Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday 28 March 2017

Bukan Putera Biasa ~ Fathi Fatim

(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

“Sejak bila aku terlepas pandang mengenai sikapmu? Mana mungkin aku gagal memahami engkau. Tidak pernah sedetik pun dalam hidup aku tiada mengambil tahu tentang perihalmu wahai sahabat.

“Tetapi aku berdiam diri untuk memberi ruang kepadamu. Aku mahu engkau bertenang dan mungkin juga berusaha mencari jawapan terhadap segala persoalan yang bermain di fikiranmu,” jelas Arjuna.

Luth kembali mengukir senyuman. Mendengar setiap jawapan dan kata-kata dari Arjuna seringkali mengesankan dan membuatkan dirinya berfikir panjang. Sahabatnya memang seorang anak muda yang bijak. Dia amat bertuah kerana Arjuna mahu setia di sisinya sebagai penjaga. Kasih sayang mereka terlalu teguh.

Meski dilahirkan sebagai seorang putera, Luth tidak pernah merasakan dirinya lebih besar daripada Arjuna. Dia sedaya upaya menyingkirkan perbezaan darjat antara mereka tetapi Arjuna menegaskan, seutuh mana pun persahabatan mereka tetap tidak dapat menghakis kenyataan bahawa dia seorang putera dan Arjuna adalah rakyat biasa.

“Memang bernas buah fikiranmu. Nampaknya sebab itulah aku terlalu sayangkan engkau dan persahabatan kita. Sungguh kalau masa mampu diputar kembali, aku mahu mohon kepada Allah agar dilahirkan dari perut seorang wanita rakyat biasa. Bukan wanita yang berdarjat tinggi seperti ibu,”
“Luth…”
“Dengar dahulu apa yang mahu aku katakan,” sambung Luth.

Abang Gengster Falls In Love ~ Cik Bawang

(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

INI kisah Nick Batman and the gang…Black, Mark, Zainal dan Malik. NAMA dia dalam surat beranak ialah Nik Benjamin bin Nik Borhan. Nama gengsternya pula Nick Batman. Nama kampungnya, Amin! Ada sebab Nick menjadi gangster. Ketua kumpulan yang membuat jenayah di waktu malam…

KISAHNYA dengan Bella bermula apabila Malik dan Zainal tersalah culik! Nak culik Bella Marmara, anak musuhnya, terculik pula Bella Qistina…Tambah masalah, dia terjatuh cinta dengan tebusannya…

“Er... saya ni bosnya Bella, pak cik,” beritahu Nick dengan gaya penuh sopan melayan orang tua. Saat ini mereka sedang duduk di ruang tamu.
Bella juih bibir. Bos konon! Werkkk! Nick yang nampak reaksi Bella hanya buat tidak tahu. Biarlah Bella nak kutuk ke apa...yang penting, hati orang tua kena jaga. Takkan dia nak cakap...
“Saya Nick Batman, ketua gengster dan penjenayah. Saya culik anak pak cik. Nak paksa dia kahwin dengan saya.” Boleh ke gitu? Mahu dia kena parang kejap lagi.

Monday 27 March 2017

Frankenstein (Edisi Bahasa Melayu) ~ Mary Shelley

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Robert Walton dalam ekspedisi mencari laluan baru untuk ke Lautan Pasifik melalui Lautan Artik, menemui lelaki yang hampir mati, terapung di atas lautan ais. Lelaki itu adalah Victor Frankenstein, yang menceritakan kisah hidupnya yang tragis. Seorang genius yang cuba menjadi Tuhan dengan menghidupkan makhluk yang dihasilkan daripada cantuman mayat-mayat. Tragedi bermula apabila makhluk itu mula menuntut kasih sayang penciptanya.

---- Mary Wollstonecraft Shelley, menghasilkan novel gothik Frankenstein; or, The Modern Prometheus (Frankenstein) ketika usianya 18 tahun dan diterbitkan pada tahun 1818, dua tahun selepas berkahwin dengan penyair, Percy Bysshe Shelley.

Dosa Dan Insan: Perjalanan Menuju Tuhan ~ Hilal Asyraf

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Dosa dan Insan, jika kita teliti dua hal ini, sesungguhnya tidak dapat kita nafikan bahawa kedua-duanya tidak terpisah. Sebagai manusia biasa, kita punya dosa. Pasti ada kekurangan dan kelemahan kita. Mungkin ada yang telah mampu kita tinggalkan, mungkin ada yang masih bertempur untuk meninggalkannya, dan mungkin sahaja ada antara kita yang jatuh semula, lagi dan lagi.

Jujurlah... Sayang! ~ Izz Jaja

(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Noah dan Aira... dua nama yang punya kehidupan berbeza. Ibarat, seorang di utara, seorang di selatan. Aira menyembah Dia. Sedangkan Noah tidak percaya kepada Yang Maha Esa. Tidak pernah sebulu. Mereka bertemu dalam keadaan tidak diduga, sungguh memalukan. Saling kenal dan saling sayang.

“You are not a friend of Jammy?”
“Nope!”
“Then?”
“A stranger that want to use a toilet. Just for a while.”

Bukan Aira yang meminta, tetapi Noah yang tidak sabar, lantas hubungan itu termeterai dengan janji suci. Hidup bersama, terlalu banyak rahsia Noah yang terbongkar setelah itu. Aira bingung dan keliru. Apakah dia tersalah memilih Noah sebagai teman hidup?

“You’ve lied to me. Everything about you was a lie.” - Aira Al-Imani

Noah diam mengiakan. Hati juga mengakui, perhubungan mereka dimulai dengan sebuah pembohongan. Dia cuma punya cinta yang lahir dari sekeping hati. Tetapi, apakah Aira mengerti rasa yang tidak pernah padam itu?

Jom Bercinta!!! ~ Dayana Darwisy

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Atilia gadis manis, periang dan manja. Sentiasa hidup ceria dan bahagia walaupun punya musuh ketat dalam kalangan ahli keluarganya sendiri. Siapa lagi kalau bukan anak saudaranya. Dia dan anak saudaranya yang bernama Rafiq Idlan itu pantang bertemu mata, pasti ada saja yang tidak kena. Bahkan tindak-tanduk lelaki itu mampu menaikkan darahnya dan mendidihkan hatinya setiap kali bersua.

Hidupnya bertambah pening dengan kehadiran wanita bernama Balqis. Kedatangan wanita itu telah mengubah perjalanan hidupnya. Semata-mata ingin mengelakkan diri daripada terjebak dengan wanita itu, dia perlu menukarkan statusnya dengan kadar segera. Masalahnya siapa yang sanggup membantu?

Ya... memang tidak dinafikan dia meminati seseorang. Berpuluh-puluh coretan luahan hatinya terhadap lelaki bernama ‘Raid’ itu dia karang. Tapi permasalahannya sekarang... ‘Raid’ itu bukannya cintakan dia pun. Takkan dia nak ajak kawan Rafiq Idlan bernama Ayman Hyeqal itu berkahwin dengannya pula? Itu gantung diri namanya. Dia pun tidak sanggup hendak menduakan ‘Raid’ walaupun tahu dirinya bukan sesiapa dalam hidup lelaki itu. Lagipun dia dah buat ‘Aku Janji’ dengan diri sendiri, tidak akan berkahwin selagi ‘Raid’ idaman kalbunya itu belum berkahwin. Wanita bernama Balqis ini benar-benar menyusahkan hidupnya!

Thursday 23 March 2017

Bukan Cinta Biasa ~ Izzul Izzati

(SEM & S/S) RM26.90 > RM23.70

Kemanisan bercinta mahupun mencintai belum ada dalam lipatan kamus hidup Shahira. Bagi Shahira cinta tidak perlu dipaksa…tak perlu dicari…kasih akan datang sendiri tanpa diduga.

“Ira tahu tak, selagi Nuar terus bernafas selagi itulah Nuar tak akan berhenti daripada merindui Ira. Hanya Ira yang Nuar nak. Pertama dan terakhir.” Anuar dengan bersungguh-sungguh menyakinkannya.

Shahira sering menjadi perhatian ramai pelajar lelaki di kampus termasuk pensyarahnya. Namun sebagai insan biasa yang serba kekurangan dia tidak mampu memenuhi kehendak dan menjaga hati semua pihak dalam satu masa.

Jesteru itu ungkapan cinta yang diharap dan ditunggu oleh mereka termasuk teman baiknya, Anuar sejak dari bangku sekolah lagi diserahkan kepada jodoh dan takdir.

“Yang awak berdiri kat sini macam tunggul kayu tu, apa hal?” soal Shahira dengan nada marah. Geram melihat Azlisyam begitu seronok ketawakannya.

“Awak ingat saya saja suka-suka duduk depan awak? Ingat muka awak tu cantik sangat ke, nak saya tatap? Itu kan kereta saya, yang awak halang laluan saya tu, kenapa?” Dengan selamba Azlisyam berkata. Saja nak menyakiti hati Shahira.

Kita Suka Sama Suka ~ Norra Hassan

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Sebelum ini, mereka kenal gitu-gitu sahaja. Tetapi, dek idea gila Yellow yang hendak menguji kasih sayang keluarga, Pepper kena menghadap muka Black sentiasa. Konon untuk membantu Black mencari Yellow yang lari dari rumah. Walhal dia menjadi talam dua muka untuk kawan baiknya itu.

Selama ini, Pepper ingatkan abang Yellow itu jenis lelaki yang skema. Rupanya boleh tahan nakal juga lelaki itu. Patutlah Wafa dan Cattleya angau sakan. Tetapi, Pepper tidak peduli pun dengan minah berdua itu. Yang penting ialah misi dia. Lagi pula di hati Black hanya ada Alisha. Gila kalau dia berharap. Masalahnya nakal Black mula menggoda jiwa dan melemaskan rasa.

Hati, janganlah terpikat kat dia.

Adanya Pepper, Black rasakan yang dunianya kembali berwarna indah tujuh pelangi. Tidak lagi berwarna monokromatik, sekalipun luka kisah cinta yang kecundang masih memalitkan suram pada perasaan. Dalam riuh mengusik kawan baik adiknya itu, hatinya yang terusik tanpa sedar.

Sebuah tragedi, mereka teruji.

Tiada lagi Pepper, sebaliknya kini ada Teja Dahlia yang hilang kesempurnaannya. Tiada lagi Black, berganti Tuah Ubaydah yang ingin membina masa hadapan nan gemilang bersama.

Jejaka Idaman Hati Saya ~ Cahaya Ainn

(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Hey I just met you
And this is crazy
But here’s my number
So call me maybe?
013-4567890
“Awek mana pulak yang bagi nombor telefon pada kau guna lirik lagu Carly Rae Jepse ni?”

Disebabkan kejadian lima tahun dulu, hidup Razan Atira berubah 365 darjah! Puan Azira, ibunya telah memberikan kata dua iaitu:

A. Kahwin dalam tahun ini juga.
B. Berhenti kerja.

Mana mungkin dia akan memilih pilihan pertama! Sudah terlalu banyak yang dia lalui dan korbankan semata-mata demi mencapai cita-citanya! Jadi, pilihan apa yang dia ada? Namun, apabila melihat siapa calon-bakal-menantu-ibunya, Razan Atira hampir pengsan. Kejadian lima tahun dahulu kembali menerjah dalam kotak ingatannya.

“Ya. Awak setuju dengan rancangan perkahwinan ni sebab awak nak balas dendam ke? Awak nak balas balik atas apa yang saya buat pada awak lima tahun dulu?” ~ Razan Atira.
“Tak sangka awak ingat lagi kejadian lima tahun dulu. Ingatkan dah lupa.” ~ Razin Adi.

Suamiku Tak Gentleman ~ Daisy Zahra

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Sudah lama Adam Firas menantikan saat-saat itu. Saat-saat untuk membalas dendam kepada sasarannya selama ini. Pertemuan demi pertemuan sengaja dirancang untuk berkenalan dengan Alisya, anak kepada usahawan yang terkenal itu. Sehinggalah dia diambil bekerja untuk menjadi pengawal peribadi kepada gadis bersikap diva itu.

“Oh! Lagi satu, you jangan nak perasan okey? Suami segala… Tolonglah! You tu bukannya jenis yang I suka pun. Idiot!”

Cakaplah apa pun, Adam akan bersabar demi tujuan asalnya demi muncul dalam keluarga tersebut. Entah di mana silapnya, lain yang dirancang lain pula yang jadi. Gara-gara satu salah faham antara Alisya dan kedua-dua orang tuanya, namanya turut terbabit sama. Cik puannya merayu bantuannya untuk menjadikannya sebagai suami.

Bila sudah berkahwin, isterinya mula berubah perangai. Daripada diva kepada manja semacam.

“Bukan taste Lis yang budiman? Gentleman, kan? Saya bukan macam tu. Saya tak gentleman.” – Adam
“Itu dulu… Sebelum I kenal you. Sekarang, cita rasa I dah berubah. I nak you.” – Alisya

Hipster Hartanah ~ Harith Faisal

(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Tip & Motivasi Beli Rumah Untuk Orang Muda

Benarkah kita tidak mampu membeli rumah? Sebenarnya, kita takut nak beli rumah bukan sebab tidak mampu, tetapi kita tidak tahu caranya. Apabila ada ilmu, keyakinan akan datang kemudian. Ilmu pelaburan hartanah dan ilmu pengurusan kewangan perlu seiring. Kedua-duanya perlu untuk memiliki sebuah rumah.

Semakin lambat anda beli rumah, semakin banyak peluang yang anda terlepas. Dahulukan mana yang patut didahulukan. Kalau belum mampu nak beli rumah bertanah, tidak salah mulakan dengan flat atau apartmen dahulu. Ingat ini, rumah impian tidak semestinya rumah pertama anda.

Tak perlu nak acah-acah HIPSTER sangat bab-bab makan candle light dinner, jubah mahal gila, kereta import, motor berkuasa tinggi, tudung eksklusif dan gaya hidup metroseksual itu. Beli sahaja rumah banyak-banyak di awal usia, sudah tentu anda adalah HIPSTER HARTANAH.

Selepas baca buku ini, anda tidak akan menyesal untuk beli rumah walaupun untuk duduk sendiri. Percayalah! Anda akan belajar cara yang betul untuk dapat keuntungan daripada pembelian dan pelaburan hartanah khas untuk anak muda. Ayuh, mulakan langkah pertama anda sekarang!

Hologram ~ Iwan Reaz

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Apa yang harus aku lakukan? Masa semakin singkat. Mereka akan mengatakan aku gila jika aku memberitahu bahawa mereka semua bakal mati. Ahhh! Aku semakin tertekan. Namun entah mengapa, kakiku kembali semula melangkah ke pintu utama pejabat. Pantas dan tangkas. Walaupun otak sudah tidak lagi bertindak cerdas.

“Get out from here right now! You guys are in danger! Quick!” Aku terlolong di tengah pejabat.

Suasana sunyi. Semua berhenti menaip, berhenti berbincang, berhenti bekerja. Aku menjadi perhatian. Semua orang memandang tepat ke arah aku.
---------------------------------------

Buku PURIS ini sesuai untuk pecinta karya fiksyen berorientasikan seram dan misteri. Buku HOLOGRAM oleh penulis muda IWAN REAZ perlu anda miliki. Membawakan 14 buah cerita pendek yang memaparkan kejadian-kejadian aneh serta mengerikan hingga ada yang menemui ajal.

HOLOGRAM membawakan kisah seorang pemuda yang dapat melihat bilakah saat kematian setiap orang yang ditemuinya. Namun, dia tidak tahu bilakah saat kematian diri sendiri. Kenapa dia yang dipilih dan kenapa dia sahaja yang mendapat anugerah ini?

Berlari ke Syurga: Tour De Jannah 2.0 ~ Ustaz Ahmad Dusuki

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Berlari Ke Syurga merupakan himpunan kata-kata dan kisah-kisah sirah dari Facebook Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.

"Ketika kamu MEMBERI, kamu akan beroleh kebahagiaan yang lebih banyak daripada kamu mengambil.
ni semua adalah pemberian daripada ALLAH, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang berada sahaja. Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai sahabatku!

ANTARA KANDUNGAN
1. Untuk Allah
2. Untuk Rasulullah ﷺ
3. Zikir & Istighfar
4. Jangan Berhenti Berdoa
5. Keluarga
6. Ayyuhal Walad
7. Dosa
8. Al-Quran
9. Kehidupan
10. Ilmu itu Cahaya
11. Sedekah & Rezeki
12. Baik & Buruk
13. Syurga & Neraka

Monday 20 March 2017

Kesumat ~ Fitri Hussin

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Beberapa tahun berlalu sejak hukuman gantung sampai mati ke atas Karim dilaksanakan. Lelaki misteri yang pernah mendatangi pendiri ajaran sesat Kumpulan Panji Hitam itu kini muncul pula kepada Soraya, satu-satunya waris Karim yang masih hidup. Soraya berdepan ujian sihir yang amat hebat oleh sekumpulan bekas orang kanan Karim. Lalu ia dihidupkan semula! Kali ini lebih hebat dan bernafsu besar!

Sejak itu, kegelapan mengganas lagi. Ia mara bagaikan api menjilat hutan kering. Dendam, tipu daya, darah dan rawan seolah-olah tidak mampu dibendung. Umpan-umpan ditabur dan pembunuhan demi pembunuhan dilaksanakan. Negara menjadi huru-hara.

Mampukah Azlan bertahan dengan ujian yang lebih runcing itu? Dapatkah Azlan dan ulamak-ulamak yang masih tinggal di tanah bertuah ini menghalang kemaraan kegelapan itu? Dapatkah mereka menyelamatkan negara ini dari dikuasai oleh hamba-hamba manusia syaitan itu?
Mungkinkah kali ini kebenaran akan ditewaskan oleh kebatilan?

“Datanglah padaku wahai roh yang tenang…” - Lelaki Misteri
“Tolong aku. Bebaskan aku daripada mereka. Buat seperti apa yang disuruh!” –Karim
“Tolong aku…” Soraya.
“Abang tak mahu hidup tanpa kepastian begini…” – Azlan.

Penanda Kubur Anira ~ Hafiz Aziz

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Anira bertekad untuk memiliki kecantikan untuk kelansungan hidupnya. Atas desakan hidup Anira menggunakan jalan singkat. Kecantikan yang diperolehinya tidak bertahan lama hanya mampu bertahan selama 24 jam sahaja. Desakan itu menyebabkan dia terpaksa membunuh dan terus membunuh demi kecantikannya. Taksubnya pada kecntikan tidak pernah padam. Nafsunya pada darah tidak akan pernah puas. Itulah sumpahan Anira... hingga akhir hayat. Di mana penanda kubur Anira akan berakhir?

Fobia ~ Siti Rozilah

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

RAYU... rayulah lagi! Semakin mangsanya menangis dan merayu agar dia berhenti menyeksa mereka, semakin dia seronok. Rayuan mereka seolah-olah nyanyian merdu di telinganya.
Dia ketagih melihat darah. Lagi banyak darah, lagi dia seronok. Melihat mangsanya menggelepar kesakitan adalah satu kepuasan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

Dia adalah seorang algojo yang ditugaskan untuk menghukum pesalah. Mangsanya bukan sebarang mangsa. Dia memilih perempuan seperti Sherry kerana Sherry adalah sasaran yang mudah dan paling penting, Sherry adalah seorang pendosa. Setiap pendosa harus dihukum. Di dalam kurungan, Sherry didera dan dibiarkan kebuluran.

Bagaimanakah nasib Sherry? Apakah dia harus mati di tangan algojo itu?
Kemudian, muncul pula Doktor Humaira, seorang doktor pakar psikiatri. Apakah seorang pakar psikiatri sepertinya dapat lari daripada digasak memori silam yang menakutkan?
Siapa pula lelaki bernama Luth, Hidayat serta Hakeem?
Awas, algojo itu masih bebas dan sedang mencari mangsa seterusnya!

“Cik, tolong saya, cik. Lepaskan saya dari sini, cik. Lelaki tu gila, cik.” - Sherry
“Bang, sorry, bang. Jangan tembak gua, tolonglah. Lu ambiklah balik perempuan ni. Gua sembah lu, bang, jangan bunuh gua... jangan bunuh gua!” - Ah Man
“Kau ingat aku tak tahu kau menyorok kat mana ya? Aku dapat hidu bau kau, Sherry. Sherry...” – Algojo

Let It Go ~ Reyna Ibrahim

(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40
Hari-hari adalah pengorbanan. Melepaskan sesuatu yang amat dekat di hati adalah pengorbanan terbesar seorang insan.

"Forget your past, forgive yourself, move on!"

"Seseorang teman penah berkata,
kenapa ujian itu datang da pergi?
Dan kemudiannya datang lagi.
Seolah ujian itu hanya untuk orang yang tertentu,
dan yang selesa akan terus selesa begitu.

Ruang dan peluang itu bukan datangnya membulat dan bergolek, dan ia bukan kesempatan yang mampu dilihat dengan mata kasar.

Kita lupa bahawa ujian demi ujian itu adalah ruang.
Ujian demi ujian itu adalah kesempatan.
Ruang dan kesempatan untuk kita dekat pada-Nya.
Untuk kita mengubah diri yang khilaf menjadi insan yang mula memperbaiki dikit demi dikit.
Untuk kita belajar mensyukuri nikmat yang jarang terlihat."

Kaki Masjid ~ Hisham AR

(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80
Pernah lihat ikan dilepaskan ke dalam air? Gembira ikan itu tidak terkata. Begitulah perasaannya apabila orang yang kaki masjid itu dapat berkunjung ke masjid.

Ibarat rindu kepada kekasih. Ibarat benda yang kita suka. Makin lama makin cinta. Makin dekat makin sedap, makin seronok, makin berahi. Hati sentiasa ingat, sentiasa melekat.

Jadilah kaki masjid, bukan kaki sembang atau kaki karaoke. Latih diri jadi kekasih Allah. Banyakkan pergi ke masjid daripada pergi ke supermarket. Banyakkan selawat, banyakkan sebut nama ya Allah, ya Allah, ya Allah. Bukan amal ya TV, ya TV, ya makan, ya makan, ya anak, ya bini.

Jom kita jadi kaki masjid. Masjid tempat peberet kita, insya-Allah.

Al-Quran Al-Karim Dengan Panduan Waqaf Ibtida' Walimatulurus ~ Telaga Biru

(SEM & S/S) RM145.00 > RM127.60

Al-Quran ini dilengkapi panduan Waqaf dan Ibtida’. Disertakan 2 pilihan warna kotak perhiasan di samping set al-Quran. Dilengkapi dengan penunjuk muka surat sebelah bagi memudahkan hafazan serta menjadi rujukan muka surat. Rekaan yang menarik amat sesuai sebagai hadiah dan hantaran pengikat kasih sayang.

4 Warna: Coklat, Pink, Hijau, Biru

Allah Dekat Tiada Gawat ~ Pahrol Mohd Juoi

(SEM & S/S) RM14.00 > RM12.30

Allah memberi ujian, Allah jua yang memberi jalan penyelesaiannya. Begitulah kasih sayang Allah, setiap penyakit ada ubatnya, setiap kepedihan ada penawarnya. Justeru, mereka yang hidupnya sentiasa merujuk dan akrab dengan Allah, akan sentiasa mendapat bantuan, pemeliharaan dan pimpinan pada setiap kesusahan dan masalah yang melandanya. Buku ALLAH DEKAT TIADA GAWAT ini adalah usaha kecil untuk menunaikan amanah dakwah untuk diri dan masyarakat. Untuk mengingatkan tentang betapa perlunya Allah berada di dalam hati kita. Tanpa Allah di hati, hidup akan huru-hara apabila diuji. Justeru, ingatlah pesan yang satu ini: Allah dekat tiada gawat!

Prophet Yusuf Series 1 ~ Ummu Ammar Amir, Ris Melati Shamsuddin

(SEM & S/S) RM12.00 > RM10.60

Prophet Yusuf Series 1 merupakan siri pertama kepada sirah Nabi Yusuf a.s. seperti yang diceritakan dalam surah Yusuf (12) dalam al-Quran. Buku ini membawa kita mengenali Nabi Yusuf a.s dengan lebih mendalam melalaui persoalan-persoalan: Siapakah Nabi Yusuf a.s.? Siapakah ayah baginda? Siapakah pula datuk baginda? Kenapakah Nabi Yusuf dicemburui oleh adik-beradiknya yang lain? Apakah mimpi Nabi Yusuf yang diceritakan kepada bapanya? Apakah yang terjadi kepada Nabi Yusuf pada usia yang masih muda?


Semua persoalan ini dikisahkan dengan begitu menarik dalam siri ini. Persembahan yang kreatif, ilustrasi yang menarik dan berwarna-warni menjadi nilai tambah kepada buku ini. Pengajaran yang diterapkan dalam penceritaannya juga mampu mendidik jiwa kanak-kanak.

Dosa-dosa Besar ~ Imam Al-Zahabi

(SEM & S/S) RM33.00 > RM29.00

Ramai daripada kalangan umum masih tidak dapat membezakan dosa yang dilakukan, sama ada kecil atau besar. Bahana dosa besar ini bukan sahaja memberi kesan kepada individu, malah mampu menular serta memberi kesan dan menjadi perosak ummah.

Tujuan utama Imam al-Zahabi menghasilkan karya ini adalah disebabkan ingin menyampaikan kepada umat Islam betapa dahsyatnya kesan dan implikasi dosa-dosa besar kepada pelakunya di dunia dan akhirat, bersandarkan kepada dalil al-Quran dan hadis Nabi SAW. Justeru, karya ini diharap dapat memberi kesedaran kepada umat Islam, lantas mereka bertaubat kepada Allah SWT dan melakukan amalan soleh.

Tuesday 14 March 2017

Jebat ~ E-Man Sufi

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Cinta. Itu yang dirasakan Mastura kepada suaminya, Jebat. Lelaki yang dingin namun seksi dengan parut di dahi. Hidup bersama Jebat, semuanya indah. Mastura bahagia.

"Asal ada abang, Mas tak makan pun tak apa..." - Mastura

Dia ingin melakar bahagia dengan membina momen-momen indah bersama Jebat.

"Terima kasih sebab kau sudi jadikan aku suami kau... Aku ni apalah yang ada, kan? Kadang-kadang aku rasa risau kalau aku tak dapat bahagiakan kau, Mas... Tapi aku janji aku akan berusaha jadi suami yang paling baik walaupun aku tak ada harta nak mandikan kau dengan kemewahan." - Jebat

Calon Menantu Daddy ~ Una Unee

(SEM & S/S) RM34.00 > RM29.90

Kerana tekad untuk anak kesayangannya berubah, Tan Sri Megat Khalid telah mengambil tindakan mencari sendiri calon menantu untuk anaknya, Eleya. Satu banner besar digantung di hadapan bangunan pejabatnya.

"Daddy! Kenapa nak malukan El macam ni? Apa maksud banner dekat luar tu? El malu tahu tak? Nampak macam El ni desperate sangat nak kahwin!" - Eleya

"Salah ke apa yang daddy buat tu? Kan El yang suruh daddy cari calon suami untuk El? Cara ni aje yang paling pantas, sayang." - Tan Sri Megat Khalid

Berita Tan Sri Megat Khalid yang ingin mencari calon menantu telah sampai ke pengetahuan Syed Thaqif. Dia yang sudah lama memendam rasa kepada Eleya terus mengambil peluang itu untuk menjadi calon menantu Tan Sri Megat Khalid.

"Actually, I pun tertanya-tanya macam mana daddy boleh pilih you? Padahal you ni langsung tak ada kriteria yang I nak. Tak kaya pula tu. Low standard!" - Eleya

I'm Backpacker: Germany ~ Khairul Abdullah

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Jerman ni macam terngiang-ngiang saja di telinga. Banyak kali dengar. ... Tapi itulah. Setakat dengar saja. Tak terasa nak pergi. Tak ada pulak dalam senarai negara mesti dilawati. … Tapi lepas Backpackers Korea dan Eropah, ada buku ni. Jadi mesti ada sebab KENAPA Jerman? Kenapa ada orang, bila dah pergi Jerman sekali, pergi lagi dan lagi? Tak ada negara lain dah? Kenapa ada yang duduk Jerman terus? … Rasanya Jerman ni, kes dia adalah 'tak kenal, maka tak cinta'. … Bila kau dah kenal dia, kau akan tanya, “Kenapalah aku tak tahu benda ni dari dulu lagi?” Kau mula tak dapat kawal diri. Kau terbayang-bayang Altstadt, Obersee, dan Königssee. … Yang kau pegang ni, buku ini, adalah detik pertama pandangan kau dan Jerman; rasa yang berpindah daripada mata, jatuh ke hati.

He's Just Not That Into You (Edisi Bahasa Melayu) ~ Greg Behrendt, Liz Tuccillo

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Wanita memang fitrahnya suka meluah. Mereka gemar berbincang sesama sendiri tentang pelbagai perkara, termasuklah perihal perhubungan, cinta, dan lelaki. Mereka mampu duduk berbincang selama berjam-jam sambil menganalisa hati lelaki yang kononnya begitu kompleks untuk difahami.

Hakikatnya, Lelaki tidak kompleks. Sangat tidak kompleks! Jikalau mereka suka, mereka suka. Jikalau mereka tidak suka, mereka tidak suka. Itu sahaja. Soalnya sekarang, mereka tidak akan beritahu sekiranya mereka tidak punya perasaan, atau tidak cukup suka pada seseorang wanita itu. Mereka lebih suka memilih untuk melakukan perkara-perkara yang akhirnya akan mengelirukan wanita itu sendiri.

Menerusi buku He's Just Not That Into You Edisi Bahasa Melayu ini, Greg Behrendt dan Liz Tuccillo akan membantu pembaca memahami hakikat apabila seorang lelaki tidak menyimpan perasaan istimewa terhadap seorang wanita.

Salahuddin Al-Ayyubi: Wira Pembebesan Baitul Maqdis ~ Glenat Editions

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Salahuddin Al-Ayyubi adalah satu watak besar dalam lembaran sejarah Islam. Legenda yang mengukir pelbagai pencapaian hebat semasa hayatnya. Panglima perang yang mendedikasikan hidupnya untuk dua tujuan, iaitu menyatukan umat Islam di bawah kekuasaannya demi memimpin jihad menentang Tentera Salib dan mengusir mereka dari jajahan takluk mereka di Syria-Palestin.

Cita-citanya yang tinggi itu tercapai dengan kemenangan tentera Islam dalam pertempuran di Hattin pada tahun 1187. Kejayaan itu turut membuka jalan kepada Salahuddin dan tenteranya untuk membebaskan semula Baitul Maqdis selepas hampir satu kurun lamanya ditakluk oleh Tentera Salib.

Napoleon Bonaparte: Sang Penakluk Eropah ~ Glenat Editions

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Bagaimanakah seorang tentera bertubuh kecil dari sebuah pulau menjadi Napoleon Pertama dan Maharaja Perancis?

Seorang jeneral, konsul, dan anak muda yang bercita-cita tinggi ini adalah seorang reformis yang bersemangat tinggi. Menerusi Revolusi Perancis, beliau berjaya menggulingkan sistem aristokratik yang menjadi amalan rejim lama. Beliau juga adalah pengasas negara moden dan genius dalam bidang ketenteraan yang mendominasi monarki-monarki di Eropah.

Novel grafik ini mengisahkan tentang kebangkitan jeneral muda Bonaparte dan siri kempen awal ketenteraannya, daripada penaklukan Toulon hingga ke kempen ketenteraannya di Itali serta kepulangannya dari Mesir.

Thursday 9 March 2017

Bicara Cinta ~ Missa J

(SEM & S/S) RM27.90 > RM24.60

Anis Sofea, gadis metropolitan berwajah Pan-Asia terpaksa mengharungi liku-liku kehidupan yang amat getir dan asing jauh dari hiruk pikuk dunia moden.

“Entah Mat Salleh mana yang buntingkan emak kau! Anak aku pulak kena jadi pak sanggup!”
“Nenda!!!

“Heh! Jangan panggil aku nenda! Aku bukan nenek kau!” Puan Sri Mahzan semakin berang bila Anis mula meninggi suara.

Selepas kematian ibu bapanya dalam satu kemalangan jalan raya, Anis disisihkan. Dengan hati yang luka dia membawa diri menjejaki asal usul ibunya di Bumi Kenyalang.

“Kamek tok teringin nak bermenantukan kitak. Nilah satu-satunya cara impian kamek tok jadi nyata. Kamek merayu pada kitak, Adee.” (“Aku tu teringin nak bermenantukan kau. Inilah satu-satunya cara impian aku menjadi nyata. Aku merayu pada kau Adee.”) Tok Ali menangis sambil memeluk lengan Adee. Adee terpempan.

Antara rela dengan tidak Anis dijodohkan dengan Adee yang mempunyai sejarah silam dengan keluarganya.
Mampukah mereka membina istana bahagia tanpa cinta?
Namun saat cinta mula berbicara, bencana datang melanda.

“Si Zairee tu kacau kamu lagi ke?” tanya Nenek Humairah.

Camp De Calais: Satu Ranah Seribu Kisah ~ Izzat Ibrahim

(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

"Sudah bersedia untuk masuk ke dalam hutan?' tanya Encik Jamal kepada kami ketika dalam perjalanan dari stesen kereta api ke kawasan penempatan pelarian Calais.

"Oh, dalam hutan ke kawasannya?' tanya saya dalam hati.

Ketika itu fikiran saya teringat akan sekeping gambar yang tersebar di Facebook berkenaan perbezaan antara kem-kem pelarian di beberapa buah negara. Kem di Perancis adalah antara yang paling teruk.

Kem pelarian di Calais, Perancis ini digelar sebagai The Jungle. Disebut sebagai Jungle kerana dulunya kawasan ini penuh dengan pokok-pokok. Namun sekarang pokok-pokok di kawasan ini telah ditebang. Menurut Encik Jamal, dulunya kawasan ini adalah tempat pembuangan sampah sarap.

Mungkin kerana nama tempat ini adalah "Hutan", Kadang-kadang manusia tiada akal. Bukan pelarian sahaja, penguasa-penguasa di sini juga melayan manusia seperti penjaga binatang yang kejam melayan binatang dengan cara yang tidak baik.

Dan ini pula adalah kisah saya sebagai salah seorang sukarelawa di kem pelarian Calais.

Fakta Saintifik Surah Yasin ~ Zul Hilmei, Mohamad Rohani

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Benarkah ada kehidupan selepas mati? Persoalan kebangkitan semula sesudah mati menjadi masalah besar untuk manusia mempercayainya kerana ia tergolong dalam perkara ghaib yang tidak dapat kita lihat dengan mata kasar. Mereka yang menolak kebangkitan semula akan menolak wujudnya syurga dan neraka, seterusnya menolak wujudnya Allah SWT sebagai Pencipta manusia.

Dr. Wahbah az-Zuhaili menyatakan surah Yasin mengemukakan bukti kepada manusia agar melihat kekuasaan Allah SWT seperti meghidupkan bumu yang mati menjadi subur. Buku ini menampilkan fakta-fakta kajian yang ada dalam surah Yasin bagi membuktikan bahawa kehidupan selepas mati itu memang benar-benar wujud.

Wang Emas: Bertahan Ketika Gawat ~ Mohd Zulkifli Shafie

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Buku “Wang Emas” berbeza dari buku-buku lain yang ada dipasaran. Hampir kesemua buku-buku emas dipasaran bercakap tentang “beli harga rendah jual harga tinggi”, tetapi buku Wang Emas memberikan penekanan manfaat simpanan emas selain beli harga rendah jual harga tinggi.

Buku Wang Emas juga menunjukkan jalan secara praktikal bagaimana simpanan emas untuk mampu membantu meningkatkan kedudukan kewangan setiap orang daripada mendisiplinkan diri menyimpan setiap bulan sehinggalah mencapai tahap “kebebasan kewangan”.

Amalan Mengangkat Darjat ~ Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi

(SEM & S/S) RM12.00 > RM10.60

Buku ini menghimpunkan amalan-amalan yang bersumberkan hadits-hadits dan amalan-amalan yang dianjurkan oleh alim ulama. Ia didatangkan dengan jadual lengkap seharian bagi membantu umat Islam memaksimumkan ibadah dalam setiap saat kehidupan, daripada bangun pagi hingga tidur kembali.

Anarkis Bangkit ~ Khairul Nizam Khairani

(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Sarjan Awai Anak Gamung yang dituduh membunuh peguamnya kini terasak apabila diburu oleh pihak berkuasa dan juga tentera upahan yang motifnya masih misteri. Hasratnya mahu melarikan diri pulang ke Sarawak terhalang apabila mengetahui anaknya, Desmond telah diculik kumpulan tentera upahan yang memburunya. Menyedari nyawa Desmond menjadi taruhan, Awai enggan lagi melarikan diri. Dia memilih untuk berjuang bukan sahaja demi maruahnya, namun juga demi nyawa anaknya. Darah pahlawan Iban yang mengalir di dalam tubuhnya tidak akan tumpah tanpa ada nyawa yang jadi galang gantinya. Dia sedar kini adalah masa untuk si ANARKIS BANGKIT!

Marco Polo: Penjelajahan ke Asia ~ Al Ghazali

(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Marco Polo adalah seorang pengembara yang paling terkenal kerana kisah perjalanannya ke China. Ketika Eropah sedang berada di zaman gelap, Marco Polo mencabar dirinya untuk keluar dari Venice dan menjelajah dunia.

Ketika itu, Eropah masih belum mengenali China. Marco Polo mengetepikan semua keraguan dengan mengembara sejauh kira-kira 7,000 kilometer ke timur semata-mata kerana dorongan ingin tahu.

Selepas 24 tahun berada di perantauan, akhirnya Marco Polo pulang ke Venice dengan membawa pengalaman yang dimuatkan dalam catatan kembaranya, The Travels of Marco Polo.

Catatan itu telah membuka laluan kepada dunia Eropah untuk mengenali China dan juga Asia Tengah. Kejayaan Marco Polo membangkitkan Eropah daripada tidur dan mula berlayar meneroka dunia. Catatan kembara itu bertanggungjawab mencorakkan perjalanan sejarah seperti yang dikenali pada hari ini.

Inilah kisah Marco Polo, seorang pengembara agung yang pernah muncul dalam sejarah peradaban manusia.

Wednesday 1 March 2017

Waris Dukun Hitam ~ Syikin Zainal

(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Embun, pewaris keturunan dukun hitam, seorang dukun yang benar-benar ampuh di zaman silam. Kedua-dua orang tuanya dibunuh oleh neneknya sendiri yakni Nek Kuntum semasa dia kecil. Sejak kecil Embun hanya didedahkan dengan segala macam sihir dan ilmu hitam. Dia diasingkan oleh masyarakat kerana dua sebab. Pertama, kerana Nek Kuntum mahu menyediakan dia sebagai pewaris ilmu tengkorak hitam dan sekali gus menjadi pewaris dukun hitam. Dan yang sebab kedua, kerana dia adalah cucu Nek Kuntum, seorang pengamal ilmu hitam yang ditakuti oleh penduduk kampung. Biarpun begitu, Nek Kuntum selalu sahaja menjadi tempat kunjungan penduduk yang sentiasa mahukan ‘sesuatu’ daripadanya.

Menginjak remaja, Embun mencintai seorang pemuda yang bernama Yusoff. Cinta mereka bersemi seiring dengan usia. Embun sebenarnya tidak mahu bergelar dukun. Dia sekadar mahu menjadi seperti gadis pingitan yang lain, dicintai dan mencintai. Hubungan Yusoff dan Embun diketahui oleh keluarga Yusoff dan Nek Kuntum. Mereka menghalang cinta mereka. Keluarga Yusoff menghalang kerana mereka mendambakan anak Orang Kaya Leman sebagai menantu. Sementara itu Nek Kuntum melarang keranaYusoff seorang pemuda yang bakal menghancurkan harapannya.

“Ya Embun ini. Tadi bilang tidak takut sama hantu. Baru tengok Sentot sudah kecut. Hingga Embun pun abang sudah tidak kenal,” - EMBUN
“Hantu? Mana ada hantu di dunia ini, Embun. Yang ada hanyalah syaitan. Yang tugasnya menyesatkan manusia,” - YUSOFF

Coklat Cinta ~ Nurharyati Ishak

(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

ADELIA... Adelia, hidupnya tidak seperti gadis lain. Dia sentiasa terkongkong di bawah perintah Ayu. Kemana-mana sahaja dia ditemani Syamil. Namun, apakan daya, menyedari akan status diri, dia terpaksa. Menjejak ke negara matahari terbit, hidupnya mula mewarna. Di sanalah dia mula mengenali erti cinta meskipun Syamil seakan bayang hitam yang sentiasa merantai kakinya.

SYAMIL... Kehadiran gadis itu sejak kecil sering mengundang amarahnya. Namun dia sedar, ada satu perasaan halus yang mula mengusik hatinya walaupun dia sering menafikan. Namun sikapnya yang sering menengking Adelia membuatkan gadis itu semakin menjauhinya.
DAMIEN... Seorang jejaka Cina yang mula menyinari hati Adelia. Sikapnya yang romantis dan melayan Adelia seperti seorang puteri membuatkan gadis itu mula membuka hatinya perlahan-lahan. Demi ingin melindungi Adelia, dia sanggup mengikat janji cintanya.
“You betul-betul cintakan I?”
“Sumpah.” Damien angkat sebelah tangan separas bahu.
“You janji tak akan curang dengan I?”
“Lelaki ini adalah lelaki yang paling setia dalam abad ini.”
“Kalau suatu hari nanti I dah gemuk, you masih setia dengan I?”
“Takkan sesekali I peduli pada saiz badan you.”

Alahai Miss Blur ~ Ayra Zahra

(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80

“ASTAGHFIRULLAHALAZIM! Kau orang berdua ni dah tak ada kerja lain ke hah?” soal Puan Fauziah dengan wajah yang cukup marah. Akid dan Awatif saling berpandangan seketika.

 “Kak Awa ajak Akid bersenam, mummy,” jawab Akid dengan selamba.

“Senaman apa macam ni? Yang kamu ikut aje Kak Awa kamu tu kenapa?” Geram pula Puan Fauziah dengan anak-anaknya.

“Akid, Awa apa ni buat bising malam-malam buta? Waktu macam ni orang dah masuk tidur, kamu berdua main apa ni?” tegur Encik Fathudin pula. Sungguh dia terkejut melihatnya. Dalam masa yang sama juga dia ingin tergelak melihat kerenah anaknya.

“Senamanlah ni, mummy daddy. Alah, sekali sekala aje Awa buat senaman rupa ni. Takkan tak boleh kut,” jawab Awatif dengan selamba.

“Baik kamu berhenti sekarang dan matikan laptop kamu sebelum mummy campak laptop kamu luar rumah. Cepat,” arah Puan Fauziah dengan tegas.

“Mummy ni tak sporting langsung, kan Akid?” bebel Awatif. Dengan pantas dia menoleh ke belakang dan menekan butang pause. Muzik video yang tadi rancak kedengaran terus sepi.

“Entahlah, mummy ni. Nak senaman sikit pun tak boleh,” jawab Akid pula. Dia terus melangkah menuju keluar dari bilik Awatif.

Cinta? Biar Betul ~ Anna Milia

(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80

FARID yang memandu ke bengkel. Aisya pula mengekori mereka.

“Kau bukan setakat perdajalkan dia, dengan aku-aku sekali kena tempias.” Farid berleter.
“Aku coverlah semua kos. Kalau kau nak cat satu kereta pun, no problemlah, Farid.”
“Kau tak rasa kasihan ke kat dia? Habis rosak berpuluh-puluh biji kek dia.”

Khaffy terdiam. Dia memang rasa bersalah tetapi rasa itu ditolak jauh-jauh.

“Kau cover sekali kerugian cup-cake dia,” suruh Farid.
“Tengoklah dulu macam mana.” Farid menggeleng.
“Ni, nanti aku berlakon yang aku tak cukup duit. Aku akan minta hutang dengan kau dan kau tak setuju. Kau pun berlakon sekalilah.”
“Huh? Kau nak perdajal dia sampai macam mana lagi ni?”
“Sampai dia tahu macam mana sakitnya bila messed up dengan family aku.”

Mereka tiba di bengkel mengetuk dan mengecat. Ketika mereka sudah memperolehi anggaran harga bagi kedua-dua kenderaan, Khaffy menarik tangan Farid. Dia memulakan lakonan.
“Aku tak cukup duit. Dia kata seminggu siap. Mana aku nak cari duit. Kau ada?”

Farid mengeluh. Apalah nasib aku hari ni, Sudahlah kereta dijahanamkan. Menipu pula. Tak tahulah apa lagi selepas ini.
“Kau ada duit tak?”
“Sorry, Khaffy. Aku tak ada duit sebanyak itu.”