Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Tarbiah Sentap Press. Show all posts
Showing posts with label Tarbiah Sentap Press. Show all posts

Thursday, 3 December 2020

Sebelum Nafasku Terhenti ~ Aizuddin Hamid

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Buku ini merupakan novel tarbiah atau sebuah penceritaan yang bertemakan kekeluargaan. Mesej terbesar yang penulis ingin sampaikan adalah. “Boleh jadi kita pernah mengguris hati ibu bapa tanpa kita sedar, meninggikan suara, mengutamakan sahabat atau pasangan melebihi mereka, atau sudah lama tidak berhubung dengan mereka, jadi gunakan kesempatan yang masih ada untuk bertanya khabar dan meminta maaf kepada mereka.”

 

Tuesday, 24 November 2020

Kerna Syurga Bukan Percuma 4 ~ Najmi Fetih

SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

“Takkan nak ngorat awek tengah-tengah jalan kot bro? ni set-set tudung labuh pun kau minat?” tanya Khai.

“Bukan Khai.. Ni haaa dua perempuan pakai khemah atas kepala ni rasa dah besar sangat nak tegur aku. Hahahaha.” Gelak Is kuat, diikuti Hanif.

“Eh kau cakap baik sikit eh? Siapa yang kau cakap pakai khemah atas kepala?” marah Solehah. Darahnya naik setelah diperli sedemikian rupa.

“Takkan sebab tu je kau nak buang masa bergaduh dengan dua budak tak matang ni Is? Hanif? Come on la.” Kata Khai sambal menepuk bahu kedua-dua kawannya itu.

Khairul Rafeeq. Ya, mungkin melihat pada barannya dia seakan bukan manusia. Tapi satu; baginya perempuan bukan untuk dikasari.
Orang selalu mengambil alih kerja Tuhan. Lantas, Khai dihukum Neraka oleh manusia yang memandangnya dengan penuh hina. Hidayah, kerja Tuhan. Kita hamba, wajib percaya. Mudahnya menghukum, padahal kita perut tak pernah kosong. Selalu memaki, lupa bahawa aib sendiri bergunung tinggi.

Cinta Tanpa Syarat ~ Shukery Azizan

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Buku ini khas untuk pelajar dan mereka yang mencari tujuan hidup. Juga untuk mereka yang menyangka bahawa semua orang nampak baik tidak ada masa silam yang gelap. Penulis nak sampaikan kepada semua orang, hari ni kita jahat bukanlah bermakna selamanya jahat. Dan setiap orang jadi jahat mesti ada sebab. Tak ada yang jadi jahat secara tiba-tiba.
 

Aku Ada Allah ~ Azeem Razali

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

AKU ADA ALLAH merupakan kompilasi komik-komik dakwah. Komik ini berkisarkan sekumpulan anak muda yang baru berjinak-jinak didalam dunia dakwah. Bukan mudah untuk saya siapkan buku ini. Ini buku pertama saya, jadi pengalaman yang sangat baru untuk saya sendiri. Saya perlu buat pelbagai kajian dan bacaan. Baca kisah-kisah menarik yang sesuai untuk dikomikkan. Dan juga dengar kisah daripada sahabat saya sendiri.

Untuk komik ini saya fokuskan kepada kisah sedih atau yang menyentuh hati. Ada juga diselitkan unsur komedi. Tetapi untuk buku pertama ini saya lebih cenderung untuk melukis kisah-kisah yang sedih. Kenapa kisah sedih? Kerana bila sebut “Aku Ada Allah”, kisah sedih pertama sekali hadir dalam bayangan saya.

Sedih apabila melihat umat hari ini terlalu jauh dari Allah. Hidup seolah-olah berkiblatkan harta dan nama semata-mata. Sanggup tinggalkan apa yang Allah suruh demi matlamat yang dia kejar. Nauzubillah semoga Allah lindungi kita dari semua itu.

 

Surat Cinta Untuk Pendosa ~ Adnin Roslan

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Aku tahu, bukan mudah nak melupakan kisah silam. Aku tahu, bukan mudah nak meninggalkan maksiat yang sering menghantuimu siang dan malam.

Sehingga, pernah terdetik di dalam hatimu:

“Aku dah tiada harapan lagi untuk ke syurga… .”
“Allah murka kepadaku… . ”
“Aku ini pasti diazab di dalam neraka!”

Haimu merintih. Terasa sebak, sehingga air matamu mengalir nberkali-kali. Setiap hari, setiap malam. Tangisanmu, hanya kau dan Dia sahaja yang tahu.

Pejamkan matamu, tarik nafasmu dan senyumlah.

Hakikatnya, Allah amat cintakan kau. Allah reda kepadamu. Allah memahami segala isi hatimu. Allah terima segala linangan air mata taubatmu. Allah dengar segala luahan dan rintihanmu.

Friday, 8 November 2019

Ajari Aku Tinggalkan Maksiat ~ Shukery Azizan, Aiman Afeef

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Meninggalkan maksiat tidaklah semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi kalau ianya di tahap ketagihan. Ya, amat susah nak tinggalkan!

Di sudut hati orang yang bermaksiat, dia hakikatnya nak berubah. Dia menangis berkali-kali, bertaubat, namun taubatnya itu tidak mampu menghilangkan ketagihannya. Dosa itu menghantuinya. Jatuh bangun, jatuh dan bangun, taubat dan taubat, tangisan demi tangisan. Seolah TIADA JALAN KELUAR untuk meninggalkan sisi gelapnya itu.

AJARI AKU TINGGALKAN MAKSIAT, kami hadiahkan untuk semua orang termasuk diri kami, kerana tiada dalam kalangan kita yang maksum.

Buku ini mengupas secara teori dan praktikal, rohani dan psikologi, tentang cara mahu meninggalkan pelbagai jenis maksiat, antaranya ketagihan video lucah, couple, zina, Lesbian, Gay, LGBT, isu-isu ibadah, aqidah dan sebagainya.

Siapa mahu hidup dalam keadaan terseksa dalam maksiat? Semua orang tak nak. Kan?

Tuesday, 10 September 2019

Kau Bukan Adiratna ~ Najmi Fetih

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

"Seteguh manapun kepercayaan, jangan sampai tiada kosong untuk keraguan. Sungguh, aku bukan Tuhan."

Miasara, seorang wanita berumur 21 tahun. Di usianya yang muda itu, dia telah diuji dengan kematian kedua-dua orang tuanya di hadapan mata.

Tidaklah dendam dengan pembunuh, lebih kepada tidak redha atas pemergian orang tua tercinta.

"Andai Engkau boleh tunjukkan kepadaku kembali kejadian yang sebenar-benarnya terjadi kepada orang tuaku, sungguh tiada lagi raguku padaMu.”

Seperti mencabar Tuhan, dirinya dikemudi oleh emosi.

"Arghhh!"

Surat Untuk Orang Yang Putus Asa ~ Adnin Roslan

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Pernah tak terkadang, kau rasa ujian hidup yang kau lalui terlalu berat, hingga sampai satu tahap, kau rasa tersangat pedih, sedih, resah, gelisah, terseksa, gundah-gulana, sehingga kau berkali-kali nak bunuh diri Pernah tak?

Hatta, terkadang kita pernah salahkan Allah, benci Allah dan menganggap Allah kejam, kerana beri kita ujian yang bagi kita, ianya tidak lagi mampu untuk kita hadapi.

Wahai kawanku yang pernah berputus-asa dengan musibah yang melandamu, yang berputus-asa kerana depresi, yang berputus-asa dengan agama, berputus-asa dengan taubat, putus-asa dalam perubahan, rasa lemah dalam dakwah tarbiah, berputus-asa dalam mencari rezeki, berputus-asa dengan doa, berputus-asa dalam mencari ilmu, dan berputus-asa dengan usaha mencari jodoh, dan sebagainya... Saya hadiahkan surat ini buatmu.

Agar kau tahu, agar kau faham, sebenarnya, tuhan tidaklah kejam seperti yang kau sangkakan. Agar kau tahu, segala masalah yang kau lalui itu, ada jalan keluar.

Kerana itu, saya hadiahkan surat ini buatmu, SURAT UNTUK ORANG YANG PUTUS-ASA.

Bagaimana Menjadi Pemimpin ~ Ir Lukman Al Hakim

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Kenapa umat Islam hari ini sering dilabel lemah dan lambat, malsa dan mundur, kotor dan kolot sedangkan Islam adalah agama palinh benar yang terbaik buat seluruh alam?

Kenapa umat Islam hari ini dijajah dan diperintah, disiksa dan diperkosa, dicatu dan ditipu sedangkan tujuan penciptaan kita di atas muka bumi ini adalah untuk memimpin?

Jawapannya ialah kerana kita gagal menjadi pemimpin. Kita gagal kerana kita telah lama meninggalkan ad-din!

Sedangkan seluruh Al-Quran, kehidupan para rasul, Nabi Muhammad s.a.w serta para pejuang dakwah yang mulia amat sarat dengan nilai kepimpinan.

Checklist Muslimah ~ Zahirah Zamree

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

Adakala sebagai seorang muslimah terlepas pandang dalam sesuatu yang perlu difokuskan. Itu lumrah, namun dia hendaklah bangkit dan berusaha untuk memperbaiki diri untuk menjadi penggerak dakwah.

Seorang muslimah perlu ada tiga ciri utama dalam dirinya, apakah ciri-ciri tersebut? Mampukah seorang muslimah itu memperjuangkan dakwah walaupun dalam keadaan dirinya yang banyak perlu diperbaiki? Segala persoalan mengenai dakwah dan tarbiyah dalam dimensi muslimah ada di dalam buku ini!

Wednesday, 7 August 2019

Sujud Yang Terakhir ~ Aizuddin Hamid

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

“Pernah tak kamu terfikir, macam mana kalau Allah terus balas ‘cash’ atas maksiat dan dosa yang kamu buat? Contohnya, kamu suka tengok aurat perempuan, tiba-tiba Allah tarik nikmat mata kamu sampai jadi buta. Tapi, Allah tak buat macam tu sebab Allah nak bagi kamu peluang untuk bertaubat.” - Malik - .

“Melalui internet dan media sosial, fitnah sekarang ini di hujung jari. Agama Islam bebas diperlekeh dan dimalukan begitu saja. Ajaran sesat dan golongan LGBT pula bebas untuk sebarkan pemahaman negatif mereka. Malah, para ulama’ dan agamawan juga bebas dihina. Ya, semuanya semakin bebas!” - Nizarman - .

“Kewujudan Tuhan tak boleh diterima akal kerana tak boleh dilihat. Kalau Tuhan wujud, kenapa masih ada kejahatan dan orang yang tertindas? Kalau Tuhan wujud, kenapa masih ada beribu-ribu agama di atas bumi ini dan setiap agama pula ada gambaran yang berbeza mengenai Tuhan?” - John - .

“Islam tak halang perempuan untuk jadi cantik, tapi ia perlu ditunjukkan kepada orang yang layak saja, iaitu suami. Kalaulah kita tahu macam mana ‘kuasa’ mata lelaki bila mereka pandang perempuan, mesti kita akan rasa takut untuk pakai pakaian yang tak sepatutnya.” - Safiyah -

Pujukan Dari Tuhan ~ Shukery Azizan

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Akan ada satu saat dalam hidup kita ini, akan mula rasa lemah semangat, kecewa, penat, tertekan, dll. Tak kisah sama ada sebab akademik, kerjaya, tak kahwin lagi, menganggur, sakit, keluarga hancur, rumah tangga jauh daripada agama, anak buat masalah, belajar tak faham, dan banyak lagi.

Sampai tahap, hati kita tertanya, "Kenapa aku?" Sebenarnya, setiap kali kita hadapi ujian atau masalah, setiap kali itu Allah pujuk kita lagi dan lagi. Cuma kita je mungkin tak perasan. Allah banyak kali pujuk kita. Di mana? Dalam al Quran.

Saya tulis buku Pujukan Dari Tuhan dengan mengumpulkan setiap ayat-ayat yang berunsur pujukan Allah kepada kita daripada 30 juzuk al-Quran untuk ditadabbur bersama. Supaya hati kita makin terpujuk, dan makin cinta pada al-Quran. Ya, al-Quranlah adalah sebaik-baik pemujuk hati kita. Saya berharap moga tulisan ini sedikit sebanyak memujuk hati kita untuk kembali kepada Allah.

Syurga Songsang ~ Nurul Husna

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Bermulanya cerita apabila seorang budak lelaki merangkap sepupu tinggal bersama-sama keluarganya di bawah satu bumbung yang sama.

Perasaan apabila ada lelaki bukan mahram di dalam rumah, menyerabutkan. Itulah yang dirasakan oleh anak perempuan sulung keluarga itu. Hal utama yang harus dipastikannya, aurat. Ikhtilat, kesopanan dan kesusilaan juga harus dijaga. Ironinya, perbualan panjang pertama mereka berkisar tentang couple.

"Ingat budak sekolah agama tak main benda-benda macam ni." — Irshad
"Iman letaknya di hati, bukan pada nama sekolah." — Deen

Deen: Seorang gadis yang tidak merasakan peri pentingnya jodoh di dalam keadaan iman yang masih tunggang-langgang. Mana mungkin menjadi seorang pencinta jika tidak mengenal pencipta. Namun hati itu sifatnya berbolak-balik.

Taubat Yang Tertangguh ~ Aizuddin Hamid

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Selama ini aku hanya melakukan kebaikan untuk mengaburi maksiat yang aku lakukan!

“Korang nampak aku baik sebab Allah tutup aib aku. Kalau Allah tunjukkan segala dosa yang aku pernah lakukan, mesti korang akan pandang hina aku.”
- Uzair Akhyar -

"Kadang-kadang, nak tegur orang ‘agama’ ni lebih susah daripada orang biasa. Ada saja dalil untuk menghalalkan kemungkaran yang dilakukan. Nampak baik, tapi sebenarnya diorang dah tertipu dengan syaitan.”
- Irfan Azqie -

“Sekarang ni zaman internet. Nak buat pahala memang senang, share saja perkara-perkara yang bermanfaat. Tapi, ramai orang terlupa, nak buat dosa pun senang juga. Sebarkan fitnah, buka aib sendiri, cari kesalahan orang.”
- Shukri Roslan -

Pickupline Dakwah ~ Adnin Roslan

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

"Jika kau buat pickupline untuk dapat cinta dia, Aku buat pickupline untuk kau dapat cinta Dia"

Buku ni selain ada pickupline-pickupline dakwah yang best insyaAllah, juga ada pelbagai PANDUAN lengkap untuk kita semua sama-sama berdakwah tak kira latar belakang. Semua orang layak untuk buat dakwah insyaAllah.

Macamana nak dakwah geng LGBT? Macamana nak dakwah mak ayah? Macamana nak dakwah rakan di sekolah secara tersusun dan efektif? Macamana nak buat dakwah di alam universiti? Asam garam dakwah? Fitnah dan tipu daya iblis bagi golongan pendakwah?

Bagaimana nak dakwah melalui penulisan, komik, musik, nyanyian, lakonan dan sebagainya? Bagaimana mahu hidupkan media sosial dengan dakwah? Bagaimana nak dakwah non muslim? Bagaimana nak ubah dunia? Bagaimana, bagaimana, bagaimana...

Kerna Syurga Bukan Percuma 3 ~ Najmi Fetih

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

"Kerna syaitan tak pernah berputus asa mengajak kita ke Neraka."

Belum sempat Khai keluar dari tandas tersebut, tiba-tiba hidungnya dapat menangkap satu bau yang tersangatlah busuk dan aneh. Bau yang terus mematikan bau-bau hancing yang dia bau sedari awal tadi. Hampir termuntah Khai dibuatnya.

“Bau apakah?” bisik hati kecil Khai. Setelah Khai membuka pintu tandasnya untuk keluar, tiba-tiba..

“A…bang… Sayalah.. orang sebelah… sebelah ada.. sebelah.. hilang.. ha..ha..” Hampir pitam Khai dibuatnya apabila melihat makhluk di hadapannya itu. Astaghfirullah.. apakah benda depan aku ni?

***

“Maafkan saya Humaira. Kita salah.” Khai menjelaskan secara terperinci hubungan mereka yang tidak diredhai Allah. Meskipun begitu, ianya sangat sukar untuk diterima masuk ke dalam kepala Humaira.

“Fine Khairul Rafeeq. Kau ingat satu je, sampai mati hidup kau takkan tenang!” ugut Humaira kemudiannya mencampakkan telefonnya ke dinding bilik asramanya. Kerana cinta zina, hidup seseorang manusia itu bakal hancur. Hancur dibunuh benih dengki, mati dipijak kaki dendam.

Tuesday, 13 February 2018

Hilang ~ Jibrail Fitrah

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Pernahkah dikau merasa kehilangan dalam diri ?

Kau mencari dan mencari akan kehilangan itu namun kau tidak temui?
Kau rasa resah.. Gelisah..
Hidup kau tidak tenang akan ujian demi ujian yang datang menemani hidup kau.

Zikir dan solat kau itu tiada tagi rasa nikmat.
Kau merasa sangat berat, kerana terpenjara dalam musakat
Hidup kau serabut ! Rupanya cinta dunia yang selalu kau jemput.

Dan itu membuat kau merasa hilang.

Apa yang hilang”? “Ku mencari dan mencari diri ku yang hilang, baru ku sedar yang hilang itu cinta ku kepada-Nya.

Thursday, 28 December 2017

Surat Untuk Orang Yang Putus Cinta ~ Adnin Roslan

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

"Untuk mendapatkan cinta manusia, kau sanggup berkorban segalanya. Tetapi, untuk mendapat cinta Allah, kau hanya berkorban ala kadar..."

Kami dapat ribuan mesej, anak muda hari ni sikit-sikit bermasalah tentang cinta. Pelajar sekolah biasa terjebak, pelajar sekolah agama pun terjebak. Dari couple pegang-pegang tangan, sampailah couple acah-acah islamik. Parah. Bermacam-macam bentuk soalan kami terima, yang membuatkan kami rasa sangat sedih dan sebak. Dari isu couple sampai isu terlanjur, hingga isu anak luar nikah, hingga isu nak bunuh diri, senang cakap, terlalu banyak soalan yang kami dapat tentang masalah cinta ni! 

Korang pun tahu, kes anak luar nikah dari 2006 sampai 2016, cecah 500,000 kes yang di laporkan. Itu baru anak luar nikah yang di daftarkan. Belum yang tak di daftarkan. Belum yang buang bayi lagi. Belum yang berzina tapi tak dapat anak lagi. Belum cerita yang langgan pelacur lagi. Belum campur yang couple pegang-pegang tapi tak berzina. Belum cerita yang couple acah islamik. Belum cerita yang TAK couple, tapi ketagih video lucah. Belum cerita yang tak tengok video lucah, tapi ketagih drama yang di dalamnya banyak unsur yang bertentangan dengan syarak! 

Kerna Syurga Bukan Percuma 2 ~ Najmi Fetih

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

“Mustahillah dia hidup balik. Kau jangan main-main Raziq, mana ada manusia yang dah mati hidup balik!”

Khai berang. Dia tidak kisah andai sahabatnya itu ingin bergurau dengannya. Tapi satu, jangan bergurau tentang lelaki yang paling dicintainya. Lelaki yang pertama menjentik hatinya, memberi semangat dan sentiasa ada dengannya sehinggalah dia berjaya tinggalkan jahiliahnya.

Tapi tak lama..

“Aku tak sangka kau buat benda ni Khai. Sejak bila?” tempik Raziq.
Khai yang terkejut dengan kehadiran Raziq yang tiba-tiba itu menggelabah.

“Kau pilih Khai. Aku, atau benda haram tu?” Soal Nafisah kepada Adawiyah, kakaknya.

Sampai hari ini, Adawiyah masih tidak dapat melupakan lelaki itu. Lelaki pertama yang dapat menarik hatinya. Tetapi malang, jodoh tak panjang. Lelaki itu meninggal dunia ketika ingin menyelamatkan seorang budak yang hampir mati terbakar di surau. Ya, Khai.

Kerna Syurga Bukan Percuma ~ Najmi Fetih

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

“Takkan nak ngorat awek tengah-tengah jalan kot bro? ni set-set tudung labuh pun kau minat?” tanya Khai.
“Bukan Khai.. Ni haaa dua perempuan pakai khemah atas kepala ni rasa dah besar sangat nak tegur aku. Hahahaha.” Gelak Is kuat, diikuti Hanif.
“Eh kau cakap baik sikit eh? Siapa yang kau cakap pakai khemah atas kepala?” marah Solehah. Darahnya naik setelah diperli sedemikian rupa.
“Takkan sebab tu je kau nak buang masa bergaduh dengan dua budak tak matang ni Is? Hanif? Come on la.” Kata Khai sambal menepuk bahu kedua-dua kawannya itu.

Khairul Rafeeq. Ya, mungkin melihat pada barannya dia seakan bukan manusia. Tapi satu; baginya perempuan bukan untuk dikasari. Orang selalu mengambil alih kerja Tuhan. Lantas, Khai dihukum Neraka oleh manusia yang memandangnya dengan penuh hina.

Hidayah, kerja Tuhan. Kita hamba, wajib percaya. Mudahnya menghukum, padahal kita perut tak pernah kosong. Selalu memaki, lupa bahawa aib sendiri bergunung tinggi.

Manusia tak jahat, it is the dose that makes the poison. Pain – changes people.
“Kerana Syurga bukan percuma. Sebab tu kena usaha.” – Khai.