Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Matluthfi. Show all posts
Showing posts with label Matluthfi. Show all posts

Monday, 8 May 2017

Alegori Rumah Api ~ Matluthfi

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Buku ini memuatkan 38 buah tulisan multigenre – cerpen, artikel,alegori, esei dan coretan pengalaman.

Kebanyakannya ditulis sepanjang tahun 2016 dan selebihnya pada tahun 2017.

Lukisan-lukisan kebanyakannya adalah hasil tangan isteri dan mak aku. Adalah juga beberapa yang aku (cuba) lukis. Senang sahaja nak teka– yang mulus-mulus abstrak ala-ala Picasso itu akulah pelukisnya. Sebagai pelukis amatur, kami perlahan-lahan belajar melukis dengan memerhati dan merenung ilustrasi-ilustrasi dalam domain awam.

Harapnya buku ini pun dapat perlahan-lahan melukiskan senyuman di muka para pembacanya. Kalau laju lagi bagus!

Friday, 3 February 2017

Kisah 25 Filsuf Barat ~ Matluthfi

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00
Filsuf bukan nabi. Mereka tidak menerima wahyu mahupun terpelihara daripada dosa dan salah silap. Kaedah dan sumber ilmu mereka sering dikritik kerana selalunya dihadkan kepada hanya akal fikiran, pancaindera, dan kombinasi antara kedua-duanya.

Pun begitu idea-idea masih relevan setelah ratusan dan ribuan tahun hingga ke hari ini bersebabkan satu hal- bahawa mereka telah cuba menjawab persoalan yang sama yang manusia sekarang masih fikirkan semasa mandi, dalam kenderaan, atau pada tengah malam semasa menangisi imsomnia dan kesepian hidup.

Buku ini memuatkan kisah 25 filsuf Barat beserta idea-idea utama merekayang diolah secara riang dan ringkas. Bukan semua cerita mereka serius. Filsuf juga manusia, mereka punya zaman kanak-kanak, pernah melaukan perkara bodoh, ditinggalkan kekasih, dan bangun tidur pukul 11 pagi.

Buku ini jangan diberi baca dan jangan dibacakan kepada kanak-kanak kerana ditakuti nanti terangkat hijab kewujudan pada usia yang terlalu awal. Eloklah ia diperhati oleh orang-orang yang sedang meningkat dewasa yang fikiran mereka sudah cukup bersedia untuk mengintai celahan tembok kefanaan dan dinding ilusi kehidupan.