Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 24 February 2017

Anding Ayangan ~ Ramlee Awang Murshid

(SEM & S/S) RM34.00 > RM29.90

NYIAN ditemui hanyut di Sungai Papar 10 tahun lalu. Dia mengalami amnesia. Lupa dari mana asal-usulnya. Nyian menjadi nelayan dalam tempoh tersebut. Selepas10 tahun... dia mulai galak bercerita tentang sebuah dongeng yang dikenali sebagai Anding Ayangan. Ramai yang tidak mengetahui, tatkala Nyian bercerita... dongengnya menjadi hidup di sebuah dunia yang terhijab dengan dunia nyata. Peperangan berlaku di dunia dongeng. 

Kerajaan Ayangan gagal menawan Anding sejak 200 tahun lampau. Persengketaan yang berteraskan kepercayaan dan politik berlanjutan sehingga salah satu hancur. Dalam peperangan muncul pelbagai kisah yang hidup dengan pelbagai ‘rupa’ manusia. 

Dalam banyak ‘wajah’ terbit pula sebuah percintaan antara dua pihak. Percintaan yang bertambah menyemarakkan marah dan dendam. Percintaan yang bermaharkan kematian. Dalam kerancakan perkelahian... terpinggir sebuah tanah tengah di lautan. Tanah bergelar Pulau Chermin. Didiami raja tanpa jelata. Enggan mencampuri urusan peperangan namun terikat sumpah kalimah mempertahankan Anding dari arah lautan. Sumpah yang diikat seorang ulama berasal dari negara Brunei Darussalam.

Projek Seram: Lif ~ Ninie Othman, Resmanshah, Helmi Effendy

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Kau Kuseru - Ninie Othman
Desakan untuk mencari rumah sewa baru telah membawa Amira, Melissa dan Erin hingga ke bangunan rumah pangsa, Blok Mawar. Dengan bantuan Zairil, mereka bertiga berpindah masuk ke situ. Selepas seminggu tinggal di situ, mereka diuji dengan pelbagai peristiwa pelik sejak hari pertama mereka menyewa di flat itu. Amira sering kali ternampak gadis berpakaian putih yang dikotori darah, Melissa seringkali mencium bau hanyir darah ketika berada di kawasan lif. Erin yang memberi idea supaya mereka mendapatkan jawapan kepada semua kejadian pelik itu menggunakan papan Ouija. Adakah semua persolan terjawab atau apakah musibah yang bakal menanti mereka? Berjayakah mereka hingga ke penghujung dengan selamat?

Khilaf – Resmanshah
Cuba bayangkan. Kau masuk ke dalam sebuah lif. Sebaik kau melangkah keluar, dunia kau berubah. Siang dan malam tidak terjadi dengan hukum yang sepatutnya. Tiada logik yang terjadi di dalam dunia kau lagi. Kau berjumpa dengan manusia yang sudah lama mati. Kau melihat puluhan manusia yang terjun dari tingkat paling atas sebuah hotel mewah, bangkit semula dalam keadaan yang mengerikan. Kau dikejar mayat hidup yang mirip dengan rupa kau. Kau berdepan dengan situasi dan kejadian yang sepatutnya sudah menjadi masa silam kau. Sehinggalah pada suatu ketika, kau berdepan dengan hakikat ‘YANG KAU AKAN MATI DALAM KEADAAN YANG AMAT MENGERIKAN!’

Aras 77 – Helmi Effendy
Sepuluh tahun selepas berdirinya Menara Gergasi, ia turut menarik perhatian pasangan pemburu hantu legenda iaitu Ikhwan dan Zulaikha untuk menyiasat kes kematian yang sering berlaku di menara pencakar langit tersebut. Siasatan mereka membawa kepada lif menara gergasi yang selalu membawa mereka ke hidden floor yang merupakan tingkat tersembunyi bersemadinya belasan makhluk halus yang datangnya entah dari mana. Mampukah Ikhwan dan Zulaikha menentang mereka dan menghapuskan kes paranormal yang selalu berlaku di Menara Gergasi?

Cinta Roller Coaster ~ Ery Aieril

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Bila dah kata cinta, cinta sampai bila-bila.
Bila dah kata sayang, sayang sampai bila-bila.

Itulah prinsip hidup Faizul. Memang gila! Tak pernah berjumpa, berbual hanya di alam maya, sudah mengajak Zahrah Imani berkahwin. Walaupun tak pernah berjumpa, dia yakin wanita itu jodohnya.

"Kita berdua kawan je."
"Memang kita kawan tapi saya nak berkahwin dengan awak."
"Why me? Kenapa bukan perempuan lain?"
"Saya yakin awak adalah jodoh saya."
"Ridiculous!"

Namun bila dah namanya jodoh, nak elak macam mana pun tak mampu. Zahrah akur. Hari ketiga Zahrah dan Faizul bergelar suami isteri, merubah segala-galanya. Zahrah pelik bila Faizul bersikap dingin.

"Apa lagi yang saya nak buktikan kat awak..."
"Buktikan apa?"
"Saya sayang awak dan ikhlas terima awak sebagai suami saya."
"Itu sayang dan bukannya cinta."

#SITIKHAIR Sempurnakan Kita ~ Cheritasis

(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80

Kisah ini pasal Siti dengan Khair Luth.
Siti budak stor saja. Khair Luth bos dia saja.
Budak stor suka bos. Bos suka PA. PA suka tunangnya.

Kelang-kabut sungguh. Bila Khair Luth tengah berkira-kira nak meluahkan perasaan cinta kepada PAnya, Rosalee, tiba-tiba dia mendapat tahu wanita idamannya itu sudah pun berpunya. Bukan setakat berpunya, malahan dah bertunang dan akan melangsungkan perkahwin. Siap bagi jemputan kedua majlisnya kepada Khair Luth.

Lalu Khair Luth membuat gila. Dia mengajak adik angkat Rosalee, Siti, bermain cinta.

“I suka you, Siti. You suka I. So?”
“Tak ada maknanya nak so, so. Lagipun saya kata suka aje. Bukannya nak couple ke apa. Beza umur kita jauh kut. Rasa macam bercinta dengan pak cik sendiri aje.”

Geram Khair Luth bila Siti dengan beraninya menolak dia. Macamlah dia betul-betul hendakkan Siti. Khair Luth main tipu saja. Ajak Siti bercinta demi makin mendekati Rosalee. Tapi bila hati Khair Luth pula menipu, suka hati saja sukakan Siti, apa pula akan terjadi?

Lelaki Halal Untuk Aku ~ Zaza Qry

(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Berbekalkan hati yang telah terluka dihalau mama kerana khilafnya, Sarrafia meneruskan kehidupan di Pulau Langkawi. Menjadi pekerja di sebuah pusat yang diberi nama Rumah Azirah. Namun setelah dua tahun berlalu lelaki yang tidak pernah dia lupai itu muncul semula dalam hidupnya. Sedang Sarrafia tidak pernah berharap akan bertemu lagi meskipun dia tidak pernah melupakan lelaki yang bernama Adriz itu.

Pertemuan semula dengan Adriz membuatkan hati Sarrafia berdegup kencang semula. Bukan tiada lelaki yang mahukan dia, tetapi Sarrafia tahu dia tidak boleh mendapat lelaki sebaik Noh yang sudah terang-terang mencintainya. Tiada degupan cinta untuk Noh. Hanya untuk lelaki itu, yang mempunyai cerita silam dengannya.

“Saya nak tebus apa yang berlaku antara kita dulu.” – Adriz.

Sarrafia tidak tahu apa yang yang mahu ditebus oleh Adriz. Dia tidak pernah mengharap lagi akan sebuah cinta yang membahagiakan. Hati mama yang terluka kerana perbuatannya menyebabkan dia tidak mahu lagi mengucapkan kata cinta.

Setia ~ Reen Syazreena

(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

‘Mohon jangan jatuh hati pada I. I akan mati!’

DUA potong ayat itu membunuh rasa. Dua baris amaran itu pemusnah anganan impian. Dan kerana bait kata itu, enam tahun Rania menyimpan rahsia dan membungkam rasa. Enam tahun Rania cuba bangkit daripada kepalsuan. Sangkanya, kisah si palsu itu telah tamat dan tak akan pernah punya sambungan lagi di saat dia berpegang pada realiti. Namun, mereka bertemu…

“But life ain’t a fairy tale. Prince charming tak wujud,” ujar Rania dengan nada kecewa.
“Sebelah you ni bukan prince charming, ke?”
Rania mencebik. Tak kelakar langsung lawak Zafrill. “Perasannya.”
Zafrill ketawa lagi. “Well, except for status I yang bukan kerabat diraja, I rasa I seorang yang charming. Charming enough for you.”
“Mana-mana I pergi, you ada je. You tak ada kerja lain ke Rill?”
Zafrill ketawa. “I kan bayang-bayang you.”

APABILA realiti dan fantasi bergabung menjadi satu, dia keliru. Cuma yang pasti, dia tak akan biarkan dirinya tertipu lagi. Namun Rania tersepit jua…

Ada Apa Dengan RM? ~ Hajah Rohani Datuk Hj. Mohd Shahir

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60
Ubahlah cara anda melihat wang dan cara mengurusnya!

Keadaan ekonomi akan lebih mencabar. Wang atau pendapatan yang kita bakal raih mungkin akan naik atau turun. Namun, ia tidak begitu penting berbanding CARA PENGURUSAN KEWANGAN kita. Jika cara kita menguruskannya tidak berubah, hasilnya sama sahaja.

Muhasabahlah cara pengurusan kewangan kita dengan setelus-telusnya. Janjilah pada diri dan keluarga untuk berubah ke arah yang lebih bernilai, berhemah dan bertanggungjawab.

Buku ini akan memberi panduan bagi anda yang mahukan petunjuk mencapai kehidupan kewangan yang lebih teratur dan selesa. Ia satu rujukan mudah untuk menyelesaikan isu kewangan yang anda sedang hadapi.

Anda perlu miliki buku ini jika anda mahu:
■ Bebas daripada masalah kewangan
■ Bebas daripada belenggu hutang
■ Menambah pendapatan keluarga
■ Belajar mengawal perbelanjaan
■ Merancang kewangan keluarga

Topeng Si Pemuja Hati ~ Rass Lestari

(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80

“Isteriku Fayruz Nur Khairani, La tahzan,” tubuh Fayruz, Thaqiff pusingkan semula.
“Saya pergi untuk empat hari tapi kunjungan malaikat Izrail kita tak tahu bila dan di mana. Sebagai manusia kita kena sentiasa bersedia. Manalah tahu kalau ditakdirkan umur saya tak panjang, sekurang-kurangnya saya sempat berpesan untuk isteri kesayangan saya ni.”

Dengar saja soal umur, air mata Fayruz semakin deras mengalir. Bibirnya bergetar menahan kesedihan yang kian mencengkam sanubari.
“Dah habis semua pesanan awak? Sekarang dengar pula pesanan saya,” Fayruz menyeka air matanya.
“Kat sana nanti, awak kena belikan saya coklat banyak-banyak. Lepas tu, awak kena janji bawa saya pergi honeymoon lepas awak balik dari sana dan satu lagi saya nak awak belikan saya rantai emas yang besar berliannya. Semua barang tu mesti dan wajib awak sendiri yang bawa, faham tak?”

Mau'izhah Hasanah 2: Teman di Barzakh, Penempatan Para Roh ~ Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Buku Mau‘izhah Hasanah 2: Teman Di Barzakh ini membicarakan perihal roh dan arwah setelah diceraikan nyawa daripada jasad, peristiwa yang bakal berlaku sebagaimana yang tercatat dalam hadis dan atsar para Sahabat r.anhum. 

Juga menjelaskan perkaitan antara roh orang yang telah mati
dengan roh orang yang masih hidup. Semuanya untuk kita hayati agar lebih bersedia dalam menyiapkan bekal ke ‘sana’.

Tuesday 21 February 2017

Buku Bestseller Januari & Fabruari 2017

Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua,

Di sini kami kongsikan naskhah novel & buku Popular & Bestseller di Booksville sepanjang 2 bulan pertama 2017 ini.

Jika ada naskhah novel & buku yang ingin dibeli tetapi tak sure best ke tidak atau bagus ke tidak, harapan kami agar ia dapat jadikan panduan anda untuk membeli.
Semua naskhah novel & buku ini dijual pada DISKAUN 12%.

Jika nak dapatkan buku cenderahati sempena pertunangan, perkahwinan, doorgift lain, maklumkan aje kami apa yang diingini. InsyaAllah kami akan membantu.

Untuk lihat lebih banyak lagi novel & buku baru & best, boleh Facebook Belidiskaun atau Instagram books_belidiskaun. Atau Whatsapp kami di 013-6786571.

Happy reading everyone 

Sunday 19 February 2017

How to Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk (edisi Bahasa Melayu) ~ Adele Faber, Elaine Mazlish

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Memiliki anak-anak yang comel memang satu anugerah. Namun mendidik mereka bukan calang-calang cabarannya. Tambahan pula apabila anak-anak sudah mula petah bercakap dan sudah bijak berfikir. Sekiranya ibu bapa tersalah langkah dalam mendidik anak-anak, pendekatan negatif seperti menghukum, memukul, menengking, dan sebagainya akan dianggap sebagai pendekatan yang efektif.

Menerusi buku How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk Edisi Bahasa Melayu ini, ibu bapa akan lebih memahami kaedah yang betul tentang cara mendidik dan mendisiplinkan anak seperti :

Membantu Anak Mengendalikan Perasaan Mereka
Mewujudkan Kerjasama
Alternatif Selain Hukuman
Galakan Berdikari
Pujian
Bebaskan Anak Daripada Memainkan Peranan
Menggabungkan Semuanya Bersama

Anak-anak ibarat kain putih, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkan kehidupan mereka, ambil masa dan sentiasa berikan usaha terbaik dalam mendidik supaya mereka tidak membesar dengan sia-sia.

40 Kisah Yang Membuatkan Nabi Ketawa Berdasarkan Hadith Sahih ~ Mustafar Mohd Suki

(SEM & S/S) RM16.00 > RM14.00

Dalam sejarah perjalanan hidup Nabi s.a.w. dalam menyampaikan dakwah, walaupun terdapat pelbagai kesulitan, Baginda s.a.w. tetap ketawa dan tersenyum dalam banyak keadaan.

Ini menandakan bahawa Baginda s.a.w. mempunyai naluri manusia yang fitrahnya ada sedih, marah, ketawa, menangis, dan sebagainya.

Buku ini mengumpulkan peristiwa dalam hadith-hadith Nabi s.a.w. yang membuatkan Baginda ketawa mahupun tersenyum perihal sesuatu perkara yang dilakukan oleh para sahabat Nabi s.a.w.

Ini menjelaskan bahawa Nabi s.a.w. adalah seorang yang periang dan adakalanya sehingga Baginda ketawa dan tersenyum bukanlah sekadar watak Nabi yang serius, sedih, ataupun marah sahaja.

Di samping itu, dalam buku ini dijelaskan bahawa Baginda ketawa ataupun senyum dalam sesuatu keadaan sama ada membawa maksud Baginda mengiyakan ataupun membenarkan perkara yang berlaku.

#Cantik : Wanita Seindah Mutiara ~ Ustazah Norhafizah Musa

(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20

Kecantikan adalah fitrah kurniaan Allah s.w.t. yang tidak mampu dielak ataupun dinafikan oleh sesiapa di dunia. Makna kecantikan dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu kecantikan lahiriah dan kecantikan rohaniah.
Kecantikan lahiriah atau luaran adalah kecantikan fizikal yang dapat dilihat terus oleh mata kasar.

Kecantikan rohaniah adalah kecantikan dalaman yang diukur dan dinilai dari hati ke hati.

Keadaan hati dan iman yang menentukan tahap dan nilai kecantikan yang ada pada diri seorang wanita.

Monday 13 February 2017

Siapa Dalam Hati ~ Uji Norizqi

(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80

"Agak-agak Abang Hir masih di ruang tamu atau dah masuk bilik ek? Daripada melayan perasaan seorang diri, baik aku keluar tengok tv," getus Aathifah sendirian. Diari disimpan ke dalam laci dan tudung dicapai.

"Eh buat apa aku nak pakai tudung lagi? Lupa pula kami kan dah sah jadi suami isteri. Tak perlu jaga batas lagi. Kenapalah aku masih bertudung ek?" Aathifah tidak jadi pakai tudung. Sebaliknya mencapai sikat dan menyikat rambutnya yang melepasi bahu itu agar rapi.

Melangkah ke ruang tamu, tv masih terpasang. Bermakna Zuhair ada di situ. Berdebar-debar juga Aathifah mahu duduk di sebelah Zuhair tanpa memakai tudung. Maklumlah sudah bertahun-tahun dia pakai tudung di hadapan Zuhair. Tup-tup malam ni dengan selamba dia mendedahkan rambutnya. Tak kisahlah, bukan dia tayang badan seksi pun.

Tidak berkelip mata Zuhair memandang figura berambut panjang itu. Bidadari jatuh dari langit ke? Tapi cepat-cepat dia berpaling. Sekian lama melihat Aathifah bertudung, memanglah dia pelik. Cantik rupanya Nur Aathifah Amni apabila membiarkan rambutnya lepas bebas begitu.

Aathifah mulanya kaget dipandang Zuhair begitu, tapi apabila Zuhair berpaling ke arah lain debaran dalam dadanya kembali sekata.

"Cantik rambut, pakai syampu apa?"

Seribu Rindu ~ Maya Adira

(SEM & S/S) RM29.00 > RM25.50

“Zarra okay?”

Dia diamkan sahaja. Biar lelaki itu bercakap sendiri. Lebih penting baginya untuk menyiapkan kerja.
Hisham tarik nafas dalam-dalam. Kebetulan dia lalu, terserempak dia dengan Wanie yang laju saja lariannya. Bukan niatnya untuk mengacau Zarra, namun hatinya rindu. Kalau dulu, boleh saja dia melirik pada gadis itu di kaunter resepsi, kini dia perlu gunakan segala peluang, segala ruang.

“Zarra, Zarra tak nak cakap langsung dengan abang ke? Fine. Abang tunggu di sini.”
Eeiiii...aku baling dengan botol syampu ni karang benjol dahi tu. Dia terus membisu. Semua sudah siap. Tinggal bathroom sahaja. Dia berjalan, pantas dan laju.
Hisham cuba meraih tangan itu namun hatinya melarang. Dibuatnya Zarra menjerit, mahu kecoh satu hotel. Biru mukanya nanti. Aduhhh...kerasnya hati gadis nan seorang ini. Dia jeling Zarra yang mula mengemop lantai bathroom. Kali ini dia tekad. Hisham melangkah masuk, mengunci pintu bathroom lalu bersandar padanya.
“Abang buat apa ni?!”
Haaa...kan bercakap pun. Ingatkan nak bisu kelu terus. Hisham sembunyikan senyum dibalik jemarinya.
“Abang nak tolong Zarra basuh tandas, boleh?” soalnya bergurau. Aduhai, manisnya gadis itu menyinga marahnya. Marahlah, asalkan kau ampunkan aku, Zarra.
“Nah, mop lantai ni. Ke tepi, Zarra nak keluar!” Sedikit kuat suara gadis itu. Dia sudah geram. Kalau diikutkan hatinya, ditonyohnya mop itu ke muka Hisham yang tersenyum lebar. Senyum apa senyum!
Hisham sandarkan badan ke pintu, depakan tangan. Ni kalau si Zarra betul tonyoh muka dia dengan mop, memang dia pengsan kot. Dia telan liur perlahan-lahan.

Syurgaku Tak Sempurna ~ Sara Aisha

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60
Pertama kali menatap Zalia, hati Tengku Zarif berdetak hebat. Dia yakin itulah kasihnya. Itulah cintanya. Biar ibu membenci, biar satu dunia melawan, cintanya buat Zalia tidak akan pernah berganjak.

“Tengku buat saya tak tahu nak buat apa.” – Zalia

“Awak boleh buat satu perkara. Marry me, Zalia!” – Tengku Zarif

Seperti pasangan yang lain, mereka melalui bahtera perkahwinan yang indah. Cinta memekar wangi. Anak pengikat kasih. Bagi Zalia, itulah syurganya. Cukup sempurna.

Namun, mereka terlupa. Seorang Tengku Zaharah tidak akan berhenti selagi tidak mendapat apa yang diingini. Pernikahan mereka perlu dihancurkan! Itu sumpah Tengku Zaharah. Dia sanggup berbuat apa sahaja. Walaupun mengorbankan nyawa.

“Aku tak nak dia ada dalam keluarga aku. Aku kena buat sesuatu.” – Tengku Zaharah

Kemunculan semula Fariena, membuatkan syurga mereka semakin goyah. Zalia cuba bertahan. Tetapi sekuat mana pun dia, apabila terlampau digasak, akhirnya tersungkur jua. Tanpa rela, dia mengambil keputusan yang menghancurkan jiwa.

“Saya nak awak bernikah dengan Fariena.” – Zalia

Friday 10 February 2017

Till Jannah ~ Theya Nur

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Perkahwinannya di luar negara dirahsiakan daripada pengetahuan keluarganya. Atas sebab tertentu, Tengku Ashraf Furqan terpaksa kembali ke Malaysia selepas bertahun menyepi bersama anaknya, Farisya. Namun, kepulangannya bersama Farisya mengundang kemarahan seluruh kerabat Tengku Ali Saifuddin.

Demi memulihkan nama keluarga di mata masyarakat, Ashraf diberi kata dua, kahwin atau Farisya akan dihantar ke rumah kebajikan. Kerana tidak mahu kehilangan Farisya, Ashraf memilih untuk berkahwin. Takdir telah mempertemukan Ashraf dengan Quraisya tepat pada waktunya. Dan takdir juga menjodohkan mereka menjadi suami isteri apabila Farisya memilih Quraisya sebagai mama barunya.

“Now I know kenapa Risya betul-betul suka you. She can see your heart, Quraisya. I harap, you boleh sayang dia macam anak you sendiri.” – Tengku Ashraf Furqan

“You’re an amazing man. Sanggup berkorban demi anak. 7 tahun awak besarkan Risya seorang diri. Saya tahu tak mudah. Walaupun saya tak pasti hubungan sebenar awak dengan Risya, tapi saya pasti Risya bukan seperti yang disangka.” – Quraisya

Selepas dibuang keluarga, rumahtangga mereka baik-baik sahaja. Namun, segalanya berubah apabila Quraisya cuba menjalin kembali hubungan kekeluargaan yang telah terputus. Kehadiran Tengku Adrian menagih kemaafan dan kemunculan Ustaz Safwan menagih cinta yang tidak kesampaian memburukkan keadaan. Terbongkar pula kisah silam Quraisya menggoyahkan kekuatan mahligai cinta mereka.

Berikan Aku Peluang Mencintaimu ~ Shima Rostam

(SEM & S/S) RM23.00 > RM20.20

Mizz-Lady: Sepanjang kita kenal, I tak pernah minta apa-apa. Tak pernah mendesak. Tapi masa takkan tunggu sepertimana I tunggu you. Dalam hati memang tersemat rasa ingin berjumpa dan bercinta macam pasangan lain. Tapi bila you berikan alasan, I terima seadanya. I fokus pada kerja. Tapi nampaknya esok atau lusa, I tak tahu adakah I mampu menunggu dan terus menunggu lagi.

Saat dia sudah bersedia memperkenalkan dirinya, Riya terlebih dahulu menerima pinangan Zamri, teman sekampusnya dahulu. Terkedu dengan kenyataan yang sangat memilukan itu, Noble-Man akur dengan takdirNYA.
Bermula saat itu, ternoktahlah satu hubungan yang dicipta di alam maya. Antara Mizz-Lady dan Noble-Man hanya tinggal kenangan. Itu cinta pertama mereka.

Riya Adriana. Itulah nama “facebook” Riya. Kepada Murni, adik iparnya disampaikan pesan untuk menjadi mata mengikuti perkembangan gadis yang dicintai.

“Nanti abang akan bagi nama dia dalam Facebook. Murni request jadi kawannya. Jadi mata abang. Jika dia bahagia, jangan beritahu abang. Tapi if something happen dalam hidupnya, inform abang terus. Boleh?” – Noble-Man

“Tapi kenapa” – Murni

Bila Cinta Milik Dia ~ Sharina Elisa

(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Gadis genius secantik Rania tidak mengimpikan jejaka macho sebagai pelengkap hidup. Demi mencari cinta yang suci, dia menukar identiti menjadi gadis montel 130kg. Raqib, jejaka yang diminati Rania dalam diam bertindak mengherdik dan mencaci saban hari kerana bimbang gadis itu menyimpan rasa di hati.
Adel Hauzan, doktor kosmetik muncul menawarkan peluang kepada Rania supaya mampu menjadi kurus dan jelita. Lima tahun Rania bersabar dengan kata-kata makian, dia jadi lelah dan mula membuat keputusan untuk menerima tawaran Adel Hauzan.

Meski Raqib membenci, Rania tetap menjadi yang teristimewa di hati lima jejaka bersaudara. Kasih yang tulus itu meletakkan Rania sebagai yang teratas dalam carta hidup mereka. Sesiapa yang berani menyentuh si adik maka, buruk padahnya! Sehingga Adel bimbang hendak mendekat. Awal-awal sudah diberi peringatan.
Maliqi yang yatim piatu dibesarkan bersama Rania sejak kecil menaruh rasa. Demi cinta yang tersimpul rapi, dia izinkan Rania mencari kebahagiaan selagi gadis itu tidak terluka.
Pernah beberapa kali Rania muncul mempamerkan wajahnya yang sebenar. Kononnya, dia adalah Raudhah dan merupakan teman serumah Rania. Raqib yang tidak mengenali, mula jatuh hati. Mulalah dia hendak merisik perihal Raudhah daripada Rania tanpa mengesyaki kedua-dua pemilik nama itu adalah orang yang sama.

VAPE: Sedut Sampai Kering ~ Zaifulzaman Ahmad, Helmi Effendy, S. Kausari, Syasya Bellyna

(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Definisi
Rokok elektronik atau vape terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan penyedut serta e-liquid. Kemunculan semula vape menimbulkan satu fenomena baru dalam industri rokok. Wujud tanda tanya dalam kalangan masyarakat akan keselamatan, kesihatan seterusnya menyebabkan gejala sosial berleluasa tanpa sekatan. Namun begitu, kesahihan mengenai kesan vape ini masih lagi menjadi persoalan sehingga wujud pelbagai spekulasi di dunia vape itu sendiri.

1 ) Nyamuk
Seekor nyamuk ingin melawan seekor naga? Mampukah? Kata-kata itu terus berlegar dalam kotak fikirannya. Wirna menarik nafas panjang. Ya... tak mungkin seekor nyamuk mampu melawan seekor naga.- Zaifuzaman Ahmad


2) Pendekar
“Jadi, kau ialah pendekar yang cuba berlagak hero tu ya? Budak mentah yang fikir dengan kuasa dia seorang, boleh mengubah Rajawali jadi tempat yang dia impikan ya?” Lelaki yang berkot labuh dan bercerut itu melangkah sambil diapit dua orang lelaki bersenjata yang kelihatan seperti pegawal peribadinya.- Helmi Effendy

Jeritan Puaka ~ Ninie Othman

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

“Apabila dua dunia menjadi satu”

Sikap teruja mahu melihat sendiri dunia syaitan yang penuh kejahatan akhirnya membawa malapetaka kepada diri mereka. Di saat hijab mata terkunci kemas, mereka menempah musibah dengan membiarkannya terbuka luas sehingga akhirnya memakan diri mereka sendiri. Tatkala kaki melangkah masuk ke dunia itu, mereka tahu mereka telah membuat keputusan yang salah tetapi semuanya sudah terlambat. Apakah pengakhiran hidup mereka? Dapatkah mereka berpatah balik atau terus terkubur di alam sana?

“Abang harap tak ada di antara kita yang lemah semangat. Kalau ternampak, terdengar atau tercium apa-apa, jangan sesekali tegur.” – Abang Kipli

“Sal nampak perempuan mata putih masa abang Iman dibawa naik tadi,” – Salmi

“Memang sebiji suara kau. Lepas tu pintu terbuka. Mati-mati kita orang ingat kau yang buka pintu,” – Azrul

Wednesday 8 February 2017

Ini Pun Allah Suka ~ Muhammad Luqman Makhtar

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Karya berkonsep tarbiah santai ini dapat memberi kesedaran dan pengetahuan mengenai amalan-amalan serta tatacara yang baik dan betul dalam menjalani kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana boleh jadi ada antara amalan kita yang disukai Allah dan ada yang tidak disukai-Nya. Boleh jadi kita sendiri pun tidak menyedarinya. Justeru, buku ini mengajak pembaca memikat Allah dengan melakukan perkara-perkara yang disukai-Nya.

Celik Fiqah 24/7 ~ Ahmad Fauwaz Fadzil

(SEM & S/S) RM14.00 > RM12.30

Buku Celik Fiqah 24/7 ini merupakan sebuah buku yang menghimpunkan koleksi soal jawab pelbagai aspek kehidupan sama ada dalam ibadat, muamalat, munakahat, adab bermasyarakat dan sebagainya.

Warna-Warni Kehidupan ~ Mohammad Yusri Yubhi Md Yusoff

(SEM & S/S) RM19.00 > RM16.70

Buku Warna-Warni Kehidupan karangan al-Fadhil Ustaz Mohammad Yusri Yubhi ialah salah satu karya beliau yang pasti memberikan input positif untuk mereka yang bakal atau sedang membina keluarga bahagia dengan izin Allah. Diolah dalam bahasa yang santai, ringkas dan mudah namun padat dengan wahyu Ilahi serta hadis nabawi. 

Coretan pengalaman dan nasihat beliau selaku bekas kadi yang menyelesaikan isu-isu rumah tangga memberikannya nilai tambah untuk dimiliki. Tidak hanya secara teori, praktikalnya turut diajarkan.

Friday 3 February 2017

Wizra: Kronika Nashan ~ Ahmad Patria

(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40
Nashan.

Sebuah negara kota jauh ke utara Aurora, yang diperintah oleh Melyn ien Sarraiea Nashrain, puteri kesuma dan Aristokra. Dan kini menjadi pertaruhan, dalam pertempuran seru antara tentera Nashan pimpinan Mori, kesatria utusan Artakus, Lodra.
Perang Aurora, menentang gerombolan reneger Sursis, panglima adi dan pahlawan yang tidak terkalahkan dari Gunung Utara.

Kebijaksanaan Melyn dan firasat Merkia, magia adi yang menguasai Jalan Telus, menyaksikan kemunculan Spiara Bulwar, senjata legenda yang menakluki naga dan monstra. Demi menumbangkan Sursis, yang tidak mempunyai tandingan di medan perang.

Namun segala-galanya bermula sebelum itu, pada zaman yang sudah berlalu, sewaktu Imru memerintah Aurora dari Toar Tirana dan Orde Karmawizra masih gemilang di Toar Nebula. Dengan seorang perantis bernama Nazril, yang satu hari nanti bakal memegang sutaf Helang Siluman, menjadi wizra gelanggang angin dan bayang. Perjuangannya bakal menggegar Takhta Bayang di Toar Magzul, mencabar penguasaan para morduwizra dan empayar Morrok, sehingga detik kemunculan
Artakus.

Dan dia paling terkenal, dengan hanya satu gelaran. Wizra.

Fist Things First (Edisi Bahasa Melayu) ~ A. Roger Merrill, Rebecca R. Merrill

(SEM & S/S) RM29.00 > RM25.50

Adakah jiwa dan pemikiran kita sering mengeluh dek kerana merasakan diri kita belum benar-benar bagus dalam apa juga perkara yang dilakukan? Persoalan ini bakal terjawab menerusi empat bahagian dalam buku First Things First ini:

1) Jam dan Kompas
2) Perkara Paling Utama adalah Memastikan Perkara Paling Utama adalah Perkara Paling Utama
3) Sinergi Saling Bergantung
4) Kuasa dan Ketenangan Hidup Berprinsip

Menerusi buku ini, kita tidak akan dibekalkan dengan jam, tetapi kompas. Ini kerana hala tuju kita jauh lebih penting daripada berapa laju perjalanan kita.

Kisah 25 Filsuf Barat ~ Matluthfi

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00
Filsuf bukan nabi. Mereka tidak menerima wahyu mahupun terpelihara daripada dosa dan salah silap. Kaedah dan sumber ilmu mereka sering dikritik kerana selalunya dihadkan kepada hanya akal fikiran, pancaindera, dan kombinasi antara kedua-duanya.

Pun begitu idea-idea masih relevan setelah ratusan dan ribuan tahun hingga ke hari ini bersebabkan satu hal- bahawa mereka telah cuba menjawab persoalan yang sama yang manusia sekarang masih fikirkan semasa mandi, dalam kenderaan, atau pada tengah malam semasa menangisi imsomnia dan kesepian hidup.

Buku ini memuatkan kisah 25 filsuf Barat beserta idea-idea utama merekayang diolah secara riang dan ringkas. Bukan semua cerita mereka serius. Filsuf juga manusia, mereka punya zaman kanak-kanak, pernah melaukan perkara bodoh, ditinggalkan kekasih, dan bangun tidur pukul 11 pagi.

Buku ini jangan diberi baca dan jangan dibacakan kepada kanak-kanak kerana ditakuti nanti terangkat hijab kewujudan pada usia yang terlalu awal. Eloklah ia diperhati oleh orang-orang yang sedang meningkat dewasa yang fikiran mereka sudah cukup bersedia untuk mengintai celahan tembok kefanaan dan dinding ilusi kehidupan.

The Real Abang Long Fadhil ~ A.Long Fadhil

(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20
Mengisahkan hidup penuh ranjau anak muda yang dikenali dengan nama Abang Long Fadhil. Beliau yang dahulunya melalui sisi-sisi gelap dalam kehidupannya, kini berubah menjadi pendakwah. Pengalaman silam beliau boleh menjadi inspirasi untuk kita semua supaya lebih berhati-hati dalam kehidupan terutamanya apabila memilih kawan untuk dijadikan tauladan.

PHD Mama ~ Dr. Nik Salida, Bahruddin Bekri

(SEM & S/S) RM16.00 > RM14.00

MAMA adalah pendidik terbaik,
Pendidik yang penyayang tetapi tegas,
Setinggi mana pelajaran MAMA,
Sesibuk mana kerjaya MAMA,
MAMA tetap sentiasa ada.

Perkongsian rutin seorang ibu, isteri, dan pelajar yang menyambung phD di UK selama tiga tahun setengah. Pelbagai info menarik negara UK yang dikongsi bersama termasuk pengalaman pahit manis bagi mendapatkan phD bersama keluarga tercinta yang sentiasa di sisi.

Ibnu Battuta ~ Al Ghazali

(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Dalam masa 30 tahun mengembara, Ibnu Battuta melengkapkan kembaranya ke Afrika Utara, Afrika Barat, Timur Tengah, Asia Selatan, Asia Tengah, Asia Tenggara (termasuk Melaka) dan juga China.

Kembaranya bermula ketika Ibnu Battuta berusia 21 tahun semasa dia menunaikan haji ke Mekah. Selepas dari hari itu, dia langsung tidak pulang ke Morocco selama 24 tahun yang berikutnya.

Inilah novel yang menceritakan dengan ringkas bagaimana kembara Ibnu Battuta akhirnya melahirkan 'Rihla' yang menjadi kajian di seluruh dunia.⁠⁠⁠⁠