Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Alaf 21. Show all posts
Showing posts with label Alaf 21. Show all posts

Sunday, 27 February 2022

Kau Cipta Kasih ~ Azilah Wahab (Novel lama diadaptasi)

(SEM & SS) RM28.00 > RM27.00

Idris - Lelaki yang serba kekurangan. Ketempangannya menjadikan dia sering dihina dan dianggap menyusahkan orang tua. Selayaknya, dia diberi lebih perhatian, tetapi dia makin jauh tersisih dan tersingkir dari kasih sayang ibu dan ayah.

Khadijah - Sanggup berkorban demi kesenangan adik-adiknya. Kerana itu, ibunya melepaskan tanggungjawab menjaga urusan rumah tangga ke atas bahunya. Dan kerana itu juga, dia menjadi mangsa! Maruah dirinya direnggut sewenang-wenangnya.

Hasnah - Membawa diri jauh ke luar negara berbekalkan kepintaran yang dianugerahkan oleh ALLAH kepadanya. Sungguh dia kecewa dengan kepincangan institusi keluarganya. Impiannya hanya satu. Mahu merasa bahagia bersama ibu, ayah serta adik-beradiknya dan dia berazam untuk meraih impian itu!

Ramlah - Dimanjai ayah lebih daripada adik-beradiknya yang lain. Bangga dengan kelebihan yang diperolehi membuatkan dia alpa dan gagal menilai baik buruk sesuatu. Sehinggalah dia ditinggalkan terkontang-kanting sendiri...

Mereka adalah empat beradik yang ketandusan kasih sayang orang tua. Salah merekakah bila ibu bapa gagal menjalankan tanggungjawab mendidik dan mencorak masa depan anak-anak?




Friday, 12 March 2021

Syarat Sah Bahagia ~ Sharifah Abu Salem

(SEM & SS) RM30.00 > RM28.00

DANISH - Cintanya pada Nur Jannah penuh bersyarat. Lorna Asyira harus dinikahi terlebih dahulu sebelum menyunting Nur Jannah sebagai suri hati. Selepas itu semuanya bakal menjadi rahsia. Namun, rahsia terbongkar tanpa diduga. Impian untuk bahagia nampak samar. Nur Jannah semakin jauh.

NUR JANNAH - Hidupnya bermula dengan indah. Namun semua itu hanya seketika. Dalam terpaksa, Danish ditinggalkan demi cinta. Kehadiran wanita lain di sisi suaminya tidak boleh diterima. Hatinya tercalar dituduh perampas. Lalu, dia membawa status isteri kedua dengan hati yang lara.

LORNA ASYIRA- Diulit rasa bahagia apabila cinta yang diidamkan berada dalam genggaman. Menjadi isteri Danish Taufik bagai mimpi jadi nyata. Namun, hatinya hancur saat cinta dimadukan. Dia enggan mengalah walaupun segunung rasa benci Danish. Malah, dia berusaha agar cinta memberi bahagia.

Sesungguhnya, perjalanan yang ditempuh penuh berliku. Siapakah yang layak berada di sisi Danish? Berbaloikah sebuah pengorbanan?

Wednesday, 27 January 2021

Hello, Jangan Tapau Cintaku ~ Hasreeyati Ramli

(SEM & SS) RM32.00 > RM30.00

Ain Dheya, gadis kampung yang merantau mencari kerja di bandar. Memandangkan keluarganya susah, dia sangat berjimat dalam berbelanja. Disebabkan itu, dia tidak dapat mengikis sifatnya yang suka menapau makanan.

Ash Fayyad, seorang anak hartawan yang pemboros. Sikapnya yang sombong menyebabkan orang di sekelilingnya sering terasa hati.

Kisah mereka berdua bermula apabila Ash Fayyad menawarkan wang bernilai RM50,000 untuk sesiapa yang sanggup menjaga adik perempuannya yang lumpuh. Sementelah kedua-dua orang tuanya mengerjakan haji di Mekah.

“You bukan tak tahu mulut I ni macam longkang bila I deal dengan staf I kan?” - Ash Fayyad.

“Kalau saya nak ambil jurulatih pun, sampai mati hidup balik seribu kali pun, saya takkan pilih Encik Fayyad tau!” - Ain Dheya.

Pelbagai peristiwa yang terjadi selama Ain Dheya berada di rumah Ash Fayyad. Hinggakan keadaan di dalam rumah itu menjadi huru-hara. Berputikkah cinta yang tidak masuk dek akal antara Ain Dheya dan Ash Fayyad nanti?

Teja di Hati ~ Liza Nur

(SEM & SS) RM30.00 > RM28.00

Kahwin. Topik yang sangat ralat bagi Teja. Apatah lagi menikahi bekas kawan karib yang pernah menyakiti hatinya suatu ketika dulu. Aneh, majlis pernikahannya berlangsung lancar meskipun perjalanan hidup mereka selepas itu berbonggol-bonggol bagaikan jalan yang tidak diturap.

“Aku akan melekat dengan kau macam pacat kalau kau tak nak lepaskan aku sekarang. Aku akan pastikan hidup kau susah. Aku akan pastikan kau takkan bahagia dengan Aqila.” - Teja.

“Please do that.”- Luq

Ikatan perkahwinan yang dimulakan dengan nawaitu serong untuk melarikan diri daripada bekas teman wanitanya, Aqila akhirnya menjerat diri Luq. Saat keikhlasannya masih diragui, Luq terus-menerus cuba mempertahankan rumah tangganya. Namun, Tuah hadir menuntut Tejanya.

“Awak tahu tak, Teja? Awak perempuan pertama yang saya suka sejak kali pertama saya pandang.” -

Tuesday, 13 October 2020

Isteri CEO Viral ~ Batiah Hadi

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Benjamin Idris atau Ben merupakan CEO terkenal di media sosial. Bella pula seorang gadis biasa yang masih menganggur. Dia terdesak untuk mendapatkan pekerjaan. Pada suatu hari, Ben menyelamatkan Bella daripada samseng di sebuah pusat hiburan. Sejak itu, mereka asyik bertemu.

Apabila gambar Ben dan sepupunya, Erinna tular di media sosial, Ben memaksa Bella mengahwininya. Mereka perlu menularkan imej sweet dan lovely sebagai relationship goal untuk mengaburi pandangan netizen terhadap gosip Ben dan Erinna. Namun, awal-awal lagi Ben sudah memberi amaran kepada Bella supaya jangan jatuh cinta padanya.

“Saya berterus terang supaya awak tak kecewa bila tiba-tiba awak jatuh cinta pada saya. Saya tak nak awak salah faham dengan semua perhatian dan layanan saya bila kita kahwin nanti. Saya buat semua tu mungkin sebab nak selamatkan syarikat saya aje.” - Ben

“Awak tak ada hati perut, Ben. Sanggup awak ugut saya kahwin dengan awak? Awak gunakan kelemahan saya untuk paksa saya kahwin dengan awak. Boleh ke saya jatuh cinta dengan orang macam tu?” - Bella

Mampukah mereka untuk tidak jatuh cinta? Pada masa yang sama, hubungan mereka diuji dengan kisah lampau. Hatta masih berharap pada Bella. Malika pula tidak berhenti mengejar Ben dan juga Erinna yang mula sedar dia harus merebut Ben daripada Bella.
 

Ulu yam di Liverpool 3 ~ Nazali Noor

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Buku ini merupakan nukilan terakhir Allahyarham Nazali Noor seteleh tiga tahun menyepi, kerana kekangan kesihatan yang tidak menentu membantutkan usaha beliau menghabiskan karya ini.

Manuskrip ini tidak sempat diedit oleh editor kerana karyanya dihantar kepada pihak editor beberapa minggu sebelum Allahyarham meninggal dunia. Namun kami sebulat suara untuk terus terbitkannya dalam teks asal. Sekurang-kurangnya karysa asal ini menjadi kenangan manis buat tatapan peminat arwah.

Melalui nukilan ini, arwah mengabadikannya khas buat isteri tercinta Ainon Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Ain. Ain merupakan wanita dunia dan akhirat arwah.

Menceritakan bibit-bibit perkenalan, dan seterusnya hingga ke jinjang pelamin. Betapa manis dan romantiknya memori mereka berdua. Memori terindah... Sayang, cinta dan kasih bersemi menjadi satu sehingga kukuhnya ikatan perkahwinan mereka. Dikurniakan lima orang anak yang comel dan bijak merupakan pelengkap rumah tangga mereka. Ain berkorban masa dan tenaga untuk membesarkan mereka dan menjadi isteri tanpa mengenal penat lelah.

Al-fatihah buat arwah. Semoga Allah tempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.

 

Thursday, 10 September 2020

Pengasas Beras Faiza ~ Faiza

(SEM & SS) RM35.00 > RM31.50

MENARIK DALAM BUKU INI:
- Kisah hidup Faiza dari zaman beliau berada di Kaherah, Mesir membawa ke Malaysia yang penuh pahit getir hingga membawa kejayaan ‘beras Faiza’.
- Kisah tragedi pahit menimpa beliau sehingga cita-cita mahu menjadi doktor tidak kesampaian.
- Kisah tercetusnya pembuatan rempah kari dan beras Faiza sehingga menjadi terkenal.
- Kisah beliau memulakan bisnes dengan bermodalkan RM4 sahaja.
- Menariknya setiap produk Faiza.
- RAHSIA kejayaan dan prinsip beliau sehingga produk dikenali seanterio dunia.

BERMODALKAN RM4: MENGENALI EMPUNYA BERAS FAIZA

Beras Faiza sudah menjadi sinonim dalam pasaran produk Bumiputera. Di mana-mana orang mengenali produk beras Faiza sedangkan Faiza sendiri mengeluarkan produk-produk lain seperti rempah ratus, tepung, kicap dan sebagainya.

Uncle Bos Mama ~ Nurul Syahida

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Jatuh cinta dengan seorang itu mudah. Tetapi bagaimana kalau jatuh head over heels dengan satu keluarga?

Joshua punya perniagaan yang dibanggakan dan kehidupan sosial yang boleh tahan. Tetapi dia sukakan ketenangan dan disebabkan sejarah masa lalu, dia tidak fikir akan menjadi seorang suami dan memiliki keluarga sendiri. Dia sudah menerima hakikat bahawa dia seorang loner yang akan bersendiri seumur hidupnya.

Wanita bujang itu bernama Fish. Hidupnya kacau-bilau. Dia punya anak tanggungan yang ramai. Lelaki yang disukainya dalam diam sepertinya tidak akan membalas cintanya. Dia tidak pasti dia mampu membayar bil bulan ini dan dia bekerja dengan majikan yang datang dari neraka.

“Mungkin ada masanya I rasa nak cekik-cekik dia orang. Tapi they are my responsibility sebab I sayang dia orang. Dia orang tu family.” - FISH

Monday, 13 July 2020

Beautiful Lie ~ Mazni Aznita

(SEM & SS) RM35.00 > RM31.50

Adriana Imaniyah terpaksa berhutang angkara si ayah, sehingga terpaksa menurut kehendak seorang wanita demi melunasi hutang-hutangnya. Kerana diugut, dia setuju menjadi tutor untuk Adham Mirza yang agak nakal dan pemalas.

Adham Mirza lelaki muda yang tidak pernah punya cita-cita tinggi kecuali menghabiskan masa dengan berhibur. Dan bila Adriana muncul dalam hidupnya, targetnya hanya satu, mahu menyingkirkan gadis itu dari rumahnya.

Namun, satu tragedi hitam mengubah hidup mereka selamanya. Apabila Adriana menjadi suspek pembunuhan ayahnya, Fahrin dan hilang dalam satu kemalangan jalan raya, Adham Mirza memulakan misi menjejak gadis itu demi mencari jawapan dan sebuah kepastian.

“Jadi ini rupa sebenar Adriana Imaniyah? A big fat liar? Is that what you really are? Kau gadis dengan dua wajah, yang hanya muncul untuk buat aku jadi gila. Well, a big applause for you dear. You did a very good job.” - MIRZA

Enam tahun kemudian, Adriana muncul secara tiba-tiba. Mampukah Adham Mirza membalas dendam pada satu-satunya gadis yang tidak pernah hilang dalam hatinya sejak dulu lagi?

“Saya tak bermaksud untuk menghuru-harakan hidup seseorang. Sekurang-kurangnya bukan hidup awak Mirza.” - ADRIANA

Sekilas Kenangan ~ Damya Hanna

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Tiada siapa menyangka di sebalik kelincahan dan keceriaan sikapnya, rupa-rupanya Ainul Tihani pernah melalui tragedi pahit pada masa lalu. Namun, memori memilukan itu telah terpadam dari kotak ingatannya gara-gara trauma yang dihidapi. Lantaran itu, Tihani merasakan hidupnya kekosongan. Tidur malamnya asyik diganggu igauan dan mimpi yang menimbulkan persoalan.

Jihad Amjad, lelaki berperwatakan dingin yang hidup dalam kebencian ibunya sejak di alam remaja. Akibat tragedi 12 tahun lalu, dia membesar bersama herdikan dan tuduhan yang memedihkan. Pasrah dengan takdir itu, dia membawa diri. Alang-alang dibenci, biarlah dia menentukan arah hidupnya sendiri. Sekurang-kurangnya dia tidak terus berasa sakit menjadi mangsa buangan satu-satunya ahli keluarga yang dia ada.

Di kala Jihad mula mengecap bahagia, dia diduga lagi apabila sahabat yang paling dipercayai tega mengkhianati kepercayaannya. Kecewa Jihad tak terkata bila kekasihnya dibawa pergi.
Akhirnya, Tihani dan Jihad ditakdirkan berjumpa. Pelbagai kenangan mula tercipta. Ada hati yang dalam diam bergelora.

Miss Amerikano ~ Rin Ahmad

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

Kisah cinta tak kesampaian Ehsan bermula di Las Vegas. Hannah telah meninggalkan satu tekad dalam jiwa lelakinya sehingga membentuk kerjaya dan perniagaannya sekarang.
“I’m into a man making a gun, not a man shooting a gun.” - Hannah Scott
Tujuh tahun lamanya Ehsan terpisah dengan Hannah tanpa sebarang berita. Selama itu juga, dia menjadi penunggu yang cukup setia. Namun, agenda Tan Sri Abdul Hadi ingin memperkenalkan anak gadisnya menimbulkan tanda tanya. Sejak itu, hatinya mula goyah.
Mengenali Hana Raisa Abdul Hadi umpama deja vu. Hana Raisa mengingatkan Ehsan tentang Hannah Scott. Wajah mereka hampir seiras walaupun perwatakan mungkin berbeza.

Walaupun sikap Hana Raisa agak ‘Amerikano’ di mata Ehsan, dia tetap berasa selesa tiap kali berada di samping gadis itu. Seakan serasi bergandingan bersama.

Dear Hannah,
I’m sorry that I finally have to let you go.
Welcome Hana Raisa, who I will start a new life with.

Wednesday, 5 February 2020

Sumpah Setia ~ Aisya Sofea

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

“Yang pergi itu cinta. Mungkin yang datang itu jodoh. Yang pergi itu kekasih. Yang datang itu mungkin bakal suami kau. Mana tahu ke?”

Itu adalah kata-kata Isha, teman baik Nur Suria Anissa tentang Elias Lim Li Jun yang ingin mengahwini Anis dari saat pandang pertama mereka. Ketika Anis hilang kepercayaannya terhadap cinta, Elias menghadirkan diri. Tetapi bolehkah mereka berdua bercinta bila Elias, seorang lelaki peranakan Dutch Baba Nyonya dan Islam bukanlah agama fitrahnya?

Tatkala itulah Syed Umar, lelaki cinta pertama Anis datang untuk kembali dalam hidup Anis. Keluarga Anis mahu dia segera bernikah. Percaya dengan cinta pertama masih mekar, Anis akur dengan kehendak orang tuanya. Namun, Syed Umar ada rancangannya sendiri. Mahu keluarga Anis menanggung perbelanjaan perkahwinan mereka. Ketika itulah sikap sebenar Syed begitu jelas di mata Anis.

Wednesday, 1 January 2020

Anggun Mikayla ~ Liza Nur

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Dia Mikayla, gadis anggun yang bukan tipikal untuk kau jumpa hari-hari. Aneh! Biarpun kepalanya dilempar batu, telinganya dihentam kata cacian dan tubuhnya disiat luka, dia masih mampu tersenyum buat dunia. Kewujudannya dinafi. Namun, Mikayla tidak ampuh membenci mereka yang membencinya.

“Tak kira apa kau buat, kau masih hodoh kat mata aku. Kulit putih kau. Rambut merah kau. Mata biru kau. Semuanya jelik!” - Kadir

Pertemuan Mikayla dengan Idriz dalam insiden yang tidak dijangka mencipta satu hubungan pelik. Siapa sangka hati Idriz mampu tergolek-golek pada wanita yang ditemuinya dalam versi puntianak itu?

“Kau jumpa hantu, kau laung azan. Kau jumpa perempuan cantik pun, kau laung azan jugak?” – Mikayla

“Orang cakap, kalau lelaki dan perempuan bukan mahram duduk berdua-duaan macam ni, syaitan akan jadi makhluk ketiga. Itu yang aku azan.” – Idriz

Friday, 20 December 2019

Hati Tercarik Luka ~ Aida Asmida

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Biarpun pelbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi, akhirnya mahligai bahagia terbina jua. Eyda Amanda mengharapkan agar kebahagiaan di sisi Dani Zairie akan kekal abadi selagi hayatnya. Namun sayang, cinta sucinya dikhianati. Badai melanda lantaran kehadiran orang ketiga.

Dani Zairie tidak pernah berubah. Jejaka macho dengan trademark playboy ini mudah hanyut dalam pujuk rayu perempuan-perempuan yang menggilainya. Sehingga akhirnya, Eyda Amanda terpaksa mempertaruhkan nyawa hidup di sisi Dani Zairie. Lantaran amalan ilmu hitam, perempuan sihir yang terlalu obses untuk memiliki Dani Zairie separuh nyawa.

“Ingat Eyda! Sekali kau melangkah pergi. Akan aku pastikan kau kembali melutut ke pangkuanku lagi! Aku bersumpah tujuh keturunan kau tak akan hidup senang!” – Dani Zairie

“Demi ALLAH! Dunia akhirat aku akan menunggu setiap detik dan waktu saat pembalasan dan pengadilan ALLAH terhadap kau, Dani. Biarpun aku tidak mampu membalas dengan kudratku atas segala kekejaman dan kezaliman kau. Namun, aku pasrah dan berserah serta yakin bahawa suatu saat dan ketika, pasti balasan ALLAH akan kau terima di dunia atau di akhirat nanti!” – Eyda Amanda

Friday, 8 November 2019

Kupertahankan Cinta ~ Amyliey Haizani

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

Senafas rindu, seindah kasih untukmu,kulakarkan menjadi sebuah cinta. Atiey Dalila menaruh hati kepada Zamil Ariff, teman sepermainannya. Belum sempat dia meluahkan perasaan, lelaki itu sudah mempunyai kekasih. 

Pertemuan Atiey Dalila dengan Arjuna Syah di restoran tempat dia bekerja membuatkan hidupnya tidak tenang. Sikap majikannya, Zana Lara juga membuatkan jiwanya tertekan. Atiey Dalila cuba melupakan Zamil Ariff, namun sikap cemburu Fiza membuatkan Atiey Dalila dihina dan dituduh sebagai perampas. 

Lamaran Arjuna Syah membuatkan Atiey Dalila tekad untuk menerima. Walaupun tiada perasaan cinta, Atiey Dalila yakin, pasti ada bahagia di akhirnya. Namun, siapa sangka perkahwinan mereka dilanda badai. Rupa-rupanya hubungan Zana Lara dan Arjuna Syah lebih daripada sepupu. 

“Atiey memang hipokrit! Atiey lupa Mil kerana lelaki tu! Atiey boleh lupa semua dalam sekelip mata, kan?” - Zamil Ariff 
“Ya, memang Atiey cintakan lelaki tu! Atiey benci Mil sepenuh hati Atiey! Atiey tak nak tengok muka Mil lagi. Mil jangan kacau Atiey!” - Atiey Dalila 
“Abang tak tahu nak percaya kat siapa. Atiey atau Zana? Apa yang abang tahu, abang tak suka ditipu.” - Arjuna Syah

Monday, 21 October 2019

Terungkap Kata Hati ~ Haiza Haifa

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

NUR FILIA HAIFA... hidupnya dikelilingi kesunyian dan terlalu rutin. Dia juga tiada teman rapat apatah lagi istimewa. Semuanya kerana dirinya pernah dikhianati sahabat baik. Lantaran itu, dia mengasingkan diri daripada bergaul dengan teman sebaya. Istilah persahabatan langsung tiada dalam kamus hidupnya.

IMZI FARHAN... lelaki nerd, skema dan pelik. Entah dari mana hadirnya, tiba-tiba dia mahu menjalinkan persahabatan. Filia menolak dengan keras, pada mulanya. Tetapi, keikhlasan yang dipamerkan melembutkan hati batu Filia.

Namun, ada syarat dikenakan. Seandainya, pendirian Filia terhadap nilai persahabatan masih tidak berubah, persahabatan ini akan terputus dengan serta-merta. Mampukah Farhan mengubah persepsi Filia? Sedangkan dalam diri Farhan sendiri penuh misteri. Amat bertepatan dengan gelaran yang diberi Filia, Farhan si Mahkluk Asing!

“Jujur aku katakan kau istimewa dan tersangatlah bohong kalau aku tidak terasa kehilangan teman baik aku.” -Farhan-

Friday, 16 August 2019

Bukan Gadis Biasa ~ Liza Nur

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

Johana bukan gadis sembarangan. Rambutnya dicukur pendek. Kalau ada yang cuba mencari fasal, dia tidak teragak-agak melayangkan penumbuk. Jean dan kemeja menjadi teman akrabnya. Misinya hanya satu, memberi masa depan yang lebih baik untuk si kecil Aisya yang memanggilnya ‘emak’.

“Jo cakap macam tu sebab Jo tomboi? Manusia boleh berubah, Jo. Saya boleh bimbing Jo kalau Jo mahu beri saya peluang. Saya boleh beri Jo masa depan yang lebih baik…” ~ Amirul


Cinta adalah sesuatu yang asing baginya. Pertemuan semula Amirul dengan Johana membuatkan Amirul yakin tentang perasaannya. Hidup Johana sering kali bersimpang-siur dengan Rayyan, sepupu Amirul yang degil tetapi berprinsip.

“Kau boleh cakap kau bukan milik aku. Tapi, aku akan tetap beritahu satu dunia, aku milik kau.” ~ Rayyan


Janji Yang Dinanti ~ Alia Alizs

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Pertemuan singkat aku bersama Zahwan di bumi Borneo telah menjalinkan hubungan cinta tanpa pengetahuan Adil, abang kandungku. Zahwan telah berjanji setia padaku, tapi akhirnya hilang tanpa berita dan lupa segala janji. Kerana janji itu, aku setia menanti dan menutup pintu hati untuk lelaki yang ikhlas menghargai aku. Faliq... maafkan aku!

“Sanggup kau buat aku macam ni, Wan! Sanggup kau khianati persahabatan kita. Sampai hati kau nak rampas kebahagiaan aku.” – Faliq.

“Aku tak rampas kebahagiaan kau, Liq. Aliaa bukan kekasih kau, bukan isteri kau. Selagi dia bukan milik orang lain, selagi tu aku ada peluang. Kali ini, aku takkan sia-siakan dia. Tu janji aku.” – Zahwan.

Dalam masa yang sama, hubungan aku dan Faliq ditentang hebat oleh kakak Faliq, iaitu Asnida. Dendam Asnida kepada Adil menyebabkan kami menjadi mangsa keadaan. Kononnya, aku punca hubungan dia dengan abangku terputus di tengah jalan

Wednesday, 10 July 2019

Syahadah Cintamu ~ Kamsiah Abu

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

Nur Azira dibesarkan dalam suasana penuh didikan agama. Sebab itu dia amat menjaga akhlak dan keperibadiannya sebagai seorang gadis remaja. Tidak kira di mana atau dengan siapa dia berinteraksi. Keperibadian yang mulia itu telah berjaya membuatkan Richard Ong, pengurus tempat Nur Azira bekerja telah jatuh hati padanya sehingga Richard Ong dengan rela hati mahu mendalami agama Islam. 

Namun dalam masa yang sama Doktor Hafizi, seorang kariah masjid yang tinggal berhampiran dengan rumah Nur Azira juga turut jatuh cinta dengannya. Tetapi hati Nur Azira telah dicuri oleh Richard Ong terlebih dahulu, walaupun Nur Azira tidak pernah memberitahu sesiapa. 

“Okey, kalau begitu, sekarang saya nak terus terang kat awak. Saya dah jatuh cinta kat awak. So, mahu tak awak jadi kekasih saya mulai sekarang?” – Richard Ong

Miss Diva Semput ~ Eija Khadeeja

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Diva Izara bagaikan terkena sumpahan. Dirinya tidak boleh menipu. Andai dia menipu, pasti semput akan menghukum dirinya. Namun, dalam jutaan orang yang Diva Izara temui, Irfan jejaka yang egonya tinggi melangit itu bagai dikecualikan daripada ‘sumpahan’ itu.

“Sebelum nak suruh orang beradab. Cermin sikit diri tu! Awak ingat, awak tu beradab sangat ke main terjah aje tandas perempuan?” - Diva- 

Pertemuan pertama mendesak Diva Izara memfitnah Irfan. Irfan dikatakan hendak mencabul kehormatannya! Padahnya, Diva terpaksa bersetuju untuk menjadi kuli Irfan selama empat bulan. 

“Woi! Kau ingat aku ni tak ada agama ke? Cuba kau tengok diri kau tu. Kalau pakai baju semedang berlabuci. Kalau sikit tak apa. Kau tu bukannya taste aku! Aku tak minatlah minah ‘sarat’ macam kau.” - Irfan-