Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label DearNovels. Show all posts
Showing posts with label DearNovels. Show all posts

Thursday, 10 November 2022

Kerana Dia Suamiku ~ Cahaya Ainn

(SEM & SS) RM29.00 > RM27.00

Alia dan Syah, kawan baik sejak kecil. Suatu masa dahulu mereka pernah berjanji akan berkahwin apabila dewasa nanti. Janji budak-budak. Namun, satu kejadian berlaku, buatkan Alia membenci Syah. Bagi Alia, apa yang dilakukan oleh Syah takkan mampu dimaafkannya.

"It's not that easy, Syah. Apa yang awak pernah buat dulu, takkan tertebus dengan kata-kata maaf. Just... leave. Jangan muncul di hadapan saya lagi." - Alia

Tapi, takdir menentukan segalanya. Takdir jodoh yang telah tertulis antara mereka berdua. Setelah bertahun-tahun, mereka dipertemukan kembali dan kali ini Alia tak mampu nak lari lagi apabila dia didesak menerima Syah sebagai suami. Tidak mahu menghampakan dan mengec​ewakan hasrat kedua-dua orang tuanya, Alia akhirnya pasrah. Pasrah menerima lelaki yang paling dia benci sebagai suami.

"Lia, apa sebenarnya yang berlaku antara kau dengan Syah dulu sampai kau benci betul dengan dia?" - Julia

Bagi Syah pula, perasaannya terhadap gadis itu langsung tidak berubah. Dia masih sayangkan gadis itu sebagai kawan baiknya dan selepas bertemu semula rasa sayang itu menjadi cinta. Namun, Syah akur kerana kejadian lalu antara mereka telah merosakkan segala-galanya.

"Lia, kalaulah... kalaulah kejadian dulu tak berlaku, adakah semuanya akan berubah? Adakah awak... takkan melayan saya macam ni?" - Syah

Apakah kejadian yang telah mengubah hubungan antara Alia dan Syah sehinggakan Alia begitu berdendam dengan Syah? Dan Syah, mampukah dia menawan kembali hati Alia dan memastikan rumah tangga mereka mampu bertahan dan hidup bahagia?​​

Kau Tetap Kupuja ~ Nia Qurratun'Aini

(SEM & SS) RM28.00 > RM27.00

Pemergian Aminuddin Chik secara tiba-tiba bukan sekadar memberi kesedihan, malah mengundang seribu satu pertanyaan. Siapakah pewaris lelaki itu? Jika ada, siapakah gerangannya? Apakah nasib yang akan menimpa Restoran AC Tok Mi?

"Ya. Aku cucu tunggal Aminuddin Chik." - Qamar Andika
Pengakuan daripada cef selebriti terkenal itu menyebabkan pertengkaran mula terjadi. Andika ingin melenyapkan masa lalunya dengan menjual restoran milik datuknya itu.

"Kalau Tok Mi tak pernah hargai encik sebagai darah daging dia, kenapa dia wasiatkan restoran tu kepada encik?"- Laila
"Pembetulan. Dia wasiatkan kepada aku dengan kau. Kau tu siapa?" - Andika

Bagi Laila Kirana, restoran itu sebahagian daripada jiwanya. Apapun yang terjadi, dia tetap akan pertahankannya. Kerana kedegilan gadis itu, Andika seperti berada di jalan mati. Hanya satu pilihan yang dia ada iaitu membangunkan semula Restoran AC Tok Mi. Tanpa Andika sedari, Laila yang tidak pernah mengenal erti putus asa itu berjaya mengawal degupan jantungnya. Hati yang selama ini sepi tidak berpenghuni mula berseri-seri.

"Kenapa kau tak beritahu awal-awal yang kau sakit?" - Andika
"Saya tak nak Arm risau. Saya tak nak dia rasa bersalah. Dia dah lalui macam-macam hari ni. Saya tak nak dia..." - ​​Laila
"Habis tu, kau buat aku risau, tak apa?" - Andika

Laila terdiam. Ganti hatinya pula yang berbicara cinta. Malangnya, apa yang indah itu selalunya sementara. Kerana peristiwa hitam pada malam itu, Laila berubah. Akan tetapi, apa yang terjadi langsung tidak mengubah perasaan Andika terhadap Laila.

Hatiku Selalu Denganmu ~ Norra Hassan

(SEM & SS) RM26.00 > RM25.00

Demi mencari saudara yang melarikan diri, Karma datang ke utara. Pada hari pertama di daerah kecil itu, dia bertemu Cinta yang gila-gila. Cinta yang terhimpit dengan hutang arwah ayah, hendak menukar kerjaya daripada penoreh getah profesional kepada pelayan kafe yang boleh menjanjikan pendapatan yang lebih tetap. Lagi bersemangat dia apabila adanya Karma, si cinta pandang pertamanya di tempat dia minta kerja. 

Demi menjerat... Eh tak, memikat, Cinta cuba tunjuk lagak seorang gadis yang konon otaknya bergeliga. Maklumlah Karma mengaji tinggi, graduan luar negeri lagi. Dan Karma layankan sahaja kerenah gadis yang selalu bercakap besar, berangan besar, bercita-cita besar itu. Jumpa saudara yang dicari, Karma hendak pergi. Membawa sekali Seroja yang sudah memandangnya sebagai lelaki idaman. Dan Cinta meminta sebuah harapan sebelum dia melepaskan Karma pulang. 

“Jom kita kahwin.” - Cinta 
“Saya akan kembali kepada awak dengan jawapan.” - Karma 

Benarlah, berjanji itu mudah. Antara masa dan jarak, setia dan sabar terduga. Karma tidak dapat kembali, terhalang oleh keadaan. Cinta yang tidak dapat terus menanti akhirnya memilih untuk tidak lagi berharap. Biarlah Karma pergi. Tatkala Cinta sangka hidupnya sudah baik-baik sahaja, Karma muncul di hadapan mata. Apabila bertemu semula dalam dingin hujan, hati yang pernah teruji, kembali diuji. Antara Karma yang kini menjanjikan bahagia, antara Cinta yang masih terluka, adakah akan ada peluang kedua untuk mereka?

Usai Aku Kau Persia ~ Emma Mariam

(SEM & SS) RM26.00 > RM25.00

Cinta buat seseorang itu buta. Cinta juga buat seseorang itu hilang punca. Bagi Dinara pula, cintanya kepada Dean Mikhail buat dia hilang segala-galanya. 

“I’m pregnant.” - Dinara Sofea 
“Kita gugurkan.” - Dean Mikhail 

Apabila maruah sebagai galang gantinya, apa lagi yang tinggal? Selain diri yang telah hancur penuh noda. Dinara nekad, dia benar-benar memastikan jalan hidupnya tidak berselisih pun dengan Dean Mikhail. Namun, takdir membawa Dean Mikhail kembali kepadanya. Tetapi, siapa dia? Punya wajah dah tingkah yang sama, tapi kenapa lelaki itu langsung tidak mengenalinya? 

“Siapa awak?” - Dinara Sofea. 
“I’m your boss. Does that answer your question?” - Dean Mikhail. 

Bagi Dean Mikhail pula, ada apa dengan Dinara Sofea? Kenapa hanya dengan mendengar nama itu jantungnya seperti ditusuk sembilu? Siapa pula gadis yang kerap muncul dalam mimpinya dan

Gharib ~ Intan Aidda

(SEM & SS) RM24.00 > RM23.00

Mya, hidupnya seperti terperangkap dalam satu ruang yang memberikan dia kelebihan untuk melihat kematian yang bakal berlaku melalui mimpinya. 

“Kau bunuh mak kau sendiri.” 
Kenyataan tersebut sukar untuk diterima. Mana mungkin dia tergamak hendak membunuh ibu kandungnya sendiri. Namun, tiada siapa yang percaya. Bukan itu sahaja, dia turut dituduh gila gara-gara menceritakan mimpi-mimpi aneh itu kepada semua orang. 

“Mimpi tu satu petunjuk? Come on, doctor! Takkanlah awak percaya dengan cerita mengarut macam ni?” - Kyle
“Aku tak mengarut! Apa yang aku cerita pada korang tadi semuanya betul. Aku tak tipu!” - Mya 
“Hei, kau ingat kita orang ada masa ke nak layan semua cerita mengarut kau? Aku tahu, kau sengaja reka cerita yang bukan-bukan sebab kau nak tutup salah kau, kan?” - Kyle 

Kyle, inspektor polis yang menyiasat kes kematian Anisa mengesaki Mya sebagai suspek sejak awal lagi. Lebih menguatkan tuduhan itu apabila dia menemui Mya di tempat mayat Anisa ditemui. Namun, kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh, dia gagal untuk mendakwa Mya. 

“Kau adalah pembunuh tu.” - Kyle “Kau ada bukti ke nak tuduh aku?” - Mya 
“Aku akan cari bukti tu sampai dapat dan bila aku dah jumpa, aku sendiri yang akan heret kau ke muka pengadilan.” - Kyle

Thursday, 20 October 2022

Suami Paksa Rela ~ Shazie Kamaruzaman

(SEM & SS) RM26.00 > RM25.00

Gara-gara dicabar bekas kekasih a.k.a pencurang, Wafa Adlina perlu membuktikan dia juga boleh bahagia. Solusi paling gila dipilih. Kahwin. Tapi, dengan siapa? Dia manalah ada calon.

Blind date. Itu cara paling pantas untuk mendapatkan bakal suami dalam tempoh sebulan. Idea itu menemukan dia dengan Karl Elliyas, si playboy pencen. Calon pertama.

Namun, kesuntukan masa membuatkan Karl terpaksa juga dijadikan sebagai calon terakhir. Bolehlah daripada tak ada langsung, kan?

"You setuju ke tak, kalau jadi suami I?" - Wafa
"Apa yang I dapat kalau I setuju kahwin dengan you? Apa kepentingan perkahwinan ni pada I?" - Karl

Apapun persoalan yang timbul, hubungan suami isteri mereka terjalin luar biasa. Tanpa cinta, mereka baik-baik saja. Kemunculan Idham dan Jasmine yang mencipta konflik, berjaya ditepis mudah. Namun, kehadiran 'seseorang' itu, menjadikan Wafa goyah. Dia mula ragu terhadap Karl.

"Apa yang you buat sekarang lebih kepada you cuba nak kawal hidup I. I rasa kebebasan I jadi terhad."- Wafa
"Sebab alasan bodoh you tu, you boleh rahsiakan, you boleh tipu I pasal hal ni. How could you?!" - Karl

Apa yang Karl dan Wafa perlu lakukan? Bertahan atau berpisah? Rasa dalam hati, adakah benar itu cinta? Atau, hubungan yang seakan-akan rela ini hanyalah kerana terpaksa semata?

Thursday, 23 June 2022

Carnival of Phobia ~ Sharaf

(SEM & SS) RM23.00 > RM22.00

Demi membantu mangsa yang berada di bawah lembayung fobia, Doktor Mustaqim dan Doktor Khalil menggagaskan sebuah karnival psikologi untuk membantu mereka.

Carnival of Phobia.

“Kami menjadi tikus makmal doktor?” - Fayyadh
“We just want you to face your fear and fight it. That is what Carnival of Phobia is all about.” - Doktor Mustaqim

Akhirnya, dengan persetujuan tujuh orang klien terawal, mereka dijemput untuk menjadi sebahagian daripada ahli Carnival of Phobia. Mereka pergi dengan harapan bahawa mereka akan sembuh daripada ketakutan masing-masing.

Tujuh insan, tujuh fobia – Fayyadh, Insyirah, Elaina, Profesor Ibrahim, Aaron, Taufiq dan Yara.

Namun, semua yang dirancang, tidak sama sekali seperti yang difikirkan. Ada yang mengambil kesempatan di sebalik tujuan murni projek yang dijalankan, demi melangsungkan agenda hitamnya.

Dia yang disamakan dengan Azazil.
“Welcome to Carnival of Phobia, ladies and gentlemen..."

Netizen ~ Illa Shanahila

(SEM & SS) RM24.00 > RM23.00

“Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia selepas lima jam ditinggalkan di dalam kereta ibunya...”

Satu tindakan ‘tak sengaja’ daripada Lynda telah membuatkan dia kehilangan anak buat selama-lamanya. Dibuang suami, dicaci di media sosial, membuatkan dia hampir menamatkan riwayatnya sendiri.

“Bukan I yang bunuh anak kita, Lynda, tapi you! So, beritahu I, kenapa I tak boleh salahkan you?”

Sesuatu terjadi dan Lynda pasti kejadian ‘tak sengaja’ itu bukan berpunca daripadanya. Muncul ASP Iman yang tiba-tiba membelanya. Muncul juga pembunuhan-pembunuhan baru dan dia dituduh sebagai puncanya.

“Kalau dilihat daripada jari yang dipotong oleh suspek, kes ini memang ada kena-mengena dengan Lynda.”
“Apa kaitannya, tuan?”
“Jari. Dengan jarilah manusia menaip pelbagai kata-kata kesat.”

Lynda buntu. Siapa yang ingin dia merana? Siapa yang tinggalkan anaknya di dalam kereta dan siapa pula pembunuh pemain-pemain aksara luka itu?

Aku Pun Ingin Bahagia ~ Zaza Qry

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Bekerja dengan Riaz Ezran yang garang, siapa saja tak takut. Tapi, tidak bagi Fazra Imaris. Mahu dikata dia tidak terlalu takut, tidak pula. Tapi, berani jugalah dia berlawan cakap dengan Riaz. Tak pasal-pasal dia gelarkan Riaz singa datang bulan.

Puan Hazlin, umi kepada Riaz pun sama naik, gelarkan Riaz begitu. Dah garang sangat kan. Asyik nak marah tak tentu masa saja.

“Tak beranilah saya. Encik Riaz serupa singa datang bulan, tak berani saya nak rekomenkan orang. Nanti tak pasal-pasal saya yang salah sebab buat Encik Riaz datang bulan hari-hari.” - Fazra Imaris

Puan Hazlin mendesak Riaz berkahwin semula kerana anak Riaz, Fifi, perlukan kasih sayang seorang ibu. Tapi, Riaz menolak. Dia tidak betah untuk menjadi suami buat kali kedua. Dia juga tidak mahu rahsia terbesarnya menjadi bualan orang.

“Itu cincin. Mata kau dah buta ke? Cincin tanda kau setuju kahwin dengan aku!” - Riaz Ezran

Fazra menolak kerana dia juga tidak mahu rahsianya diketahui orang. Tapi, satu hari muncul pula lelaki

Bukan Perempuan Simpanan ~ Azieana

(SEM & SS) RM23.00 > RM22.00

Edreez menyelamatkan Alya dengan membayarkan wang sebanyak RM100 ribu kepada Taukeh Wong selepas dia diculik oleh Leman, ayah tiri Alya, yang mahu melangsaikan hutang judinya.

Kerana tidak mampu membayar balik wang itu, Alya bersetuju untuk menjadi perempuan milik Edreez sekali gus tinggal bersama Edreez. Tapi, dia menetapkan beberapa syarat. Dan syarat-syarat itu dipersetujui oleh Edreez.

Bila Alya dah tinggal bersama Edreez, lain pula yang jadi. Edreez cuba nak langgar syarat-syarat yang telah dipersetujui.

“Itu cuma janji dan syarat yang tidak relevan. Lagipun, syarat awak tu hanya di bibir sahaja. Tak ada hitam putih.” - Edreez
“Memanglah syarat-syarat itu tak ada hitam putih, tapi Lufiyah adalah saksi.” - Alya

Bagaimana Alya nak menangani sikap Edreez yang mula berubah? Malah, makin lama tinggal bersama,

Setelah Terlafaznya Akad 2 ~ Anna Milia

(SEM & SS) RM26.00 > RM25.00

Saat akad kedua terucap, rasmi diri ini, seluruhnya milikmu, rasmi kesetiaan ini diserahkan buatmu.Hanan dan Nawal disatukan sekali lagi dalam lafaz akad kedua. Memang jodoh mereka kuat. Perangai pun sama. Kuat cemburu. Hanan tergugat dengan kehadiran Khalil yang selalu berkunjung ke kafe. 

“Abang percaya sayang. Abang cuma tak percaya Khalil.” - Hanan 

Baru reda rasa cemburu, muncul pula Cikgu Zaki yang tidak kurang segaknya. Susah, kalau ada isteri cantik. Cemburu Hanan berjangkit kepada Nawal. Sakit hatinya apabila Hanan selalu memuji Qaseh, tukang masak kafe yang meletops. 

“Tak payahlah nak sayang-sayang kat sini. Tadi berkasih-kasih kat belakang.” - Nawal 
“Dah nama dia Qaseh. Nak buat macam mana?” - Hanan 

Kan dah cakap, Hanan dan Nawal ni sama saja. Perangai sama. Ayat bela diri pun sama. Banyak dugaan yang mereka lalui. Namun, tak akan goyah kalau pasaknya kukuh. 

“Banyak yang dah kita lalui sebelum ini. Bagi abang, ini tahun yang paling perit.” - Hanan 

Wednesday, 16 March 2022

Kala Camellia ~ Anis Akhir

(SEM & SS) RM24.00 > RM23.00

Permulaan yang luar biasa, untuk kisah lama.
“Semua tutup mata. Hanya buka disaat aku sebut kala camellia.”

Hana, gadis biasa yang mula mencari cara menyara keluarga.
“Kamu yakin ke resort tu masih beroperasi? Pak cik tengok keadaan sini sunyi saja. Macam tak ada orang.”

Kisah lama yang dahagakan nyawa.
“Dia bunuh sesiapa sahaja yang masuk ke sini. Kemudian, dia seru dan puja semangat untuk bangkitkan semula orang yang dia dah bunuh.”

Kerana matinya satu nyawa, Hana mula terjerat, sehingga nyawanya pula menjadi taruhan.
“Kalau kau tak nak mati, awal-awal lagi kau dah dengar cakap aku, Hana. Mungkin dengan kematian saja kau akan terus kekal di sini.”

Hana ingin lari, tidak mahu lagi menjadi pengabdi, tetapi dapatkah dia selamatkan diri bersama yang lain?

Lunatik ~ Daneen Nizar

(SEM & SS) RM24.00 > RM23.00

Perancangan Faizan, seorang ASMRtist dan Mukbanger untuk merakam dan memuat naik konten terbaru iaitu vlog di sebuah kawasan pedalaman iaitu Kampung Gosong Hitam berukar menjadi tragedi apabila salah seorang rakan baiknya tiba-tiba menghilangkan diri.

“Beberapa tahun dulu, ada orang kampung hilang lepas mereka masuk ke dalam hutan dekat hujung kampung. Ada juga yang cerita, makhluk tu akan hukum orang yang bersalah. Ibarat menghukum orang yang berdosa.” - Inara
“Saya masih tak faham. Macam mana penduduk kampung dekat sini tahu nama makhluk tu… Alwahsh? Ada yang pernah nampak rupa Alwahsh?” - Gilbran

Namun begitu, Gilbran mempunyai pendapat yang berbeza. Dia tidak mempercayai cerita mitos tersebut. Malah, hatinya dihurung rasa curiga kepada sebuah keluarga yang berada di kampung itu. Galaunya semakin bertambah apabila rakan-rakannya menghilangkan diri tanpa sebarang jejak.

Gilbran akhirnya mencuba untuk meleraikan kejadian-kejadian aneh yang berlaku di kampung tersebut dengan bantuan wartawan jenayah serta seorang penyiasat sendirian

Bidadara Tak Bersayap ~ Shafinaz Hanafi

(SEM & SS) RM24.00 > RM23.00

Hidup yang selama ini disangka normal, bertukar secara tiba-tiba apabila identiti dirinya berubah.

“You’re adopted, Daniel. You’re Daniel Henry, the one that supposedly died 16 years ago.”

Daniel Henry mengalami satu perubahan yang besar dalam hidupnya apabila mendapat tahu yang keluarga kandungnya terlibat dalam satu kejadian pembunuhan kejam. Lebih malang lagi apabila dia dapat tahu dia telah kehilangan memorinya pada malam itu gara-gara kejutan melihat kematian orang tuanya sendiri.

Demi menjejaki pembunuh yang bertanggungjawab membunuh keluarganya, Daniel Henry memerlukan memorinya yang hilang itu. Tetapi, tidak semudah itu untuk dia pulih. Pelbagai cabaran perlu ditempuh dengan sabar demi menangkap pembunuh tersebut, sehinggalah memorinya pada malam itu kembali.

“Jadi, betullah awak masih sukakan saya?”
“Apa maksud awak?”

Selama Kau Pilihku ~ Areej Airin

(SEM & SS) RM24.00 > RM23.00

Nia sanggup melepaskan crush sendiri semata-mata untuk kebahagiaan sahabat baiknya, Zana.

“Aku rasa aku dah suka Arfan.”

Lima tahun berlalu, Arfan muncul semula dalam hidup Nia. Meminta untuk menyambung kisah mereka yang belum ternoktah tanpa mengenal putus asa.

“In case you forgot, I already told you before. There is no us between you and me. So please, stop talking about us.”
“Mungkin bagi kau kisah kita dah tamat, tapi bagi aku kisah kita baru bersambung.”

Saat rahsia yang disimpan Huzair, sahabat baiknya sendiri terbongkar, Kepercayaan Nia terhadap Huzair hancur. Tergamak sahabat baiknya sendiri menipunya. Hanya kerana perasaan cemburu semata-mata.

“Kau tipu aku, Huz. Kau tipu aku! Kau fitnah dia untuk kepentingan kau sendiri.”
“Aku buat semua ni sebab aku cintakan kau, Nia!”

Satu demi satu ujian menduga Niadan tanpa sedar ia membuatkan hubungannya dengan Arfan kembali

Tuesday, 14 December 2021

Laura Adam ~ Nur Haura

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Adam, lelaki tanpa wajah yang selalu muncul dalam mimpi Laura. Selalu mengucapkan kata-kata indah. Adakah Adam hanya mainan tidurnya atau secebis memori yang sesat?

“Smile, Nur.” - Adam
“Kenapa?” - Laura
“Senyum seperti awak lihat saya depan mata awak.” - Adam

Laura cuba bayangkan wajah Adam yang sebenar, tetapi tidak terlakar dalam fikirannya. Mungkin Adam hanyalah khayalannya semata-mata.
Leo pula jejaka yang sering muncul saat Laura perlukan pertolongan. Laura memilih untuk berpegang pada realiti daripada bergantung pada mimpi. Namun, dia curiga dengan sikap Leo yang terlalu mengambil berat tentang dirinya.
Mungkinkah ada sejarah antara dia dan Leo?

“Apa yang awak akan beritahu saya bila saat tu tiba?” - Laura
“Semuanya... Tentang abang, tentang Nur dan tentang kita.” - Leo

Satu rahsia yang disimpan oleh papanya terbongkar, membuatkan Laura lelah mencari kebenaran. Leo

Friday, 19 November 2021

Andai Benar Milikku ~ Anna Milia

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

NAILI. Demi memenuhi amanat terakhir ibunya, dia mencari lelaki yang didakwa sebagai ayahnya. Dia mahu lelaki itu tahu akan kewujudannya. Itu sahaja. Namun, dalam sekelip mata, hidupnya berubah. Dia bukan lagi anak yatim piatu. Dia mempunyai ayah yang kaya-raya, malah dijodohkan dengan Yusouf. Semuanya indah, namun tidak ubah seperti burung tempua yang singgah di dahan tinggi. Jatuhnya cukup memeritkan. 

“Saya benci awak, Yusouf. Kalau dulu saya fikir Datuk Hamidi tu jahat, awak lebih jahat." 

Tapi, Naili bisa mengepakkan sayapnya dan terbang sama tinggi dengan helang. Kerana dia ada Nadine dan Datuk Hamidi. Pertemuan semula mencatat pelbagai rencah dalam kehidupan Naili. Dia tidak pernah terfikir untuk memberikan peluang kedua kepada Yusouf. Apatah lagi hidup bersama semula. YUSOUF. 

Naili adalah cinta pandang pertamanya. Tapi, berkahwin tidak ada dalam kalendar hidupnya meskipun untuk tempoh sepuluh tahun akan datang. Apabila dipaksa berkahwin, tentulah Naili calon teratas dalam senarai.

Larung ~ Shukriah Rodzi

(SEM & SS) RM24.00 > RM23.00

Shannie dan pasukan cari gali Profesor Idris rasa teruja kerana menemui satu lagi artifak bersejarah berupa mohor jongkong emas dengan ukiran mahkota ular berkepala lima yang boleh digunakan oleh mereka untuk membantu kajian tentang ketamadunan Kerajaan Kedah Purba. 

"Nah, Shan pakailah rantai ni. Ni, sebenarnya rantai nenek papa. Dia suruh wariskan pada anak perempuan sulung papa." NS 

Jasadnya dirasakan terawang-awang hinggakan dirinya dibawa ke alam siluman ular yang penuh dengan kuasa sakti dan kejahatan. Ada cahaya yang mengelilingi tubuhnya seperti serdak-serdak hablur emas yang berterbangan di udara. 

"Tolong lepaskan saya. Saya nak balik!" 
"Anakanda mahu pulang ke mana lagi? Anakanda kan sudah berangkat pulang ke sini. Bonda gembira anakanda selamat, Termakbul doa bonda supaya Saktimuna lepaskan anakanda." 

Raja dan penduduknya mengamalkan kepercayaan khurafat dan percaya kepada kuasa mistik. Sebelum seseorang raja menaiki takhta, baginda mesti mengorbankan seorang puteri sunti kepada seekor ular Saktimuna yang tersangatlah besar sebagai jaminan kekuasaannya.

Tuesday, 12 October 2021

Biasa Itu Cinta ~ Zaza Qry

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Irfana Marlis memerangkap! Dia tidak segila itu hanya kerana mahukan seorang suami! Dia pun tak pernah inginkan seorang suami. Tapi, dia dituduh berbuat demikian kerana lelaki yang dibawa pulang Iswadi itu orang kaya. Sudahlah hidupnya tidak seindah mana tinggal dengan ibu dan bapa saudaranya. Ditambah pula dengan masalah baru. Kena pula berkahwin dengan Fadi Ayyad yang muka masam sentiasa. Memang taklah!

“Ini rumah aku kan. Yang kau datang sini buat apa? Nak minta duit lagi? Aku dah masukkan duit, untuk kau makan setahun pun tak habis. Kau pergi dari sini!” - Fadi Ayyad 
“Aku datang sini sebab kerja. Tak inginlah nak duduk lama-lama kat sini, bila tuan rumah masuk bilik orang suka hati dia saja.” - Irfana Marlis 

Mereka bertemu lagi setelah sekian lama. Kali ini Fadi Ayyad tidak lagi malas bersuara. Apa saja yang dilakukan Irfana Marlis, ada saja yang tidak kena. 

“Aku tak sangka awal betul kau datang. Aku agak kau mungkin akan datang sebulan atau dua bulan lagi.” - Fadi Ayyad 
“Kau juga cakap kalau aku perlukan duit, aku hanya perlu datang saja ke sini.” - Irfana Marlis 

Biarlah dia dianggap sebagai kaki kikis pun. Dia tidak kisah, asalkan semua rancangannya berjaya. Tak ada siapa pun yang akan tahu apakah rahsia Irfana Marlis. Sampai masanya, Irfana Marlis akan menjauh daripada hidup Fadi Ayyad. Namun, kebiasaan bersama Fadi Ayyad tidak memungkinkannya.

 

Love You Encik Hakim ~ Cahaya Ainn

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Terkejut. Keliru. Itulah reaksi pertama Alisa saat bertemu Hakim buat kali pertama setelah setahun berlalu, sejak pertemuan mereka di Granada, Sepanyol. Hakim, yang kononnya berjanji mahu menjemputnya di lapangan terbang, hilang begitu sahaja sehinggalah mereka dipertemukan sekali lagi apabila Alisa berjaya diterima bekerja di syarikat milik Hakim, sebagai setiausaha lelaki itu! Yang peliknya, Hakim langsung tak mengenalinya. Atau lelaki itu sekadar berpura-pura? 

Setiap kali Hakim memandang wajah Alisa, dia merasakan ada sesuatu pada gadis itu. Suatu perasaan yang dia sendiri tak mampu nak ungkapkan dengan kata-kata. Adakah dia sudah mula ada hati terhadap setiausahanya? Mustahil. Tapi, kenapa api cemburu dalam dirinya semakin membara setiap kali dia melihat Alisa berbual mesra dengan Ikram? 

"I think... I'm falling in love... with you." - Hakim 

Hakim tewas. Dia tak mampu lagi mahu menyembunyikan perasaannya. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Alisa pun nampaknya seperti turut sukakannya. Semuanya baik-baik sehinggalah munculnya Aiman. 

“Saya tahu saya mungkin dah buat kesilapan dulu, walaupun ia tak disengajakan. Believe me.” - Aiman 
Alisa keliru. Hatinya mahu memilih siapa? Hakim atau Aiman?