Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday 29 July 2019

Amalan & Doa daripada Al-Quran & Hadith: Murah Rezeki & Bebas Hutang ~ Nor Aniza Mad Azeri, Nurul Hidayah Mohamad Zuki

(SEM & SS) RM6.50 > RM5.90

Rezeki yang kita miliki adalah pemberian daripada Allah s.w.t. Setiap manusia diberi pelbagai rezeki yag berbeza. Ada antara kita mendapat rezeki kesenangan wang ringgit, rezeki anak-anak yang solehah dan solehah, rezeki kesihatan, dan lain-lain lagi. Namun, ada yang diuji dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan seperti disempitkan pintu rezeki dan dibeban dengan hutang yang banyak. Persoalannya, bagaimana untuk diluaskan pintu rezeki dan dijauhkan bebanan hutang? Salah satu cara untuk mendapat rezeki yang luas ialah menjaga hubungan dengan Allah s.w.t.

Antara Kandungan:
BAHAGIAN 1 : Jaga Hubungan dengan Allah, Kunci Murah Rezeki
• Yakin Rezeki Itu dari Allah s.w.t.
Doa 1 : Diberikan Kekuatan dan Keyakinan dalam Diri
• Berusaha Menjadi Hamba Allah s.w.t. yang Bertakwa
Doa 2 : Doa Dikurniakan Keluarga yang Bertakwa
• Dosa Penghalang Rezeki, Istighfar Kunci Rezeki
Doa 3 : Penghulu Istighfar
• Tidak Putus Berdoa Dimurahkan Rezeki
Doa 4 : Doa Dikurniakan Rezeki yang Melimpah Ruah
• Dhuha Langkah Mudah
Doa 5 : Doa Selepas Solat Sunat Dhuha
• Bersyukur dengan Sekecil-Kecil Nikmat
Doa 6 : Doa Supaya Allah s.w.t. Mencukupkan Keperluan Diri
dan Keluarga