ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, 30 November 2017

Legasi Tombiruo ~ Ramlee Awang Murshid

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

EJIM atau nama barunya Amaruddin telah lama meninggalkan dunia TOMBIRUO setelah mendirikan rumah tangga bertahun-tahun lamanya. Kini dia hidup bahagia bersama isteri tersayang Siti Nurhaliz dan anak tunggalnya Suriani. Bagaimana pun kebahagiaan yang dikecapi tercalar tatkala Semangat Hutan muncul semula dalam jelmaan bapanya, Pondulou. Bahkan menerusi mata fikirannya, Amaruddin sering melihat pembunuhan kejam. Amaruddin pun memutuskan untuk memburu pembunuh itu yang bermaharajalela di ibu kota Kuala Lumpur.

Diana seorang peguam biasa dan Sarah seorang wartawan jenayah Sinar Harian telah bertemu dengan Amaruddin menerusi satu kejadian tragis. Mereka bersepakat bergabung tenaga untuk membanteras penjenayah yang tampil dengan imej TOMBIRUO namun diubahsuai mengikut cara moden. TOMBIRUO hutan batu ini rupa-rupanya bukan calang-calang pembunuh. Manusian bertopengkan wajah dewa itu sangat handal sehingga berupaya mengalahkan ketiga-tiga mereka ini.

Siapa sebenarnya TOMBIRUO baru inn? Kenapa dia tega melakukan pembunuhan? Apa hubungannya dengan Amaruddin selaku mantan TOMBIRUO Hutan Keningau? Siapa sebenarnya pewaris legasi TOMBIRUO selanjutnya? Semua persoalan ini akan terjawab dalam karya mutakhir RAMLEE AWANG MURSHID dengan adegan-adegan saspens yang diadun kemas dengan nilai-nilai kekeluargaan, agama dan cinta.

Mungkinkah Dia ~ Anis Ayuni

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Biarpun tiada janji syurga mahupun janji bahagia, namun Nisa tekad dalam hati, ingin setia dalam berkasih. Meskipun, haruman cinta Qashfi yang kekadang seperti kuntuman mawar mekar setaman dan kekadang membuatkan diri Nisa terasa dipinggirkan, namun Nisa tak mahu biarkan ikatan cinta putus di tengah jalan.

Qashfi: Kalau Arief dengan Delia sanggup tangguhkan perkahwinan, inikan pulak kita yang belum buat apa-apa persediaan.

Nisa: Aku nak kata apa lagi? Takkan nak desak dia supaya hantar wakil untuk masuk meminang. Kalau tak hantar wakil, aku kahwin dengan orang lain. Boleh ke main ugut-ugut macam tu?

Nisa langsung tak hiraukan Naufal walaupun lelaki itu cuba mencuri perhatiannya. Tak mudah hatinya berpaling tadah, walaupun rayuan Ryo berterusan.

Ryo: Janji dibuat untuk dimungkiri.

Naufal: Kalaulah yang empunya senyuman dan ketawa itu belum berpunya, balik ni terus saya hantar wakil untuk masuk meminang.

Tapi, goyah sedikit rasa hati pabila dia diekori peminat misteri.
-Si Cantik Manis, anda sedang diperhati.-

Hati sering tertanya-tanya, gerangan yang mengulit rasa hati dalam kiriman mesej yang bisu. Mungkinkah 'gurauan' Qashfi untuk menduga hati kasihnya?

Projek Seram Terowong ~ A. Darwisy, Zaifuzaman Ahmad, Syasya Bellyna

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

LRT – A. DARWISY
~luar nampak manusia, tidak semestinya dia manusia~
Azlan, dalam perjalanan balik menggunakan LRT terkandas di terowong bawah tanah bersama sekumpulan penumpang yang lain. Mereka berusaha untuk keluar dan menyelamatkan diri di stesen paling berhampiran. Tetapi mereka tidak sedar di sepanjang terowong itu adalah tempat laluan lintasan makhluk halus yang turut berasimilasi dengan peredaran zaman. Berjayakah Azlan dan lain-lain mengharungi malam yang penuh kegilaan itu? Apakah mungkin pembinaan stesen sekitar tahun 90-an itu menyimpan sejarahnya tersendiri?

TUMBAL TEROWONGAN TERAWANGAN – SYASYA BELLYNA
~kau ghaib pendamping berganti~
Selari dengan waktu peristiwa kontrak selang 20 tahun sekali, ia telah membuka episod baru tentang Terawangan iaitu sebuah terowong yang tersembunyi di celah Gunung Kelibut. Terowong alam ghaib yang terbuka itu menghantui enam manusia yang telah ditanda pemilikan oleh qarin masing-masing. Campur tangan para pelajar sekolah agama dari Kalimantan yang dihantar oleh seseorang, membuka tabir rahsia perjanjian dua demensi. Mampukah perhubungan antara penguasa, si raja hitam dengan pewaris pesugihan dihentikan?

Monday, 27 November 2017

Mrs. Kamil ~ Laydee Amarfi

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Kamil yang ego. Kamil yang angkuh. Sentiasa mahu dipandang sempurna oleh orang lain untuk menutup kisah silamnya yang tidak sempurna. Shafina yang naif, walau tahu Mr. Kamil tidak akan memandang pekerja bawahan sepertinya, tetapi hati tetap mahu memuja lelaki itu. Ahmad Kamil itu sangat sempurna di mata dan hatinya. Dan pada hari Shafina ditugaskan untuk menggantikan tempat pembantu peribadi Kamil yang bercuti sakit, mata Kamil ternampak sesuatu pada Shafina. Sesuatu yang dia mahukan. 

“Will you marry me Shafina? Marry me because of who I am, not because of my family and not because of my status.” - Kamil 

Mimpi Shafina seakan menjadi nyata apabila Kamil melamarnya untuk menjadi Mrs. Kamil. Walau hati tertanya kenapa Kamil memilihnya, tetap juga Shafina berkata YA! Tapi, rupanya bahagia itu bukan pada apa yang diimpikan. Kamil yang terlalu ego untuk mengaku cinta walau sudah bertahun mereka bergelar suami isteri buatkan Shafina rasa dirinya bukanlah wanita yang si suami mahukan. Lebih buatkan Shafina yakin, bila dia sendiri terbaca wasiat arwah Tok Daddy Kamil. Betullah, Kamil ada agenda tersendiri ketika melamarnya. 

“Mungkin…kita patut berpisah.” – Shafina 

Mentorku Suami Aku ~ Cahaya Ainn

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

“I love you.”

Macam mana lelaki seperti Airil, yang selalu tayang wajah sejuk beku tak berperasaan boleh luahkan kata-kata tersebut kepadanya? Macam mana Airil, yang suka menengking herdiknya, boleh jatuh hati kepadanya?

“Saya tak boleh terima encik.” – Wafa
“Why? Awak dah ada someone special?” – Airil

Aduh! Alasan apa lagi yang dia nak bagi kepada Airil? Semua alasan yang dia beri sebelum ini, langsung tak memberikan kesan pun kepada lelaki itu.

“Saya akan selamatkan awak, kalau awak janji akan terima saya.”
– Airil

Gila! Macam mana Airil boleh buat tawaran begitu sedangkan dia berada di ambang maut? Mamat ini betul-betul dah gila!

“So, apa lagi alasan awak untuk menolak saya?” – Airil

Makna Kata Sayang ~ Hanny Esandra

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

“Hang memang gila seks agaknya. Suka-suka duduk atas perempuan. Senyum pun dah tahu lelaki miang!” – Aimi Ratna.

Blur Hang Anaqi bila berdepan dengan gadis garang yang menuduh dia bukan-bukan. Tak pasal-pasal dapat penampar wanita pula.

“Eh, boleh tak jangan hang-hangkan saya? Jangan guna perkataan hang tu! Guna awak saja dahlah.” – Hang Anaqi.

Alergi sungguh Hang Anaqi dengan perkataan hang. Geram bila Aimi Ratna si gadis utara itu selalu usik dan panggilnya hang. Sengaja buat dia sakit hati.

Pertemuan seterusnya mula menimbulkan rasa suka. Bila sudah suka, ada pula yang tak kena. Yuli si bimbo sakit hati bila dapat tahu Hang Anaqi sudah bernikah dengan Aimi Ratna. Lalu, rancangan jahatnya diaturkan, asalkan dia dapat bersama lelaki idaman.

Perkahwinan mereka diuji. Aimi Ratna berperang dengan rasa cinta dan rasa simpati sampai buta tuli untuk melihat kejahatan Yuli. Hang Anaqi bijak mainkan peranannya supaya perkahwinan mereka tidak teraniaya. Apa pun yang terjadi, Aimi Ratna tetap setia. Hang Anaqi masih berwaspada. Cinta dan setia harus berada pada lorong yang sama.

Suraya... I Love You! ~ Kufaz

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Suraya sedang asyik mengecap nikmat cinta dengan kekasihnya, Zain. Namun, segalanya musnah apabila bekas kekasihnya iaitu Ishak muncul semula dalam hidupnya untuk menagih cinta lama. Oleh kerana tidak mahu terseksa seperti masa lalu, Suraya menolak rayuan Ishak untuk kembali.

Sedang berbahagia, tiba-tiba Zain diserang sihir sehingga mengorbankan nyawanya. Suraya amat sedih dengan kejadian yang menimpa. Dia telah kehilangan satu-satunya jejaka amat dicintainya.

Kejahatan yang menimpa Zain tidak terhenti di situ. Kini, Suraya pula diganggu oleh makhluk-makhluk ghaib yang menyeksakan jiwanya. Dan dia memang tidak syak sesiapa melainkan Ishak.

Suraya nekad untuk berdepan dengan Ishak tetapi dihalang oleh rakan baiknya, Mona. Suraya kemudiannya membawa diri ke rumah Puan Hawa iaitu ibu kepada Zain yang mengenali seorang pengamal perubatan tradisional bernama Lukman.

Bersama-sama Puan Hawa, Mona dan Lukman, Suraya mencari jalan untuk menghentikan segala kejahatan itu sebelum berlarutan. Namun, perjalanan mereka tidak mudah. Pelbagai misteri dan kejadian aneh terpaksa ditempuhi. Misteri-misteri yang tidak dapat dijawab. Yang pasti nyawa yang tidak berdosa akan melayang. Dapatkah Suraya menghentikan ilmu hitam itu? Atau apakah kejahatan itu sendiri akan mengorbankan jiwa si pembuat onar?

Love You Abang Surau ~ Aeyfa Nasri

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Bercinta melalui surat? Memang satu kerja gila bagi Zafira dengan Abang Surau. Meski tidak pernah bertemu mata, hati sepakat mengatakan rindu dan sayang. Namun, rasa itu tidak terungkap.

“Let’s make a promise!”- Abang Surau

Sayang… janji tinggal janji. Segalanya berubah tatkala Abang Surau tidak memunculkan diri. Mulai detik itu, hati cuba ditutup namun dihalang oleh Afiq.

“Hati ni kalau boleh jangan dikunci terus. Abang yakin pasti ada keajaiban suatu hari nanti.”- Afiq

Selama lima tahun dia menjalani kehidupan seperti biasa. Kisah Abang Surau cuba dilupakan. Perkenalan dengan Thaqif membawa keceriaan dalam hidupnya hinggalah dia ditakdirkan menjadi seorang guru peribadi. Tekanan darah yang normal boleh mencanak naik.
Semuanya disebabkan Faheem dan si kecil itu.

“Apa maksud encik dengan jadual ni? Saya tak faham. Kerja saya cuma cikgu. C.I.K.G.U. Cikgu. Tapi ini kerja…”-Zafira
“Tak dispesifikasikan itu kerja siapa. Cik Fira ni… perempuan kan?” - Faheem

Thursday, 23 November 2017

Teman Pilihan Jiwa ~ Fatiah Zohar

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Zayyad Eshan. Orangnya memang kacak. Tinggi ala model dengan kulit boleh tahan putih. Rambut coklat keperangan asli dan mata biru kristalnya bersinar tatkala merenung orang. Boleh membuatkan gadis macam Syafia Insyirah jatuh pengsan dengan renungan tajam memikatnya.

Tapi, satu kelemahan Zayyad Eshan. Beku, sebeku iceberg! Hendak tengok senyuman mahal dia, memang perlukan kesabaran yang tinggi. Beku macam mana pun, tetap juga Syafia terpikat.

“Memang hobi kau pun, menyusahkan hidup aku.” – Zayyad.
“Hobi saya… menyayangi encik sepenuh hati. Encik kan bakal suami saya dan teman pilihan jiwa saya. Macam janji kita dulu-dulu tu.” – Syafia.

Zayyad muka beku, berlawan dengan Syafia yang suka perasan tidak bertempat. Memang Syafia juara dalam bab menyakitkan hati Zayyad. Bukan salah dia. Tapi, salah hati yang jatuh cinta kepada lelaki beku itu. Bukan senang hendak memenangi hati Zayyad. Usaha kena lebih, hati kena sado!

“Kita akan berkawan sampai kita kahwin!” – Syafia
“Kau boleh berhenti tak buat perangai gila kau?” – Zayyad

Riyadhus Solihin: Taman Orang-orang Soleh ~ Imam Al-Nawawi

(SEM & SS) RM95.00 > RM83.60

Riyadus Solihin adalah sebuah kitab yang menghimpunkan hadis-hadis daripada Kutubus Sittah iaitu enam kitab hadis yang paling utama dalam Islam. Kitab ini telah dijadikan pegangan selama ratusan tahun bagi para ulama dan penuntut ilmu kerana kedudukan ilmiah yang dimiliki oleh pengarang sendiri dan pemahamannya yang tinggi terhadap sunnah Rasulullah.

Isi kandungannya meliputi bimbingan yang dapat membina jiwa dan kekuatan untuk menghiasi kehidupan dengan amal kebaikan. Selain itu, naskhah ini menyentuh keperluan setiap aspek peribadi seorang Muslim dan hubungan dalam masyarakat. Tidak dinafikan kitab ini menjadi panduan dalam persediaan kita menuju Akhirat yang kekal abadi.

Antara kandungan menarik:
- Menguruskan masalah hati dan kekotoran jiwa.
- Motivasi dan dorongan untuk melakukan amal ibadah.
- Menjaga hubungan manusia dalam kehidupan bermasyarakat.
- Aspek moral dan adab dari mulai bangun tidur sampai kembali tidur.
- Perbahasan hukum-hukum syarak terutamanya dalam Mazhab Syafie.

Dunia Bukan Syurga ~ Dr. Abd. Basit Abd Rahman

(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Selagi kita masih hidup jangan bermimpi untuk bahagia. Kerana Ujian pasti menimpa. Jadi Redha dan sabarlah, itu yang bawa kita ke SYURGA.

Penerbitan buku DUNIA BUKAN SYURGA adalah salah satu langkah dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat umum di luar.

Buku ini mengambil inspirasi dan terjemahan daripada kitab “Safaqat Rabihah”. Ia berkisarkan mengenai keuntungan-keuntungan terbesar yang bakal diperolehi manusia melalui amalan-amalan mereka. Antara isu-isu menarik yang dikupas adalah;
1. Keajaiban Solat Subuh.
2. Bahaya mata yang melihat.
3. Sabar Kunci Kebahagian
4. Hebatnya Vitamin Al-Quran
5. Titiskan Air Mata Kerana Allah

Nota Hati Seorang Lelaki ~ Pahrol Mohamad Juoi

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

‘Nota Hati Seorang Lelaki' adalah gugusan kisah benar yang dirasai sendiri oleh penulis sepanjang kembara kehidupannya sebagai anak, suami dan ayah. Catatan-catatan ini adalah suara hati anda sendiri yang cuba disampaikan bagi pihak anda. Yakni, suara ‘hati kecil' kita yang lebih murni, tulus dan insaf, tetapi sering ditenggelamkan oleh ‘hati besar' kita yang ego, bangga dan alpa.

Cuaca Rumah Tangga
“Bila kepahitan berlalu, manis pun datang. Kita pun berbulan madu. Kemudian, pahit datang lagi. Bulan madu berakhir seketika. Kemudian manis datang lagi, bulan madu pun berulang lagi... Begitulah seterusnya mengikut cuaca rumah tangga.”

Tukar Tangan, Bukan Lepas Tangan!
“Dah kahwin. Anak perempuan sudah bersuami. Ibu bapa dah lepas tangan kepada menantu lelaki untuk menjaga anak perempuan mereka. Macam kita memandu kereta, tiba-tiba kita lepas stereng. Bayangkan!”

Jadilah Seorang Raja
Seorang Raja bertanya kepada seorang petani miskin, “Siapa kamu?”
“Saya raja,” jawab petani.
“Raja?” ujar raja itu kehairanan.
“Ya, raja pada diri saya sendiri!”

His Independent Girl ~ RD Athan

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Sementara menunggu waktu untuk perbincangan yang akan diadakan di CUSU, Shasha memutuskan untuk menunggu di ruang rehat yang disediakan sambil menonton rancangan televisyen.

Peristiwa yang terjadi pagi tadi sudah berjaya dilupakan. Dia tidak mahu marah-marah. Biarlah mereka. Kalau Najwa itu tiba-tiba menangis gara-gara Tengku Iffat, siaplah Iffat aku kerjakan.

Akhirnya Shasha tertidur di atas sofa. Dalam masa yang sama, Tengku Iffat yang ingin merehatkan diri di ruang rehat itu amat terkejut melihat kelibat Shasha di situ. Awal juga dia datang, getus hati Tengku Iffat sambil membelek jam tangannya.

“Laaa… Tidur rupanya tuan puteri ni.” Tengku Iffat tersenyum setelah melihat Shasha sedang terlentok di bahu sofa tersebut.

Tengku Iffat terus duduk di sebelah Shasha sambil meletakkan kepala gadis itu di sisi sofa dengan beralaskan bantal sofa. Rambut depan Shasha yang menghalang wajah dikuak lembut ke sisi. Satu perasaan yang amat aneh hadir dalam diri Tengku Iffat. Amat menenangkan dan tenteram apabila melihat raut wajah Shasha. Hilang segala keletihan yang melanda. Dengkuran halus menambahkan lagi ketenangan dalam jiwa lelakinya.

Tiba-tiba pintu ruang rehat dikuak oleh seorang lelaki.

Friday, 17 November 2017

Syarah Hadis 40 ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

(SEM & SS) RM70.00 > RM61.60

Imam Nawawi Rahimahullah merupakan salah seorang cendekiawan Islam yang terulung dan merupakan pendokong besar dalam Mazhab Syafie. Beliau dikenali dengan pelbagai tulisan yang bermutu dan bernilai tinggi. Kebanyakan hasil karyanya yang bermutu dan bernilai tinggi telah menyumbang banyak manfaat dan kefahaman mengenai agama kepada masyarakat sejak dari zamannya sehingga ke hari ini.

Antara karyanya yang sering dibaca dan diajarkan adalah Hadis 40. Menurut Imam Nawawi, Hadis 40 adalah koleksi hadis yang merangkumi pelbagai aspek asas dalam agama. Hadis 40 ini turut menyentuh persoalan Usul al-Din, Berjihad, Sifat Zuhud, Adab Kesopanan dan banyak lagi. Hadis 40 yang dikumpulkan adalah kompilasi yang sebahagian besarnya diekstrak daripada Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.

Membaca dan menelaah kitab ini tidak asing lagi buat masyarakat kita di Malaysia. Dirasai keberkatan penulisan sang penulis dengan terus menerus pengajarannya dan berkesinambungan generasi yang mewarisi ilmunya Rahimahullah.

Cinta Lara ~ Nuranis

(SEM & SS) RM27.90 > RM24.60

Menjadi peguam bela kepada Mashitah, telah menemukan Anis Zaheerah dengan sepupu wanita itu yang sebenarnya adalah lelaki yang pernah singgah dalam hidupnya. Pertemuan itu mengimbau semula memori tujuh tahun yang lalu. Satu penyeksaan bagi dirinya apabila harus menatap wajah lelaki itu. Anis Zaheerah sudah nekad, walau apapun yang terjadi dia tidak akan sesekali menerima kehadiran lelaki itu dan anak mereka. Namun mampukah dia menolak ketentuan Ilahi?

“Bagi saya peluang. Itu saja yang saya pinta,” mohon Shahrul Zafiril.

“Peluang untuk buat saya derita lagi? Tak cukup tujuh tahun dulu? Nak tengok saya sakit lagi? Itu yang abang mahu?" Anis Zaheerah meluah rasa hati.

Saat bahagia mula menyinari hidup mereka derita hadir tanpa diundang. Haifah Dayana, permata hati mereka meninggal dunia kerana kecuaian Anis Zaheerah. Shahrul Zafiril mula membencinya. Anis Zaheerah dituduh pembunuh. Dia tidak dibenarkan menziarah kubur anaknya. Anis Zaheerah begitu kecewa. Luka yang berparut dulu kini berdarah semula. Cinta lara ke mana nak dibawa hatinya? Adakah kebahagiaan akan menyinar dalam hidupnya?

Geng Masjid ~ Hisham AR

(SEM & S/S) RM21.00 > RM18.50

Musuh utama kita adalah kejahilan, Maka jihad kita adalah keluar daripada kepompong kejahilan ini dengan menuntut ilmu dan rajin hadir ke majlis ilmu.

Perpustakaan Dalam Islam ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

(SEM & SS) RM10.00 > RM8.80

Halaman Rentetan terhasilnya buku Kuasa Iqra, SS. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri merasa terpanggil untuk melebarkan lagi perbincangan berkenaan dengan tajuk Perpustakaan Dalam Islam. Al-Imam Hasan al-Banna menggalakkan rakan-rakannya supaya mengadakan perpustakaan peribadi di rumah. Para pencinta ilmu sudah pasti akan mengumpul pelbagai buku dan koleksi karya mengikut bidang dan ikhtisas masing-masing. Maka tidak hairanlah, ramai di kalangan ulama dan cendekiawan Islam, mempunyai perpustakaan peribadi yang mewah dan berkualiti.

Malah, ada kisah mereka yang mati kerana ditimpa buku-buku atau jatuh kerana memanjat untuk mengambil buku di atas rak. Alhamdulillah kami berjaya menerbitkan buku ini, sekalipun sudah 3 tahun tertangguh, untuk tatapan para pencinta ilmu dan pemilik buku yang bercadang menubuhkan maktabah peribadi atau untuk masyarakat umum. Ini juga lambang cinta kepada ilmu dan buku yang biasanya sinonim dengan cendekiawan dan cerdik pandai.

Rumah Yang Berkat Membawa Rahmat ~ Mohd Hariri, Mohd Zarifi, Mohd Ihsan

(SEM & S/S) RM21.00 > RM18.50

Kebanyakan buku yang berada di pasaran fokusnya adalah tentang dekorasi dalaman dan luaran rumah. Namun, buku ini menyajikan kelainan apabila memberikan panduan tentang reka bentuk kehidupan berpandukan tentang reka bentuk kehidupan berpandukan suluhan agama. sebuah karya yang unik hasil tulisan tiga orang adik beradik yang berjiwa besar. Buat pemburu kebahagiaan, saya sudah memilikinya, anda bagaimana?

8 Surah Pilihan ~ Umar Mukhtar, Hafizudin Saad

(SEM & SS) RM7.00 > RM6.20

Al-Quran itu, jika boleh kita katakan, ialah penyembuh, penghidup hati yang mati, dan pemberi ketenangan kepada jiwa yang gundah. Maka kami menyusun lapan surah-surah daripada al-Quran ini, tanpa menafikan kehebatan surah-surah yang lain. Dengan harapan sebagai silibus rohani kepada pembaca yang mengharapkan perubahan positif dalam kehidupan.

Surah-surah yang disusun ini memiliki kelebihan tersendiri terutama pada pengajaran, kisah tauladan dan hikmah-hikmah yang tidak terhitung banyak kepada mereka yang berakal. Bukan sedikit para sarjana mengamalkan surah-surah lazim ini sekali pun sebahagian hadis-hadis fadilatnya berstatus daif. Namun mereka menganggapnya sekadar silibus kehidupan dan jadual peningkatan iman yang dengan membaca, meneliti dan mengamalkan ajaran al-Quran, mereka memperoleh berkat dan manfaat yang tidak terhitung.

Thursday, 16 November 2017

Tulis Nama Atas Batu ~ Rissa Ahdiya

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

“Mak, kalau Najla nak tanya sikit boleh?”
“Nak tanya apa?”
“Kalaulah Najla ni Mila atau Kak Shidah, adakah mak dan ayah akan buat macam ni juga? Pilihkan bakal suami untuk mereka?”
“Kak Shidah kamu kan dah kahwin…”
“Kalau Mila? Mak tergamak ke kahwinkan Mila seawal ini dengan orang yang kerjanya jual ayam aje?”

“Najla, mak dengan ayah sayang semua anak-anak sama aje. Baik Najla, Mila mahupun Kak Shidah, semuanya mak sayang.” Suara Hajah Karimah sudah bertukar serak. Hatinya sedikit sebak kerana daripada pertanyaan Najla itu, tahulah dia yang Najla masih meragui kasih sayangnya sebagai seorang ibu.

“Tak apalah mak. Itu aje yang Najla nak tanya. Kalau dah itu kata mak, Najla terima walaupun hati Najla ni kuat mengatakan kalaulah Najla ni Mila, mak dan ayah takkan tergamak buat keputusan macam ni.” Najla menolak kerusi ke belakang sebelum menaiki tangga untuk kembali ke bilik. Hajah Karimah memandang belakang Najla yang sudah berlalu dengan mata yang basah.

Byline Cinta Wardah ~ Umi Kalsom

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

AKU, Wardah atau popular dengan nama glamour, Wawa. Aku dan cinta bukanlah satu topik hebat untuk digandingkan bersama. Tapi, aku tak sangka... Aku juga sebegitu glamour sehingga mampu tersenarai dalam hati dua jejaka. Malangkah mereka?

Bukan nak perasanlah, tapi emak selalu kata, cantik dan aku boleh dikatakan sebagai satu anugerah. Cuma satu yang spoil, aku memang pemalas tahap tak cukup kertas untuk bercerita. Disebabkan perangai ting tong aku, emak memang selalu risau, sampai selalu sangat laungkan 'sumpahan'...

"Adik hang dah ada orang yang nak. Mak rasa kalau tunggu orang masuk meminang hang dulu, pakat dua-dua jadi anak dara tua." -Emak

Dan ia adalah kali keseratus tiga puluh emak ulang suara pasal teori jadi anak dara tua. Eee... Mendoakan sangat! Disebabkan gerun dengan 'sumpahan' emak dan fakta usia yang makin meningkat sentiasa, aku pun cuba membuka hati untuk mencari cinta. Ada seseorang yang aku berkenan, seseorang yang sentiasa memandang aku sebagai sekuntum mawar. "Mawar tu cantik, secantik awak..." -Mawardi

Pelangi Untuk Ara ~ Azura Rasiddin

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

“Apa yang kau tunggu lagi? Cepatlah masuk kereta,” arah Eiyad dengan nada yang keras.

“Err, tak apa. Aku call Uber,” balas Ara tanpa memandang Eiyad. Tumpuannya masih terarah pada skrin telefon. Sedang membuat tempahan. Eiyad terus berjalan ke arah Ara. iPhone gadis itu dirampas. Applikasi Uber ditutup.

“Mama suruh aku hantar kau,” kata Eiyad tanpa nada.

“Tapi aku tak nak kau hantar aku. Aku boleh pergi sendiri. Kau tak perlu nak ikut cakap mama 24 jam lah Yad...” Eiyad menajamkan pandangannya ke arah Ara. Gadis itu tidak mempamerkan sebarang riak. Wajahnya tampak kosong.

“Masuk dalam kereta kalau kau nak phone kau balik,” ucap Eiyad sebelum berjalan ke arah keretanya. Ara mengetap bibirnya. Perlahan. Lambat-lambat, gadis itu mengatur langkah ke kereta Eiyad. Nak tak nak, dia terpaksa dengar cakap Eiyad. Well, Eiyad kan? Semua benda kena dengar cakap dia. Sikap control freak lelaki itu tidak mungkin hilang daripada dirinya. Ara memilih untuk mengalah. Malas nak bertekak.

Melirih Kasih ~ Marissa

(SEM & SS) RM21.00 > RM18.50

Bukan senang untuk FAIZAL jatuh cinta. Tapi entah kenapa mudah pula dia jatuh cinta dengan rakan sekerjanya sendiri. Ada sesuatu yang menarik tentang NURUL yang membuatkan FAIZAL tak mampu melupakan cintanya terhadap NURUL. Seksi mungkin tidak, cantik memang ya. Tapi NURUL mampu membuatkan hidup FAIZAL menjadi ceria. FAIZAL terpaksa gigit jari bila NURUL beritahu, dia sudah ada teman lelaki. Perlahan-lahan Faizal tarik diri dan doakan NURUL dari jauh. Namun seperti ada sesuatu yang menghempap kepalanya bila NURUL beritahu dia sudah mengandung anak teman lelakinya dan lelaki itu sudah menghilangkan diri.

"Saya mengandung tiga bulan."
"Awak mengandung?"
"Teman lelaki awak tahu?"
"Tahu, tapi dia tak mengaku dan dia dah tinggalkan saya."
"Jantan tak guna. Dah habis madu..."
"Habis tu macam mana sekarang ni?"
"Saya tak tahu..."
"Awak jangan bimbang. Saya akan selalu bersama awak. Awak percayalah, saya akan bersama awak. Cuma buat sementara waktu, saya nak awak tenangkan fikiran awak. Jangan lakukan perkara-perkara di luar kawalan. Memang awak berdosa besar, tapi awak kena sedar, sebesar mana pun awak buat dosa, kalau awak bertaubat, insya-Allah, semua dosa awak akan terampun."

Friday, 10 November 2017

Isteriku Aku Budak Gothic ~ Aqma Dee

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

INI kisah pertemuaan ahli perniagaan dengan budak Gothic! Pertemuan yang membawa seseorang yang berwibawa seronok menjalani kehidupan yang bebas. Mana tidaknya, Yaya, gadis berpakaian pelik, malah dikata pula pengikut ajaran sesat oleh keluarga sendiri!

“Famili saya nak jodohkan saya dengan perempuan yang saya langsung tak kenal,” cerita Rezza.
Yaya seakan-akan terkedu bila mendengar kata-kata Rezza. Tidak sangka masalah lelaki itu sama dengan dirinya. Kita geng!
“Masalah kita samalah tapi aku lagi teruk daripada kau sebab papa aku nak jodohkan aku dengan lelaki yang dah boleh digelar datuk, ” cerita Yaya. Kali ini dia akan menganggap lelaki itu kawan yang boleh menyelesaikan masalahnya.
Terkekek-kekek Rezza gelak bila mendengar omongan gadis itu.
“Saya sokong papa awak tu. Orang macam awak ni memang patut dapat lelaki yang dah bergelar datuk. Bayangkan awak di atas pelamin bersama dengan lelaki tua yang dah bongkok tiga. Seorang bersongkok, seorang lagi bergincu hitam. Lawak-lawak…”

TAMBAH lawak! Rupanya lelaki untuk Yaya itu adalah Rezza. Dan wanita untuk Rezza itu gadis pelik yang rambutnya macam ayam serama, bergincu hitam dan semuanya serba hitam.

Mana Rezza nak letak kewibawaan dia sebagai seorang ahli perniagaan? Boleh serasikah Yaya untuk mengubah kehidupan peliknya kepada seorang yang anggun?

Thursday, 9 November 2017

Supergirl ~ Wardina Aisyah

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

AINA MEDINA, dia bukan seperti anak-anak gadis sebayanya. Dalam usia 21 tahun, dia terlalu sibuk bekerja siang malam demi mencari duit menyara kehidupan. Tak kira penat atau sakit, dia tetap kuat demi orang-orang tersayang. Lagaknya tak ubah seperti seorang ‘Supergirl’.

LUTH ZULKARNAIN, lelaki yang punya segala-galanya. Rupa, harta dan pangkat. Namun ada satu yang lelaki ini tidak miliki. Cinta! Ya, lelaki setampan Luth tidak terisi hatinya dengan cinta setelah kecewa dengan percintaan lalunya. Baginya semua perempuan itu punya sifat yang sama. Mata duitan!

Satu insiden, menembungkan dua insan dari dua dunia berbeza.

“Be my wife.” – Luth Zulkarnain

Tawaran itu Aina rasakan sesuatu yang tak masuk dek akal. Mustahil dia menerimanya. Memang dia orang susah. Perlukan wang demi menyara keluarga. Namun dia bukanlah perempuan murahan yang menjual maruah. Dia tidak kemaruk menerima tawaran kerja paling gila pernah didengarnya itu. Merepek! Mengarut! Merapu meraban!

Jadi Milik Dia ~ Wan Nur Najihah

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

“Aku ni bodoh, pergi percayakan perempuan. Kaum kau ni licik macam ular. Penipu! Aku dah serik percayakan perempuan.” – Adrian

Perkahwinan yang diimpikan ADHA ADRIAN hancur apabila tunangnya membatalkan pernikahan mereka. Dendamnya kepada perempuan kembali muncul. Tujuh tahun menghilangkan diri, dia kembali dengan azam memulakan hidup baru. Namun, datuknya merancang mahu menjodohkannya pula.

“Habis awak ingat saya nak sangat kahwin dengan awak? Oh, memang tak hinginlah. Saya awal-awal dah tolak.” – Dian

Tidak mahu dijodohkan dengan lelaki yang mempunyai kisah silam, NUR SHAZAI DIANA melarikan diri. Mana mungkin dia mahu hidup dengan lelaki yang sombong, pasti dirinya menjadi mangsa. Dihukum atas kesilapan perempuan lain. Namun, sejauh mana dia lari, lelaki itu tetap muncul tanpa diduga. Bagi membalas budi datuk Adrian yang baik, dia menerima juga lelaki itu sebagai suami.

Dia Bukan Malaikat ~ Muhd Iqbal Samsudin

(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20

“The world is a book and those who do not travel read only one page.” (St. Augustine)

SINOPSIS:
Buku DIA BUKAN MALAIKAT, garapan oleh penulis Muhd Iqbal Samsudin. Beliau telah memilih genre cerpen untuk buku PURIS kali ini.

"Di sana, saya ditempatkan dengan seorang Melayu. Dia nampak selekeh sangat. Muka comot penuh dengan tampok hitam-hitam, gigi kuning pekat, rambut kusut masai, kasar bersikat tepi dan berkuku panjang. Tapi ada satu sahaja yang saya hairan, dia sungguh wangi. Bau wanginya semacam dengan minyak atar yang selalu ustaz-ustaz guna untuk ke masjid. Saya jadi pelik. Tersangat pelik ... .”

Cashflow Untuk Lelaki: Poket Bocor Tetapi Penuh ~ Shamsuddin Kadir

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Jangan baca buku ini sekiranya:
● Kita sudah beli rumah sewaktu umur 25 tahun ke bawah.
● Kita berbelanja kurang daripada duit gaji.
● Kita ada sumber pendapatan bulanan kedua dan ketiga yang bukan MLM.
● Kita sudah pandai guna duit orang lain untuk beli rumah.
● Kita pandai guna duit orang lain untuk melabur.
● Kita sudah beli rumah dengan 90 peratus diskaun.
● Kita beraya ikut Islam bukannya orang Islam.
● Kita tahu modus operandi semua skim cepat kaya.
● Kita tahu bagaimana untuk mengetahui apabila duit kita menjadi berganda.
● Kita sudah membeli emas yang dikecualikan daripada GST pada setiap bulan.
● Kita dapat membezakan antara Skim Betul dan Skim Tipu.
● Telefon bimbit yang kita pakai itu dibayar oleh orang lain.
● Ansuran kereta kita dibayar oleh orang lain.

Buku ini dikhususkan untuk para lelaki yang merupakan ketua dalam sebuah keluarga. Besar tanggungjawab lelaki, bahkan di dalam Islam sudah menetapkan lelaki yang perlu menyediakan nafkah zahir seperti rumah, pakaian dan makanan kepada keluarganya. Sekiranya bercerai sekalipun, suami tetap mempunyai tanggungjawab untuk tempoh tertentu untuk bekas isterinya dan mempunyai tanggungjawab menanggung nafkah ke atas anak-anaknya. Justeru, buku ini memberi panduan dalam pengurusan kewangan yang lebih efektif agar perancangan ekonomi keluarga lebih teratur dan terancang.

Mau'izhah Hasanah 3: Khabar Dari Barzakh ~ Ahmad Dusuki Abd. Rani

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Mau‘izhah Hasanah 3: Khabar Dari Barzakh ini menyambung perbicaraan dalam buku sebelumnya iaitu Mau‘izhah Hasanah: Malam Pertama Di Barzakh dan Mau‘izhah Hasanah 2: Teman Di Barzakh.

Buku ketiga ini membawakan kisah mimpi-mimpi orang soleh yang bertemu dengan roh sahabat atau ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia.

Roh-roh ini menyampaikan perkhabaran dari alam barzakh; seperti apa yang mereka perolehi daripada nikmat dan rahmat Allah SWT juga menyampaikan pesan nasihat buat orang yang masih hidup. Malah ada roh yang dapat menyampaikan wasiat mereka melalui mimpi.

Kisah mimpi mereka ini disampaikan demi satu tujuan; agar kita mengambil pengajaran dan sentiasa mempersiapkan diri menuju ke barzakh.

Tepi Kain ~ Izawati Eni

(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80
Jangan suka intai-intai, nanti hati yang berkecai.
Jangan suka tuduh melulu, nanti diri yang malu!

Jangan perasan orang sibuk cerita hal kita, SEBAB kita sendiri yang meyibukkan orang untuk bercerita hal kita.

Buku PURIS dengan tajuk TEPI KAIN, tulisan IZAWATI ENI ini merupakan artikel-artikel yang terdiri daripada kritikan sosial terutamanya yang berlegar dalam masyarakat Melayu ketika ini. Bagi masyarakat Melayu, tepi kain ini sungguh simbolik. Ibaratnya tepi kain ini bagaikan maruah. Tepi kain sangat dekat dengan si pemakai, apabila ada yang cuba menyentuh tepi kain pasti akan ada yang kena silat.

Peribahasa, “Jangan Jaga Tepi Kain Orang,” merujuk kepada jangan terlalu sibuk dengan perihal atau urusan orang lain! Sibuk dengan mengintai urusan orang yang tiada kena mengena dengan dirinya. Selepas itu, sibuk pula menjadi batu api atau menjadi tukang cerita dengan membuka aib orang!

Marugoto: Japanese Language And Culture Starter A1 Coursebook For Communicative Language Activities (Malaysia Edition) ~ Telaga Biru

(SEM & SS) RM41.00 > RM36.00
MARUGOTO - Starter (A1) terdiri daripada dua buku: Katsudou (buku teks untuk aktiviti bahasa komunikatif) dan Rikai (Coursebook untuk kompetensi bahasa komunikatif). Di Katsudoo tujuannya adalah untuk membangunkan kemampuan berkomunikasi praktikal melalui mendengar pelbagai bahasa Jepun dan melalui amalan bercakap. Di Rikai, anda dapat secara sistematik mempelajari sistem bahasa yang diperlukan untuk komunikasi.

Kedua-dua Katsudoo dan Rikai boleh menjadi bahan pengajaran utama, dan topik yang sama. Dengan belajar menggunakan kedua-duanya, anda boleh memperoleh keupayaan keseluruhan dalam bahasa Jepun.

Apa Salah Pengkid? ~ Adibah Abd. Rahim, Mariam Adawiah Dzulkifli, Rohaiza Rokis

(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20

PENGKID. Siapakah mereka? Bgaaimana mengenali golongan pengkid? Apakah faktor penularan gejala pengid? Apakah langkah-langkah pencegahan yang boleh di ambil? Jika ya, bagaimana? Siapakah yang bertanggungjawab dalam menangani gejala ini? Segala persoalan akan di jawab di dalam buku ini.

Ikatlah Hatimu di Masjid ~ Ahmad Zaidi Adam

(SEM & S/S) RM14.00 > RM12.30
Masjid berasal daripada perkataan Arab iaitu daripada perkataan sajada yang beerti sujud. Oleh sebab perbuatan sujud merupakan perbuatan solat yang paling mulia dan meletakan hamba di kedudukan yang paling hampir dengan Tuhannya, maka perkataan masjid di ambil daripadanya yang beerti tempat sujud.

Penyakit cinta dunia antara punca yang telah membunuh kecenderungan umat dalam memartabatkan masjid. Lupa akhirat mengakibatkan lesunya institusi masjid yang mulia dan hebat. Masjid sebagai simbol perpaduan, kini hanya tinggal kenangan. Sudah sampai masanya kempen cintai masjid dijana dan dijaja.

Telah tiba waktunya hati Mukmin beralih kepada rumah Allah dan merinduinya melebihi rumah sendiri agar cahaya hidayah menembusi hati nurani pembaca untuk beramal dan bertindak.

Cinta Hati Nayli ~ Rabihah Nur Ridhwan

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Hanya kerana hati tidak reda, aku terpaksa melalui kehidupan penuh kelam...

Nayli yang tiba-tiba hilang ingatan terpinga-pinga apabila diculik oleh seorang pemuda bernama Adrian. Lelaki bengis itu menuduhnya telah mencuri beg yang boleh menyelamatkan nyawa lelaki itu. Setelah disingkirkan sebagai ahli lembaga pengarah, Adrian semakin tersepit bila Puan Serina mahu menjual resort yang menjadi kenangan Adrian bersama arwah mamanya. Tersepit dengan keadaan itu, Adrian memerangkap Nayli kepada sebuah pertunangan. Tetapi perasaan lain pula yang muncul. Kelembutan dan kebaikan Nayli menyebabkan Adrian serba salah untuk menyakiti gadis itu. Bila tidak dapat bertemu dengan Nayli, Adrian mula terkapai-kapai membawa rasa aneh di hati. Dan sejak itu dia mula menjadi pengunjung setia hospital tempat Nayli bekerja.

"Kau yang mulakan permainan ni. This time...I'll make sure that I will win this games and you will regret for challenging me." - Adrian.

“Apa tujuan sebenar awak nak kahwin dengan saya? Apa permainan awak sebenarnya?” -Nayli

Bisikan Paranormal ~ Akma Saidon

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Dendam lama berdarah kembali…
Akibat dendam dan sumpah generasi lalu, keturunan ketujuh Megat Zaman Shah terpaksa menanggung sengsara. Cemburu, dendam, cinta dan kasih sayang dirangkum menjadi satu, lalu mengheret keturunan ketujuh dari Vila Dyruzz menuju ke Desa Senandung. Desa yang penuh dengan bisikan syaitan. Dan mereka, keturunan ketujuh itu terpaksa melakonkan kembali segala apa yang telah terjadi ratusan tahun lalu.

“Ingat Zaman Shah! Aku bersumpah atas nama ibuku! Aku bersumpah atas nama TUHANku! Akan aku binasakan kau dan keturunanmu!”- Raden Lestari

“Macam ada yang menumpang dalam jasad dia. Bukan satu, tapi lebih dari itu.”- Megat Mukhriiz.

“Aku dapat rasa, ada geruh yang sedang menunggu. Geruh yang lebih hebat dari sebelumnya.” –Mayang Kaila.
Nantikan kemunculannya!

SINOPSIS
Keturunan Megat Zaman Shah telah memenuhi jemputan undangan yang menjadi tradisi turun-temurun keluarga mereka. Satu demi satu perkara berlaku yang merumitkan permasalahan yang ada. Kebolehan seorang demi seorang daripada mereka teruji, namun petanda yang diterima tetap juga tidak ketemu jawapan yang dicari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...