika kamu menginginkan perdamaian, maka Baginda SAW akan memberikan kedamaian sebelum kamu memintanya
• Jika anda redha, maka Baginda SAW pun redha
• Jika anda marah (tidak menerima sesuatu), maka Baginda SAW pun demikian halnya

Monday, 3 February 2020

Bukan Lelaki Terhebat ~ Dilla Ahmad

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Bermain cinta dengan perempuan simpanan bos memang sesuatu yang sangat gila! Atas kesalahan itu, dia dibelasah teruk dan dibiarkan separuh nyawa di dalam kebun getah. Dan takdir membawa Jaden dipertemukan dengan Tok Ayah dan Seri Dhia.

“Lelaki hebat? Ada ke spesis lelaki macam itu zaman sekarang ni? Tak pernah pula saya jumpa lelaki hebat selain tok ayah saya. ~ SERI DHIA

“Nak tahu aku lelaki hebat atau tidak, kau nak cuba dengan aku?” ~ JADEN

Sukar untuk Jaden menjadi lelaki yang hebat di mata Seri Dhia, kalau Iqram saja yang menjadi perhatian gadis itu. Apatah lagi dengan kekurangannya dalam memahami ilmu agama. Tapi demi memiliki Seri, juga kerana janji kepada Tok Ayah untuk menikahi gadis itu, Jaden sanggup mencalar kepercayaan dan maruah Seri.

“Apa salah saya sampai awak buat saya macam ni, Jaden?” ~ SERI DHIA

Cinta Mamat Muka Ketat ~ Fariesya Fauzy

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Hubungan mereka bukanlah ketegori TEMAN TAPI MESRA. Tapi lebih kepada TEMAN TAPI HURU-HARA. Berdebat, berbalah dan menyindir sudah menjadi kewajipan setiap kali bersua muka. Semuanya bermula dari salah faham di awal perkenalan.

“Budak jambu ni sebenarnya khunsa. Dan sekarang dia datang bulan.”- AMSYAR.

“Hoi! Jay bukan khunsalah. Jay perempuan! Perempuan sejati!” - JANNAH.

Hinggalah akhirnya ada yang jatuh cinta. Jannah yang tidak mahu ada hubungan hati selagi tidak habis belajar, telah menolak cinta Amsyar. Tapi kalau dah jodoh, akan bersatu juga walau bukan dengan cara yang betul. Namun ia hanya bertahan selama seminggu sahaja. Amsyar terluka.

“Dengan ini saya, Syed Amsyar bin Syed Amru menceraikan isteri saya, Nur Jannah binti Idris dengan talak satu.” - AMSYAR.

Barang Penting Perlu Ada Ketika Baca Buku


KHAS UNTUK PENCINTA BUKU.
MESTI ANDA PERLUKAN ANTARA SENARAI BARANG-BARANG INI TANPA SEDAR.

IA TABIAT SEMULAJADI.
IA JUGA BERI KEGEMBIRAAN.
IA JUGA HILANGKAN STRESS.
IA PERLU ADA SETIAP KALI MEMBACA.

JOM RAIKAN SEMANGAT MEMBACA KITA.
JOM RAIKAN JUGA MALAYSIA SEBAGAI KOTA BUKU.

40 Hadis Kelebihan Zikrullah ~ Ustaz Zulkarnain Dollah

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.50

Buku ini menghimpunkan 40 hadis yang menceritakan kelebihan, pahala dan ganjaran zikir.
Zikir adalah ibadah yang mudah dilakukan namun memiliki ganjaran yang besar baik zikir khusus yang terikat dengan masa seperti yang diajarkan Rasulullah SAW dalam hadis Baginda, atau zikir-zikir umum yang bebas dilakukan pada bila-bila masa.

Kelebihan dan manfaat zikirullah akan sangat terasa di alam barzakh dan hari kiamat. Namun, sebenarnya semasa kita masih hidup juga zikrullah memberi manfaat tanpa kita sedari. Begitulah yang diajarkan Rasulullah melalui hadis-hadis yang dimuatkan dalam buku ini.

Ada Dia Di Hatiku ~ Thebingkisanhati

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Mereka tak mengerti bahawa untuk bangkit tak semudah melangkah.
Mereka tak fahami bahawa proses untuk bangun perlukan masa.
Bunga yang mekar juga perlukan sedikit waktu untuk tumbuh dan hidup.
Begitulah hati. Perlukan masa untuk ia kembali utuh.
Justeru, tatkala tiada lagi ruang kebahagiaan yang tinggal, pilihlah pengaduan kepada Tuhan bagi menyingkirkan sisa kesedihan.
Tatkala hilang dan lenyap rasa ketenangan, tunduklah dan sujud kepada Dia Yang Maha Mendengar. 

Hidup umpama roda. Kehidupan kita acapkali berputar. Yang lena tidak selamanya di pentas bahagia. Yang bersedih tidak selamanya di pentas air mata. Akan tiba waktu di mana posisi langkahmu akan bertukar.

Jadi, belajarlah untuk menerima dan mengikhlaskan tanpa mempersoalkan mengapa ‘luka’ itu terjadi. Belajarlah untuk patuh dan akur pada setiap inci rencana yang telah tertulis.

Tulisan ini insya-Allah mampu menemukanmu dengan cahaya kedamaian dan mampu memeluk hatimu dengan sebuah pujukan. Kehidupanmu barangkali tidak seindah bulan, tapi percayalah kamu tetap indah dan bersinar.

Jadi, senyumlah! Jalani hidup ini apa adanya.

165 Nasihat Guaman Tuan Lawyer ~ Amar

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

TAK celik undang-undang menjadikan kita mudah kena tipu dan mengalami kerugian. Tak celik undang-undang menjadikan kita tak pandai tuntut hak. Tak celik undang-undang menjadikan kita sering dipermainkan. Tak celik undang-undang menjadikan kita takut untuk menceburi perniagaan. Tak celik undang-undang menjadikan kita buat kerja semberono dan berisiko. Tak celik undang-undang menjadikan kita orang yang kurang berkeyakinan. Dan tak celik undang-undang menjadikan kita orang yang kurang jati diri.

Buku ini ditulis bagi memberi nasihat guaman untuk memberi kesedaran dan ilmu kepada orang ramai tentang hak dan cara bertindak yang betul serta apakah perkara yang kita perlu berhati-hati dalam urusan harian agar kita tidak tersalah langkah yang menyebabkan kita terpaksa menanggung kerugian atau risiko. Buku ini ditulis menggunakan bahasa yang mudah agar difahami orang kebanyakan.

Antara isu yang dibincang adalah Saman Fitnah, Serang Guru, Kepentingan Nombor Kad Pengenalan, Butiran Peribadi , Gambar Bogel, Hantaran Hangus, Ugut Saman, Risiko Penjamin, Duit Dalam Akaun Lesap, Hak Tuan Rumah, Tanah Lot Cap Ayam, Freehold vs Leasehold, Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah, Rumah Pewarisan, Sivil dan Syariah, Hak Dropship, Kemalangan Jalan Raya, KWSP, Pampasan, Buang Pekerja dan banyak lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...