Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday 26 March 2018

Calon Isteri Alexander Zulkarnaeen ~ Mastura Abdullah

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Alexander Zulkarnaeen, punya dua watak berbeza di kampung, juga di bandar. Dia memiliki segalanya berkat usaha gigih dan titik peluh sendiri namun hidupnya terpinggir apabila pulang ke kampung. Namanya tiada di hati abang-abang yang lain dek kerana kisah hitam yang pernah dilakukannya ketika waktu remaja dahulu. Sindiran dan cemuhan memang makanannya sejak detik hitam itu berlaku. Lalu pada mereka semua, dia hanya menampilkan diri sebagai anak muda biasa yang tidak punya apa untuk dibanggakan.

Namun, hatinya juga diketuk cinta! Cinta yang hadir tak disangka-sangka. Semuanya gara-gara janji pada sang ibu yang perlu ditepati. Janji mahu membawa menantunya menjelang 31 Disember. Dek kerana tidak pernah bercinta, diaturnya jadual pertemuan jodoh selama sebulan semata-mata kerana mahu mencari calon isteri buat diri sendiri. Dan di antara mereka semua, dia bertekad memilih empunya nama Intan Nawrah. Bagaimana denyutan cinta di antara mereka berdua bermula? Dapatkah Intan Nawrah mengisi kekosongan hati Alexander Zulkarnaeen, juga menambat hati anggota keluarga mertua yang lain?

Mungkinkah Dia ~ Theya Nur

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Penangguhan majlis pernikahan yang dipinta oleh tunangnya telah mengikat Haziq Asyraf dengan Nur Ayla Khalish. Perjanjian antara Puan Suria dan Datin Suhaila telah menguatkan sebab untuk menyatukan kedua-duanya.

Demi menghormati perjanjian yang telah dibuat oleh ibunya, Ayla menerima takdir yang ditentukan walaupun dia terpaksa bernikah dengan lelaki yang tidak pernah dia kenali. Fikirnya segalanya akan baik-baik sahaja. Namun di awal perkahwinannya, Ayla dihidangkan dengan kebenaran yang memeritkan. Kecuaiannya telah merantai kakinya dalam mahligai tanpa cinta itu.
“Isi perjanjian ni mengatakan yang kau tak boleh dan tak dibenarkan lari daripada aku sehinggalah Farah balik.” – Haziq
Terkesan dengan kesabaran Ayla melayannya, perlahan-lahan hati Haziq terbuka untuk menerima gadis itu. Namun, kerana ada dendam yang perlu dilunaskan, Haziq memilih untuk mengabaikan perasaan cinta yang baru berputik. Hidup Ayla diperkotak-katikkan tanpa belas ihsan. Ketabahan Ayla benar-benar teruji apabila Haziq memilih untuk menikahi Farah.

Cikgu Bankrap ~ Zaharoh, Fajar Nina

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Ada orang menjadi guru kerana kesemua ahli keluarganya adalah guru, maka dia menjadi guru kerana keturunan. Ada orang menjadi guru kerana ada kekosongan, maka dia menjadi guru kerana pekerjaan. Ada pula orang menjadi guru kerana keinginan yang dibaluti kesedaran, maka dia menjadi guru kerana keikhlasan. Kita boleh menjadikan pekerjaan guru sebagai pilihan ataupun bebanan. Bergantung kepada sejauh mana kekuatan kita menempuh ujian dan bisikan keduniaan.

Kiriman Daripada Tuhan ~ Thoyba Mursyidah

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Formula ganjaran Tuhan tidak tertakluk kepada logik pengiraan manusia. Semakin banyak kita mengikhlaskan pengorbanan, tanpa disangka-sangka semakin banyak rezeki dikurniakan.

SuratanNya juga tidak tercapai dek akal. Setelah takdir tertulis, tak akan ada tangan yang mampu mengubahnya. Apa kita menerima semuanya yang Dia kirim? Sepantas mana pula kita bersangka baik denganNya?

Bahagi(a) ~ Reyna Ibrahim

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Bahagia itu pelbagai bentuknya.
Bahagia itu luas definasinya.
Bahagia itu ada di mana-mana.
Bahagia itu berhak untuk setiap kita.
Dan, bahagia itu kita yang mencorakkannya.

Monday 19 March 2018

Jadi Menantu Pilihan ~ Cik Amal Amina

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

"Jom kita kahwin!" - Farhan.

Sebaris ayat tersebut buat hidup seorang Zara jadi huru-hara. Tak pernah terfikir olehnya untuk menjadi isteri pada Ahmad Farhan, anak jiran sebelah rumah yang sudah dianggap sebagai abang sendiri.

"Pasal apa abang hantar rombongan meminang?" - Zara.
"Sebab abang nak kahwin dengan Zaralah..." - Farhan.

Menjadi tunang kepada Farhan@paan itu tidak mudah. Tetapi lagi sukar menyandang gelaran yang halal di sisi lelaki tersebut. Ada saja langau yang datang menghimpit.

"Yup, bakal madu! Saya kan nak nikah dengan Dr. Farhan." - Maya.

Tak cukup dengan Maya yang menggoda, datang pula cinta pertama si suami.

"Aku akan pastikan Farhan jadi hak aku balik! Aku yakin dia masih cintakan aku. Aku ni cinta pertama dia." - Suraya.

Sambal Udang Petai ~ Riyana

(SEM & SS) RM33.00 > RM29.00

Pertemuan kali pertama Ezzad Fareeq dengan Ery Qaireena menerbitkan rasa cinta dalam diri Ezzad. Ditambah lagi apabila merasa sambal udang petai Ery buat pertama kali. Makin bertambah rasa cintanya.

“Sudikah Ery Qaireena menjadi isteri Ezzad Fareeq?” – Ezzad

Lamaran cinta dihulur. Nasib baik Ery sudi menyambut. Rumah tangga dibina setelah berbagai peristiwa terjadi. Perkahwinan mereka dirahsiakan daripada pengetahuan ibu Ezzad, Puan Sri Kasmah kerana wanita itu ada pilihan sendiri untuk Ezzad. Tapi, lama-kelamaan rahsia terbongkar juga. Puan Sri Kasmah berusaha untuk meruntuhkan rumah tangga anaknya, apatah lagi setelah mengetahui Ery adalah anak yatim piatu dan orang miskin. Rancangan diatur bersama Mazuen, gadis pilihannya untuk Ezzad.

“Ezzad, I cintakan you dan masih mencintai you!” – Mazuen

Mazuen masih menggoda menggoda Ezzad. Macam-macam cara dilakukan Puan Sri Kasmah untuk memisahkan Ezzad dan Ery. Menyihir, menjatuhkan Ery di dalam bilik air malah menculik anaknya sendiri pernah dilakukannya.

Polaroid ~ Jen NJ

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Tiara gadis yang agresif tentang apa yang dia tidak suka dan selalu melakukan apa saja mengikut kehendak hati sendiri. Kehadiran Tania menggugatnya. Gadis itu mempunyai raut wajah yang seiras dengannya. Kecemerlangan Tiara dalam pelajaran juga dirampas oleh Tania. Sejak itu, dia sangat membenci Tania dan suka menyakitkan hati gadis itu. Lelaki yang bernama Zafril yang merupakan pensyarah mereka juga turut terpalit sama dengan perasaan benci Tiara. Hanya satu sebab; Zafril merupakan abang Tania.

Zafril mengenali Tiara sebagai seorang perempuan yang sosial. Dia tidak pernah kisah akan kehadiran gadis itu. Sehinggalah, dia betul-betul berhadapan dengan Tiara untuk menyampaikan amanah Tania. Tanpa Zafril sedar, itu adalah pertemuan terakhir mereka sehinggalah Tiara muncul di depannya dengan sesuatu yang tidak diduga. Sejak itu, semuanya menjadi lain.

“Ara… manusia memang boleh berubah. Tapi jangan berubah kerana saya dan Nia. Kami bukan sesiapa pun pada awak. Kenangan yang saya ada dengan arwah Nia, takkan pernah sama dengan apa yang pernah ada dalam kisah kita untuk dijadikan kenangan. Awak takkan dapat gantikan tempat dia.” – Zafril

Nur Dari Gua: Tafsir dan Tadabbur Surah Al-Kahfi ~ Datuk Dr. Hj. Zahazan Mohamed

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Hakikatnya surah al-Kahfi mengisahkan tentang empat kisah yang menjadi tunjang dalam pembangunan masyarakat yang boleh diambil iktibar oleh masyarakat hari ini. Kisah-kisah terdahulu yang disebutkan Allah dalam al-Quran bukan sekadar hiasan ataupun rentetan sejarah. Namun, ia perlu dijadikan ibrah sepanjang zaman. Begitulah juga didikan serta motivasi yang diberikan Allah kepada pesuruh-nya. Setiap kali terdapat tentangan yang kuat daripada musuh Nabi, Allah akan memberikan semangat kepada Nabi untuk terus berdakwah.

Kik: Kad Imbas Khadijah: Suka Mengaji ~ Nurkhadijah Abdul Ghani

(SEM & SS) RM21.00 > RM18.50

28 keping kad HURUF TUNGGAL dengan imej menarik beserta penceritaan.
28 keping kad HURUF BERBARIS SATU dengan emoticons.
Booklet Panduan Cara Guna Kad Imbas Khadijah (KiK) bersaiz A5.
QR Code contoh aktiviti bersama KiK


Raja Bukan Sehari ~ Ikhram Husin

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Setiap isu atau masalah dalam rumah tangga perlu ditempuh dengan jiwa yang besar. Besarkanlah jiwa agar masalah menjadi kecil. Jiwa yang besar akan sentiasa membesarkan Allah SWT setiap kali berhadapan dengan ujian.

Allah SWT berfirman: “Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Rum 30: 21)

Maka dalam berumah tangga, apa sahaja yang membangkitkan rasa cinta dan kasih sayang suami isteri, pastikan asasnya ialah mencintai kerana Allah SWT; mencintai kerana Allah dan dicintai oleh orang yang mencintai Allah. Biarlah rumah tangga kita dipenuhi para pencinta yang mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW. Moga-moga dengan kehadiran buku ini menjadi sedikit bekal rujukan bagi para pengamal kaunseling, psikologi, pegawai agama, pemimpin masyarakat yang merupakan tempat rujuk kalangan komuniti. Begitu juga menjadi panduan buat pasangan yang bakal atau telah pun berumah tangga. Berusahalah menyelamatkan rumah tangga yang diuji sedaya mampu diri dengan sematkan keikhlasan hati.

40 Hadis Amalan Sedikit Pahala Berganda ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20
Buku ini mengumpulkan 42 hadis yang berkaitan dengan amalan dan bacaan yang mudah, tetapi pahala dan ganjaran yang sangat banyak yang diberikan oleh Allah SWT kepada sesiapa yang mengamalkannya. Antaranya:
Belajar ilmu agama
Solat fardu berjemaah
Melazimi solat sunat
Membaca al-Quran

KANDUNGAN
(A) Kelebihan Mengajar Dan Menuntut Ilmu Agama
(B) Kelebihan Wuduk
(C) Kelebihan Azan
(D) Kelebihan Solat- Kelebihan Solat Fardhu dan Sunat
(E) Bacaan
-Kelebihan Membaca Al-Quran
-Kelebihan Tahlil
-Kelebihan Istighfar
-Kelebihan Selawat
-Kelebihan Tasbih, Tahmid, Takbir Dan Tahlil
-Kelebihan Hauqalah
-Bacaan Menggandakan Amalan

Tuesday 13 March 2018

Maharani ~ Lily Haslina Nasir

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Engkau gadis pesona jiwa, lembut berkuasa memberi cahaya... Edan Israq - Dahulu nampak perempuan sudah lari satu kilometer. Masjid dan surau tempat dia lepak. Di sana dialah budak tukang bentang tikar dan sejadah. Kalau sesekali datang gila, dirakam video syok sendiri waktu dia menari breakdance untuk YouTube. Seandai ada gadis mahu berkenalan, cepat saja dia tolak. Perempuan yang tabarruj, jangan berangan nak jalinkan ukhuwah. Tapi siapa sangka, laluan takdir menentukan dia menjadi selebriti. Jejaka pemalu, berubah menjadi kekasih idaman setiap wanita.

Cahya Kartika - Seindah pengertian namanya. Kartika bermaksud bersinar, bulan, keteguhan, kebijaksanaan, pengaruh dan kekuasaan. Demikian hidup seorang selebriti yang mesra dipanggil Cahya. Namun kelebihan yang dimiliki membawa kesengsaraan, apabila hati Dida Sandra sentiasa rentung terbakar gara-gara dendam dan iri hati. Sisi jelik dan hodoh hubungannya bersama Alriz, menjadi punca Cahya hampir hilang arah hidup. Bertemu dengan Edan bagai membawa dirinya ke daerah ketenangan yang tidak pernah dirasai.

Bahagia Bukan Bidaan ~ Hessa Widad

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Selagi kita bernafas, selagi kita bersujud pada yang Satu, jangan pernah rasa putus asa untuk hidup.

“Dengar sini, Ain Farhana binti Sulaiman, aku ceraikan kau dengan talak satu.” – Azlan

“Terima kasih.” – Ain Farhana Lega. Walaupun perkahwinan yang terbina selama 16 tahun terpaksa dibubarkan. Dia perlu bebas. Bebas daripada kecurangan suaminya. Belum sempat mencari bahagia baru,niatnya sudah terhalang dek desakan Azlan supaya mereka bersatu semula.

“Hana, kita rujuk demi Kimi dan Ida, ya?” – Azlan

“Hana dah letih guna sebab yang sama untuk terima abang. Hana tak mampu nak tipu hati Hana lagi. Hana kecewa sangat.” – Ain Farhana

“Kalau begitu, abang tak izinkan Hana jumpa langsung dengan Kimi dan Ida!” – Azlan

Ustaz Traveller ~ Hamizul Abdul Hamid

(SEM & SS) RM35.00 > RM30.80
Menghimpunkan pengembaraan penulis yang cukup luar biasa di sebuah negara bernama Indonesia. Antara tempat yang dijejaki serta diulas sejarahnya ialah Jakarta, Pulau Sumatera, Bekasi, Bandung, Kota Medan, Surabaya, Bogor dan Kota Palembang. Turut dilawati masjid-masjid dan juga makam para Sunan yang pastinya memberi inspirasi serta pengalaman baru seperti Masjid Istiqlal, Masjid Sunan Ampel, Masjid Kubah Emas, Masjid Raya Medan dan Masjid Agung Palembang.

Penulis juga turut menyelami budaya serta cara hidup masyarakat setempat, memahami perilaku mereka, adat dan tradisi serta makanan istimewa yang ada mengikut daerah yang berbeza. Inilah keunikan yang tidak sama seperti di Malaysia.

Hidayah Milik Allah Bro! ~ Dato Dr. Mohd Izhar Ariff

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Buku Hidayah Milik Allah Bro! menampilkan perkongsian Dato’ Dr. Izhar Ariff Mohd Kashim tentang beberapa perkara penting mengenai hidayah dan kepentingan menjaganya. Bab-bab awal buku ini menampilkan perkongsian Dr. Izhar Ariff tentang perjalanan kisah benar beberapa individu yang telah mendapat hidayah termasuklah kisah aktor terkenal, Dato’ Jalaluddin Hassan. Sementara bab-bab seterusnya merumuskan bagaimana sifat mereka yang mendapat hidayah serta kepentingan menjaganya.

Syahid Bintang Syurga ~ Bazli Hazwan Che Osman

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00
Kisah Syahid yang diuji dengan sakit kanser seawal usia 3 tahun mendapat perhatian ramai setelah ayahnya, Bazli UNIC mula memuat naikkan perkembangan anaknya itu di media sosial. Kisahnya menjadi perhatian ramai netizen termasuk para selebriti sama ada dalam atau luar Malaysia. Perkembangan penyakit Syahid paling melonjak tinggi ketika Bazli dan UNIC dinobatkan sebagai juara Gema Gegar Vaganza musim pertama. Artis Indonesia, Oki Setiana Dewi dan penyanyi terkemuka Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza antara yang menziarahinya selepas itu.

Turut mendapat perhatian adalah Syahid walaupun terlebih dahulu disahkan menghidapi autisme dan bertarung dengan kanser, namun masih mampu menghafal beberapa surah dalam al-Quran termasuk Surah Al-Mulk. Setiap posting Bazli mengenai Syahid di Instagram menarik hampir 100 ribu ke 200 ribu view dan ribuan komen. Bagaimanapun, Syahid disahkan meninggal dunia pada Ramadan 2017. Kematian yang menghidupkan; apabila kisahnya menjadi tular termasuk di kalangan masyarakat luar negara seperti Brunei dan Indonesia. UNIC akhirnya mencipta lagu terbaharu mereka dengan liriknya didedikasikan kepada Allahyarham Syahid dan berjudul Bintang Syurga.

Fiqh Sunnah: Berdasarkan Mazhab Al-Imam Al-Syafie ~ Prof Madya Dr. Basri Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari

(SEM & SS) RM85.00 > RM74.80

FIQH SUNNAH, BERDASARKAN MAZHAB AL-IMAM AL-SYAFIE

• Keseluruhan tajuk yang dibahaskan (ibadah, muamalat, munakahat serta jinayah) berdasarkan pendapat dan hujah yang dikemukan oleh Imam al-Syafie beserta ulama yang mengikuti aliran ijtihadnya.
• Hujah dan dalil pula disertakan melalui al-Quran, hadis, ijmak ulama serta qias.
• Hadis yang menyokong pandangan ditakhrij agar diketahui darjat, martabat serta kedudukannya.
• Huraian isi diolah menggunakan bahasa melayu moden bagi membantu kefahama pembaca.
• Membantu para pendakwah, pensyarah serta golongan agamawan dalam memudahkan pembelajaran fiqh mazhab al-Syafie di Malaysia dalam semua bab.

Buku rujukan pertama yang mengumpulkan perbahasan tajuk keseluruhan berdasarkan mazhab al-Syafie yang lengkap dan merangkumi semua tajuk yang ada dalam fiqh mazhab al-Syafie itu sendiri.

Friday 9 March 2018

Sedetik Lara Mekar di Hati ~ Sara Hezra

(SEM & SS) RM29.00 > RM25.50

Irdina Iman memang 100 % cintakan Nashrul tapi tiba-tiba Nashrul buat hal yang tak pernah terlintas dalam fikirannya. Ada orang lain yang lebih memerlukan Nashrul jadi Iman perlu blah dari hidup lelaki itu walaupun kaki berat untuk melangkah. Aduh, memang macam kena hempap bongkah batu! Sakit betul rasanya sampai kata-kata cinta menjadi tawar di hatinya. 

Bagi iman ucapan cinta yang manis bersemut itu cuma acah-acah. Sehingga hadirnya Farieth, lagilah cinta itu hilang makna. Boleh pulak dia bergurau ajak kahwin lepas tu kantoi dia sebenarnya dah jadi tunangan orang? Nak percayakan Farieth? Memang taklah tapi sehingga satu ketika, lelaki itu datang bersama cinta yang dia tak mampu nak tolak lagi. 

“Tak mungkin abang cintakan Iman.”-Irdina Iman 
“Iman memang tak tahu sebab itu rahsia hati abang.”-Farieth Daniel 

Keranamu Laila Azwa ~ Dilla Ahmad

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

BETUL ke kata orang, orang lelaki dan orang perempuan tak boleh jadi BEST FRIEND? Sebab, nanti salah seorang akan jatuh cinta! 

“Kau kawan baik aku, Azwa. Tak sanggup rasanya nak lukakan hati kau tu. Kau faham tak maksud aku?”- HADI 
“Pergi ajelah, Hadi. Tak payah fikir pasal aku. Selama ini pun kau dah banyak menyusahkan aku.”- AZWA
“Jadi Itu yang kau anggap aku selama ini? Menyusahkan kau?” – HADI 
“By the way, nama I Adrian.”- ADRIAN 
“I tak tanya.”- AZWA 
“I tahu you tak tanya. Tapi I suka nak perkenalkan diri I pada you.”- ADRIAN 
“Nama I Azwa.”- AZWA 
“Okeylah. I panggil you sayang!”- ADRIAN 
“Lama tak nampak Azwa. Makin cun abang tengok.”- ABANG ZALI 

Tiga lelaki-lelaki ini tiba-tiba saja muncul dalam hidup Azwa yang tenang selama ini. Tapi sekarang dia keliru dan celaru sebab tidak tahu yang mana satu harus dia pilih.

Lelaki Lingkungan Cinta ~ Lily Haslina Nasir

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Antara redup wajah itu, aku menumpang cinta.
Antara kekar tangan ini, engkau aku pimpin.

Nakal. Itu perkataan yang paling sinonim dengan Adib. Semenjak di kolej sehingga ke universiti, Adib sangat terkenal. Bukan terkenal kerana kecemerlangannya tapi terkenal kerana kenakalannya. Semua pernah Adib lakukan termasuklah membuat ‘dajal’ kepada Esya. Bagi Esya, Adib adalah musuh nombor satunya. Kerana Adib dia didenda. Kerana Adib habis pakaiannya rosak. Kerana Adib dia terkenal di kolej.

Saya mungkin tak romantik, saya mungkin tak kacak, tak kaya... Tapi percayalah, hati saya melimpah kasih untuk Esya. - Adib

Mahligai cinta terbina ketika masing-masing masih bergelar pelajar. Esya pada awalnya tidak begitu yakin dengan Adib yang sangat nakal itu. Sikap Adib yang berlainan ketika bersama dia akhirnya menambat hati Esya. Bahagia yang dibina menerbitkan hasad dalam diri Zamri. Zamri berusaha memisahkan pasangan muda itu. Alasannya? Hanya dia yang tahu.

Ummu Sibyan ~ Ninie Othman

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Ummu Sibyan ialah jin betina yang suka mengganggu kanak-kanak di bawah umur dua tahun dan ibu-ibu mengandung. Kehadirannya membawa pelbagai malapetaka kepada keluarga tok ketua. Kemudian satu per satu kejadian seram dan menakutkan berlaku di Kampung Hulu 8 sehingga memaksa Tok Guru Semail bertindak menyelesaikan kes-kes itu dengan bantuan tok ketua, Samad, Berahim dan Leman. Ada yang berdamping dengan iblis sehingga sanggup menggadaikan iman dan ada yang merayu untuk dipulihkan kerana tidak sanggup menjadi mangsa kepada dosa-dosa nenek moyang mereka. Semua kes cuba diselesaikan dengan baik walaupun kadangkala nyawa mereka menjadi galang gantinya. Adakah apa yang diusir itu terus pergi ataupun kembali untuk terus menghantui?

“Waktu senja tu waktu syaitan iblis berkeliaran. Kenapa kamu tak fikir dulu sebelum nak buat apa-apa?” – Kak Mizah

“Aku dah kata jangan ganggu cucu aku. Kenapa kau tunjukkan diri kau malam tadi?” – Mak Senah.

“Aku pulang tanpa nyawa… Aku syaitan dan bukannya manusia… Tidak bernyawa, tidak bernafas… Tetap pulang walaupun sudah mati…” – Arwah Milah

Lintah ~ Illya Abdullah

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Bila hati termakan hasutan syaitan, yang tidak berdosa menjadi mangsa...

Inspektor Ryan diarahkan untuk mengendalikan kes kematian beberapa orang pelajar sebuah kolej yang dipercayai berpunca daripada santau lintah. Hasil siasatannya menemui jalan buntu. Kematian dalam kalangan pelajar kolej itu tidak melibatkan motif dendam atau sakit hati. Mangsa utama terdiri daripada sekumpulan pelajar yang sememangnya saling mengenali dan mempunyai ikatan persahabatan.

Zarin, Sephia, Zila dan Kamelia. Mereka semua antara kumpulan pelajar yang masih hidup. Antara mereka, Ryan mengesyaki seseorang sebagai suspek utama. Siapakah sebenarnya si pelaku yang melakukan kerja terkutuk itu? Adakah pelaku yang menggunakan ilmu santau lintah itu adalah dalam kalangan mereka yang berada dalam kolej itu?

“Manusia yang suka sangat buat benda-benda khurafat ni orang yang cetek iman. Orang yang berhati busuk, dendam dan benci ni mudah terkena virus jangkitan syaitan.” ~ Ryan
“Baik kau orang cari pelindung sebelum ‘benda’ ni terkena pada kau orang.” ~ Zarin

"Kau tak payah bimbangkan akulah. Baik kau risaukan diri kau sendiri dan keluarga kau. Aku takut ibu kau pulak kena baham dengan lintah.” ~ SEPHIA

Friday 2 March 2018

Afrika: Aku Mai Lagi ~ Dr. Hayya Bilal

(SEM & SS) RM40.00 > RM35.20

Afrika: Aku Mai Lagi ialah buku kedua Dr. Hayya Bilal selepas buku Laki Aku Negro: Kau Peduli Apa. Kembara beliau ke empat negara di Afrika iaitu Uganda, Kenya, Sudan dan Rwanda disampaikan secara santai, lucu dan sarat dengan informasi. Genre baru dalam kandungan buku Travelog untuk pembaca yang sukakan adventure dan ilmu.

Pembaca akan mendapat ilmu baru mengenai budaya, makanan, adat istiadat dan maklumat luar biasa mengenai Afrika. Buku yang membuka minda, membaca sambil duduk-duduk di atas sofa dan sampai ke Afrika tanpa perlu membahayakan diri ataupun mengeluarkan perbelanjaan besar. Hehehe.

- Mengapa budak Albino dibunuh
- Makan Rolex
- Pembunuhan Beramai-ramai
- Ular sawa bekas Presiden
- Adat berkongsi isteri
- Bakul menguji DNA bayi
- Adat kematian
- Idi Amin
- Presiden Rwanda
dan banyak lagi... banyak... banyak... banyak

Thursday 1 March 2018

Rantai: Kejahatan Pasti Terbalas ~ Arman Jazee, Saidee Nor Azam, Arifful Baqi

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

RANTAI BERNYAWA
Azim seorang Pencuri Profesional! Tiada apa yang dapat menghalangnya. Bila dia sudah menetapkan sasarannya. Lukisan bernilai jutaan ringgit, berlian bernilai jutaan dollar, barang kemas yang bernilai jutaan euro menjadi sasarannya. Tetapi kali ini Azim sudah tersilap langkah, dia tidak sepatutnya mengambil barang itu. Dia tidak menyangka kerana kesilapan yang kecil membawa natijah yang besar. Seorang demi seorang mati dalam keadaan yang misteri dan mengerikan. Kini dia tiada pilihan, dia terpaksa meminta pertolongan musuh yang memburunya untuk mencari pembunuh sebenar. Dia tidak sangka rantai yang dia curi dihuni syaitan yang kejam serta tidak harus dibangkitkan. Syaitan yang terkurung 3500 tahun yang lalu kembali untuk merajai dunia. Dia tiada pilihan…

RANTAI SAKTI
Seutas rantai yang diperbuat daripada batu yang gugur dari langit sebenarnya mempunyai satu kuasa yang tiada tandingan. Pada awalnya Rantau memakai rantai itu hanya kerana ingin menjaganya, setelah diamanahkan oleh bapanya yang juga orang pertama yang menjumpai batu dari langit itu. Namun ketika Rantau menuntut ilmu persilatan di hujung kampung. Bapa dan abang sulungnya telah menjadi mangsa kekejaman penghulu kampung yang bernama Naning.