Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Idea Kreatif. Show all posts
Showing posts with label Idea Kreatif. Show all posts

Friday, 14 July 2023

Bella Irdina Temptation ~ Roses Orkeds

(SEM & SS) RM28.00 > RM27.00

Syed Farris, dia pernah merasai keindahan bercinta. Dan pernah terluka kerana dikhianati.

Bella Irdina, dia percaya pada cinta. Baginya, cinta adalah perasaan istimewa yang ada dalam diri manusia. Dan pertemuan yang sangat singkat dengan Syed Farris telah menerbitkan rasa lain di hati Bella.

Jodoh mereka adalah satu kebetulan yang tak terjangka. Tapi Bella yakin, Farris itu adalah pilihan yang tepat walau lelaki itu menentang perkahwinan mereka.

“Satu benda yang I nak you tahu, perkahwinan ni tak akan bertahan lama.” – Syed Farris.
“Why are you so sure?” – Bella Irdina.
“I tak akan cintakan you and never will.” – Syed Farris.

Apa perlu Bella buat? Dia tahu Farris tidak punya perasaan seperti dia. Jadi, caranya hanya satu, goda Farris!

Macam-macam cara Bella lakukan untuk tambat hati keras milik Farris. Walau tiada tanda hati lelaki itu akan lembut tapi Bella sedikit pun tak berputus asa.

Namun, usaha setiap manusia ada hadnya. Lagi-lagi bila usahanya terasa sia-sia. Dek satu kejadian, Bella mula sedar akan sesuatu. Dia tak akan mampu ubah hati Farris.

“Farris, I dah bersedia kalau you nak lepaskan I.” – Bella Irdina.

“Jadi, you nak mengalah sekarang? Dah give up?” – Syed Farris.

Apakah perkahwinan mereka akan berakhir begitu saja? Adakah usaha Bella selama ini hanyalah sesuatu yang sia-sia?

Sayang, Di Mana Dia... ~ Sufea Hareez

(SEM & SS) RM26.00 > RM25.00

"Tuhan itu ciptakan manusia berpasangan.

Seperti Adam dan Hawa. Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam. Adam kau tentu ada di mana-mana sedang mencari Hawanya yang sesat di sini."

Sesekali Haji Shukri berbicara serius. Nak cakap lebih-lebih, dia sendiri risau. Anak-anak sudah menginjak dewasa. Jodoh mereka entah macam mana rupa. Cepat atau lambat pun, dia tak tahu.

"Ada ke orang nak saya yang dah tua ni, Haji."

Tangan menongkat dagu. Wajah turut sama menurun. Dahi Jawhara bertemu muka meja.
Hembusan nafas menyerbu celah-celah wajahnya.

"Tak berapa nak gigih mencari. Memanglah tak jumpa," balas Haji Shukri.
"Haji fikir senang. Kalau pemilik tulang rusuk

itu saya boleh beli di pasar dah bersusun anak-anak saya." Jawhara mengeluh lagi.
Haji Shukri merengus.

"Pasar pun kau tak pergi. Entah-entah tauke jual tulang rusuk tu jodoh kau. Tak ke rugi selama ni,"

My Scrapbook ~ Aidah Bakri

(SEM & SS) RM27.00 > RM26.00

“Kenapa larikan diri? Kenapa pura-pura tak kenal?” soal suara itu perlahan. Bertanya seolah-olah hubungan antara mereka tidak pernah ada apa-apa yang pincang. Bertanya seolah-olah Asla melakukan kesalahan apabila terus berlalu tanpa menyapa dia.

“Untuk apa bersapa lagi? Tak ada perlunya.” Asla membuang pandangan ke arah lain walaupun dia sedar lelaki dihadapannya masih memandang dia.

“Asla! Tak sangka awak boleh berubah. Awak sanggup abaikan saya macam tu saja. Mustahil awak tak perasankan saya. Awak memang sengaja melarikan diri dari saya.” Lelaki itu jelas tidak puas hati dengan Asla.

Kali ini, Asla memberanikan diri membalas pandangan lelaki yang berdiri tegak di hadapannya. Seolah-olah dia yang bersalah pula. Memang begitukah lelaki? Sentiasa tak mahu mengaku salah sendiri.

“Terima kasih kepada awak. Terima kasih kerana menyedarkan saya daripada mimpi-mimpi yang indah. Terima kasih juga sebab awak buat perkara yang betul. Meminta saya meninggalkan awak… itulah keputusan yang paling tepat.” Ujar Asla geram.

“Asla…”

“Terima kasih kerana meletakkan saya dalam situasi sekarang. Saya harap awak tak lupa janji awak untuk terus mendoakan saya bahagia.” Sindir Asla. “Bahagia walau dengan siapapun saya berkahwin.

Ubat Cinta ~ Cik Amal Amina

(SEM & SS) RM27.00 > RM26.00

Nayla yang peramah. Ezra yang kaku. Bila dua orang manusia ini bertemu, ada saja yang tak kena.

“Ni bukan warna nude. Ni warna kuning cair. Takkan awak tak reti beza antara warna nude dengan warna kuning?” – Nayla

“Nude bukan bogel?” – Ezra

Tapi, kerana kasih pada si kakak, Nayla buat kerja gila. Dia sanggup melamar Ezra yang pernah dia tolak pinangannya suatu ketika dahulu.

Berkahwin bukan atas dasar cinta, tetapi rumah tangga mereka tetap bahagia dengan cara mereka tersendiri.

“Apa beza saya dengan Cik Lang kesayangan awak?” – Nayla
“Sorang hantu dan sorang lagi isteri.” – Ezra
“Salah… Hobi Cik Lang mengilai. Hobi saya pula, menggilai awak sepanjang masa.” – Nayla

Bila rasa cinta mula menyapa di hati, tiba-tiba badai melanda gara-gara kisah lama. Hubungan suami

Monday, 17 April 2023

Cinta Terasa Ada ~ Kay Omena

(SEM & SS) RM27.00 > RM26.00

Pertemuan pertama antara Hanif dan Yuhanis berjaya menghadirkan satu rasa dalam diri si gadis. Tak peduli pada peribahasa ‘perigi mencari timba’, salam perkenalan dihulurkan. Tapi entah di mana silap, Hanif seperti membenci Yuhanis. Apa saja yang gadis itu lakukan, pasti mengundang kemarahannya.

“Saya minta maaf, un... uncle.” – Yuhanis.
“Jangan panggil aku uncle.” – Hanif.Namun, tatkala Yuhanis ditimpa musibah dan hilang tempat berteduh, dia terpaksa tinggal di rumah lelaki itu.
“Maybe aku patut tinggal sekali dengan kau kat rumah tu.”– Hanif.
“Awak sedang melamar saya ke?” – Yuhanis.

Cara Hanif melamar dan secara tiba-tiba begitu membingungkan Yuhanis. Tapi pilihan apa yang dia ada apabila setiap doanya, menunjukkan lelaki itu sebagai jawapan. Menerima lamaran lelaki itu, cabaran lain yang perlu dilalui mereka. Orang ketiga pasti ada tatkala masjid telah terbina.

“Suka dapat keluar dengan aku atau suka sebab aku pilih kau dari Ain?” – Hanif.
“Dua-dua.” – Yuhanis.

Suka Yuhanis bererti bahagia. Tak mungkin tak bahagia bersuamikan lelaki seperti Hanif yang cukup segalanya.Tapi aturan hidup selalunya bahagia itu akan datang bersama dugaan. Dan bila rumah tangga mereka diduga dengan asakan orang ketiga, akan goyahkan kasih Hanif terhadap Yuhanis? Siapa pula Taufiq di dalam hidup Yuhanis yang mencetus cemburu di hati Hanif?.

Cinta Irene ~ Illa Shanahila

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Berkahwin di bumi asing tanpa pengetahuan keluarga, itu yang mereka lakukan. Admund melamar dan Irene terima, cukup mudah. Tapi, kehidupan tak mungkin akan semudah itu buat mereka.

“Kita tak patut kahwin, Ed.” - Irene
“Kita dah kahwin pun, Irene.” - Admund

Bila rahsia mereka terbongkar dan Admund berdepan dengan tekanan, Irene meminta perpisahan demi kebaikan semua.

“I tak sangka you sanggup tipu I dan keluarga, Ed.” – Cecilia.
“I akan perbetulkan semuanya.” – Admund.
“Not that easy, Ed.” – Cecilia.

Kerana janji keluarga yang termetri, Admund terpaksa lepaskan Irene pergi. Dia terpaksa, bukan atas kerelaan.

“Tolong jaga dia untuk aku, Jian.” Admund.
“What’s next, Ed. Takkan kau sanggup biarkan dia pergi macam tu?” – Jian.
“Aku sangat sayangkan dia, Jian. Tapi jika aku batalkan dengan Cecilia, keluarga kita akan terima

Yang Sudah Tertulis ~ Ella Affandy

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Pertemuan tidak terduga dengan Aariz, memerangkap Zara untuk terus terikat dengan lelaki itu.

“Awak nak saya minta maaf, then saya minta maaf.”- Zara Isabelle.
“Aku terima kata maaf bersyarat. Take it or leave it.”- Aariz Azfa.

Dan Zara hanya ada satu pilihan saja, menjadi isteri pada lelaki bermata helang itu.

Apabila ikatan suami isteri termeterai, Aariz seakan lupa janji sendiri. Kini dia tak mahukan sekadar suami atas kertas semata, dia mahu menjadi suami yang sebenarnya.

“Awak nak apa?”- Zara
“Aku nak kau.”- Aariz.

Dalam tak suka, Zara mula sedar Aariz adalah pelindungnya di saat dia memerlukan. Sedikit demi sedikit, cinta mula bersemi. Cemburu mula membakar.

“Betul ke sakit kepala?” – Aariz.
“Sakit dada tengok muka ex awak.” – Zara.

Saturday, 26 March 2022

Pemilik Hati Rafie ~ Laydee Amarfi

(SEM & SS) RM29.00 > RM28.00

Pencarian isteri A.Rafie berakhir apabila dia bertemu dengan Natasha, stafnya sendiri.

“I’m looking for a woman to marry.” – Rafie
“Rich hot dude macam you ni Tuan Rafie, banyak perempuan di luar sana beratur untuk jadi wife you.” – Natasha

Terperangkap dalam mainan Rafie, Natasha akhirnya bersetuju mengahwini duda kaya itu. Dia akur pada prinsip dirinya yang cintakan wang. Tapi tanpa diduga, rupa-rupanya ada harga yang dia perlu bayar untuk kehidupan barunya itu.

“This is the real me, Nat. The real me yang hanya wife I punya privilege untuk kenal.” - Rafie
“I don’t want to know the REAL you. Tak perlu tunjukkan pada I.” – Natasha.

Tak cukup hidupnya kucar kacir sebaik menjadi isteri Rafie, kemunculan Zachary memaksa Natasha berdepan dengan kisah silam yang selama ini cuba dirahsiakan.

“Mungkin ini balasan untuk I kerana tinggalkan you dulu.” – Zachary

Dalam kesibukan menepis gangguan Zachary, Natasha terpaksa juga melawan perasaan yang mula seronok dimanjakan Rafie. Hati mahu setia, tapi akal masih degil tak menerima. Dia tidak percaya

Baton Cinta ~ Sufea Hareez

(SEM & SS) RM27.00 > RM26.00

Pertemuan yang memalukan tanpa diduga membawa mereka ke pertemuan kedua yang berakhir dengan sebuah akad.

“Kita kahwin.” – Jaidan.
“Awak tak perlu kasihankan saya, Jaidan.” – Juwita.

Juwita fikir dia kuat tapi bila maruahnya bakal diperjudikan, dia terpaksa akur untuk menjadi isteri Jaidan walau itu yang paling dia tak mahu berlaku dalam hidupnya.

Dalam Juwita mencari keserasian hidup sebumbung bersama Jaidan, ujian datang bertimpa-timpa menyebabkan Juwita mengalah dengan ketentuan hidup.

“You can run but you can’t hide, Ju.” – Jaidan

Laluan untuk Jaidan menyemai benih cinta terhadap Juwita menjadi sukar apabila Firman jadi penghalang.

“I don’t ask much, Ju. Buat saya percaya, cukuplah.” – Jaidan
“Antara kekasih dan sahabat, saya pilih sahabat.” – Juwita

Sayang Tanpa Limit ~ Cik Amal Amina

(SEM & SS) RM28.00 > RM27.00

“Dalam peti, ada ais. Assalamualaikum, Ulya binti Uwais.” – Tariq

Pertemuan empat mata dengan Tariq di Village Grocer telah membuka kembali lipatan sejarah yang ingin Ulya lupakan. Pertemuan yang membuatkan hidup Ulya selepas itu sentiasa dibayangi oleh si bekas tunang dan pantunnya.

“Orang utan makan pisang. Pisang ditanam oleh Lulu. Jangan menangis lagi sayang. Nanti saya upah baulu.” – Tariq

Tariq datang bersama misi untuk menawan kembali hati Ulya, tetapi bukannya mudah. Lagi-lagi bila dalam hati Ulya masih tersimpan rasa dendam dan trauma pada si duda.

“Sayang saya, tapi sanggup curang dengan Nilam!”– Ulya
“Setia saya hanya untuk awak, Ulya.” – Tariq

Walaupun Ulya masih benci, namun kerana Umar, dia sanggup terima Tariq sebagai suami.

“Umar jangan risau. Abang Tariq bakal jadi abang ipar Umar. Macam yang Umar nak selama ni.” – Ulya

Walau dilayan bak bidadari setelah menjadi isteri Tariq, jauh di sudut hati Ulya masih tersimpan rasa

Tuesday, 14 December 2021

Katakan Cinta ~ Emy Roberto

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

“I don’t care how you’re gonna do it, but convince her to marry me.” - Jeyhan

JEYHAN JAZLEY, ahli perniagaan yang sangat ramai peminat dan juga ramai musuh. Single & available.

MIA LUNA, doktor pakar yang satu-satunya anak papa, ditatang bagai minyak yang penuh. Single but not available.

Mereka diatur untuk dikahwinkan. Bagi Jeyhan, apa pun yang terjadi, dia memang mahukan Luna sebagai isterinya. Bagi Luna pula, dia tak kenal Jeyhan, bagaimana mahu berkahwin dengan lelaki itu. Lagi pun, dia sudah ada Haris.

“Masalahnya, saya tak nak kahwin dengan awak, Jeyhan.” – Luna
“Tak kisah masin macam mana pun awak bancuh teh, saya masih nakkan awak.” - Jeyhan

Pelbagai cara Luna lakukan untuk menolak tapi di akhir cerita, dia terpaksa juga akur. Melepaskan Haris untuk menjadi isteri Jeyha. Dan hidup sebumbung dengan Jeyhan, tidaklah teruk sangat. Layanan baik Jeyhan mengubah rasa benci Luna menjadi sebaliknya. Dia sudah mampu lupakan Haris.

Eksklusif Untukmu ~ Sufea Hareez

(SEM & SS) RM26.00 > RM25.00

“Kahwin dengan stranger. Agak-agak malam pertama I selamat tak?” – Laila Qaisara
“I bukan stranger lagi, Laila.” – Aiman Iskandar

Laila dan Iskanar, kisah mereka bermula di bumi New York. Berkahwin di perantauan atas restu keluarga dan perkahwinan mereka cukup rencah bahagia.

“You jangan manjakan I sampai tangan I lupa nak berfungsi, Is.” Laila Qaisara
“Tangan you berfungsi dengan sempurna ketika ini, baby.” – Aiman Iskandar

Namun, di sebalik bahagia yang membukit, rumah tangga mereka diancam bahaya.

“Dia dah bosan dengan you, Laila. And you are no longer exist.” – Suraya
“Perkahwinan tanpa kejujuran bukan sesuatu yang eksklusif, Aiman Iskandar.” – Laila Qaisara

Kecewa dengan Iskandar, Laila bawa diri pulang ke Malaysia. Lama berpisah, takdir kembali

Dahlia ~ Ella Affandy

(SEM & SS) RM27.00 > RM26.00

Bila si garang Dahlia bertemu si lara Aly...

“Orang potong queue ni memang tak ada manner. Bukan you je lapar. I pun sama. Jangan sampai I makan you.” – Dahlia
“I suka je kalau orang cantik macam you makan I. Kenyang setahun.”- Aly

Pertemuan tak terjangka, terkesan pada hati mereka. Bagi Dahlia, dia tak mahu jumpa Aly lagi. Malu dengan insiden yang berlaku. Tapi, kehadiran seseorang dari kehidupan lampaunya buatkan Dahlia tiada pilihan.

“I cari sebab you lupa jalan nak balik rumah. Lupa tunang sendiri.” - Quehairy.
“I dah kahwin.” - Dahlia.

Jalan terbaik untuk selamatkan diri, dia terpaksa ‘gunakan’ Aly.

“Kita boleh nikah betul-betul kalau you nak mengelak daripada dia.” - Aly.

Tawaran Aly dan terdesak untuk lari dari Quehairy telah mengikat Dahlia sebagai isteri pada Aly Idris.

Monday, 29 November 2021

Dia Sebenarnya ~ Zill Ailie

(SEM & SS) RM26.00 > RM25.00

Terperangkap dan terpaksa, Jad rasa inilah perkara paling bodoh pernah berlaku dalam hidupnya. Tapi peliknya, dia rela jadi pak sanggup. Rela mengahwini perempuan yang tak dikenali tanpa sebarang paksaan.

“Kau yang lafaz akad nikah, Jad. Sepatutnya kau boleh tolak bro.” – Razin.
“Dia half-naked. Kau rasa orang nak percaya?” – Jad.

Namun bagi Ally, memerangkap Jad adalah perkara yang paling pantas untuk selamatkan diri. Dia tiada cara lain, biarlah dia dituduh perempuan kotor daripada terus terpalit dosa.

“Kenapa kau perangkap aku? Dah berapa ramai jantan yang ‘guna’ tubuh kau?” – Jad.

Kemarahan dan kekasaran Jad buatkan Ally menjadi perempuan yang kuat melawan untuk menutup kelemahannya. Dan sikap suka melawan Ally itu buatkan Jad rasa tercabar. Tapi bila Ally berubah menggoda, jiwa lelakinya pula yang bergelora. Pantang mendekat,

Hei, Orang Sebelah! ~ Kay Omena

(SEM & SS) RM28.00 > RM27.00

Menjadi anak kepada anggota barisan hadapan, Adya tak ada pilihan bila terpaksa ditinggalkan bersama satu arahan oleh si ayah yang sedang bertugas.

“Abah nak Yaya tinggal kat rumah sebelah buat sementara waktu.” – Abah.

Berhadapan dengan Zahri yang merupakan anak jiran sebelah, Adya rasa dunianya bagai dilanda Tsunami. Istilah tenang seolah-olah lenyap bila berhadapan dengan kerenah lelaki yang sering saja mencabar kesabarannya.

Bagi Zahri pula, dia tak percaya pada cinta pandang pertama. Lebih-lebih lagi pada Adya yang tak ada ciri-ciri gadis idamannya. Tapi siapa sangka, lama kelamaan hatinya mula terusik.

“Abang Ri ni romantik tau. Kahwin jom, Kak Yayang?” – Zahri.
“Saya tak nak dan untuk pengetahuan Abang Ri, pejabat kadi tutup.” – Adya.

Penolakan Adya seakan menggugat Zahri. Makin gadis itu menolak, makin kuat dia cuba menarik. Dia percaya, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Memujuk Adya memang tak mudah, tapi lampu hijau

Wednesday, 22 September 2021

Miss Ducati ~ Sufea Hareez

(SEM & SS) RM27.00 > RM26.00

“You are just ‘wow’ me, Miss Ducati.”- Amir Luqman.

Siapa yang tak kenal Tuan CEO muda yang tampan dan segak bergaya bernama Amir Luqman? Dan kelebihan yang dimilikinya telah digunakan untuk menakluki seorang Miss Ducati. Hanya di bilik persalinan, segalanya bermula dan berakhir dengan sejarah yang tak termampu dilupakan. Dua tahun berlalu, mereka ditemukan semula. Maka terjadilah adegan Tuan CEO mengejar Miss Ducati.

“Tak boleh ke kalau awak terus ignore je saya? Jangan cari saya lagi.” – Rania Nabila.
“Saya tak suka perempuan tinggalkan saya.” – Amir Luqman.
“Anggap saja saya ni macam mangsa awak yang lain.”- Rania Nabila.
“Oh, no... no... I am not your one-night stand or vice versa, Miss Ducati.”- Amir Luqman.

Itu hanya permulaan. Dan pengakhirnya, Nabila jadi kalah dengan kesungguhan seorang Luqman yang tak pernah jemu dengan kehendaknya.

“Saya bukan seperti yang awak kenal dulu, Luq. Semua yang ada di sekeliling saya sangat menakutkan.” – Rania Nabila.
“Kita kahwin.” – Amir Luqman.

Itu sahaja jalan yang Luqman mampu fikirkan, biar Rania Nabila terus di sampingnya agar segala

Ada Yang Tertinggal ~ Mimie Afinie

(SEM & SS) RM28.00 > RM27.00

Tertipu oleh Harris Shah yang mengaku bujang walhal sudah berkeluarga, Sofea Hana mengambil keputusan untuk lari dari lelaki itu. Dia tak mahu jadi perosak rumah tangga orang. Tinggal di kampung tok ma dan tok ayah dengan harapan dia akan mendapat ketenangan.

“Awak yang tinggalkan dia, dah kenapa awak berkelakuan macam orang tak siuman terjerit-jerit kat tempat awam macam ni?” - Jeffry.
“Eh, saya kenal awak pun tak, tiba-tiba nak menyibuk tentang saya ni, apa hal?” – Sofea.

Mulut tak bertapis + suka menyibuk Jeffry Asyraf, anak teruna jiran tok ma membuatkan tenang yang Sofea cari ternyata gagal. Yang dia dapat selalunya sakit hati.Tapi di sebalik mulut Jeffry yang begitu, rupa-rupanya lelaki itulah tukang azan di masjid yang bersuara merdu, yang selalu buat Sofea terpikat dengan kemerduannya.

“Tentang Harris tu, boleh saya tanya sikit?”- Jeffry.
“Suka jaga tepi kain orang ya, awak ni?” – Sofea.
“Saya jaga tepi kain awak je.” – Jeffry.

Wednesday, 24 March 2021

Misi Kahwin Paksa ~ Cik Amal Amina

(SEM & SS) RM27.00 > RM25.00

Safa terima Ilhan sebagai suami, bukan sebab dia cinta tetapi sebab abah yang mahu. Demi sayangnya pada abah, Safa turutkan walau hakikat sebenar, dia memang tak sukakan lelaki itu.

“Saya. Benci. Awak.” – Safa.
“I hate you more.” – Ilhan.

Sejuta kata benci pun, Safa tetap akur untuk menjadi isteri pada Ahmad Ilhan Bin Muhamad Hambali. Tapi, Safa ada misi sendiri.

“Perjanjian apa ni, Safa?” – Ilhan.
“Misi kahwin paksa.” – Safa.
“Kahwin paksa apanya kalau kena tidur sebilik dan sekatil?”- Ilhan.

Ya! Misi kahwin paksa Safa, lain dari yang lain. Dia mahu menukar rasa benci menjadi sayang dan cinta. Sudah bergelar suami isteri, hanya jalan itu yang dia nampak.

“Setiap hujung minggu ialah masa suami isteri dan keluarga, bukannya kerja. Kalau pergi juga kerja, Ahmad Ilhan wajib cium bibir Safa sebanyak 10 kali sebagai upah.” – Safa.

Bukan mudah buat Safa mahu mendapatkan kerjasama dari Ilhan. Si suami sebenarnya bencikan semua

Semanis Warda ~ Sufea Hareez

(SEM & SS) RM26.00 > RM24.00

Satu tamparan hebat buat Warda apabila si tunang terpaksa berkahwin dengan Amilin, adik tiri Warda sendiri. Sedih dan kecewa berganda-ganda apabila si ibu tiri pula meminta dia berpindah dari rumah.

Akur dengan si ibu tiri, Warda pindah. Dan tanpa Warda sedar, tangis dan rintihannya setiap malam menjadi perhatian jiran sebelah.

Kebetulan yang manis apabila bertemu, rupanya mereka adalah kenalan lama dan lebih manis lagi bila tahu cef Hamzah itu adalah pemilik restoran kegemaran Warda.

“Adanya saya, Warda takkan menangis lagi.” – Hamzah.

Tak bertangguh, Hamzah nekad mengubah haluan cinta Warda ke arahnya. Memujuk Warda agar tidak terus merintih dengan takdir hidup. Dan Warda pula nekad memutuskan pertunangan dengan Sufyan untuk terima Hamzah.

Tidak habis di situ, perkahwinan yang bahagia antara Warda dan Hamzah menimbulkan cemburu di hati

Friday, 12 March 2021

Bukan Cinta Semusim ~ Ella Affandy

(SEM & SS) RM26.00 > RM24.00

Phi Phi Island menjadi saksi pertemuan antara Niq Nashriq dan Nuraisha Iman. Kerana satu insiden, termeterai satu perjanjian.

“One week husband, you have nothing to lose.”- Niq

Bagi Aisha, itu hanyalah perjanjian. Namun bagi Niq, dia mengharapkan lebih daripada itu.

“Cinta pun macam mee segera?”- Aisha
“Nikah dulu baru pupuk cinta dan sayang.”- Niq

Pada malam terakhir di pulau, mereka saling mengikat dengan harapan akan saling mencari bila pulang ke Malaysia nanti. Namun, apa yang Aisha saksikan di airport, melukakan hatinya. Dia nekad melupakan semua memori antara dia dan Niq.

“Jangan lupa, saya masih suami awak.”- Niq
“Fake husband.”- Aisha
“Saya cuma suami yang tak tunaikan tanggungjawab seorang suami.”- Niq

Cabaran Niq untuk memenangi semula hati Aisha makin mencabar bila dia tahu Nazrin, adiknya sendiri adalah ‘crush’ isterinya. Dia bertindak pantas. Pernikahan mereka harus dihebahkan.