Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Rimbunan Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Rimbunan Ilmu. Show all posts

Monday, 22 August 2022

Aku, Kembara dan London ~ Ruzaini Syukur Mansor

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Ini kisah anak kampung yang diberi peluang terbang jauh dari tanah asalnya. Entah mengapa, sedari kecil dia berangan-angan mahu ke London, sama ada untuk belajar mahupun bekerja di bumi ratu itu. 

Sekian lama menanam azam, berkat doa dan usaha, sebuah angan-angan bertukar menjadi kenyataan. Dapatkan buku ini di sini, Kasi Terbit. “Allah SWT menentukan segala yang baik buat kita, walaupun jauh daripada gapaian minda kita yang lemah ini.” Menjejakkan kaki di kota London dengan tanggungjawab besar tergalas di bahu, sesungguhnya ia bukan mudah. 

Kembara ini bukan kembara biasa. Namun benar kata bijak pandai, kembara itu mencetus rasa. Merasai kehebatan bumi empat musim ciptaan Allah ini, sama indah dengan melihat bagaimana Islam mendapat tempat dalam kalangan penduduknya. Ia sebuah perjalanan dakwah memudiki jalur kehidupan sebagai musafir di kota serba unik ini. 

“Allah SWT menjadikan manusia dengan pelbagai kaum dan rupa untuk saling mengenali. Kepelbagaian rupa paras, bangsa, dan kaum adalah sebagai ruang manusia belajar pelbagai dimensi kehidupan.”
 

Monday, 19 April 2021

Ramadan, Maaf, Kami Masih Sibuk ~ Ahmad Rifa'i Rif'an

(SEM & SS) RM24.90 > RM23.90

Ramadan, maaf, kami masih sibuk dengan kegiatan seharian. Kami jadikan kedatanganmu saban tahun hanya sebagai ritual tahunan yang tidak bermakna.

Ramadan, maaf, kami masih sangat sibuk. Kami memang ada menyentuh Al-Quran sesekali, tetapi tetap tidak sebanding dengan hebatnya hubungan kami dengan telefon pintar, gajet, dan televisyen.

Ramadan, maaf, kami masih lagi sibuk dengan urusan dunia kami. Pahala berlipat ganda yang dijanjikan tetap tidak menarik hati kami untuk berebut-rebut dalam beribadah dan berlumba-lumba dalam bersedekah. Kami lebih takut kekurangan wang untuk pulang kampung dan bercuti, berbanding rasa takut pada kemungkinan yang ini adalah Ramadan terakhir kami.

Allah, maaf, kami lebih bimbang memikirkan wang bantuan hari raya dan wang belanja, berbanding keampunanMu. Kami lebih mengutamakan makanan dan pakaian berbanding mendekatkan diri denganMu.

Ya Allah, seandainya ini Ramadan terakhir kami, kami berharap Engkau terima ibadah kami yang tidak seberapa itu. Dan kami berdoa Engkau mengampunkan dosa-dosa kami yang menggunung ini.