Senafas rindu, seindah kasih untukmu,kulakarkan menjadi sebuah cinta. Atiey Dalila menaruh hati kepada Zamil Ariff, teman sepermainannya. Belum sempat dia meluahkan perasaan, lelaki itu sudah mempunyai kekasih.
Pertemuan Atiey Dalila dengan Arjuna Syah di restoran tempat dia bekerja membuatkan hidupnya tidak tenang. Sikap majikannya, Zana Lara juga membuatkan jiwanya tertekan. Atiey Dalila cuba melupakan Zamil Ariff, namun sikap cemburu Fiza membuatkan Atiey Dalila dihina dan dituduh sebagai perampas.
Lamaran Arjuna Syah membuatkan Atiey Dalila tekad untuk menerima. Walaupun tiada perasaan cinta, Atiey Dalila yakin, pasti ada bahagia di akhirnya. Namun, siapa sangka perkahwinan mereka dilanda badai. Rupa-rupanya hubungan Zana Lara dan Arjuna Syah lebih daripada sepupu.
“Atiey memang hipokrit! Atiey lupa Mil kerana lelaki tu! Atiey boleh lupa semua dalam sekelip mata, kan?” - Zamil Ariff
“Ya, memang Atiey cintakan lelaki tu! Atiey benci Mil sepenuh hati Atiey! Atiey tak nak tengok muka Mil lagi. Mil jangan kacau Atiey!” - Atiey Dalila
“Abang tak tahu nak percaya kat siapa. Atiey atau Zana? Apa yang abang tahu, abang tak suka ditipu.” - Arjuna Syah