Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label KOMRAD. Show all posts
Showing posts with label KOMRAD. Show all posts

Monday, 22 August 2022

Apa dosa kita?


Peringatan buat diri sendiri & anda juga.
Bacalah al-quran. Ia ilmu yang Allah mahu beri pada hari kita membacanya.
Iqra'

Buku: Head with serban

Sunday, 18 October 2020

Tanda Allah Sayang


 How was your day?
Jika ok, Alhamdulillah.
Jika tak ok, takpe. Allah kan ada untuk mengadu.

Buku: Head With Serban

Sunday, 7 June 2020

Kak Long Kawasan ~ Mastura Mohd Salim

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50
Walaupun aku kak long kawasan, tapi aku lain daripada yang lain.

Kau ingat kak long kawasan ni kaki gaduh ke?

Kau bayang kak long kawasan ni ada pengikut yang ramai dan dilayan macam raja ke?

Kau fikir kak long kawasan ni tak reti hormat orang?

Tapi… jangan langsi sama aku. Ini buku kak long kawasan yang punya!

Bila Tarzan Masuk Kelas ~ Dr. Liza Adnan

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50
Walaupun masa kecil aku kawan dengan monyet, dah besar aku berjaya juga jadi orang!

“Aku dulu orang susah. Susah sangat. Tinggal pun dalam hutan tak ada elektrik, tak ada air paip. Kawan-kawan tak ada sangat, jadi aku berkawan dengan binatang. Ada lembu, ada kera. Main pun sendiri-sendiri je. Kadang-kadang main dengan Ayah Chik. Tu pun selalu gaduh. Jadi aku main dengan lembu dan kera je. Panjat pokok. Berlari sana sini dalam kebun getah Tokki.

Kami tak ada kereta. Nak ke mana-mana, jalan kaki, naik basikal tua Tokki atau naik perahu. Tapi paling penting, walaupun keadaan hidup aku macam tu, aku tak lupa untuk ke sekolah!

Aduhai… apabila dipandang kesukaran itu setelah ia berlalu, semuanya dirasakan seronok. "Adventurous! Challenging!"

Warung Western Tepi Kampung ~ Rafiuddin Rabu

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

“Dengar aku nak pesan ni! Nak menang dalam hidup bukan setakat kau ada duit berkoyan-koyan, harta bertimbun-timbun dan emas berkepuk-kepuk. Tapi definisi menang yang sebenar adalah apabila kau sentiasa berasa cukup dengan apa yang kau ada, hati sentiasa tenang tanpa gundah gulana dan hidup selalu bahagia seceria mentari pagi, cewahhh.”

Engineer Kompeni Sebelah ~ Han Hanif

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.80

Service Engineer, Civil Engineer, Mechanical Engineer, Automotive Engineer, Domestic Engineer, Access Engineer, Chemical Engineer, Sales Engineer, Electric Engineer, Nerwork Engineer dan Project Engineer.

“Kau rasa aku yang mana?”

Wednesday, 1 January 2020

Aku Budak Madrasah ~ Hannan Dhia

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Check-list nak masuk madrasah:

Segala jenis alat komunikasi adalah dilarang
Pelajar perlu berpantang selama 40 hari. Ibu bapa tidak dibenarkan melawat anak-anak, segala keperluan dalam tempoh tersebut perlu melalu pihak pengurusan dan warden asrama sahaja kecuali hal-hal kecemasan yang tidak dapat dielakkan.
Pelajar perlu mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oeh pihak madrasah dan ibu bapa perlu menandatangani surat kebenaran merotan pelajar sekiranya anak mereka melanggar peraturan madrasah.

“Madrasah ini ada bau lokap. Bau penjara.”

Wednesday, 4 December 2019

Cerita Abang Kadi ~ Imran Burhanuddin

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

"Wahai pengantin lelaki, aku nikahkan dikau dengan pengantin perempuan yang berwakil walikan saudara lelaki seibu sebapaknya denganku, dengan mas kahwinnya sebanyak Ringgit Malaysia tiga belas ribu, tiga belas ratus, tiga belas sen," Saya lafaz sambil menghenjut kecil tangan pengantin lelaki.

"Aku terima nikahnya pengantin perempuan dengan mas kahwinnya sebanyak Ringgit Malaysia tiga belas ribu, tiga belas ratus, tiga belas sen.... Eh?"

"Eh? Kenapa ada eh? Saya pandang pengantin, pandang bapa pengantin, pandang saksi. Ada yang silap ke?

Ragam Budak Sekolah ~ Fadli Salleh

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

"BESTNYA JADI CIKGU. KERJA RELAKS JE. CUTI BANYAK.
TAK IKUT OFFICE HOUR. DATANG SEKOLAH MENGAJAR, LEPAS TU BALIK."

UNTUNGLAH KALAU BETUL MACAM KAU CAKAP NI.

KAU PERNAH TENGOK CIKGU JADI BADUT?
KAU PERNAH DENGAR CIKGU JADI PENYIASAT?
TU BELUM PART JADI REBUTAN GEGADIS LAGI. ADUH.

KALAU BELUM, PERSEPSI KAU AKAN BERUBAH 360
DARJAH LEPAS BACA BUKU NI. AKU GERENTI! LEPAS
TU BARU BOLEH SEMBANG. AMACAM?

Lagi-Lagi Cerita Bilik Guru ~ Fadli Salleh, Shahidan Shuib, Firdauz Abdullah, Reyna Ibrahim, Nurain Sabrina

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

"CIKGU BUKAN SEKADAR MENGAJAR A,B,C. GURU SEJATI MENDIDIK PEKERTI."
CIKGU FADLI SALLEH

"BUDAK-BUDAK, KALAU KITA KATA NAK CERITA PASAL HANTU, MASING-MASING MELOPONG TAK SABAR NAK DENGAR. TAPI AKU RASA KAU YANG TUA PUN SAMA, KAN? JADI, KALI NI AKU NAK CERITA KISAH DI TEMPAT AKU. BEGINI KISAHNYA..."
CIKGU SHAHIDAN SHUIB

"BERI RUANG UNTUK ANAK-ANAK KITA BELAJAR DAN BERI KESEMPATAN UNTUK GURU MENDIDIK ANAK-ANAK INI DENGAN SELESA. SAMPAI MASA KITA AKAN LIHAT BAGAIMANA PERUBAHAN ANAK-ANAK KITA."
CIKGU REYNA IBRAHIM

"MURID-MURID INI MEMANG LUMRAH MEREKA BERMAIN, TAK KIRA MASA, TAK KIRA TEMPAT. KITA YANG TUA INILAH PERLU BERI LEBIH PERHATIAN. KALAU DI RUMAH, MEREKA MILIK IBU BAPA. DI SEKOLAH PULA, CIKGU SEPERTI AKU INILAH YANG PERLU TENGOK-TENGOKKAN MEREKA."
CIKGU FIRDAUZ ABDULLAH

Diari Super Daddy ~ Khairul Abdullah

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Siapa Super Daddy?

Kaulah ayah.
Kaulah mak.
Kaulah hero untuk anak-anak.

Kau kena belajar mengawal emosi.
Kau kena belajar menguruskan rumah.
Kau kena belajar menjaga anak-anak.

Ingat senang jadi Super Daddy? Ingat senang layan kerenah 3 hero kecik berlainan karakter?

Orang fikir tak ada sesiapa boleh tandingi Superhero macam Batman,Superman,dan Spiderman sebab diorang nampak kuat dan boleh atasi semua masalah.

Tapi cuba bagi diorang jadi Super Daddy buat kerja rumah dan jaga anak-anak sehari dua,
Kau rasa diorang mampu?

Cerita Dalam Hospital ~ Amalina Nudin

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.80

NAK ANAK JADI DOKTOR?
DIRI SENDIRI BERCITA-CITA JADI DOKTOR?
SERIUS?
DAH FIKIR SERATUS, SERIBU, DAN SEJUTA KALI?

Nampak best jadi doktor?
Nampak gah kerjaya ni?
Rasa gaji doktor itu banyak sampai tak habis makan?

SEKEJAP.
SEKEJAP YA!

Dah bersedia ke nak lalui fasa yang dinamakan housemanship sebelum jadi doktor tetap?
Dah bersedia untuk selalu kena marah?
Dah bersedia untuk kerja yang sangat penat?
Dah bersedia untuk lalui hidup yang sangat sibuk sampai ada harinya kau lupa nak makan?
Kau rasa?
Masih nak jadi doktor?
Masih nak anak jadi doktor?
Tapi kalau semua orang tak nak jadi doktor, siapa nak jadi doktor?

Thursday, 11 April 2019

Cerita Orang Bank ~ Mastura Mohd Salim

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00
Nak tahu cerita di sebalik kisah-kisah di sebalik orang-orang yang bekerja di bank? Mesti banyak ceritanya kan?
Semuanya boleh dibaca melalui perkongsian menarik tentang situasi bekerja di bank yang ditulis penulis di dalam buku ini.
Bukan setakat dengan kerja yang pelbagai dan menimbun, tetapi juga dalam menghadapi pelbagai karenah pelanggan,
terutamanya yang masih tidak faham tentang apa itu Perbankan Islam.

Selain daripada membaca kisah yang dikongsi, dengan membaca buku ini juga akan membuatkan kita lebih faham apa itu Perbankan Islam. Ditulis dalam bahasa yang santai, dan mudah difahami, di samping ada juga kisah-kisah lucu yang dipaparkan, membuatkan pembaca akan terus ingin membaca sehingga ke akhir muka surat.

*****

“Aku rasa perbankan Islam ni tak akan bertahan lama. Budak sales susah nak jual produk sebab tak faham. Nak luluskan loan lembab, caj mahal.” “Lagi?” “Produk yang kau orang keluarkan pun aku tak pasti sama ada mengikut landas syariah!”

Cerita Orang HR ~ Izman Pauzi

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Korang selalu kata orang HR tak ada kerja, sejujurnya mereka tidak tahu apabila kami betul-betul sibuk, nak makan sesuap nasi pun tak sempat.

TAK PERCAYA?

Memanglah korang tak patut percaya sebab ia tipu. Sebenarnya keharmonian kilang, tahap disiplin yang terkawal dan pengurusan gaji itu turun dari langit.

Filosofi Bawang ~ Anie-Alja

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Sebuah buku yang ditulis oleh penulis bestseller, Anie Alja yang terkenal dengan tulisan tajam dan sarkastik beliau, selepas buku Filosofi Mak Singa.

Filosofi bawang bukan sekadar buku membawang kosong, tapi penuh dengan teguran terhadap fenomena masyarakat kita, yang bakal menjentik hati pembaca dan membawa kesedaran untuk mengubah keadaan kepada yang tidak betul kepada betul.

"Dalam kebanyakan orang Melayu, sifat bawang ini berakar umbi dalam diri. Kita selalu rasa dibuli, dianaktirikan dan dibawangkan oleh orang keliling.Kita sering rasa diri menjadi mangsa keadaan, mangsa orang lain, seolah-olah kita tidak mampu berbuat apa-apa. Diam-diam beriman konon."

Budak Meja Belakang: Pax Americana ~ Shah Ibrahim

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Buku ini adalah sequel daripada buku Budak Meja Belakang. Jika Budak Meja Belakang pertama adalah berkenaan kisah coretan penulisan semasa daripada bangku sekolah rendah, sehingga ke sekolah menengah, Budak Meja Belakang Pax Americana pula adalah sambungan kisah beliau melanjutkan pelajaran ke Amerika.

Selain daripada kejutan budaya, pelbagai kisah menarik bersama rakan-rakan Mat dan Minah Salleh, serta rakan serumah, pensyarah dan masyarakat sekeliling lain. Dalam Budak Meja Belakang ada Farah, kali ini dalam Budak Meja Belakang Pax Americana pula ada Mia. Bagaimana kesudahan cerita bersama Mia ini. Semua terjawab dalam buku ini.

Friday, 4 January 2019

Cerita Bilik Pengetua ~ Dr. Hayya Bilal

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Buku ini berkongsi cerita mengenai kewujudan satu sosok tubuh yang banyak mempengaruhi dunia pendidikan di negara kita. Mereka dipertanggungjawabkan untuk memimpin sesebuah sekolah. Pemimpin atau pengetua inilah yang menggalas tanggungjawab ini.

Di dalam buku ini dikumpulkan pelbagai anekdot berkisarkan pemimpin sekolah yang ditulis hasil daripada temu bual, pengalaman, kes-kes benar dikutip, diolah, ditambah asam, garam, gula dan cili. Dengan pelbagai ragam dan situasi, menjadikan buku ini lengkap perasanya. Kita akan rasa tercuit hati dengan situasi yang lucu, geram pun ada dengan kisah yang tak disangka, sedih dan berbagai perasaan lain semasa membaca buku ini.

Tapi yang pastinya, buku ini sangat menghiburkan. Anda akan terhibur dengan pelbagai kisah yang dikongsi seperti Gangster Kampung Pisang, Staff Bermasalah, Tuisyen Felda, Pengetua Puaka, Panglima vs Bomoh dan lain-lain. Selain daripada pelbagai kisah menarik yang dihidangkan, ia juga ditulis dalam bahasa yang santai dan ringan, yang akan membuatkan bacaan kita lancar sehingga ke akhir muka surat.

Cerita Dalam Kampus ~ Raihan Abu Bakar

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Kalau kau masuk U,
Kau jangan ikut perangai budak-budak
dalam buku ini,
Mati la nak,
Sampai ke tua pun tak konvo

Budak Kelas Belakang ~ Emylia Mohd Nor

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

"Coretan penuh nostalgia buat perindu dekad-dekad ikonik yang telah hilang ditelan zaman. sebagai bonus, terbongkar jua akhirnya himpunan rahsia kehidupan asrama perempuan yang selama ini tersorok di sebalik pagar. Apa lagi? Marilah sekodeng!"
-SHAH IBRAHIM- Penulis buku Budak Meja Belakang

"Salah satu daripada prinsip yang saya percaya adalah, setiap kita mempunyai kebolehan dan kemampuan mencapai impian jika kita mahukannya. Di mana pun kita bermula, dan dari mana kita berasal, itu tidak penting. Apa yang penting ialah keinginan untuk berubah menjadi yang lebih baik. Kepercayaan dan prinsip ini diterjemahkan dengan baik dalam buku ini. Gaya penceritaannya yang bersahaja dan spontan membuatkan seolah-olah pembaca berada di tempat penulis. Tahniah kepada Puan Emylia kerana berkongsi kisahnya dengan keberanian dan kerendahan hatinya."
-MUHABIR IBRAHIM- Penulis, Kaunselor &Perunding Latihan

Monday, 28 May 2018

Mentaliti Masih Jamban ~ Khairul Abdullah

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

"Kenapa masyarakat di dunia sebelah sana lebih baik daripada kita? Kenapa nilai-nilai yang dituntut oleh agama dipraktikkan oleh mereka dan bukannya kita"?