Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Puteh Press. Show all posts
Showing posts with label Puteh Press. Show all posts

Thursday, 14 July 2022

Glow Inside & Out ~ Auni Baharin

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

‘To me, reviving our inner beauty means reclaiming our happiness and well-being.’

Happiness and well-being are adornments of this temporary life. They lift up the heaviness in our chests when navigating through obstacles and challenges in our journey towards the eternal destination; akhirah. Though happiness in its truest sense is a gift from the Creator, we also hold some degree of power on the reigns of our life to improve our well-being.

Inspired by the scientific input from Positive Psychology and understandings from the al-Quran and Sunnah, Glow Inside & Out presents to you 10 steps to rejuvenate your happiness and well-being. If following the 10-step Korean skincare routine can give you radiant “glass skin”, then the author is hopeful that the 10 main insights from this book could ignite the spark to your inner glow.



 

Friday, 2 February 2018

I'm A Backpacker: New Zealand ~ Trip Adik Beradik

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Sebut pasal New Zealand, mana kita nak mula? Ataupun sebenarnya kita patut tanya: Kamu nak apa?

Kalau kamu mahu pantai, bukan setakat pantai putih bersih dengan air jernih yang kita dapat. Bahkan dapat tengok dolfin, ikan paus, anjing laut, dan burung kiwi, macam mana kita nampak kucing di Malaysia.

Kamu nak matahari indah, kamu pergi ke tempat yang betul. Nak salji memutih, sah memang tak silap cari. Apa lagi? Terjun bungy, buaian paling dramatik di dunia, skydive, main ski, tengok tarian haka, gunung Lord of The Ring, padang rumput menghijau macam dalam iklan susu? Ada, ada, dan ada.
Oh ya, itu kita belum buka cerita pasal karavan. Yang itu memang kena datang sini, rasai sendiri.

Dan kalau cita-cita kita sederhana, cuma nak nikmati dan simpan kenangan betapa cantiknya bunga, bintang, mahupun alam, bawalah hardisk. Kamu mungkin terasa nak biar kamera/telefon tu on sahaja pagi petang, siang dan malam.

Thursday, 13 July 2017

Tersontot di Pintu Shorga ~ Afyan Mat Rawi

(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20

Janji-janji manis itu sudah lama berlaku. Janganlah kita terkena lagi. Yang sedihnya, dalam buku ini terbukti jerat memang tak pernah lupakan pelanduk. Tetapi pelanduk pulak yang asyik lupa siapa jerat.

Antara Kandungan:
Detik Awal Melawan Scammer
Bahagian 1: Hikayat Sontot
A. Sontot Confession: Ingat Senang Jadi Penyontot
B. Sontot Penunggang Agama
C. Kategori Penyontot
D. Dua Jenis Sontotan
E. Skim Sontot Akan Gunakan Testimoni Sebegini
F. Modus Operandi Sebuah Skim Sontot

Bahagian 2: Mai Kita Sebut Nama
A. Serba Salah
B. Mecca Fund
C. Tok Belagak Dan Darul Emas Perak Berhad
D. Pengalaman Ngeri Didatangi Bounzer Syarikat Sontot
E. Alfafa
F. Dalam Bidang Kewangan Pun Ada Scammer

Tuesday, 16 May 2017

I'm A Backpacker: Japan ~ Kamal Zharif

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Kita mungkin fasih English, tetapi itu bukan satu kelebihan yang bermakna apabila di Jepun. Maka, apa perlu kita buat? Makanan di Jepun adalah antara yang wajib dicuba dan dirasai sendiri. Pun begitu, di Jepun tidak ada cop Halal Jakim. Matilah kita?

Pengangkutan awam di Jepun adalah antara yang tercanggih dan terefisyen di dunia. Cumanya semua macam kompleks sangat. Jadinya bagaimana nak manfaat?

Itu hanya sebahagian daripada persoalan yang ada dalam kepala kita. Jangan bimbang, jawapan-jawapannya ada dalam buku ini. Anda hanya perlu nikmati pengembaraan di Negara Matahari Terbit ini. Selebihnya, biar buku ini uruskan.

Antara Kandungan:
Bab 1 (Tentang Tokyo)
Masyarakat Jepun
Bahasa Jepun dan Sistem Tulisan
Matawang Jepun

Bab 2 (Sebelum Mengembara)
Musim Sejuk
Musim Bunga
Musim Panas
Musim Luruh

Bab 3 (Sejarah Jepun)
Faktor Geografi dan Kehidupan Interdependence Masyarakat Jepun
Faktor Geografi dan Sifat Masyarakat Jepun yang Mementingkan Keselamatan
Amalan sistem tertutup

Monday, 8 May 2017

Alegori Rumah Api ~ Matluthfi

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Buku ini memuatkan 38 buah tulisan multigenre – cerpen, artikel,alegori, esei dan coretan pengalaman.

Kebanyakannya ditulis sepanjang tahun 2016 dan selebihnya pada tahun 2017.

Lukisan-lukisan kebanyakannya adalah hasil tangan isteri dan mak aku. Adalah juga beberapa yang aku (cuba) lukis. Senang sahaja nak teka– yang mulus-mulus abstrak ala-ala Picasso itu akulah pelukisnya. Sebagai pelukis amatur, kami perlahan-lahan belajar melukis dengan memerhati dan merenung ilustrasi-ilustrasi dalam domain awam.

Harapnya buku ini pun dapat perlahan-lahan melukiskan senyuman di muka para pembacanya. Kalau laju lagi bagus!

Thursday, 20 April 2017

I'm A Backpacker: United Kingdom ~ Shahkang

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Ada penyokong Manchester United, yang turun ke lapangan terbang London, sedangkan jauh lebih mudah sekiranya turun ke lapangan terbang Manchester.

Ada yang kata darurat dan terpaksa makan makanan tidak halal, sedangkan UK adalah antara negara yang banyak menjual makanan halal.

Ada yang rasa bosan, hanya berlegar-legar di kota, sedangkan UK mempunyai kawasan countryside antara yang tercantik di Eropah.

Senarai 'kerugian' ini sebenarnya lebih panjang, dan buku ini bertujuan bagi memadamkan segala 'kerugian' yang mungkin anda alami.

Segala panduan dan tip disusun rapi. Sehingga, kita berasa tahu segala-galanya tentang UK. Jadi adakah ia akan menjadikan anda seperti melancong dengan travel agency? Tidak sama sekali.

Panduan dan tip di dalam buku ini tidak akan menjadikan 'nikmat' backpacker itu berkurangan, malah ia menambah jauhnya perjalanan, dan memberi sensasi tambahan kepada anda sebagai backpacker

Tuesday, 14 March 2017

I'm Backpacker: Germany ~ Khairul Abdullah

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Jerman ni macam terngiang-ngiang saja di telinga. Banyak kali dengar. ... Tapi itulah. Setakat dengar saja. Tak terasa nak pergi. Tak ada pulak dalam senarai negara mesti dilawati. … Tapi lepas Backpackers Korea dan Eropah, ada buku ni. Jadi mesti ada sebab KENAPA Jerman? Kenapa ada orang, bila dah pergi Jerman sekali, pergi lagi dan lagi? Tak ada negara lain dah? Kenapa ada yang duduk Jerman terus? … Rasanya Jerman ni, kes dia adalah 'tak kenal, maka tak cinta'. … Bila kau dah kenal dia, kau akan tanya, “Kenapalah aku tak tahu benda ni dari dulu lagi?” Kau mula tak dapat kawal diri. Kau terbayang-bayang Altstadt, Obersee, dan Königssee. … Yang kau pegang ni, buku ini, adalah detik pertama pandangan kau dan Jerman; rasa yang berpindah daripada mata, jatuh ke hati.

Friday, 3 February 2017

Kisah 25 Filsuf Barat ~ Matluthfi

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00
Filsuf bukan nabi. Mereka tidak menerima wahyu mahupun terpelihara daripada dosa dan salah silap. Kaedah dan sumber ilmu mereka sering dikritik kerana selalunya dihadkan kepada hanya akal fikiran, pancaindera, dan kombinasi antara kedua-duanya.

Pun begitu idea-idea masih relevan setelah ratusan dan ribuan tahun hingga ke hari ini bersebabkan satu hal- bahawa mereka telah cuba menjawab persoalan yang sama yang manusia sekarang masih fikirkan semasa mandi, dalam kenderaan, atau pada tengah malam semasa menangisi imsomnia dan kesepian hidup.

Buku ini memuatkan kisah 25 filsuf Barat beserta idea-idea utama merekayang diolah secara riang dan ringkas. Bukan semua cerita mereka serius. Filsuf juga manusia, mereka punya zaman kanak-kanak, pernah melaukan perkara bodoh, ditinggalkan kekasih, dan bangun tidur pukul 11 pagi.

Buku ini jangan diberi baca dan jangan dibacakan kepada kanak-kanak kerana ditakuti nanti terangkat hijab kewujudan pada usia yang terlalu awal. Eloklah ia diperhati oleh orang-orang yang sedang meningkat dewasa yang fikiran mereka sudah cukup bersedia untuk mengintai celahan tembok kefanaan dan dinding ilusi kehidupan.

Monday, 18 January 2016

I'm A Backpacker: Europe ~ Khairul Abdullah

Meneruskan tradisi buku bestseller pertama I'm A Backpacker: Korea, kini Puteh Press datang lagi dengan buku kedua dalam siri travel bertajuk I'm A Backpacker: Europe.

Buku ini bukan sebuah buku travelog yang mencatatkan pengalaman penulis. Tetapi buku ini adalah buku yang menunjukkan cara/how-to, bagaimana untuk mengembara di Eropah. Keistimewaan utama buku ini adalah bagaimana mahu travel di sebuah benua yang terkenal sebagai elit, tetapi dengan bajet terhad.

Dengan wang kurang daripada RM6000, pembaca ditunjukkan cara bagaimana mereka dapat mengembara ke-12 bandar besar di Eropah seperti Milan, Paris, Madrid, dan Berlin. Bukan sahaja pembaca dapat berjimat, mereka juga dapat merancang sendiri perjalanan seperti mana yang dikehendaki.

Buku ini adalah umpama Lonely Planet, tetapi versi untuk rakyat Malaysia. Buku ini:
- sepenuhnya berwarna.
- dipenuhi dengan gambar-gambar daripada koleksi peribadi penulis.
- pembaca mampu sesuaikan panduan untuk keperluan seorang mahupun secara berkumpulan.
- pilihan tarikh, tempat, aktiviti, jenis pengangkutan, penginapan, tukaran wang, makanan, pakaian, dan banyak lagi.
- daripada penulis yang sudah pergi sendiri ke tempat-tempat ini dan pernah menetap di Eropah.

ANTARA ISI KANDUNGAN
Bab 1: Tentang Benua Eropah
Schengen Area dan Pengecualian Visa
Musim, Cuaca, dan Suhu
Bahasa dan Budaya
Acara-Acara Besar dan Terkenal

Tuesday, 27 October 2015

I'm A Backpacker: Korea ~ Halian Azurin

Apa rasanya menjadi backpacker di Korea? Seorang diri tanpa ada sebarang kenalan.
Bagaimana mahu menghadapi ragam hidup masyarakat Korea yang kita hanya kenali melalui kaca TV? Di mana pula tempat-tempat wajib untuk dikunjungi dengan bajet yang sangat ekonomi? Buku ini akan membantu anda.

Ini bukan sekadar buku panduan untuk survival di Korea. Ia adalah buku yang membicarakan tentang manusia dan budaya. Pengembaraan ke Korea akan lebih bermakna sekiranya kita mampu mendalami sisi-sisi Korea yang tidak terpapar di kaca TV.

Dalam buku ini, tidak ada imaginasi, yang ada hanya realiti.

ISI KANDUNGAN
Bab 1 Tentang Seoul
Bab 2 Musim-Musim di Korea
Bab 3 Sejarah Korea
Bab 4 Survival Skill
Bab 5 Jangan Sesat di Seoul
*****
(SEM & S/S) RM23.00 > RM20.20