Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Ann Hann. Show all posts
Showing posts with label Ann Hann. Show all posts

Tuesday, 21 June 2022

Jon and the Sign of Love ~ Ann Hann

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

“Boleh kita jumpa nanti?” Jon membongkok sedikit ketika berbisik dari tepi bahuku. Jon, bolehlah kurekodkan sebagai lelaki yang paling aku tidak ingin jumpa di mana-mana pun di dalam dunia ini. 

“Aku nak kau menyamar jadi teman wanita aku hanya untuk beberapa bulan, untuk yakinkan ayah aku,” 
“Kau gila!” 
Tetapi Nami Rose Adams telah terperangkap dalam rancangan licik Jon Aragon Holland yang tidak disangka-sangkanya. Menyamar sebagai kekasih Jon untuk menipu kedua-dua orang tua Jon. 

Aku telah melakukan tiga kesalahan yang teruk. 
Pertama – Menyamar sebagai kekasih palsu Jon. 
Kedua – Menipu kononnya aku anak orang kaya. 
Ketiga – Mengecewakan Encik Roman dan isterinya yang betul-betul percaya padaku. 

Dan kesalahan yang paling jelas yang paling tidak ingin aku akui, aku sukakan Jon Aragorn sejak akhir-akhir ini. Adakah penyamaran Nami berjaya? Bagaimana dengan pula dengan Jon? Dapatkah Jon mencapai cita-citanya dan memiliki wanita idamannya?

Monday, 8 November 2021

Haylin di bawah Langit Barcelona ~ Ann Hann

(SEM & SS) RM28.00 > RM27.00

‘JANGAN JUMPA KAIZIL LAGI! INI AMARAN!’ 

Sederas rasa takut yang menerpa, begitu juga keberanianku muncul. Sampai begitu sekali Encik Aart bertindak. Dia bagaikan takut dengan hal-hal yang tidak harus dirisaukan. Aku peduli apa! 

Datanglah seribu ancaman sekalipun, aku sudah siap berdepan. Dia rasa dia kebal sebab ada banyak duit. Apa dah jadi dengan polis? Aku perlu takutkah dengan amaran begitu? Apa lagi salah aku? Aku tidak mengganggu sesiapa pun sejak tinggal di sini. Dengan perasaan bengang, aku menyimpan gambar dan nota itu ke dalam sampul semula kemudian memasukkan ke dalam beg silang. 

“Kenapa Encik Aart tak simpan saja anak lelakinya dalam almari piala? Biar jadi tugu untuk dipandang sahaja.” Bebelku sendirian. 

Aku meninggalkan Vamos dengan fikiran yang lebih menghala ke London. Lebih tepat lagi,orang-orang yang tinggal di London. Aku memang mudah terdedah dengan ancaman sebab sikapku yang selalu bimbangkan orang lain lebih dari diriku sendiri. Kaizil dulu pernah berpesan, jangan pedulikan orang lain. Sentiasa beritahu dia kalau ada apa-apa. Dan aku tidak

Thursday, 11 June 2020

Tentang Martin ~ Ann Hann

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Puan Rosni gembira dan menepuk lenganku bangga. Beberapa minit kemudian, Tuan Daniel sampai bersama setiausahanya. Lelaki itu lantas mengambil tempat duduk di sebelahku memandang cuma dua bangku di sebelahku sahaja yang kosong. Disebabkan meja bilik pratonton itu bulat, maka semua orang duduk mengitari meja besar itu dan mudah sungguh hendak berpandangan antara satu sama lain. Termasuklah jelingan Martin kepadaku. Anak mata hitamnya tajam menusuk ke dada seolah-olah menikam tepat sudut rasa bersalah kerana Tuan Daniel duduk di sebelahku.

“Baiklah, kita mulakan sekarang Martin.” Arah Puan Rosni. Martin pantas bangun. Suhan mematikan lampu siling. Hanya sinaran dari projektor yang memancar pada skrin putih. Muzik intro Money Bunny bergema dengan rentak lucu serta nama-nama para selebriti mula terpapar dengan grafik yang menarik. Namaku turut terpapar sebagai orang yang menghasilkan idea. “Ini idea Lila juga?” Tuan Daniel mendekatkan sedikit kepalanya. Aku tersentak sesaat.

Friday, 26 October 2018

Halyn Bukan Cinderella ~ Ann Hann

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Kalaulah aku tidak pernah bertemunya, tentu situasi itu berbeza. Dia mungkin berada dalam dunianya sendiri tanpa mengetahui kewujudanku.

“Untuk pengetahuann… awakkk…” Darahku menggelegak, tidak mampu menahan amarah. “Saya bukan pelayan kafe ini!” ~ Halyn Yong Olyphant.

Dapatkah Halyn mengharungi kehidupan mengejutnya sebagai gadis biasa yang tiba-tiba menjadi buruan paparazi dan media sosial sepanjang percintaannya dengan Kaizil?

Amanda, model yang terkenal itu pula tidak pernah putus asa memburukkan imej Halyn di mata umum. “Takkanlah Kaizil pilih awak. Dia dah buta agaknya sampai tak tahu yang mana satu berlian.”

“Dua lebih baik daripada satu, jangan tanggung semuanya sendiri, luahkan pada aku. Aku perlukan kau dalam hidup aku dan aku mahu kau pun begitu...” ~ Kaizil Harlan.

Seberapa besar pun cintaku padanya kadangkala membuat aku menyesali pertemuan kami.