Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Prolog Media. Show all posts
Showing posts with label Prolog Media. Show all posts

Thursday, 12 November 2020

Jika Aku ~ Anna Lee

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

“Jika Aku mind reader, adakah ia satu keistimewaan atau ketulahan?”

Teja, gadis mind reader yang terpaksa memecilkan diri kerana kelebihan itu membuatkan dia takut hendak mendengar setiap pemikiran orang lain yang ada saja menyakitkan hati.

Sehinggalah hatinya terpikat pada seorang jejaka. Jejaka yang penuh misteri dan sering menimbulkan tanda tanya. Tetapi, demi untuk tidak mengecewakan diri sendiri, cukup dia meminati lelaki itu dari jauh.

Namun, lain yang dirancang lain pula yang terjadi. Demi menghalang sebuah jenayah berlaku, Teja terpaksa mendekati lelaki itu. Sudahnya, kehidupan Teja yang menjadi huru-hara. Semakin dia mengenali lelaki itu, dia semakin keliru.

Ada rahsia disembunyikan. Ada rahsia perlu dirungkaikan.
Antara realiti dan ilusi, yang manakah kebenarannya? Yang pasti, dia perlu cari kebenaran itu. Kerana... Hanya kebenaran jalan keluarnya.

"Eleh, macamlah dia tu lawa sangat. Sempat aku menjeling ke sebelah. Emm...okey, dia memang lawa. Tapi... lawa kan subjektif. Mungkin bagi aku minah sebelah lebih lawa, tapi bagi si dia, aku lebih lawa... hee... okey, cukup Teja! Cukup. Aku geleng kepala. Kembali menatap skrin telefon bimbit."

Sunday, 19 July 2020

Sesuatu Yang Hilang ~ Anna Lee

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

"HIKMAH ATAU BENCANA?"

Bagi Mikha Mikhail kehidupannya sudah sempurna.
Ada ibu yang menyayanginya; dapat bekerja di syarikat idamannya dan ada dua orang BFF yang sehati sejiwa.

Namun, semuanya berubah pada satu pagi. Semua orang memandang pelik ke arahnya. Tambah menghairankan bila Shuwan dan Nayan beria-ia memeluk dan menangis melihat dirinya. “Kau ni dah kenapa? Macam sebulan tak jumpa aku.” “Babe… dah dua bulan kau hilang. Tak datang kerja.” Mikha melopong. Tidak masuk akal dia tak datang kerja selama dua bulan! Bukankah baru semalam dia bersengkang mata menyiapkan proposal untuk bosnya? Mana mungkin ditinggalkan kerjanya begitu saja?

Masalahnya kini, cuma satu; ada sesuatu yang hilang dari memorinya hingga dia tak ingat apa yang sudah berlaku! Pelbagai persoalan menggasak fikiran. Tetapi, semakin dia mencari jawapan, semakin dia lemas dengan jawapan yang ditemui.

Kita Yang Kedua ~ Ayumi

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

"KAU DAN AKU MELAWAN DUNIA"

Apabila Zak the rule bender…
“The way I see it, he was lucky I didn’t beat him to death.”

… bertemu Kia yang punya impian besar untuk dikejar…
“Mungkin aku kena tulis cerita alien pulak kut?”

… ia seperti permulaan kepada satu kisah cinta yang indah. Tetapi, seketul loket batu kristal opal yang menghubungkan mereka menjanjikan takdir yang berbeza.

“Perkara yang sama akan berulang setiap 5 tahun. Dua insan bertemu dan jatuh cinta melalui sepasang opal dan akhirnya terpisah.”

Zak dan Kia berjanji untuk tidak membiarkan ramalan itu menentukan pengakhiran kisah mereka. Tetapi mampukah setiap yang dilakukan mengubah takdir yang telah tertulis?

Kita kena buat sesuatu yang lain daripada apa yang ‘kita’ yang sebelum ni dah pernah buat.”
“You and me against the world.”

Persis ~ Ema Deesyiaqis

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

"TRUST NO ONE..."

Sedar sahaja daripada koma, dia berada di Bandung, Indonesia. Hidup bersendiri tanpa keluarga dan kawan-kawan membuatkan dia sering tertanya-tanya kehidupan jenis apa yang pernah dilalui sebelum ini. .

Tiba-tiba muncul Ilham yang datang dari Malaysia. Namun kedatangannya mengundang lebih banyak persoalan daripada jawapan. . “Sebenarnya, kamu itu sudah jauh berubah daripada Clemira yang aku kenal.” .

Begitulah kata tunangnya Ferhad apabila dia bertanyakan tentang dirinya yang dulu.
Semakin dia mencari jawapan semakin banyak persoalan yang ditemui Clemira. Dia yakin, hidup yang pernah dilaluinya sebelum ini bukanlah kehidupan yang biasa-biasa. Jika tidak, tak mungkinlah dia menjadi buruan geng Tzoro.

Thursday, 30 May 2019

Magisial ~ Jun

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

Cinta yang membawa kepada konflik adalah perkara biasa. Tetapi, konflik yang membawa kepada cinta adalah perkara yang…luar biasa!

Menjadi penulis di zaman dunia tanpa sempadan ini bukannya perkara yang menyeronokkan bagi Jen Ali.

Kejayaan novel Suamiku Bukan Anak Dato, Suamiku Anak Tan Sri diangkat menjadi drama adaptasi telah membuatkan dia menjadi mangsa kecaman ‘hakim-hakim' media sosial.

Sudahlah dikecam, diugut bunuh pula. Tidak cukup dengan itu, ada demonstrasi membakar novelnya di hadapan SOGO!

Kehidupan tenang Jen diragut. Sejak daripada itu, dia mula mengasingkan diri daripada dunia media sosial. Semakin dia selesa dengan dunia sepinya, muncul Danee, doktor kacak bermata coklat yang menjadi jiran barunya. Hati mula terusik. Putaran hidup yang selama ini tenang, mulai berubah. Perkenalan dengan Danee, tanpa disangka menjerumuskan Jen dalam kancah pembunuhan bersiri yang menggegar negara.

“Masyarakat kita sedang sakit. Sakit jiwa.”

Monday, 27 May 2019

Butterfly ~ Anna Lee

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Mengapa sebuah rahsia itu disembunyikan, adakah kerana kebenarannya menakutkan?

Hidup Laikha sangat bahagia. Punya ibu bapa yang sangat penyayang membuatkan dia tak pernah kurang kasih sayang. Namun semua itu hilang sekelip mata hanya kerana sebuah kejadian dan sebaris kata.

Tragedi kebakaran rumah keluarganya membuatkan Laikha mula mempersoalkan kasih sayang ibu dan bapanya selama ini. Mengapa setenang itu bapanya menerima 'kematiannya'? Mengapa tiada air mata yang mengiringi 'pemergiannya'? Dan yang paling mengecewakan Laikha, mengapa begitu mudah keluarganya menerima 'kematian' Laikha sedangkan dia yang sebenarnya masih bernafas?

Kepercayaan Laikha pada ibu dan bapanya makin terhakis apabila satu persatu persoalan mula muncul dan jawapan kepada setiap persoalan itu buat Laikha mula keliru dengan realiti sebenar.

Terang Bulan ~ Fakhrull Halim

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Setiap manusia ialah bulan: ada sebelah sisi yang tidak pernah ditunjukkan kepada sesiapa.

Kehidupan Badar yang normal mula terganggu dengan beberapa siri kejadian aneh. Makin menggusarkan bila seorang demi seorang temannya mula menemui ajal. Hanya satu cara untuk Badar menghentikan semuanya; dia perlu mencari Zamir! Hanya lelaki itu yang mampu membantunya. Namun bila hanya berbekalkan sebaris nama, tugas mencari itu bukanlah tugas yang mudah...

Sin mempunyai segalanya; kemasyhuran, kekayaan, dan perempuan. Satu-satunya benda yang tak pernah dia miliki, ialah diri sendiri. Jiwanya jadi kacau hingga dia nekad ingin menamatkan riwayat hidupnya. Muncul Zarul mahu membantu. Sin boleh dipulihkan dengan satu syarat; Sin harus bersedia untuk melalui satu perjalanan yang begitu asing. Mampukah Sin menghadapinya?

Antara Badar dan Sin, ada garis halus yang memisahkan kedua-duanya. Dan apabila garis halus itu lenyap... akan ada rahsia besar yang bakal terbongkar!

Sus.Suk ~ Nnajwa Azmee

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Jika kemaafan dapat menenangkan jiwa, maka maafkanlah...

Kehidupan Nasuha tak sebaik orang lain. Tanggungjawab yang perlu digalas terlalu besar untuk gadis seusianya. Namun, demi sayangnya pada keluarga, dia nekad untuk bertahan.

Siantang menjadi tempatnya meluah rasa. Segala rahsia, kesedihan dan keperitan yang dialami akan dikongsi dengan Siantang; yang sentiasa berdiri utuh di hadapannya, yang tidak pernah menilai atau menghakiminya walaupun seburuk-buruk perkara berlaku dalam hidup Nasuha.

Tetapi, semuanya berubah apabila ibu kesayangan Nasuha meninggal dunia. Rahsia hitam yang selama ini kebal tersembunyi, satu persatu mula terbongkar. Hidup Nasuha bertambah perit. Kenyataan perit yang terbongkar buat Nasuha rasa dikhianti hingga dia mula hilang pedoman.

Apakah rahsia hitam yang menjadi punca Nasuha menjadi separuh gila? Dan mampukan Nasuha menerima dan memaafkan si pembuat angkara?
Sussuk = Sorok (Loghat Terengganu/Kelantan)

Aku, Dia & Pinky Promise: Step Back ~ Anna Lee

(SEM & SS) RM40.00 > RM36.00

'Be careful with what you wish far...'

Hambar. Itu gambaran hidup Siti Saleha pada usia 33 tahun ini. Kerjayanya tidak seperti yang diimpikan dan tunangnya pula? Bukan calon jejaka idamannya!

Apa yang Saleha inginkan cuma satu keajaiban. Keajaiban di mana dia boleh mengubah perjalanan hidupnya berbelas tahun yang lalu. Jika diberi peluang, ada 10 senarai yang ingin diubah.

Tanpa diduga, satu kejadian telah membawanya menikmati kembali kehangatan era muzik Backstreet Boys dan Siti Nurhaliza. Macam tak percaya, hajatnya tercapai! Dia kini kembali ke tahun 1998!
Misi untuk mengubah zaman silamnya kini bermula.

Tapi...

Rooftop ~ Farrah Izzlorna

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

Apa yang akan berlaku jika tiba-tiba muncul seorang lelaki yang hanya anda seorang saja boleh melihat dan mendengar?

Aya, gadis yang suka menyendiri. Jadual hidupnya ke kelas dan balik rumah. Namun ketenangan itu menjadi huru-hara apabila seorang lelaki menjelma dan ingin berdamping dengannya.

Siapa dia ni? Kenapa dia pilih aku? Nenek moyang aku membela ke?

K, lelaki sarkastik yang suka mencampuri urusan hidup Aya menyebabkan gadis itu kerap hilang sabar. Puas Aya halau, tetapi K tetap setia di sisi.

Akhirnya, mereka bersahabat. Namun ada sesuatu yang pelik tentang K yang membuatkan Aya nekad mahu mencari jawapannya.

Siapa K, pendamping dia selama ni? Kenapa dalam gembira K, terselit duka?
“Aya, kebaikan juga boleh membunuh.”

Masej ~ Anna Lee

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Hidup Aria huru-hara apabila rumah yang disewanya berhantu. Tetapi, benarkah rumah itu berhantu? Pertemuan Aria dan Jason sangat pelik. Tak tercapai dek akal manusia normal. Namun pertemuan itu telah membawa keduanya menjelajah dunia cinta yang luarbiasa. Ada rahsia di sebalik MESEJ untuk anda bongkar. Berani?

Infiniti ~ Farrah Izzlorna

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

"Hantu? Penunggu?2020, lagi beberapa tahun je. Mengarut!"

Itulah pegangan hidup Andrian sepanjang 18 tahun dia bernafas di dunia. Dia boleh melihat apa yang manusia biasa tak nampak. Dia boleh merasai kehadiran mereka. Tapi dia memilih untuk tidak percaya. Menganggap kebolehannya sebagai sejenis penyakit mental. Cuma halusinasi mainan minda.

Namun, kehadirannya di Kampung Meranti sekitar tahun 1985 buat persepsinya berubah. Bertemu dengan Puan Hafsyah, berkenalan dengan Luth, bermusuh dengan Suri dan menyimpan rasa pada Yasmin mengubah hidup Andrian sepenuhnya.

Satu demi satu kebenaran terbongkar. Kebenaran yang buat Andrian sedar... selama ini dia cuma hidup dalam sebuah penipuan yang dicipta.⁠⁠⁠⁠