NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, 19 June 2017

Semusim Rindu ~ Aleya Aneesa

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Mengisahkan Hajar Adira yang kehilangan kedua ibu bapanya sejak berumur 5 tahun, sejak itu dia tinggal bersama ibu saudaranya, Nazimah. Hajar selalu didera oleh Nazimah. Tidak tahan dengan penderaan fizikal dan mental yang terpaksa dilalui selama 5 tahun, Hajar nekad melarikan diri ke Johor untuk bertemu dengan Mak Ngah Nasriah. Namun, setibanya di Johor Bahru Hajar hilang punca tanpa mengetahui arah untuk dituju. Pertemuannya dengan Firdaus yang sedang menunggu ketibaan isterinya, Fauziah telah membawa Hajar ke dalam kehidupan suami isteri itu yang masih belum dikurniakan zuriat.

Bagaimanapun, nasibnya bertambah malang apabila ibu angkatnya meninggal dunia, manakala bapanya pula lumpuh. Situasi itu secara tidak langsung membuatkan segala tanggungjawab terletak di bahunya untuk membesarkan adik-beradiknya yang lain.

Muncul pula Ikhman, lelaki yang suka sangat meyakitinya. Ikhman telah jatuh hati pada Hajar, namun keegoannya menjadi penghalang untuk berterus-terang. Pertemuaan mereka itu juga membuka jalan untuk Hajar bertemu dengan keluarga kandungnya. Kehadiran Pak Usu Halil selepas 15 tahun mencarinya masih sukar dimaafkan Hajar.

Novel ~ Ebriza Aminnudin

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Ia bukan novel biasa tetapi ia berpuaka. Apabila ia hadir, nyawa menjadi galang gantinya dan pembaca novel puaka akan menjadi sebahagian daripada kisah di dalam novel itu. Bukan semua yang bertuah dapat membaca si novel puaka. Ia akan hadir pada pembaca yang terpilih. Selagi watak-watak di dalamnya tidak lengkap, selagi itulah ia akan memburu sehingga ia menjadi sebuah naskah yang hidup. Bersediakah pembaca novel puaka ini menerima kehadirannya dan bakal menjadi sebahagian dari kisah di dalamnya?

“Aku harap agar novel puaka tu muncul. Aku dah tak sabar-sabar nak jadi sebahagian daripada kisah di dalamnya. Itu yang aku fikirkan sedari tadi. Aku tak tahu kenapa hati aku ni melonjak-lonjak untuk membaca novel puaka tu. Aku nak tahu bagaimana kisah aku akan diabadikan di dalam novel tu,” ~ Hadzir

“Syy... jangan cakap terlalu kuat. Dia dengar apa aje yang kita bualkan. Dia ada di mana-mana.” ~ Qasidi

"Kalau begitu, titiskan darah masing-masing ke dalam mangkuk bunga ini. Ia bertujuan untuk menjamin keberkesanannya.” ~ Sabrella

Mencintai Satu Nama ~ Rose Aleyna

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Tujuan Dahlia masuk ke syarikat milik keluarga Zafiy adalah untuk melunaskan dendam kepada seseorang yang telah menyebabkan kakaknya lumpuh.

Lain pula yang terjadi apabila Dahlia kerap kali bertemu muka dengan Najman. Mengenali lelaki itu membuatkan hati Dahlia terusik. Najman, di dalam marahnya, ada sayangnya. Dia bukanlah seorang yang mementingkan pangkat, kedudukan, ataupun harta. Dia sudi menerima Dahlia seadanya.

“Seumur hidup, saya cuma akan mencintai satu nama. Hanya Nur Dahlia.” ~ Najman

“Lupakan dendam yang pernah wujud dan maafkan segala kesilapan mereka. Itu saja cara untuk melepaskan perasaan sakit di dalam hati. Supaya suatu hari nanti tidak ada hati yang akan terluka lagi.” ~ Jasmin

Cinta Najman dan nasihat Kak Jasmin memadamkan api dendam Dahlia.

Namun, ketika dia mula meletakkan cinta Najman di dalam hatinya, keluarganya pula dihancurkan oleh orang yang menyebabkan Kak Jasmin lumpuh. Malah, Dahlia juga hampir-hampir dibunuh oleh tangan yang sama.

Projek Seram: Mitos ~ Akma Saidon, Eqbal Mohaydeen, Suzani Nadzir

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

EQBAL MOHAYDEN - MARIA LABO
Hafiz, seorang pembunuh upahan merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat dalam nahas letupan pesawat. Dia yang ditemui terdampar di pinggir sungai diselamatkan oleh sekumpulan penduduk kampung. Sepanjang berada di kampung itu, satu per satu keganjilan mula dirasainya. Struktur setiap rumah di kampung itu yang aneh. Penemuan mayat-mayat dengan tubuh terobek dan bercabik-cabik seperti dibaham binatang buas. Dan dia juga dilarang daripada berada di luar rumah tatkala malam menjelang. Semua itu menimbulkan persoalan kepada Hafiz. Seluruh penduduk di situ seolah-olah takutkan sesuatu. Tanpa diketahuinya, sesuatu bersifat kejam dan ganas turut menghuni kampung itu sejak tahun 1970-an!

AKMA SAIDON - MIYONGKKAE
Kedegilan Mirhana membawa padah apabila dia diganggu satu susuk seorang perempuan. Sejak melakukan mandian miyongkkae itu, hidupnya dirasakan menempah malapetaka. Kelibat seseorang dengan paras rupa yang menakutkan sentiasa mengekori ke mana sahaja dia pergi. Dan tiap kali datangnya jelmaan yang menyerupa seorang perempuan itu, pasti dengan sepotong ayat sumpahan.Mampukah dia lari daripada kesilapan yang dia sendiri lakukan? Mampukah lima yang lainnya membantu Mirhana keluar dari jerat yang sudah sedia membaham mangsanya?

Al-Farabi: Filsuf Ulung Islam ~ Dr. Adibah Abdul Rahim, Abdul Rauf Badaruddin

(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20

AL-FARABI (257H/870M – 339H/950M) boleh dianggap sebagai filsuf Islam pertama yang mengemukakan sistem falsafah tersendiri yang holistik. Beliau digelar sebagai al-Mu’allim al – Tsani, iaitu Guru Kedua dalam ilmu logik dan falsafah setelah Aristotle. Karya- karya beliau khususnya dalam bidang logik, klasifikasi ilmu dan politik masih dikaji di Timur dan Barat sehingga hari ini.

Selain biografi al-Farabi, buku ini turut memuatkan falsafah-falsafah beliau seperti falsafah ilmu, falsafah ketuhanan dan alam semesta, falsafah wahyu dan kenabian, falsafah kemanusiaan serta falsafah politik. Antara keistimewaan buku ini juga ialah pemaparan komentar kritis Imam al-Ghazali yang mewakili perspektif Ahli Sunnah Wal Jamaah terhadap pemikiran al-Farabi.

Lantera Ilahi ~ Datuk Dr. Hj. Zahazan Mohamed

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60
Lentera Ilahi merupakan tafsir al-Nur yang memuatkan Fiqh al-Quran, yang membawa para pembaca untuk lebih mudah memahami surah ini serta mampu mentadabbur dan beramal dengan isi kandungannya.

Perumpamaan cahaya dalam dalam surah ini amat signifikan dengan kandungannya. Surah ini mengetengahkan tiga dimensi penting yang menjadi panduan kepada individu dan masyarakat Muslim, iaitu hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam. Ketiga-tiga dimensi ini mampu untuk melahirkan individu dan masyarakat yang baik berlandaskan Lentera Ilahi.

Tuesday, 13 June 2017

Lelaki Kiriman Tuhan ~ Umie Nadzimah

(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Naira, si gadis garang dan selalu berwajah masam. Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Semua tak ikhlas dan suka ambil kesempatan. Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang keluarga. Nampak sangat tak bersungguh menyayangi dia, tak mahu susah bersama. 

Tiba-tiba muncul lelaki berperangai hantu ganggu hidup Naira. Iqbal Raid namanya. Raid seronok untuk tawan hati Naira yang muka macam jeruk, ego dan sombong itu. Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira. 

"Terima kasih sebab prihatin pada saya. Tapi lain kali jangan menyibuk la, hantu!" - Naira 
"Ops... Hati hantu ni degil. Nak juga kacau Cik Naira yang berwajah asam ni. Gelisah kalau tak tengok muka." - Raid 
"Sebab awak tu miring!" - Naira 

Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa saja, berkorban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain. Lama-lama Raid yang miring dan hantu itulah yang Naira rindu. Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira setuju kahwin segera walau dibantah oleh abang kandung sendiri, Mirza. Musim bulan madu berlalu dengan indah, baru terbongkar satu per satu rahsia Raid yang penuh misteri. Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? 
Apakah kesudahan rumahtangga mereka? Terus bahagia atau sebaliknya? Siapakah Iqbal Raid sebenarnya? Manusia biasa, hantu atau manusia sebaik malaikat? Temui jawapannya dalam LELAKI KIRIMAN TUHAN...

Antara Mawar dan Kaktus ~ Atie Atiya

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Pertemuan mereka tidak dijangka. Saat hiba menyelubungi hati Lisa, saat itulah berlakunya kekejaman terhadap Si Comel di hadapan matanya. Ia merobek hati Lisa yang sedang merintih. Tanpa berfikir panjang, satu tindakan yang kurang wajar telah dilakukan Lisa. Sekelumit dendam akhirnya perlahan-lahan hadir dalam hati Irfan. Namun, senyuman itu menghadirkan rasa tenang di hati dan memadamkan api dendam yang baru sahaja menyala. Lamaran dihantar Irfan membuatkan Lisa serba salah. Dia cintakan orang lain sebenarnya.

Namun, Lisa tidak pasti orang yang dicintainya itu sukakan dia ataupun tidak. Lalu, Antara ‘Mawar’ dan ‘Kaktus’, adalah penentu kepada pilihan Lisa. Ketika pilihan sudah dibuat dan persediaan perkahwinan sedang berlangsung, Lisa nekad membatalkan perkahwinan itu. Irfan pasrah dan berserah kepada takdir.

“Walaupun kaktus berduri,
Ia juga akan mengeluarkan bunga.
Walaupun kau sukar untuk kuhampiri,
tapi dalam hatiku, putik cinta mula berbunga.” – Irfan

“Kukirimkan pokok mawar ini sebagai lambang cintaku kepadamu. Jika ALLAH takdirkan pokok ini berbunga, maka dapatlah dikau membaca surat ini dan dapatlah jugak mengetahui niat dan hajatku.” - Dr. Haikal

Dimensi ~ Ida Anuar

(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Dia wanita yang udah terlajak usia meniti hari sepi tanpa cinta di hati. Cinta itu bukan keperluan, tanpa lelaki dia masih gah berdiri. Hidup walaupun hanya black and white, dia tetap gembira.

Benarkah ada dimensi lain di sudut dunia? Dia tak percaya tapi bila dia sendiri tercampak ke sana, dia mula sedar. Rupanya hidup ini beraneka coraknya dan dia terpaksa lalui sama ada dia suka ataupun tidak.

Di dunia berdimensi itu juga dia temui cinta sejati yang membuai jiwa. Maka jadilah dia puteri di dalam dongengan cinta seorang lelaki... I.K.

"Cinta kita bersatu di sini, di dunia sana mungkin engkaulah jodoh terakhirku."
Tetapi...
Benarkah cinta sejadi itu wujud?
Atau...
Sekadar mimpi yang hanya penyedap tidur?

Tuesday, 6 June 2017

Bahagia Yang Tertangguh ~ Rissa Ahdiya

(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Aku akan selalu menjadi bintangmu, pandanglah aku tika rindumu datang bertamu.

Ramai wanita yang selagi boleh, akan mengelak untuk bercinta atau terikat dengan lelaki yang tergolong dalam kategori ‘anak emak’. Tetapi kalau kategori ‘adik kakak’ bagaimana pula?

Selama lapan tahun, NURIN HANA menjeruk rasa. Begitu teruk dia dibuli ipar-duai malah tidak pernah sekali pun dia diberi peluang beraya di kampung sendiri.

“Kakak mesti tak percaya kan kalau saya beritahu yang Zakwan pernah minta saya bayar sewa rumah ni pada dia? Saya pun tak tahulah fahaman apa yang keluarga akak pegang.”

Semua itu tidak mematahkan cintanya terhadap si suami hinggalah pada suatu hari, nama Kak Tipah Kerani muncul pada skrin telefon bimbit suaminya. Terhiris hati Hana apabila mengetahui kebenarannya. Kak Tipah Kerani itu sebenarnya seorang janda jelita bernama Azrin Sofea!

“Curang tu hak saya. Awak tak berhak nak bertanya atau bersuara apa-apa. Dah kira beruntung saya tak tinggalkan awak ni tau. Bersyukurlah.”

“Kalau orang dah tak nak tu, ada eloknya kalau you faham-faham sendiri ya. Jangan memalukan diri you.” – Azrin Sofea

Oh! My Hubby... Mr. Dentist ~ Bunga Amani

(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Mawar mula merasai ada yang tidak kena dengan sikap kekasihnya Danial. Saban hari sikap Danial mulai dingin dan kerap melupakannya. Namun bukan mudah bagi Mawar untuk menyimpan syak terhadap lelaki itu kerana usia percintaan mereka yang sudah sekian lama. Segala kesetiaan dan kepercayaan tersemat kukuh dihati Mawar buat Danial. Hinggalah saat Mawar menemui sebiji kek indah tertulis 'Awin' di atasnya. 

Hati Mawar mula penasaran dan berkocak. Sah! Danial menipunya selama ini. Memang ada yang tidak kena! Awin kekasih Danial yang baru? Biar sukar hendak percaya tetapi itulah kenyataannya. Biar pedih dan rasa dikhianati,Mawar rela undur diri. Bukan prinsipnya untuk merebut seorang lelaki. Biarpun Danial sedaya upaya menidakkan kenyataan itu.Mawar sudah tawar hati .Dia tambah pula Awin sendiri datang memperkenalkan diri. Makin hancur lumat perasaan Mawar. 

Suatu hari,Mawar mendapat khabar bahawa dirinya sudah ditunangkan dengan seorang lelaki. Tidak marah dengan khabar itu, malah Mawar sendiri merasakan itulah khabar terbaik tika dia rimas dengan gangguan Danial. Megat Mizwar,doktor muda yang tenang dan pendiam. Tidak romantik tapi cemburunya dalam diam-diam. Dia menerima Mawar sebagai isterinya,sebagai bidadari siang dan malamnya. Dia tahu bila lafaz sakinah sudah disahkan, maka Mawar adalah tanggungjawabnya. Biarpun lambat namun dia akan berusaha mencintai Mawar. Cuma... Cuma....bukan mudah bagi Mawar dan Megat Mizwar hendak mengapai bahagia. 

Honey Bunny ~ Ammara Ayyash

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

BERKAWAN pun tak sudi apatah lagi bercinta. Namun, dia tekad aku harus jadi miliknya. Usikan dan gelaran Honey Bunny untukku pun tak pernah lekang dari bibirnya.

"Keluar dari rumah ini! Mulai saat dan detik ini, Ummu Hani bukan anak aku lagi."- Abah.

MERAUNGLAH sepuasnya, kasih sayang abah sudah terputus. Yang ada cuma bisikan seorang lelaki yang ingin meraih cintaku. Namun mengapa ungkapan itu tidak pernah keluar dari mulutnya?

“Dengan melihat mata kau, aku hanyut. Dengan mendengar suara kau, aku terbuai. Dengan sentuhan kau, aku lemas dan dengan ketulusan kasih kau, aku khayal. Hanya dengan kau, jantung aku berdegup kencang tak kira masa. Bersama dengan kau, aku lupa waktu sedang beredar. Hanya kau satu-satunya, Hani.” – Reza

BAGI Reza, biarlah cintanya tak terucap asalkan segala belaian dan perhatiannya menggambarkan rasa yang menggebu di hati. Dia sanggup lakukan apa sahaja untukku tetapi bukan menyatakan perasaannya secara lisan. Ya, apa saja sehinggakan aku putus tunang dengan pemuda pilihan keluargaku.

Friday, 2 June 2017

Dr. Alpha Male ~ Anjell

(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80

Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai.

“Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium.” – HILMAN UKASYAH

Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung.

“Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut.” – HILMAN UKASYAH

Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya.

“Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?” – TRISTIN HAZEL

Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya… Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya.

Cik Juliet & Cik Romeo ~ Airisz

(SEM & S/S) RM21.00 > RM 18.50

AKU? Nama aku Zahra Emilia. Tapi nama panggilan aku Awah. Jangan tanya pasal nama panggilan tu, sampai sekarang pun aku bengang. Bukan saja kena gelak, tapi kutuk sama. Tapi aku tak kesah. Apa ada pada nama?

Untungnya seorang Zahra Emilia ni, mak dia langsung tak kesah pasal kahwin. Hajah Jariah Haji Yaakob tak pernah sebut pasal kahwin sebab dia rasa macam selesa saja aku tinggal dengan dia.
Selama 28 tahun hidup, aku pernah bercinta sekali. Aku mula suka dia dari darjah 6 lagi. Masa tu dia wakil rumah merah dan aku rumah kuning. Dia memang ‘terror’ bab sukan. Wakil segala permainan dalam sukan yang dipertandingkan. Aku pun wakil rumah sukan juga, wakil bawa air minuman.
Yang buat aku sedih masa tu, bila dia dapat 5A dan aku dapat 5 juga, tapi 5C. Dia dapat masuk sekolah berasrama penuh. Memang sedih gila masa tu. Yalah, kekasih idaman tu. Tapi dia tolak. Tak siapa pun tahu alasan dia tolak tawaran. Apa yang aku tahu, dia kena kejar dengan mak dia keliling kampung sebab gatal tolak tawaran. Mana ada budak kampung yang dapat sekolah asrama masa tu. Dia seorang saja.
Dan kami pun bercinta. Dari zaman sekolah, hinggalah zaman habis sekolah. Seronok-seronok bercinta, tiba-tiba si dia hilang begitu saja. Pergi tanpa sebarang pesanan. 6 tahun dia tinggalkan aku dengan tanda tanya.

Dating Jumaat Malam ~ Lynn Suraya

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Kata-kata Amira yang tidak percayakan perkahwinan ternyata menarik perhatian Faizal, arkitek muda yang tidak mahu berkahwin biarpun berkali-kali didesak orang tuanya. Setelah beberapa kali gagal bercinta, Faizal merasakan hidup sendiri lebih mudah dan mendamaikan. Dia juga tidak lagi perlu melukakan hati wanita yang menjadi kekasihnya. Namun, mendengar bicara Amira, Faizal memikirkan barangkali Amira tidak akan terluka jika menghawininya. Faizal memberanikan diri melamar Amira pada pertemuan kali kedua. Namun, Amira mencadangkan untuk mereka berkenalan dahulu. Lalu temujanji setiap Jumaat malam diatur untuk mereka saling mengenal hati budi.

“Saya terfikir, mungkin awak tak suka perempuan Melayu tapi mungkin awak suka perempuan mat salih? Sebab, saya tengok, awak suka makanan barat, mungkin selera awak ada pada wanita barat.” ~ Amira.

“Saya dah terangkan pada keluarga Amira yang kita berjumpa sebulan yang lepas ketika Amira menemuramah saya dan kita mula berkawan selepas itu. Kita keluar temujanji setiap Jumaat malam. Ayah awak kata, dia hairan bila awak balik lewat setiap Jumaat malam dan tidak menyangka awak sudah ada teman lelaki.” ~ Faizal.

Selamat Malam Tan Sri ~ Sri Diah

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Tan Sri Rahman Shah mengurus bisnesnya seperti tiada hari esok; siang malam memikirkan untung rugi. Ditakdirkan tersiar satu rencana dalam majalah menjadikan hidupnya huru-hara. Hal kahwin dua bukan perkara main-main. Wartawan itu dicari! Puan Sri Rosnita boleh terima hakikat bermadu asalkan semua pihak saling menghormati, jangan sampai memperlekeh kewujudannya sebagai isteri pertama. Dia izinkan tetapi bersyarat. Betul suaminya berkongsi cinta. Itu hak suami dan bahagia seorang lelaki yang kaya bergaya.

Dia adil bab rumah banglo, keperluan harian, duit belanja, percutian dan semua lengkap. Cuma satu sahaja dia tidak adil - bab populariti. Dengan pendedahan dalam majalah itu, Puan Sri Rosnita seperti bunga layu, yang tidak lagi wangi. Bekas ratu cantik, Netty Karmila tiba-tiba buat masalah. Dulu memang dia perempuan glamor, selalu diekori, muka terpamer di majalah. akhbar, televisyen dan media sosial. Namun selepas berkahwin, dia patut sedar diri. Populariti jangan melebihi suami.

Sebagai wartawan, Hanim Hanani seperti kupu-kupu, terbang ke sana sini sebebasnya. Dia ligat hinggap di mana sahaja ada peluang. Dunia muda dan masa senggang mengelilinginya, tidak ubah seperti maharani dipuja-puji. Apabila semuanya terjebak - Netty Karmila, Puan Sri Rosenita dan Hanim Hanni - memang terjadi logik yang tidak masuk akal. Namun bukan semua perempuan tiada harga diri. Maruah mereka terpelihara demi lelaki matang berkarisma bernama Tan Sri Rahman Shah.

Pilot ~ Nia Azalea, Illya Abdullah, S. Kausari

(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

DI KAYANGAN – NIA AZALEA
Balqis, kadet juruterbang yang tidak pernah lekang daripada masalaha, terutamanya sewaktu latihan penerbangan pesawat. Biarpun telah mengejar impian yang tidak berkesudahan, apatah lagi ditolak ke kiri dan kanan oleh kadet-kadet lelaki yang memandang rendah pada dirinya, semangat waja Balqis tidak sedikit pun berkurangan. Pertemuan pertamanya dengan Hariz, lelaki angkuh yang diminatinya dalam diam, membenihkan rasa meluat dengan sikap ego yang tidak bertempat. Siapa sangka, lama-kelamaan rasa meluat itu berubah menjadi sayang dan rindu yang tidak terlerai.

KISAH HATI – ILLYA ABDULLAH
Cinta itu hadir dalam hati seorang lelaki berbangsa Jepun bernama Satoshi terhadap seorang gadis berbangsa Melayu bernama Rohani. Satoshi seorang juruterbang Jepun yang bencikan peperangan. Peperangan membunuh jiwa yang tidak berdosa. Namun, dunia peperangan itu telah mempertemukannya dengan Rohani, gadis yang dilindungi dan dicintai sepenuh hati. Begitu juga Rohani, biarpun cinta itu terhalang, cinta Rohani hanya buat Satoshi. Apabila mereka perlu berpisah, Rohani tekad untuk terus setia menunggu. Lelaki itu ada janji untuknya. Janji untuk membawa dia terbang ke awan biru.

TAKDIR CINTA IKHWAN – S. KAUSARI
Ikhwan Azril sedang mencari sebab yang kuat untuk berubah daripada kehidupan soSial tanpa batas dengan cara hidup sebagai seorang juruterbang. Pertemuan secara mengejut dengan gadis bernama Warda Anisa seperti membuka jalan untuk itu. Namun, sangkaannya meleset dengan sikap mengongkong Dato’ Bahar, ayah Warda. Setelah satu tragedi menyayat hati, Ikhwan berhadapan kejadian aneh selepas memberi sedekah kepada seorang lelaki tua di kaki lima. Berjayakah Ikhwan hidup bahagia bersama Warda? Apa kaitan semua ini dengan lelaki misteri yang menyebabkan hidup Ikhwan tunggang-langgang?

Ensiklopedia Perang Rasulullah: 84 Perang, 11 Tahun, 321 Syuhada ~ Ahmad Adnan Fadzil, Aizuddin Kamarul Zaman

(SEM & S/S) RM89.00 > RM78.30

Buku Ensiklopedia Perang Rasulullah bukan sahaja memperkenalkan setiap peperangan, tetapi menjurus ke arah sebab, taktik strategi serta analisis seiring dengan keperluan masyarakat semasa yang mampu mengubah persepsi anda dan masyarakat Barat terhadap peperangan tentera Muslimin selama ini.


Adab Pembaca Al-Quran ~ Imam Al-Nawawi

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00
Kitab at-Tibyan fi Adab Hamalah al-Qur’an merupakan salah satu karya Imam al-Nawawi yang menyentuh perihal al-Quran dari sudut: Kelebihan Al-Quran, Adab membaca dan menghafalnya, hukum hakam berkaitan al-quran dan lain-lain. Seharusnya seorang Muslim perlu mengetahui bagaimana caranya untuk kita berinteraksi dengan Kalamullah. Al-Quran bukan sahaja berfungsi sebagai panduan hidup manusia, tetapi ia mestilah dipelihara dan dihormati dengan cara terbaik kerana tindakan ini melambangkan adab kita bersama Allah Taala.

Fiqah Hubungan Etnik ~ Dr. Mohammad Nidzam Abdul Kadir

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Buku ini berusaha merungkai isu-isu dan persoalan yang timbul daripada perspektif Maqasid Syariah. Antara yang di bincangkan adalah seperti hubungan sosial antara kepelbagaian agama, bangsa dan etnik, isu-isu kemasyarakatan dalam masyarakat majmuk, asas-asas kemasyarakatan majmuk dan salah faham terhadap beberapa konsep di dalam Islam.

Penulis juga turut menyenaraikan dasar-dasar utama dalam hubungan etnik daripada perspektif Maqasid Syariah iaitu nilai kemanusiaan insan, rahmat, tolenransi, berbuat baik serta menunaikan haji.

Tenang Ada Di Sini ~ Pahrol Mohd Juoi

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Latar penulisan buku ini ialah tentang pentas kehidupan. Nukilan beliau ini mampu mendidik hati, bermain dengan perasaan halus dan menggerakan pancaindera lahiriah untuk menangkap isyarat-isyarat yang datang daripada Allah.

Membaca karya ini juga seperti membaca karya novel tanpa pelakon utama kecuali bermonolog dengan diri sendiri. Yang paling terkesa di hati kita, mereka yang zuhud ini ialah penghuni syurga! Inilah dunia daripada kaca mata seorang ahli akhirat. Bagi mereka, kehidupan mereka di dunia ialah lambang keindahan hidup bersama Allah.

Al-Quran Al-Kareem Dengan Panduan Waqf & Ibtida' (Al-Huda) ~ Telaga Biru

(SEM & S/S) RM80.00 > RM70.40
Al-Quran Al-Kareem dengan Panduan Wakaf & Ibtida’ berdasarkan kitab MANAR AL-HUDA Dan I’RAB AL QURAN. Disertakan indeks I’rab dan nama wakaf bagi perkataan tertentu dalam al-quran.

Terdapat dua tanda wakaf iaitu Wakaf Ibtida’ Merah dan Wakaf Ibtida’ Hijau:-

Wakaf Ibtida’ Merah - memberhentikan bacaan sebelum warna merah dan memulakan bacaan pada kalimah yang berwarna merah.

Wakaf Ibtida’ Hijau - untuk mengulang bacaan pada kalimah yang berwarna hijau sekiranya memberhentikan bacaan selepasnya.
4 warna piliha: biru, hitam, merah, ungu


Amukan Jembalang Tanah ~ A. Darwisy

(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Menelusuri sejarah lisan yang terakam pada tahun 1942, sewaktu askar Jepun datang ke Tanah Melayu, sekolah itu satu-satunya kebal dari ditawan. Menurut orang kampung, sekolah itu ada penjaganya. Razali, guru muda di kampung itu tidak terkecuali mengalami kejadian seram di sekolah. Makhluk mistik yang terlebih dahulu mendiami tanah asal sebelum wujudnya perkampungan. Tidak cukup dengan itu, kampung mereka juga diganggu makhluk jadi-jadian yang berterbangan mencari mangsa.

Di zaman kini, kehilangan pelajar bernama Sakinah beberapa hari sebelum berlangsungnya majlis ulang tahun sekolah, mencetuskan keadaan gawat. Kawan-kawannya, Mira, Natrah dan Kaisara cuba menyiasat. Cikgu Badrul dan Cikgu Mastura turut sama membantu. Satu rahsia yang terpelihara selama ini bakal menakutkan mereka semua. Rahsia jin. Rahsia manusia. Rahsia sebuah sekolah yang berusia 100 tahun kewujudannya. Dapatkah Razali bertahan hidup di kampung itu? Berjayakah tiga sekawan itu membongkar apa yang terjadi di sekolah mereka? Dan mampukah cikgu-cikgu di sekolah itu melindungi para pelajarnya?

“Orang Jepun tak takut dengan hantu Melayu!” – Leftenan Takashi
“Selagi polis belum selesai menyiasat, kita semua kunci mulut.” – Cikgu Mastura

Projek Seram: Kolej ~Fazrin Fauzi, Zyra Safiya, Jessy Mojuru

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

SUMPAHAN - Fazrin Fauzi
Satu sumpahan telah termeterai berpunca daripada keegoan manusia yang mana mengakibatkan pembinaan Kolej Teknologi Naka tidak dapat disiapkan sepenuhnya. Zamani merupakan penyelia tapak yang terpaksa mengambil alih tugas di kawasan pembinaan kolej itu yang sudah hampir enam bulan terbengkalai. Namun, segalanya bertukar ngeri sebaik Zamani bertemu dengan roh yang ingin membalas dendam. Satu per satu rahsia dibongkar Zamani hingga membuatkan satu nyawa terancam. Mampukah anak muda itu mematikan sumpahan tersebut? Adakah pembinaan kolej itu siap dibina pada akhirnya?

Kerana ego seorang manusia, nyawa seseorang menjadi mangsa.

TIGA - ZYRA SAFIYA
Bila Tis mengikut kekasihnya yang mahu berseronok mencari hantu, dia tidak menyangka apa yang mereka cari di luar bakal membawa kepada terbongkarnya rahsia berdekad lamanya di kolej mereka. Gangguan dan jelmaan kian mengulit kehidupan mereka. Buruan telah bermula. Pemujaan syaitan demi kuasa. Dan demi kuasa manusia sanggup membunuh. Satu manusia. Tiga darah.

Darah sama merah. Hati lain-lain!

Marina ~ Saidee Nor Azam

(SEM & S/S) RM23.00 > RM20.20

DAHULUNYA Marina pernah mampu melihat akan kewujudan makhluk halus. Namun setelah dia mendirikan rumahtangga dengan suaminya, Aiman dan memiliki seorang cahaya mata yang diberi nama Mylin. Kehidupan Marina kembali aman damai, dan tiada lagi gangguan dari makhluk halus. Sehinggalah suaminya Aiman membeli sebuah banglo yang sudah lama tidak bertuan. Di situ pelbagai peristiwa yang tidak diingini mula berlaku. Rumah yang mempunyai sebuah loteng yang bersaiz sederhana besar itu bagaikan mempunyai sejarah silam yang amat dahsyat. Dalam diam keluarga Marina sedang diburu oleh satu semangat hitam yang masih hidup di dalamnya.

Klimaks ~ Helmi Effendy

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Saiful Hawiz ialah veteran perang Malaysia yang hidup ketika tamadun manusia yang telah hancur. Bayangkanlah zaman ais yang melanda berserta wabak yang menukarkan manusia menjadi pemakan daging segar. Manusia ketika itu pula duduk di dalam tembok batu yang dibina oleh pemerintah diktator bernama Shafrizal Azmi.

Bukan senang untuk hidup ketika era apokalips, lagi-lagi terpaksa membesarkan kedua-dua anak perempuan yang masih lagi berstatus gadis. Kehidupan aman Saiful Hawiz terganggu apabila salah seorang anak perempuannya ditangkap oleh Shafrizal Azmi dan ditempatkan di dalam sebuah penjara bawah tanah sedalam tujuh tingkat.

Saiful Hawiz yang sudah menghampiri usia 50-an terpaksa mengembara bersama anak gadis sulungnya, seorang saintis narsisist dan seorang anak muda yang mempunyai dendam peribadi terhadap Shafrizal Azmi meredah Malaysia yang sudah hancur demi menyelamatkan satu-satu anak gadisnya!

Mampukah salji yang menggigit sehingga ke tulang hitam dan makhluk penghaus darah manusia menghentikan tekad seorang ayah demi menyelamatkan anak gadisnya? Apakah kedalaman 7 tingkat penjara Shafrizal mampu menggegarkan kasih sayangnya? Apakah nasib akan menyebelahi Saiful Hawiz atau nasibnya seperti kebanyakan hamba ALLAH bernama manusia ketika selepas apokalips?

Kiub ~ Arifful Baqi

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Satu pembunuhan tragis golongan militan ke atas kedua ibu bapa Zaki untuk mendapatkan KIUB telah mengubah segalanya. Zaki yang hidup digelumangi kemewahan terpaksa meninggalkan segalanya demi membalas dendam atas kematian insan tersayang. Namun, musuhnya bukan sembarangan. Mereka licik dan kejam. Nama mereka sahaja sudah cukup untuk memberi ketakutan kepada semua orang.

Dua tahun kemudian, pembunuhan semakin kerap berlaku. Tubuh mangsa seakan dirobek dengan benda yang tajam. Mira Hafizah pula menjadi suspek utama. Inspektor Zakwan yang mengendalikan kes ini pula semakin buntu dan tertekan untuk menyelesaikan masalah ini. Apabila detik perhitungan telah tiba, pasti akan ada darah yang tumpah. Pasti ada jiwa yang akan terkorban.

ZAKI- Mempunyai semangat yang berkobar-kobar. Kemaraannya umpama ribut yang membadai pantai. Antara dendam dan keadilan, dia harus memilih salah satu! Dia adalah pemilik Kiub Arnab yang diburu militan.

Tuesday, 30 May 2017

Kerana Kau... Aku Kembali ~ Sophilea

(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

KAU bangkitkan aku dari lena aku yang panjang. Ratusan purnama berlalu, saat kau mengukitkan kata cinta dan kini aku kembali menuntut sebuah janji. Naili, dendam itu adalah luka yang sangat parah. Saat kau bersendirian, mereka akan datang sebagai sahabat dan kawan. Tapi syaitan dan Iblis adalah penipu yang sangat licik. Mereka bukan teman tetapi adalah musuh yang akan merosakkan jasad dan jiwamu. Naili di jiwanya penuh dendam. Dia mahu mengusir semua manusia yang penuhkan hatinya dengan kebencian. Satu saat di waktu bersendirian, lelaki itu muncul sebagai kawan. Dan kemudian iblis itu pula muncul dengan satu perjanjian. 7 helai rambut perawan mati dibunuh beserta tujuh titisan darahmu adalah perjanjian yang kita akan pateri. Naili, kau akan jadi milik aku dan aku akan bersamamu sehingga mati. Dalam gelap malam tujuh helai rambut perawan mati dibunuh diambil. Dicampur tujuh titisan darahnya. Si iblis tersenyum megah. Seorang lagi anak Adam bakal diheret bersamanya ke neraka. Hari demi hari, dia menjadi penjaga pada Naili. Setiap teman yang mendampingi Naili buatkan dia membenci.

“Wan...tolong pos kat aku sebuah buku ini....buku seramkan?” Tiada siapa disisinya. Tapi suara siapa yang menjelma. Waktu Mak Wan nampak Adam yang bertukar menjadi makhluk hodoh di dapur sedang meratah daging mentah diatas meja, dia pengsan. Di rak televisyen Jumay nampak seekor pontianak sedang duduk sambil menyanyi lagu yang menyeramkan. Waktu lena Aisyah diganggu dengan suara Satu dah tidur...dua dah tidur..tiga dah tidur...empat pura-pura tidur ya? Mereka dalam ketakutan apatah lagi bila seorang lelaki minta Ayman mencarikan kepalanya yang hilang. Sesat di hutan menghampiri rumah syaitan yang penuh dengan ketakutan. Naili terus hidup bertemankan iblis sehingga satu saat seorang lelaki muncul. Siapa lelaki itu yang menuntut janjinya pada naili? Dan ustaz Zakuan yang selalu menganggu ketenangan dirinya. Satu ketika Naili dibawa pergi jauh ke alam lain. Cuma jasad dan nafasnya sahaja yang tinggal di dunia nyata. Naili dibawa pergi oleh Hibni yang meminjam jasad Megat yang sudah mati ratusan tahun dahulu.

Penunggu ~ Siti Rozilah

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Setiap kali tibanya bulan Mei, Kampung Busut Tunggal bagaikan disumpah. Murid-murid sekolah terlolong-lolong akibat histeria. Kejadian penoreh getah diserang harimau dan yang terbaru, dua beranak telah ghaib ditelan hutan. Semua ini menimbulkan kegelisahan dalam hati Pak Ya dan para penduduk kampung. Bagi mereka, semua musibah yang terjadi disebabkan 'penunggu' yang menghuni Gua Hitam. Gelagat sekumpulan anak-anak muda yang diketuai oleh Raymond Tan yang berdegil untuk meneruskan ekspedisi mereka meneroka Gua Hitam akhirnya mengundang bala. 

Tragedi bermula apabila Meilina dilarikan suatu 'lembaga' berwarna putih nun jauh ke dalam perut gua. Pengalaman ngeri terus mengekori mereka walaupun setelah keluar dari perut Gua Hitam. Seorang demi seorang mula ditimpa petaka. Bagaimana pula dengan konflik yang melanda pertunangan di antara Dazrin dengan Meilina setelah Fazura mengenakan ilmu guna-guna terhadap Dazrin dek cintanya yang tidak dibalas? Apakah peranan Dukun Jalil? Dan, siapakah pula perempuan seiras Meilina yang bernama Mei Ling? Benarkah Gua Hitam berpenunggu? Siapakah agaknya yang akan terselamat dan siapakah yang bakal berdepan dengan maut?

Lost In Sekutland ~ Irwan Dahnil

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

"Kalau esok Tuhan tanya, 'Hang pi oversea. Bawak balik apa untuk kawan-kawan yang tak dapat pi?'

Takkan aku nak jawab fridge magnet kot. Mau kena panah petir nanti."

Maka aku tulislah sedikit, supaya jadi ilmu berguna.

Buku orang putih memang banyak tentang kembara. Mereka banyak kongsi maklumat berguna. Tapi kau kena tahu bezakan antara buku kembara yang bercerita macam travelog atau buku panduan untuk kembara seperti lonely planet. Kalau kau mahu melihat perspektif kembara, kau baca travelog. Tapi kalau kau mahu tahu cara-cara kembara ke destinasi tertentu, maka dapatkan buku panduan kembara.

Buku aku ini saja yang lain sikit.
Travelog + panduan kembara + pindah negara.
Jarang ada. Sebab tu kau kena beli buku ini.

Untunglah Malaysia Masih Aman ~ Khairul Abdullah

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Buku ini adalah sindiran sosial terhadap sikap hidup bermasyarakat yang agak pelik dan unik. Jadi bersedialah untuk rasa ditampar atau diluku kepala apabila membaca baris-baris tulisan dalam buku ini yang mungkin kena pada diri sendiri.

Monday, 29 May 2017

Promise ~ Ateen Khalid

(SEM & S/S) RM21.00 > RM18.50

Ketika berada dalam keadaan terdesak, muncul seorang lelaki secara tiba-tiba lalu menghulurkan bantuan kepada Hanina Luthfia. Tanpa mengetahui nama lelaki itu, hanya senyumannya saja yang menjadi memori. Dia bertemu dengan lelaki itu lagi. Malah lebih mengejutkan, lelaki itu sebenarnya mempunyai kembar!

Wajah memang memang saling tak tumpah tapi, perangai bagaikan langit dan bumi. Wafiy Sadiq… pemilik senyuman itu. Lemah lembut dalam berbicara. Manakala si adik… Siddiq Wildan, bikin menyampah saja!

Hati Hanina kemudiannya huru-hara setelah bertemu dengan si kembar tersebut. Si abang yang melayannya dengan baik, manakala si adik yang sering memunculkan diri di tempat kerja Hanina dan sering menyakiti hatinya.

Kerana satu kejadian, perasaan Hanina mula berantakan. Ada rahsia yang dipegang oleh Wafiy selama ini. Ada rahsia yang Siddiq perlu lindungi. Ada janji yang perlu ditunaikan.

“Tak perlu berjanji… sebab kalau awak tak tunaikan, itu menyakitkan. Tau tak?”
“Saya akan buktikan pada awak.”

Cinta Si Panda Biru & Si Tukang Sapu ~ Mimie Ismail

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Rian, novelis glamor dan terkenal memandang harta kekayaan sebagai tiket untuk mencapai kebahagiaan hidup. Perkenalannya dengan Adil, tukang sapu yang juga pekerja sambilan di rumah anak yatim membawa makna baru dalam hidupnya. Adil yang celopar, Adil yang menyakitkan hati, Adil yang sentiasa ada ketika dia memerlukan. Rian selesa berkawan dengan Adil. Adil merahsiakan identiti sebenarnya kerana dia ingin melihat sejauh mana Rian memandang rendah padanya. Dalam diam, dia jatuh suka pada Rian walaupun Rian bongkak dan sombong. Namun, cintanya itu dipendamkan saja kerana Rian berpasangan dengan Hazryq yang serba sempurna itu.

Dalam kecelaruan hati dan perasaan Rian terhadap Hazryq dan Adil… tiba-tiba rahsia Adil terbongkar menyebabkan Rian tidak sanggup berdepan dengan Adil. Dan kekasih lama Adil muncul semula menagih cinta Adil. Dapatkah Adil dan Rian mencapai kebahagiaan hidup masing-masing?

“Dalam pencarianku demi sebuah cinta, seruan alam terarah kepadamu….”

Golden Rule: Untuk Kebahagiaan Suami Isteri ~ Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Untuk kebahagiaan suami isteri

Berhadapan dengan masalah rumah tangga tidak sekadar perlukan kesabaran, tetapi juga ilmu serta kebijaksanaan. Barulah masalah yang timbul itu akan menjadi baja yang akan menyuburkan lagi cinta dan kasih sayang suami isteri.

Setiap pasangan boleh menangani masalah rumah tangga serta memelihara keharmonian keluarga, dengan memahami seni-seni dalam mengekalkan kasih sayang suami isteri.

Baca, fahami, berazam dan berusahalah untuk mengamalkan apa yang dimaksudkan dengan Golden Rule. Semua perkara yang dinyatakan dalam Golden Rule merupakan asas dalam pembentukan rumah tangga yang sejahtera. Walaupun mungkin ada antaranya dianggap remeh, jangan lupa bahawa dalam ‘keremehan’ itulah tersedia ganjaran pahala yang besar.

Dengan mengekalkan gaya santai Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin, buku ini juga sarat dengan tip-tip yang mahal dan realistik dalam membentuk keluarga yang bahagia berlandaskan Islam dan teladan keluarga Nabi SAW.

Laba di Sebalik Bala ~ Pahrol Mohd Juoi

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Sering berlaku dalam kehidupan kita, yang disangka pada mulanya sebuah musibah tetapi apabila sedikit masa berlalu, segalanya bertukar menjadi rahmat. Justeru, apa yang penting dalam mengharungi hidup yang penuh ujian ini bukan apa yang berlaku ‘di luar’ diri kita tetapi apa yang berlaku ‘di dalam’ diri kita.

Sekiranya hitam yang berlaku di luar, tetapi di dalam hati kita putih maka yang hitam itu pun akan bertukar menjadi putih. Mata hanya ‘khadam’ kepada hati. Apabila hati baik, apa yang dilihat oleh mata semuanya baik.

Inilah mesej utama yang dibawa oleh LABA DI SEBALIK BALA. Ia menghuraikan bagaimana Islam berinteraksi dengan pelbagai persoalan agar setiap persoalan itu dapat diselesaikan atau dihadapi dengan baik dan memberi kebaikan.

Buku ini tidak sepenuhnya berbicara tentang ujian, tetapi lebih banyak tertumpu kepada jalan-jalan untuk menghadapinya. Ia mengajak kita menyelesaikan punca masalah, bukan hanya mengubati gejalanya. Juga mengajak hati kita kembali kepada Allah, kerana hanya di situlah ada ketenangan, kejayaan dan kebahagiaan!

Akulah... Aryana ~ M. Mariann

(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

PERKAHWINAN aturan keluarga antara aku dan Hakim bukanlah seindah yang kuimpi walaupun dialah yang kupuja dalam mimpi indahku. Siapa sangka kisah silam waktu kecilku menghantuiku hingga ke detik itu. Malam pertama yang kusangka bahagia bertukar malam paling sengsara...

"Kau jangan nak buat-buat tak faham. Kau bukan pertama yang aku tiduri! Cakap siapa yang ambil dara kau sebelum aku? Kau pergunakan aku? Kau jadikan aku pak sanggup? Cakap!" - Hakim

AYDAN, hadirnya dia memberi aku nafas baru. Di mana masih ada mentari yang sudi menyinari hidupku yang kelam. Di mana masih ada bahagia walau duka selalu menyapa.

"Arya, Aryana... Izinkan saya menghapus air mata awak. Kahwin dengan saya?" - Aydan
SEGALANYA indah. Aku dan Aydan. Namun...

"Dah terlambat perempuan. Aku dah cakap jangan cari fasal dengan aku. Kalau kau jadi bini aku baik-baik dulu, kau dah senang-lenang sekarang. Tapi kau degil! Kau menyundal! Perempuan sundal tempatnya di sini!" - Hakim.
"Cinta? Happy love story hanya untuk watak dalam drama. Dalam novel. Bukan orang macam kita. This is real life sayang. Kau takkan dapat bahagia yang macam kau harap tu. Face it!" - Haryani
"Aydan, kenapa awak tak cari saya? Adakah awak sudah lupakan saya?" - Aryana.

Friday, 26 May 2017

Cikgu Kelas Sebelah ~ Fadli Salleh

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Orang kata, jadi cikgu zaman sekarang tidak seronok seperti dulu lagi. Terlalu banyak beban, terlampau banyak tekanan. Kalau kau cikgu, pandai-pandailah mencari keseronokan sendiri. Agar semangat tidak hilang, agar cinta terhadap profesion terus membara.

Aku mahu mengajar dengan gembira dan mahu murid belajar dengan seronok. Jadi ini yang sering aku lakukan. Aku suka bermain watak seorang kawan kepada murid. Watak guru di luar daripada kebiasaan. Watak yang paling kurang, menyeronokkan aku dan memberi semangat untuk terus bertahan di arena yang makin mencabar.

Saat kau bersama murid, sebenarnya masih sama seperti dulu-dulu. Kau dan murid. Di dalam kelas, kaulah Raja. Kalau kau raja yang bijak, kau tadbirlah negeri kecil kau dengan bijaksana. Persetankan segala bebanan yang menunggu. Saat melangkah masuk kelas, ingatlah. Kau Raja!

Jom join aku jadi guru di luar daripada kebiasaan. Jom jadi 'Raja' di dalam 'Negeri Kecil' yang penuh dengan kegembiraan.

Head With Serban 2 ~ Najmi Nawawi

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Kita akhiri hubungan couple kita dengan Tasbih Kaffarah dan Surah Al-Asr.

Head With Serban ~ Najmi Nawawi

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

" Jangan sibuk nak bergetar tulang rusuk, kalau subuh pun nak kejut sampai bergegar tiang rumah."

Thursday, 25 May 2017

Kerana Kasih ~ Aisya Sofea

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Perkenalan yang singkat dengan lelaki bernama Muhammad Haikal Hakimi, mengubah hidup Dilla sama sekali. Hilang prinsip hidup, hilang arah tuju. Dalam sekelip mata hidupnya jadi penuh warna-warni dan hanya berpaksikan pada Kimi seorang.

“Aku bukan suruh kau bercinta dan terus kahwin dengan mamat tu, tapi aku nak kau berkawan dulu dengan dia. Kenal hati budi, kenal latar belakang, baik buruk dia tu. Bukan kenal sebulan terus kahwin!”

Namun Dilla sedikit pun tidak mengendahkan kata-kata yang dihamburkan kepadanya. Baik dari keluarga, mahupun teman rapat. Hatinya semakin terpaut sejak pertemuan pertamanya dengan Kimi.

Cuma ada satu perkara yang merunsingkan Dilla. Kimi tinggal jauh di Brunei. Sedangkan emaknya sudah meletakkan syarat, setiap anak-anaknya yang berkahwin mesti tinggal dekat dengannya. Emak enggan berpisah dengan anak-anak biarpun sudah bergelar isteri. Dilla sanggup berkorban masa depan demi cintanya pada Kimi, biarpun terpaksa membelakangkan emaknya.

Buang emak buang saudara,
KERANA KASIH aku turutkan.
Namun, apakah perkahwinan senyap-senyap yang bersandarkan hanya cinta semata-mata sudah cukup kuat untuk dipertahankan biarpun dugaan yang mendatang dari lelaki yang dicintainya itu?

Encik Pemikat Hati ~ Fatiah Zohar

(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Kata orang, kalau sudah jodoh tidak akan ke mana. Tapi, bagi Aatif berjumpa semula dengan Adwa bukannya jodoh, tetapi satu bala. Enam tahun mereka terpisah kerana satu peristiwa. Bila dah bertemu semula, Adwa cuba untuk mendapatkan kembali cintanya.

Aatif geleng kepala kepada Adwa yang main gila. Sudah berstatus suami dan bapa, masih mahu mencari dara?

“Apa bukti awak nak kata saya dah kahwin ni?” - Adwa
“Apa bukti yang awak memang belum kahwin?” - Aatif

Semakin Aatif lari, semakin laju Adwa mengejar. Takdirnya, mereka bekerja pula di tempat yang sama. Semakin bersungguh Adwa mahu memikat Aatif semula. Tapi, Aatif menolak semahunya. Hilang akal agaknya, sudah beristeri masih menjual ayat cinta?

“Dah tu, nak saya cakap apa?” - Aatif
“Kalau boleh nak awak cakap I love you.” - Adwa

Kadang-kadang suka, kadang-kadang benci. Tapi, yang banyaknya suka. Bila kekeliruan dah terlerai, bahawa Adwa bujang juga, Adwa semakin berani jual ayat cinta. Buat Aatif rasa nak pitam setiap masa. Enam tahun memendam rasa, Adwa mahu jawapan daripada dia.

Aatif pula, tidak tahu mahu jawab apa. Cinta ataupun sebaliknya?

Jodoh Oh Jodoh ~ Aunie Ayunie

(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Setiap kali bertemu dengan encik duda sayang, Dara rasa hatinya bergetar dan buat dia berangan-angan naik bukit turun bukit sambil nyanyi lagu Hindustan. Oh, syahdu sungguh bila hati jatuh cinta.

Duda? Ah, itu bukan ukuran. Bak kata orang putih, everything is fair in love.

Dara memulakan kerjanya sebagai babysitter dan pembantu rumah di rumah Khayr dan manalah dia sangka lelaki itu adalah lelaki yang sama buat jiwanya jadi nanar.

Khayr rasa macam nak gila bila dapat tahu yang Dara langsung tidak reti masak. Kalau tak reti, macam mana nak jadi pembantu rumah? Ah, parah! Mahu dipecat, dia boleh nampak aura Dara yang begitu kuat mengikat hati Hana, anak perempuannya. Jadi, Khayr pasrah. Setiap hari dia pula yang memasak untuk Hana dan untuk Dara. Geramnya!

“Dara boleh berhenti kerja, tapi dengan satu syarat. Dara kena jadi menantu saya.” Puan Latipah.

Oleh kerana satu fitnah, Puan Latipah nekad mahu mereka berkahwin. Dara tidak pernah lelah memikat hati si suami. Khayr layan endah tak endah pun, dia tetap menggoda. Akhirnya, jiwa Khayr berjaya ditakluk. Hebat, kan?

Setelah Aku Pilih Dia ~ Eyla Hime

(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Untuk membalas budi. Hanya itu sebabnya kenapa Hadif Adrian memilih untuk bersetuju mengahwini Hana Naziha. Kerana itu, dia tidak mampu untuk bersikap mesra terhadap gadis itu. Apatah lagi bila Hana Naziha juga mempunyai satu kekurangan yang tidak mungkin boleh diterima oleh lelaki lain yang waras seperti dirinya.

Namun, dingin Hadif Adrian itu cuma sekadar di bibir. Sifat acuh tak acuhnya juga cuma sekadar lagak. Hakikatnya, setiap kali Hana Naziha memerlukan bantuan, jejaka itu pasti akan datang menghulurkannya. Malah, hasil dorongan Hadif Adrian jugalah, Hana Naziha berjaya merubah dirinya menjadi seorang yang lebih berani untuk bangun membela diri daripada terus dihina.

“Ya, Hana. Abang dah berkeputusan untuk terima Hana sebagai isteri abang.”
“Hana tak mimpi?”
“Tak.”

Mengharapkan agar suatu hari nanti Hadif Adrian akan benar-benar ikhlas menerima dirinya, Hana Naziha menyangka bahawa impiannya yang satu itu telah tertunai. Namun, saat isi kotak Pandora yang tidak sepatutnya dibuka itu didedahkan kepadanya, barulah dia menyedari bahawa bahagianya cumalah sebuah pembohongan semata.

“Hana benci abang.”

Meskipun Hadif Adrian sudah memilih untuk melindungi gadis istimewa itu seumur hidupnya, apa sahaja yang dia mampu untuk lakukan saat Hana Naziha melafaz kata itu

Dari Tanah ke Tanah ~ Tajul Zulkarnain

(SEM & S/S) RM16.00 > RM14.00

Ali meletakkan ibu bapanya paling atas. Dia sangat marah bila dapat tahu Apek sering memukul ibu bapanya sendiri. Ali diajak oleh Apek untuk menyertai komplot Tok Zel. Sangka Ali, Apek  mengajaknya kerana mereka bersahabat baik. Rupa-rupanya ada sebab lain.

Malam itu Tol Zel sedekah RM10 ribu kepada Ali. Ekorannya, emak dan ayah Ali pindah dari rumah Ali. Semasa Ali nak pulangkan duit Tok Zel, Ali saksikan pembunuhan di rumah Apek dan dia juga hampir dibunuh.

Malam itu, satu per satu misteri terbongkar. Emak dan ayahnya, gadis pelik di restoran, fail merah...terbongkar. Yang mana satu realiti.

Tuesday, 23 May 2017

40 Resipi Kek Lapis Sarawak ~ Noy Yullan

(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20

Buku ini adalah himpunan 40 resipi kek lapis Sarawak moden dan tradisional yang dimasak menggunakan kaedah bakar dan kukus. Resipi-resipi ini dihasilkan oleh Noy Yullan yang berasal daripada Sarawak. Beliau begitu teliti dalam menghasilkan setiap resipi kek lapis Sarawak. Resipi-resipi yang beliau hasilkan boleh dilihat di FB dan Ig Noy Yullan.

Antara kandungan:
Kek Bakar

Diva
Idola
Coklat Cheese
Masam Manis
Harimau Malaya (Chese, Oren, Coklat)
Tembikai Cheese
Siakap Keli (Lemon, Oreo, Coklat)
Cadbury
Mint, Coklat, dan Cheese.
Mutiara Kasih
Oreo Cheese
Tropika
Tuan Anas Mikael
Rainbow Cheese
Ppali-Ppali

Kek Kukus
Lapis Pandan Papermint
Belacan
Holiday Inn 90-An
Kelasi
Internet
Lumut Almond
Siti Aishah
Esoklah Diet
Dangdut Star
Coklat Cheese Kukus Mudah

77 Resipi Istimewa Pressure Cooker ~ Chef Hanieliza

(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Buku ini menghimpunkan 77 resipi istimewa pelbagai kategori yang dihasilkan 100% daripada periuk tekanan pelbagai guna. Resipi-resipi ini dihasilkan oleh Chef Hanieliza yang terkenal dengan buku I Hari 1 Resipi.

Antara Kandungan:
1) AYAM
Ayam Bakar Lada Hitam
Ayam Bakar Tomyam
Ayam Masak Lemak Berempah
Ayam Goreng Berempah
Ayam Kari Kapitan
Ayam Kam Heong
Ayam Sambal Bali
Masak Lemak Cili Api Ayam dan Rebung
Rendang Ayam
Stew Ayam

2) BUBUR
Bubur Caca Warna Warni
Bubur Kacang Hijau
Bubur Kacang Merah
Bubur Nasi Ayam
Bubur Pulut Hitam
Kolak Ubi @ Pengat Ubi

3) DAGING
Daging Goreng Brokoli
Daging Turkish
Gulai Tulang Kambing
Daging Tetel dan Nangka Masak Padang
Sup Tulang Merah

Bayi: Saksi Kekejaman Manusia ~ Fitri Hussin, Syaida Ilmuna, Resmanshah

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

PRODIGI – Fitri Hussin
Selepas lebih sepuluh tahun menunggu, akhirnya pasangan Yakub dan Zarina dikurniakan juga seorang anak oleh ALLAH SWT. Tetapi tidak lama selepas dilahirkan, Sofea, bayi mereka diculik dan diburu oleh dua pihak. Siapakah sebenarnya bayi yang ditunggu dan dicari Agensi Palang sejak tahun 1824 itu? Siapa pula Iqbal? Apakah yang berlaku kepada Sofea? “Terlalu penting. Lahirnya akan membawa bencana kepada kita. Dia akan membongkar segala penipuan kita. Menggegarkan dunia dan mungkin menjatuhkan kita." Stamford Raffles.

Bayi Karnivor – Syaida Ilmuna
"Modus operandinya sama. Wanita, berseorangan dan muda. Ditikam pada bahagian leher. Cuma kali ini, janinnya dikeluarkan. Seperti ada orang lain yang melakukan cara pembunuhan yang sama dalam lingkungan tempat yang lebih kurang dekat dengan pembunuhan pertama.”

Novel untuk Atikah – Resmanshah

“Betul kata ayah kamu. Kejap lagi, semuanya akan berakhir!” laung gadis itu ketawa semahu-mahunya. Lalu diangkat kapaknya. Lantas dilibas sekuat tenaga!

Mannequin ~ Illya Abdullah

(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Zaitun, wanita berhati iblis menghasilkan mannequin bernyawa untuk kepentingan diri dan juga sebagai koleksi peribadinya. Kisahnya menjadi tarikan sebuah syarikat produser yang ingin menghasilkan sebuah filem seram berdasarkan kisah benar. Melissa, teraju utama filem itu melakukan sedikit kajian pada watak yang dipegangnya itu.

Seorang kru dirasuk. dan seorang kru mati dengan misteri. Melissa pula hilang tanpa jejak. Adam, saudara tiri Melissa pulang untuk menyiasat kehilangan Melissa. Dia dibantu oleh Bella dan juga Inspektor Izwan yang pada mulanya tidak mempercayai kes yang disiasat itu berkaitan manusia yang bersekutu dengan iblis. Kisah Zaitun mempunyai kaitan rapat dengan keluarga Adam. Kisah lama dibongkarkan kembali. Wanita misteri tuan empunya butik turut berkaitan rapat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...