Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday, 26 October 2018

Halyn Bukan Cinderella ~ Ann Hann

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Kalaulah aku tidak pernah bertemunya, tentu situasi itu berbeza. Dia mungkin berada dalam dunianya sendiri tanpa mengetahui kewujudanku.

“Untuk pengetahuann… awakkk…” Darahku menggelegak, tidak mampu menahan amarah. “Saya bukan pelayan kafe ini!” ~ Halyn Yong Olyphant.

Dapatkah Halyn mengharungi kehidupan mengejutnya sebagai gadis biasa yang tiba-tiba menjadi buruan paparazi dan media sosial sepanjang percintaannya dengan Kaizil?

Amanda, model yang terkenal itu pula tidak pernah putus asa memburukkan imej Halyn di mata umum. “Takkanlah Kaizil pilih awak. Dia dah buta agaknya sampai tak tahu yang mana satu berlian.”

“Dua lebih baik daripada satu, jangan tanggung semuanya sendiri, luahkan pada aku. Aku perlukan kau dalam hidup aku dan aku mahu kau pun begitu...” ~ Kaizil Harlan.

Seberapa besar pun cintaku padanya kadangkala membuat aku menyesali pertemuan kami.

“Kita dah tak ada apa-apa lagi, nak jelaskan apa pula!” Aku menambah alasan yang tepat. “Satu England tahu aku gadis liar, aku mata keranjang.” ~ Halyn

Lalu entah bagaimana, tiba-tiba Kaizil muncul di seberang sana, pertemuan yang tidak disengajakan. Dia, seperti aku, berdiri di situ dengan mata kami saling bertentangan. Renungannya tajam menusuk, tidak ada senyuman nipis seperti yang aku bayangkan.