Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday 29 January 2018

Hati Yang Kau Sakiti ~ Shima Rostam

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Kerana kecewa, Ami mengikut kata hati. Hanya sekali. Dan kerana sekali itu mengubah hidupnya.

“Buat apa kat sini? Ini bukan tempat awak boleh suka-suka datang.“ –Amru
“Saya suka datang. Kenapa? Tak boleh?”-Ami

Ami dalam diam diperhatikan. Bagaikan ada magnet yang menarik mata Amru terus memandangnya. Kesimpulannya, Ami tak sesuai berada di dalam kelab malam ini. Tapi kenapa dia di sini? Kerana kecewa sepertinya juga ke?

Tanpa disedari rupanya mereka juga diperhati. Senyuman penuh makna Aali menggentarkan hati Kirana. Ada misi untuk Amru dan Ami.

“She’s a virgin…” – Amru
“I know… Memang dia gadis baik,” – Aali.

Dikhianati oleh sahabat baiknya sendiri, Ami tekad untuk menempuhinya sendiri. Benci mula mencengkam hati.

Perangkap ~ Khairul Zaman Khobin

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Lokman dan Raiyan, mereka cuba membongkar misteri kampung Inukaki di Jepun dengan pergi melihatnya sendiri. Apa yang mereka temui di sebalik kampung misteri yang ditinggalkan itu membawa kepada sebuah permainan hidup dan mati. Najib, Detektif Maria, Detektif Halim, Salina dan Taiko adalah mangsa permainan tersebut. Sebuah permainan antara hidup dan mati, yang dahsyat juga meloyakan. Permainan gila yang ditonton seluruh dunia bakal terdedah! Anda sudah bersedia?

Penanggal ~ Eqbal Mohaydeen

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Tahun 1920 menjadi detik segalanya bermula. Satu jiwa mengabdikan diri kepada seekor makhluk kufur sehingga segala-galanya bertukar petaka. Kampung Chahaya yang aman damai menjadi huru hara. Satu persatu wanita hamil di kampung itu mati dalam keadaan mengerikan. Malam menjadi satu ancaman dan igauan maut. Syaitan berkeliaran mencari mangsa dalam kalangan wanita hamil!

Tahun 2017, keluarga Ilyas dihambat kejadian demi kejadian menakutkan lagi menggerunkan sehingga hampir-hampir meragut nyawa. Dalam masa yang sama, negara digemparkan dengan kematian demi kematian wanita hamil. Setiap mangsa ditemui dengan darah disedut sehingga kering dan uri dimakan. Inspektor Shahid yang mengetuai siasatan menemui jalan buntu dalam menyelesaikan kes. Elemen paranormal dan misteri melatari setiap kes yang berlaku. Setiap mangsa dikatakan dibunuh oleh penanggal!

Tanpa sedar, kejadian yang menggemparkan negara itu berkaitan dengan gangguan yang menimpa keluarga Ilyas. Pertemuan Inspektor Shahid dengan Ilyas perlahan-lahan membuka satu persatu rahsia dan misteri yang mengejutkan sehingga pada akhirnya mereka terikat dalam satu perkaitan yang mengelirukan. Kegerunan semakin menyelubungi. Jumlah kematian semakin bertambah. Siapa dalang yang sebenar?

Mukjizat Al-Quran: Himpunan Fadhilat & Khasiat Al-Quran ~ Miftahul Asror Malik

(SEM & SS) RM35.00 > RM30.80
Mukjizat bererti sesuatu yang di luar kebiasaan dan kemampuan mana-mana manusia untuk melakukannya.

Kemukjizatan al-Quran bukan hanya pada kehebatan bahasanya yang tidak mampu ditandingi, bahkan meliputi segenap aspek ilmu. Kemukjizatan al-Quran juga tidak hanya terhad pada tempoh tertentu, malahan ia kekal sehingga kiamat.

Ayat-ayat al-Quran bukan semata dibaca, bahkan ia boleh diamalkan sebagai doa penyembuh, pelindung, penyelamat, penjaga, penguat dan sebagainya.

Buku ini membawakan beberapa fadhilat dan khasiat kesemua 114 surah dalam al-Quran, antaranya:
  • Doa keselamatan daripada gangguan binatang, jin jahat dan manusia 
  • Doa terhindar daripada penyakit dalaman 
  • Doa untuk melawan orang yang melakukan kezaliman 
  • Doa menghilangkan rasa penat.

101 Soal Jawab Cinta ~ Farid Rashidi

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60
Tak salah seseorang menyukai seseorang, kerana itu adalah fitrah manusia yang dibekalkan naluri untuk kasih mengasihi sesama manusia. Cumanya, jika belum bersedia, usah diluahkan pada empunya diri, bimbang ia akan menyusahkan kita kelak. Berdoalah pada Allah SWT, mohon petunjuk daripada-Nya. Perbanyakkan istikharah agar dipermudahkan urusan memilih calon terbaik. Jika hati rasa tenang kepadanya, maka usahakan untuk memiliki secara halal. Kalau sudah jodoh, segalanya terasa mudah biarpun jaraknya beribu-ribu batu sekalipun.

Buku ini pada asalnya adalah hasil penulisan status penulis di laman sosial namun ia mempunyai huraian berbanding status asal di laman sosial yang agak terhad. Bahkan penulis juga menyelitkan beberapa karikatur yang dilukis sebagai tambah nilai, serta lebih santai dan tidak terlalu berat untuk dihadam.

Amalan Seumur Hidup: Zikir & DIa Harian ~ Dr. Udah Mohsin

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60
Buku ini menghimpunkan doa dan zikir-zikir yang boleh dibaca pada setiap masa dan ketika, dari terbit matahari hingga terbenam matahari. Setiap doa dan zikir yang dibawakan dikuatkan dengan ayat al-Quran dan hadis yang menganjurkannya serta kelebihan mengamalkannya. Antara doa dan zikir yang dimuatkan dalam buku ini:
- Doa untuk melindungi kanak-kanak
- Bacaan ketika hendak bersalin
- Etika mendapat berita gembira
- Berzikir dalam perjalanan
- Zikir menghilangkan kemarahan dan lain-lain lagi.

Friday 26 January 2018

Kalau Bukan Kerana Cinta ~ Daisy Zahra

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Faris, seorang jutawan kosmetik dan pemilik Ratu Citra Beauty. Sudah mempunyai kekasih, Raisya, yang merupakan seorang model dan pelakon. Oh! Juga mempunyai seorang PA, bernama Irdina, yang sudah mempunyai tunang iaitu Shafik dan sedang menghitung hari untuk melangsungkan perkahwinan dengan lelaki itu.

Namun, kerana satu kejadian Irdina bertindak untuk memutuskan pertunangan, sekali gus membatalkan perkahwinan mereka. Adanya bos yang sudi mengganti tempat pengantin lelakinya, tetapi… wajah Faris tidak seperti dahulu.

“Kalau you sudi, I nak naikkan pangkat you jadi isteri I”

Irdina serba salah. Sungguh, dia tidak menilai kerana paras rupa, tapi kerana cinta dan sayangnya yang masih bersisa untuk Shafik, dirasakan tidak adil pula untuk encik bos. Tapi, kalau dah jodoh tak ke mana. Mereka bersatu sebagai suami isteri.

Calon Suami Bukan Pilihan ~ Reeani Annur

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Gara-gara syarat Mak Bie yang menetapkan adik tak boleh langkah bendul kakak, Nadira hadapi satu masalah besar. Kena cari calon suami dan kahwin cepat-cepat supaya Usop boleh kahwin cepat-cepat juga. Usop cadangkan Nadira kahwin dengan Azeem, lelaki yang dah lama ada hati kepada Nadira. Tapi, Nadira tak nak.

Menjadi calon suami bukan pilihan Nadira memang tak pernah mudah bagi Azeem. Sebab sebelum mereka dapat jadi suami isteri, dia dah kena reject dengan Nadira sebanyak 20 kali. Lepas dah kahwin pun Nadira tetap juga susah nak terimanya. Tapi, dia tak risau. Sebab ada macam-macam pelan memikat yang dia dah rangka. Tunggu nak jalan saja.

Memang tak seronok hidup bersama lelaki yang dia tak cinta. Nak mesra-mesra rasa segan habis. Tapi, Azeem rasa hidupnya begitu bermakna dapat jadikan Nadira sebagai isteri. Paling seronok dapat usik-usik dan nakal-nakal dengan Nadira.

“Lebih baik kau berjaga-jaga, Nad.”
“Berjaga-jaga apa?”
“Sebab tak lama lagi kau akan jadi gila bayang dekat aku sampai tahap kau tak boleh hidup tanpa aku

Dia Pengantinku ~ Nurfaza Alisya

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Aimi Najwa seorang gadis cantik keturunan Belanda, namun amat payah untuk mencari jodoh. Baginya, kerjayanya lebih penting daripada memikir soal jodoh. Apatah lagi dia bukannya gadis yang pandai memasak.

“Awak ni buta ke?! Tak nampak ke saya tengah jalan ni?”

Jiwa Aimi Najwa bergolak tidak tentu arah. Mengapa lelaki yang pernah menjadi mangsa tengkingnnya adalah anak majikannya sendiri? Dan dia juga lelaki yang menyambutnya ketika mahu jatuh pada karnival pengantin, yang dimarahinya kerana melanggarnya ketika keluar dari lif. Entah di mana harus disorok wajahnya.

Namun, Aimi Najwa harus bersabar menghadapinya. Yang penting rahsianya tidak diketahui teman sepejabatnya. Namun telinga berdesing sebaik mendengar suara gemersik Syed Ashraf memanggilnya, “Cik Pengantin.” Gelaran yang paling benci didengarnya.

Rombongan merisik akan datang! Penolakan Aimi Najwa dikenakan syarat oleh abah dan uminya untuk mengenali semula lelaki yang pernah menjadi teman zaman kanak-kanaknya. Cinta monyet pernah terjadi antara mereka dahulu. Siapa lagi kalau bukan si chubby Bobo atau namanya penuhnya Shahabudin.

Cerita Gagal: Penamat atau Pemula? ~ Faizah Hamid, Fatin Syamimy

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Jika kita takutkan kegagalan, bagaimana kita boleh belajar daripadanya?

Setiap episod kegagalan ialah persimpangan yang membentuk diri kita.

Buku ini merupakan kompilasi kisah-kisah kegagalan daripada 19 penulis. Ada yang gagal sambung belajar, gagal lesen memandu, gagal tiga kali peperiksaan untuk subjek yang sama, gagal meneruskan impian, gagal dapatkan anak, dan macam-macam jenis kegagalan lagi, sehingga ada yang ingin putus asa, ada yang mengalami depresi, ada yang ingin mencederakan diri sendiri. Ada yang kelakar, ada yang sayu.

Tapi satu benda yang mengagumkan, iaitu mereka semua ini tetap bangkit dari kegagalan dan tetap positif.

Gagal itu boleh jadi satu persimpangan, boleh jadi membuka satu jalan yang baru. Parut gagal itu boleh jadi satu trofi, kerana dengan melalui trek gagal itu yang kita jadi seperti apa adanya kita hari ini.

Gagal setelah mencuba, atau gagal mencuba?
Moga tidak gagal membaca buku ini.

Hiatus ~ Budak Tomato

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60
Hidup ini perjalanan yang akhirnya bukan pada mati.

Buku ini baris-baris tulisan pada kamu, Tapi setiap baris-baris ini ibarat garis-garis luka torehan pada lengan dan peha aku.

Buku ini sekadar buku pada kamu. Tapi buku ini dipenuhi rahsia aku. Buku ini mungkin sekadar cerita menagih simpati pada hematmu. Tapi buku ini luahan jiwa gersang yang memerlukan cinta, pada aku.

Yang kamu pegang ini lebih daripada sebuah buku. Ini sebahagian daripada jiwa aku. Ini luka aku. Ini kecewa aku. Ini ubat penenang aku. Ini cinta aku. Ini air mata aku. Dan ini, realiti aku.

Ini mungkin, fiksyen kamu. Tapi bukan, pada aku.

WOR[L]D ~ Budak Tomato

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

“Jika Tuhan berbicara denganmu melalui ujian, maka penulis berbicara denganmu melalui tulisan. Dan aku, disini berbicara denganmu sepenuh ketulusan.”

Cakar Ayam Seorang Doktor 2.0 ~ Fahmi Hassan, Jazlina Syahrul, Kamarul Ariffin, Onn Azli, Fahd Razy, Sharif Ahmad, Ahm Ahmad

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60
Anda selalu resah-gelisah seperti ada kabut dalam kepala?
Atau dada sentiasa berdebar menahan rindu-dendam? Rasa tak keruan. Bosan.
Ah. Jangan risau. Kami ada penyelesaiannya!

DIAGNOSIS: Sakit Hati

RAWATAN:
1) Tablet Senyuman Glucose (500mg) 1 biji sebelum makan 3 kali sehari untuk sebulan.
2) Krim Usapan Manja disapu nipis 2 kali sehari pada perut dan dahi untuk sebulan.
3) Ubat kumur Ketawa Gargle 2 kali sehari (bangun pagi dan sebelum tidur) untuk sebulan.
Dan paling penting…

4) Senaskhah CAKAR AYAM SEORANG DOKTOR 2.0 dibaca tiga kali sehari selama sebulan.
Mudah-mudahan hati anda terubat!

Cakar Ayam Doktor ~ Dr. Fahd Razy, Dr. Sharif Ahmad, Dr. Kamarul Ariffin, Jazlina Syahrul, Dr. Onn Azli

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80
"Membaca buku ini anda dapat dos lengkap segala ubat yang anda perlukan (bukan semua ubat dalam bentuk pil!).

Sedikit senyum dan tawa. Teladan dan iktibar. Hati yang tersentuh. Semangat dan inspirasi. Cubit-cubit sikit.

Oh ya, juga tips-tips kesihatan yang mahal!

Ini buku dari manusia untuk manusia.
Di sebalik kot putih itu, mereka juga hidup sebagai manusia yang penuh warna-warni. Para doktor dengan hidup cacamarba dan aneka ragam.

Selamat datang ke dunia 'doktor-doktor' yang tak semestinya putih.
('Kot putih' mereka pun biasanya kelabu juga)

Kerana Janji ~ Jasmin Syakura

(SEM & SS) RM28.90 > RM25.40

Kehidupan Irfan Anwari kucar-kacir akibat onar daripada Zaki. Tunangnya Damia dibawa lari, harta bendanya dicuri dan paling memeritkan hutang berjumlah ratusan ribu yang ditinggalkan oleh Zaki untuknya. Lamaran dari Ayra Kamilia datang tanpa diundang namun membawa penyelesaian kemelut dirinya.

“Kahwin dengan saya dan saya akan settlekan semua masalah awak. Encik kena ingat, hutang-piutang encik ini akan menyebabkan encik menderita bertahun-tahun tetapi sekiranya encik setuju kahwin dengan saya, setahun je deritanya,” kata Ayra Kamilia.

“Awak tak takut ke? Yalah, awak bukan kenal saya pun. Mana tahu saya ni serial killer, rapist atau ahli kongsi gelap?” soal Irfan Anwari.

Kerana nyawa ibunya, Irfan terpaksa menerima lamaran gadis itu walaupun banyak persoalan yang tiada jawapan.

“Tetapi kenapa saya? Kenapa Cik Ayra pilih saya? Ramai lagi lelaki lain di luar sana yang saya pasti ingin berkahwin dengan Cik Ayra,” tanya Irfan pelik.

“Saya ada sebab saya tersendiri, insya-Allah satu hari nanti saya akan jelaskan,” balas Ayra.

Thursday 25 January 2018

Nota Daripada Tuhan ~ Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80
Merupakan himpunan koleksi nota atau catatan tafsir penulis buat masyarakat, khasnya golongan moden pada hari ini yang sentiasa sibuk dan terdedah dengan cabaran dan godaan akhir zaman. Berdasarkan kandungannya yang padat tetapi diringkaskan dengan bahasa yang mudah difahami diharap agar buku ini mampu menjadi peneman sehari-hari untuk santapan minda dan rohani para pembaca. Semoga ayat-ayat Allah ini dapat dijamah oleh minda orang yang sentiasa rindukan syurga-Nya.

Melakar Damai di Jiwa ~ Pahrol Mohd Juoi

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Melakar Damai Di Jiwa diharapkan dapat memberi kedamaiannya tersendiri di akhir setiap bab di dalam buku ini. Seterusnya,menjadi pencetus di dalam diri pembaca untuk ke arah yang lebih baik daripada sebelumnya. Terdapat empat bab yang dikongsikan oleh penulis yang insya-Allah, mampu menghadiahkan rasa damai kepada jiwa pembaca.

Bacalah dengan kehadiran hati yang paling lapang dengan niat untuk ke arah kebaikan. Bi iznillah, pembaca akan ketemu jawapan yang selama ini dicari oleh jiwa yang meronta dalam diam.

Belajar Bahasa Arab Untuk Ibadah ~ Prof Madya Dr. Hj. Mohammad Seman, Dr. Mohd Puzhi Usop

(SEM & SS) RM29.00 > RM25.50

Bahasa Arab dengan seni dan pecahan ilmunya merupakan kunci kepada kefahaman yang tepat dan jitu dalam mentafsirkan dalil syarak seperti ayat al-Quran dan hadis Nabi g serta ilmu yang lain. Kebanyakkan penyelewengan dalam agama anatarnya berpunca daripada kesalahan dalam memahami bahasa yang mulia ini.

Oleh itu, buku Belajar Bahasa arab untuk Ibadah ini disusun dengan tujuannya yang tersendiri, iaitu untuk membantu umat Islam memahami bahasa Arab khasnya dalam bacaan dan dalam ibadah seharian mereka seperti bacaan dalam ibadah solat, zikir, doa harian, ayat lazim dan lain-lain.

Inovasi Melalui Arduino ~ Prof. Madya Dr. Hafizah Husain, Ir. Dr. Nasahruddin Zainal, Ir. Dr. Rizauddin Ramli, Dr. Noorfazila Kamal, Dr. Iskandar Yahaya, Dr. Mohd Faisal Ibrahim

(SEM & SS) RM29.00 > RM25.50
Seiring dengan perkembangan ilmu sains dan teknologi pada era ini, pelbagai inovasi telah muncul bagi memudahkan kita menangani permasalahan di sekeliling. Namun begitu, pengetahuan tentang asas teknologi pintar perlu diketahui agar dapat dipratikkan dengan baik untuk kepentingan bersama. Oleh itu, hasil gabungan idea dan kesungguhan para penulis telah membawa para pembaca amnya dan para pelajar khususnya untuk lebih mengenali tentang pengaturcaraan Arduino IDE.

Friday 19 January 2018

Kerna Aku Perlu Kamu ~ Adry Tihani

(SEM &SS) RM22.00 > RM19.40

Hana Zahirah. Dilahirkan dalam keluarga yang cukup kaya membuatkan dia semakin terikat dengan undang-undang aneh keluarganya. Hatta mahu menyumbat makanan ke dalam mulut sendiri pun dia tiada pilihan. Semua keputusan di tangan mamanya, Puan Sri Zaharah. 

Dan… Semuanya atas alasan, untuk kebaikan dirinya. Terkongkong, itu yang Hana Zahirah rasakan namun dia seorang anak yang taat. Puan Sri Zaharah keutamaannya walau apa pun yang berlaku. Tapi, apabila soal jodoh mula diutarakan oleh mamanya itu, Hana Zahirah tersentak. Hana Zahirah dengan Arif Luqman? Lelaki yang tiada adab dan sangat kurang ajar dengan perempuan mahu dijodohkan dengannya hanya kerana harta? 

Sudahlah ada rekod buruk kerana pernah bergaduh di kelab malam. Jijiknya! Hati Hana Zahirah menangis, memberontak keras. Tiada siapa yang memahaminya. Dia hampir tewas dalam kesakitan emosi dan segala rasa hati diadukan kepada pengawal peribadinya, Khairil Zhafran. Ya, hanya Zhafran yang sudi mendengar masalahnya. Lelaki dingin yang menyakitkan hati tanpa pernah membantah apa-apa. Tapi, dalam tidak sedar kedinginan Zhafran kerana ingin melindungi. Dan dari rasa mahu melindungi mencambahkan satu rasa lain. 

Polaroid Cinta Zenia ~ Dila Dyna

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Kau yang aku panggil sahabat...

"Sorry la Zen, aku bukan sengaja tak nak ambil kau semalam. Tengah final MU kot semalam!" - FAHAD
"Alasan kau la kan, MU tu lagi penting dari keselamatan aku la? Dibuatnya aku kena culik ke...
Kena perkosa ke..."-ZENIA
"Aku rasa tak ada siapa kot nak perkosa kau," - FAHAD

Sentap. Tahu apa yang dimaksudkan lelaki itu. Yalah... Dia ni tomboi, tak ada siapa kot yang bernafsu tengoknya.

Dengan baju loose gedoboh, rambut pendek macam lelaki. Tengok sekali imbas memang orang ingat lelaki agaknya. Bercakaran memang kerja mereka. Tapi bila Fahad ada masalah, gadis tomboi itu juga yang dia cari. Tapi betul ke lelaki dan perempuan ini kalau berkawan rapat, mesti salah seorang akan terlebih kasih? Ya... Dan itulah Zenia. Cintanya pada Fahad hanya mampu tersimpan jauh di sudut hati paling dalam.

"Memang ini yang kau nak selama ni kan? Sebab kau memang dah lama cintakan aku. Kau memang tunggu masa aje untuk hapuskan Nadia dari hidup aku!" - FAHAD ISWAN

Monday 15 January 2018

Sweet Dreams ~ Acik Lana

(SEM & SS) RM32.00 > RM28.20

Putri – Gelaran seperti Ratu Kelam Kabut, Minah Clumsy sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil lagi. Habis semua tiang dan dinding dia langgar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang. Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tak balance?

Namun beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya. Tak sempat mencium tanah, tubuh dia sudah disambut. Tak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut. Pelik, lelaki itu mutant atau superhero? Datangnya sering tanpa isyarat.
“Just tell me, kenapa you selalu muncul bila I susah? Macam mana you tahu semua benda tu akan berlaku?” ~ Putri.
Qash Adam – Kesengsaraan hidup di zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. ‘Anugerah’ yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban. Dihina, difitnah, dicaci kerana punya ‘kuasa magis’ membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan? Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Datangnya dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.

Dia Dambaan Hati ~ Farah Darianna

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Pertemuan bercorak teka-teki dengan Adli Hadwan mencuri perhatian Nur Zahra. Setiap perhatian dan tingkah Adli membuncah ketenangan. Di luar sedar dia jatuh cinta. Tapi, bicara ibu buat Nur Zahra sedar siapa dia dan siapa Adli.

“Kau tak layak berkawan dengan orang macam Tauke Wan tu! Keturunan perampas!” – Ibu Khadijah

Sungguh Nur Zahra tidak mengerti kenapa kasih ibu berbeza antara dia dan kakak kembarnya, Nur Fatimah.

“Aku dah buat keputusan, kau akan kahwin dengan Juhari.” – Ibu Khadijah

Berkahwin dengan lelaki tua bukan pilihannya tetapi Nur Zahra akur andai kasih ibu jadi ganjaran. Demi perhatian yang didamba sejak kecil, Nur Zahra rela mengorbankan diri.

“Abang nak Nur jadi isteri abang.” – Adli

Thursday 11 January 2018

Bunga Hati Mr. Jung ~ Tini Hardanisyah

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

DARI kerana mata, Alisha dan Erwan terus terperangkap dalam perasaan yang sukar untuk ditafsirkan. Bukan dek kerana panahan cinta pandang pertama tapi kerana persoalan yang sudah lama tersimpan kemas dalam memori. Restoran makanan Korea, Han Valley menjadi titik permulaan bagi kisah baru mereka namun tak semudah itu mereka mengakui perasaan masing-masing.

“Muhammad Erwan Jung Bin Abdullah.” - Erwan-
“Nama asal awak? Maksud saya nama Korea.” -Alisha-
“Saya rasa awak tak perlu tahu nama Korea saya.” -Erwan-

Bila Erwan kata begitu, Alisha terus jadi berganda-ganda tidak sudi dengannya. Namun andai sudah namanya jodoh, sampai ke puncak Everest pun boleh bertemu. Hinggalah satu peristiwa berlaku dan persoalan yang tersimpul rapi itu mula terlerai sedikit. Maka bermulalah misi 11 persoalan Alisha ala-ala wartawan tak bergaji. Siapa sebenarnya jejaka Korea bermata redup ini?

“Ibu, kita sekarang zaman alaf baru. Janganlah bu. Please. Ini bukan macam novel kahwin paksa ibu. Tolonglah ibu.” -Alisha-
“Tapi, kalau adik berkenan dengan Aril tu ibu memang suka sangat. Anak saudara ibu sendiri lagi ibu percaya.” -Ibu-

Pateri ~ A'je Fazlina

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

PERKENALAN di antara Nur Layla dengan Rafael bukanlah bermula dalam keadaan yang baik. Masing-masing mempunyai tanggapan yang negatif antara satu sama lain.

“Aku tahulah kau dah terbiasa dalam rumah ni, tapi kalau dah tetamu tu buatlah cara tetamu. Masuk rumah orang dah macam pencuri pulak. Kau tak reti nak bagi salam ke? Tak ada adab?” ~ Rafael

“Rafael, otak awak letak dekat mana, hah? Kan saya dah cakap saya datang sini cari Rania. Jangan nak cakap sesedap rasa awak aje.” ~ Layla

Peristiwa dianiaya sahabat sendiri membuatkan Layla membawa diri jauh dari semua yang berkaitan dengan lelaki itu. Lalu dia lari membawa diri ke Sri Beringin. Namun sejauh mana pun kakinya melangkah, takdir tetap membawa dia kepada lelaki bermulut longkang, baran atau lebih dikenali sebagai Mat Preng kerana hobinya yang suka merempit. Siapa sangka pertemuan kali kedua itu membuatkan Rafael mula menyimpan perasaan pada Layla sedangkan itulah gadis yang amat dibencinya dahulu. Namun hati seorang Layla bukan mudah untuk dicairkan. Berlakulah persaingan sengit di antara Rafael dan Arman dalam mendapatkan perhatian si gadis.

The Speed Reading Book (Edisi Bahasa Melayu) ~ Tony Buzan

(SEM & SS) RM35.00 > RM30.80
Potensi kita untuk memperbaiki kadar kepantasan membaca kepada dua kali ganda lebih pantas berbanding sekarang, dan kemudian mencapai kadar 1000 perkataan seminit, sama sahaja dengan mereka yang berada pada tempat 10 teratas dunia. Setiap orang daripada mereka adalah pembaca, yang sama seperti pembaca dan saya, yang pada mulanya tidak berpuas hati dengan kadar kecepatan membaca biasa mereka dan membuat keputusan memperuntukkan masa dan usaha bagi membangunkan kemahiran manusia yang paling berkuasa ini.

Buku The Speed Reading Book memberi pembaca peluang baik untuk mengikuti jejak langkah mata mereka. Ia adalah hasil latihan dan kajian selama lebih 50 tahun dalam bidang ini.

Bahagian 1 - Meneroka dan Membangunkan Kemahiran Speed Reading
Bab 1 – Membaca: Sebuah Definisi Baru yang Revolusioner
Bab 2 - Mengawal Pergerakan Mata
Bab 3 – Suasana dan Keadaan yang Sesuai bagi Speed Reading
Bab 4 - Membimbing Mata
Bab 5 - Mengembangkan Kuasa Visual

Mind Mapping (Edisi Bahasa Melayu) ~ Tony Buzan

(SEM & SS) RM32.00 > RM28.20

Mind Map membolehkan kita merancang setiap aspek kehidupan dengan yakin. Ia adalah alat untuk komunikasi, menyelesaikan masalah, berangan-angan secara kreatif, mengajar, mengulang kaji, menguruskan masa, dan mengingati kembali satu-satu perkara. Mind Map juga mampu menjadi bahan artistik, dengan bentuknya yang tersendiri.

Istilah-Istilah yang digunakan
1 Apa itu Mind Map?
2 Minda Memang Penting
3 Radiant Thinking
4 Undang-Undang Mind Map
5 Mencipta Mind Map
6 Mind Map untuk Setiap Keadaan
7 Mind Map dalam Pendidikan
8 Mind Map dalam Hidup sebagai Profesional
9 Mind Map untuk Masa Depan

Tafsir Al-Azhar Juzuk 3 ~ HAMKA

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

1. Pengantar Juzuk 3
2. Surah Al-Baqarah
- Mengorbankan harta benda
- Ayat Kursi
- Tidak ada paksaan dalam agama
- Satu contoh dari thagut
- Mengorbankan harta
- Hikmah
- Riba (I)
- Riba (II)
- Surat-surat perjanjian
3. Pendahuluan
4. Surah Ali 'Imran
- Ayat muhkam dan mutasyabih
- Hakikat Islam
- Taqiyah
- Cintakan Allah
- Keturunan-keturunan mulia
- Permohonan Zakaria
- Maryam melahirkan Al-Masih
- Kaum Isa tidak mahu percaya
- Mubahalah
- Surat Rasulullah kepada Heracluis
- Harga janji dan sumpah
- Seorang Rasul tidaklah curang
- Ikrar Nabi-nabi

Istighfar: Taubat Sebelum Terlambat ~ Ustaz Hakim Hamidon, Ustazah Syifa Hana

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

“Sesungguhnya seorang mukmin melihat dosa-dosanya adalah seperti dia duduk di lereng sebuah gunung, dan dia sangat bimbang gunung itu akan jatuh menimpanya. Sedangkan seorang Fajir (orang yang selalu melakukan dosa), melihat dosa-dosanya seperti dia melihat seekor lalat yang hinggap di batang hidungnya, kemudian dia mengusirnya seperti ini, lalu (lalat itu) terbang.”
(Riwayat Al-Bukhari)

Istighfar adalah sumber kekuatan bagi umat Islam. Melalui Istighfar kekuatan iman seseorang mampu ditingkatkan seolah menolak tubuh badan kita untuk berusaha beribadah kerana Allah.

Antara topik menarik di dalam buku ini:
· Istighfar satu kurniaan
· Bersediakah kita menghadapi kematian?
· Adakah sedekah mampu memadamkan dosa?
· Kisah pembunuh seratus nyawa

Nota Hati Buat Pelajar ~ Razali Saaran

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Tidak dinafikan terdapat banyak buku yang hebat berkaitan dengan motivasi pelajar di luar sana yang mampu membantu dalam merealisasikan impian bergelar pelajar cemerlang. Namun harapan penulis, buku yang sederhana ini juga dapat membantu anda dalam menghayati cita-cita itu. Baca dan hayatilah serta ambil mana-mana yang difikirkan sesuai dan abaikan sekiranya tidak memenuhi cita rasa anda.

SIAPA YANG SEPATUTNYA MEMILIKI DAN MEMBACA BUKU INI?
  • Para pelajar yang ingin mencapai kecemerlangan dalam pelajarannya. 
  • Para pelajar yang tahap motivasi dirinya semakin menurun. 
  • Ibu bapa yang mengharapkan kejayaan dan perubahan dalam diri anak-anaknya. 
  • Para pelajar yang ingin menilai dan bermuhasabah diri. 
  • Para pelajar yang tercari-cari bagaimana cara belajar.

Istiqamah ~ Hafizzuddin Afif

(SEM & SS) RM21.00 > RM18.50
Setiap manusia pasti melalui fasa fitrah kembali kepada Tuhan. Menangis memohon taubat dan berjanji untuk taat kepada perintah-Nya.

Namun dalam proses penghijrahan, kita akan diuji dengan ujian sebagai tiket untuk meraih syurga. Hanya mereka yang istiqamah yang layak mendapatkannya, dan mereka yang cepat berputus asa akan jatuh kembali ke lembah dosa.

Bagaimana ingin istiqamah dalam perubahan?
Jawapannya ada pada buku ini.

Jangan takut untuk menyahut seruan 'fastaqim' (segera istiqamah) kerana janji Allah benar.

Tuesday 2 January 2018

Diskaun 15% Tahun Baru 2018


Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua ulatbuku.

Sempena menyambut Tahun Baru 2018, kami di Booksville Ent. ingin meraikan bersama-sama anda dengan menawarkan DISKAUN 15% untuk novel, buku & Al-quran terpilih & semua naskhah buku adalah BARU.

Promosi bermula 2 JANUARI HINGGA 16 JANUARI 2018.
Berminat, boleh Whatsapp atau emel kami seperti di atas.
FREE GIFT diberi untuk belian melebihi RM70.

Untuk belian naskhah buku lain, boleh ke Instagram & FB booksbelidiskaun.
DISKAUN 12% tetap diberikan kepada semua buku.




Terima kasih

Booksville Ent.
013-6786571