Belian & Pertanyaan:
Monday, 17 April 2023
Ayesha ~ Arsya Aisya
Thursday, 10 November 2022
Putera Impian Mr. Swindler ~ Emmiyya
Tuesday, 21 June 2022
My Better Half ~ Mum Linz
Keramat Cinta ~ Shadia Hisham
Nia Aisha ~ Yumna Fariha
Isa Inayat ~ Cik Tet
Tanpa cinta dan kenal hati budi masing-masing, mereka terpaksa disatukan. Semuanya gara-gara perbuatan khianat orang lain hingga mereka berdua menanggung natijahnya.
“Saya nak awak tahu... yang saya bukannya perempuan murah!” - Azka
Kejamnya Isa menoreh hati Azka hingga berparut. Hidup diteruskan tanpa suami di sisi. Hinggalah Isa muncul kembali di hadapan mata, segalanya menjadi kucar-kacir.
“Ku Ain takkan sudi untuk bermadu. Saya sendiri pun tak pernah bermimpi untuk bermadu.” - Azka
Sikap dan layanan Isa terhadapnya membuatkan Azka terlupa yang dia hanyalah pilihan kedua. Lantas bahagia mula digapai. Namun satu rahsia silam yang terbongkar telah melenyapkan semuanya yang
Jon and the Sign of Love ~ Ann Hann
Rasa Yang Tercipta ~ Shiroe Sherry
Menjadi anak angkat Encik Farouk dan Puan Fariza adalah satu rahmat bagi Inara. Namun kewujudannya di dalam keluarga itu seperti tidak disenangi Noah, anak tunggal Encik Farouk dan Puan Fariza. Pulangnya Noah dari luar negara, tiba-tiba dia seolah menerima Inara sebagai ahli keluarga. Sehinggalah satu fitnah telah membangkitkan kemarahan Noah.
“Ara pun bukan adik abang! Pergi!” - Noah
Hati Inara hancur! Kali ini Inara yakin Noah hanya berpura-pura melayan dia dengan baik. Dia tetap dianggap ‘orang luar’ dalam hati Noah. Di saat kebenaran terbongkar, Noah sudah terlambat. Inara benar-benar terluka.
“Apa bezanya? Awak dah cakap pun, kan?” - Inara
Namun tiada siapa pun yang tahu Noah sayangkan Inara lebih dari seorang adik. Perasaan dan
Monday, 21 February 2022
Adanya Engkau ~ Ieya Sya
Naira – Gadis manis yang murah dengan senyuman. Tetapi menangis terluka ketika sendirian. Ada kesedihan dan rasa terkilan menjadi bebanan yang sukar dilepaskan. Karl – Pemuda yang cukup pakej sebagai lelaki pujaan, punyai segala-galanya termasuklah tiga sahabat yang setia. Namun dingin dan menutup pintu hatinya untuk wanita lain. Mereka dipertemukan di Langkawi atas alasan cuba mencari keserasian dalam perjodohan keluarga. Sekembalinya dari sana, si gadis yang mulanya menerima, kini menolak. Tapi sebaliknya pula bagi Karl.
“Kita tak patut berkahwin, Karl.” – Naira
“Kau betul, Alli. Aku tak sanggup bayangkan hidup tanpa dia.” – Karl
“Awak masih cintakan dia. Awak tak move on langsung, Karl.” – Naira
Sahmura Cinta ~ Emmiyah
Dia Maryamku ~ Shafatin Yusof
Thursday, 16 December 2021
Ekspresi Cinta Dareem Dzikri ~ Cik Tet
Hate Me Not ~ Miss Cactus
Bintang di Hati ~ Shiroe Sherry
Monday, 8 November 2021
Haylin di bawah Langit Barcelona ~ Ann Hann
Selalu Ada Dia ~ Ieya Sya
“Dalam banyak-banyak pekerja, kenapa encik pilih saya yang temankan encik?” - Liya.
“Aku suruh, buat saja. Tak payah tanya kenapa. Aku tak suka.” - Afiq.
Tanpa sengaja, Afiq telah bermain dengan nyawa Liya. Demi membetulkan keadaan, Afiq menoktahkan semuanya dengan ikatan perkahwinan. Walaupun Liya tahu, dalam hati Afiq ada nama Suri.
“Mudahnya encik jadikan saya kambing hitam untuk selamatkan Suri. Encik tak ada perasaan ke?” - Liya
“Mata tu cover sikit. Terkeluar nanti, turun harga hantaran.” - Afiq
Bukan mudah menjadi isteri seorang Afiq. Dia selalu diganggu roh wanita yang berdendam dengan keturunan keluarga Afiq, dan ugutan seorang pembunuh yang obses. Dalam waktu yang sama, Liya meragui perasaan sebenar Afiq kepadanya.
“Siapa yang awak harapkan jadi pendamping awak sebenarnya? Suri?” - Liya
“Aku tahu bagaimana mencintai orang yang tidak cintakan kita. Sakit, Liya. Sakit sangat.” - Afiq
“I tak pernah cintakan mana-mana lelaki, Fiq. Tapi dengan you, I tak mampu menidakkan perasaan I.” - Suri
Namun benarkah di hati Afiq ada Suri, bukannya Liya? Bagaimana pula dengan roh yang mengganggu Liya? Adakah wanita itu ada kaitan dengan rahsia besar keluarga Afiq yang Liya tidak pernah tahu?
Wednesday, 6 October 2021
From 30000 Feet With Love ~ Razlina Azura
Tergenggam Setia ~ Sara Irdina
Wednesday, 28 April 2021
Rindu Berdarah ~ Fitri Umairah
mengharapkan Pak Abu seorang. Boleh dikatakan ada beberapa orang yang bertugas membawa pelancong ke sana dengan bot yang disediakan oleh pihak hotel. Selepas kes kehilangan tujuh pelajar perempuan itu, keadaan di sini semakin lama semakin pelik. Ramai yang mendaftar masuk hari ini, tidak sampai setengah hari sudah mendaftar keluar. Pening juga kepala kami disini apabila perniagaan Encik Ecbal jatuh merundum teruk. Kemudian, beberapa tahun selepas itu,ada sebuah tempat peranginan dibuka berdekatan bandar. Tempatnya itu juga menyediakan pengangkutan ke Pulau Merindu.Tapi mereka bukan naik bot macam di sini, bot mereka lebih besar. Di situ pun ramai orang datang untuk bercuti.” Suhana berhenti bercerita.
Sekarang tinggallah kami berdua, pekerja lama di sini. Semua yang akak nampak tu, semua pekerja baharu. Itu pun tak tahulah sampai bila mampu bertahan...” Di hujung kata, Dania mengeluh berat.
Tuesday, 13 April 2021
Pasrah Cinta Maryam ~ Cik Tet
"Yam minta maaf. Yam tak cintakan abang lagi. Dalam hati Yam dah ada orang lain." - Maryam
"Abang akan pastikan Yam menyesal sebab dah khianati cinta kita" - Izz Adam
Siapa sangka akhirnya Izz muncul kembali di depan mata. Namun kedatangannya bukan untuk Maryam. Dia muncul untuk mencipta bahagianya di depan mata Maryam.
"Kau cemburu bila dapat tahu aku bakal bertunang dengan Mia, kan? - Izz Adam
"Yam akan cemburu kalau abang masih menjadi hak Yam. Sekarang ni, abang bukan hak Yam lagi." - Maryam
Namun kejadian hitam itu telah memaksa Maryam kembali ke lembah derita. Air mata menjadi













