Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Kay Omena. Show all posts
Showing posts with label Kay Omena. Show all posts

Monday, 17 April 2023

Cinta Terasa Ada ~ Kay Omena

(SEM & SS) RM27.00 > RM26.00

Pertemuan pertama antara Hanif dan Yuhanis berjaya menghadirkan satu rasa dalam diri si gadis. Tak peduli pada peribahasa ‘perigi mencari timba’, salam perkenalan dihulurkan. Tapi entah di mana silap, Hanif seperti membenci Yuhanis. Apa saja yang gadis itu lakukan, pasti mengundang kemarahannya.

“Saya minta maaf, un... uncle.” – Yuhanis.
“Jangan panggil aku uncle.” – Hanif.Namun, tatkala Yuhanis ditimpa musibah dan hilang tempat berteduh, dia terpaksa tinggal di rumah lelaki itu.
“Maybe aku patut tinggal sekali dengan kau kat rumah tu.”– Hanif.
“Awak sedang melamar saya ke?” – Yuhanis.

Cara Hanif melamar dan secara tiba-tiba begitu membingungkan Yuhanis. Tapi pilihan apa yang dia ada apabila setiap doanya, menunjukkan lelaki itu sebagai jawapan. Menerima lamaran lelaki itu, cabaran lain yang perlu dilalui mereka. Orang ketiga pasti ada tatkala masjid telah terbina.

“Suka dapat keluar dengan aku atau suka sebab aku pilih kau dari Ain?” – Hanif.
“Dua-dua.” – Yuhanis.

Suka Yuhanis bererti bahagia. Tak mungkin tak bahagia bersuamikan lelaki seperti Hanif yang cukup segalanya.Tapi aturan hidup selalunya bahagia itu akan datang bersama dugaan. Dan bila rumah tangga mereka diduga dengan asakan orang ketiga, akan goyahkan kasih Hanif terhadap Yuhanis? Siapa pula Taufiq di dalam hidup Yuhanis yang mencetus cemburu di hati Hanif?.

Monday, 29 November 2021

Hei, Orang Sebelah! ~ Kay Omena

(SEM & SS) RM28.00 > RM27.00

Menjadi anak kepada anggota barisan hadapan, Adya tak ada pilihan bila terpaksa ditinggalkan bersama satu arahan oleh si ayah yang sedang bertugas.

“Abah nak Yaya tinggal kat rumah sebelah buat sementara waktu.” – Abah.

Berhadapan dengan Zahri yang merupakan anak jiran sebelah, Adya rasa dunianya bagai dilanda Tsunami. Istilah tenang seolah-olah lenyap bila berhadapan dengan kerenah lelaki yang sering saja mencabar kesabarannya.

Bagi Zahri pula, dia tak percaya pada cinta pandang pertama. Lebih-lebih lagi pada Adya yang tak ada ciri-ciri gadis idamannya. Tapi siapa sangka, lama kelamaan hatinya mula terusik.

“Abang Ri ni romantik tau. Kahwin jom, Kak Yayang?” – Zahri.
“Saya tak nak dan untuk pengetahuan Abang Ri, pejabat kadi tutup.” – Adya.

Penolakan Adya seakan menggugat Zahri. Makin gadis itu menolak, makin kuat dia cuba menarik. Dia percaya, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Memujuk Adya memang tak mudah, tapi lampu hijau

Thursday, 10 December 2020

Terlajak Jatuh Cinta ~ Kay Omena

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

“Syaratnya, saya tak nak anak. Cukup kita berdua saja.” – Izrad.

Syarat yang diletakkan Izrad untuk sebuah perkahwinan membuatkan Nalia tolak tanpa berfikir walau sesaat. Tapi, hanya kerana seorang ayah, perkahwinan yang ditolak itu terjadi jua.

“Sebagai wanita, selain menjadi isteri, saya impikan untuk menjadi seorang ibu.”- Nalia.

Pada Izrad, memilih Nalia sebagai isteri bukan sekadar demi kepentingan dirinya sendiri. Ada sesuatu yang dicari dan dia yakin Nalia mampu untuk membawa dia menemukan apa yang hilang dari hidupnya selama ini.

“Saya akan pastikan cuma bahagia yang awak rasa sepanjang awak hidup dengan saya.” – Izrad.

Seperti mana syarat diterima, sebegitulah juga janji ditunaikan. Izrad yang mulanya beku, secara perlahan bertukar rupa menjadi suami yang penyayang dan bertanggungjawab.

“Terima kasih sebab belikan saya dress ni.” – Nalia.
“Abang pernah cakap sebelum ni. Abang lagi prefer amali daripada teori. Untuk ayat 'terima kasih' pun,

Wednesday, 11 March 2020

Tawanan Hati Encik Cinta ~ Kay Omena

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

“I ingatkan you dah pergi.” Dia bersuara. Yang pasti, apa yang dia katakan itu memarakkan lagi rasa marah di hati. Jadi, dia tahu yang aku akan pergi?

“You datang sini untuk apa?” Aku menyoal terus. Cuba buat-buat tak faham dengan soalannya. Aku tak nak daripada soalannya itu, jiwa aku jadi makin tak tentu arah. Sudah pasti itu akan memberi peluang pada dia untuk terus menjatuhkan lagi semangat yang ada dalam diri aku sekarang ini.

Huda berpeluk tubuh. Tepat dan penuh yakin matanya memandang aku.

“I datang sini untuk apa? You rasa you perlu tahu ke?” Muka angkuh ditunjukkan. Aku berdesis di sebalik bibir. Cuba sabarkan hati dengan soalan-soalannya itu. Kalau tak mengenangkan aku sebenarnya yang ‘dihalau’ keluar oleh Ashan dari sini, memang aku dah heret badan Huda keluar dari pagar rumah.

Monday, 15 July 2019

Suamiku Untuk Aku ~ Kay Omena

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

Pertemuan dengan Aidan mengingatkan Fiya pada arwah suaminya, Daniel. Wajah mereka serupa tetapi perwatakan berbeza. Sejuk beku seorang Aidan buatkan Fiya ingin tahu lebih lanjut tentang lelaki itu.

“Awak tahu tak saya tunggu awak dekat masjid tu berjam-jam?” – Fiya.
“Aku ada kata aku nak balik dengan kau ke?” – Aidan.

Namun, sakit hati dengan layanan dan bicara Aidan, Fiya cuba membenci dan menjauh. Tapi takdir dan jodoh itu milik DIA. Sekuat mana Fiya mahu membenci, sekuat itulah juga jodoh dia dan Aidan.

“Saya dah mula sayang kat awak. So, tolong jangan buat-buat tak faham.” - Fiya
“Fiya, kau mabuk ketum ke? Kau sedar tak aku ni siapa? Aku ni Aidan tau, bukannya Daniel.” Aidan

Saturday, 26 January 2019

Suara Hati Dia ~ Kay Omena

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Sekian lama Rania tahu Syahiran sangat membencinya. Bagi Syahiran, Rania itu perampas kasih sayang dan perhatian uminya. Tapi, itu bukan niat Rania yang sebenar. Dia hanya mahu menumpang kasih setelah kehilangan orang tuanya. 

“Kau jangan sesekali tunjuk muka depan aku!”- Syahiran 

Sebab itu, bila tiba-tiba Syahiran melamarnya, Rania bagai tak percaya. Tapi, dia tetap rasa bahagia kerana sejak lama dulu, hatinya memang sudah terjatuh suka pada lelaki itu. 

“Beri aku peluang jaga kau, Nia. Mungkin Hafiz lebih baik dari aku. Tapi aku janji akan jaga kau lebih baik dari dia.” - Syahiran. 

Perkahwinan mereka pada dasarnya untuk membantu Rania dari menjadi mangsa dera emak saudara sendiri. Tapi di sebalik itu, cinta antara mereka telah wujud di hati masing-masing. Namun, bahagia mereka dicantas musibah apabila Hafiz yang selama ini mengaku kawan baik sehidup semati rupanya menjadi duri dalam daging. 

Apa yang akan terjadi bila tiba-tiba Syahiran sendiri nampak Hafiz di dalam bilik bersama Rania? Dan apa akan jadi pada Rania apabila dia ditinggalkan sendirian oleh suami saat dia memerlukan sokongan? Akan adakah peluang kedua buat Syahiran bila dia sedar tindakannya adalah satu kesilapan?

Monday, 6 August 2018

Sayangku Saarah ~ Kay Omena

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

“Dengan keadaan saya sekarang ni, saya tak mampu nak jadi isteri yang terbaik untuk awak. Saya…”

Belum lagi aku habiskan ayat sendu aku, aku dengar dahulu Aathif ketawa. Pipi aku dicubit tidak semena-mena.

“Awak tu satu-satunya isteri abang tau. So, setiap perangai awak tu dah jadi yang terbaik dan terburuk untuk abang. Buruk mana pun perangai sayang, abang tetap cinta. Jangan risau.” Ada tawa pada ayat Aathif.

Aku tarik muka sedikit.
“Awak cakap saya buruk?”
Masih lagi tawa menjadi jawapan pertama untuk soalan aku.
“Perangai.” Seperti memperbetulkan soalan aku saja gayanya.
“Awak cakap perangai saya buruk?” Lagi sekali aku bertanya tanda tak puas hati. Muka aku seriuskan sehabis yang boleh.

Tak tahu ke yang aku sudah berusaha untuk jaga kelakuan aku untuk beberapa hari ini? Bahkan baru tadi terdetik dalam hati aku untuk melayan Aathif dengan lebih baik bermula dari hari ini. Tapi sekarang, senang lenang saja Aathif kata perangai aku buruk!

Monday, 26 February 2018

Sayangku Hana ~ Kay Omena

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

untuk meluahkan, dia tidak pernah yakin diri. Apabila berdepan dengan gadis itu, selalunya ayat puaka yang keluar dari mulutnya. Kebetulan yang tidak disangka, apabila mula kerja dan tinggal di bandar, jiran sebelah rumah juga orang yang sama. 

“Hana duduk dekat rumah sebelah ni. Abang baru pindah sini ke?” - Hana 
"Hidup aku ni memang kena berjiran dengan kau sampai mati ke?"- Aiman 

Pada Hana, mulut puaka Aiman itu memanglah menyakitkan hati tapi dia tidak boleh hendak buat tidak endah saja dengan lelaki itu. Lebih-lebih lagi bila dia dibuli oleh teman serumah, Aimanlah yang membantunya. Lagipun, Aiman itu memang sudah lama melekat di hatinya. Peristiwa hitam Hana hampir dirogol rakan sekuliah menjadi titik tolak Aiman melangkah lebih jauh. 

Dia berjanji mahu menjaga Hana dan melamar Hana dengan alasan yang sama. Tapi syarat yang diberi oleh orang tua mereka, Hana tidak boleh mengandung sehingga habis belajar. Tinggal sebumbung bila sudah halal, mana mungkin mampu bertahan lebih-lebih lagi bila di hati masing-masing memang sudah lama wujud rasa cinta. Masalah timbul bila Hana mengandung, masing-masing takut mahu memberitahu keluarga. Lebih bermasalah lagi apabila timbul salah faham akibat daripada tidak berterus terang tentang perasaan masing-masing.