Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Anggun Melor. Show all posts
Showing posts with label Anggun Melor. Show all posts

Wednesday, 6 October 2021

The One ~ Melur Jelita

(SEM & SS) RM40.00 > RM38.00

“KALAU saya jadi bunganya?”
“Saya jadi tukang cantasnya!”
“Kalau saya jadi cincinnya?”
“Saya jadi tukang gadainya!”
“Kalau saya jadi kumbangnya?”
“Saya jadi tukang sembur racun. Syuh! Syuh! Pergi sana kumbang perosak bunga!”

Dalam melayari alam rumah tangga, Irvan dan Maryam saling berusaha menjadi yang terbaik. Irvan begitu menjunjung kerjayanya yang menjadi cinta pertamanya sebagaimana Maryam yang asyik dengan bumble beenya. Never date a cop. And never marry a cop! Heartless. Emotionless. Like Robocop.

Sifir rumah tangga tidak mudah. Ada-ada saja perselisihan di antara mereka berdua. Bagaikan sarang busut, besar dan teguh luarannya tapi berkerangka rapuh di dalamnya. Seorang tidak memahami bidang kerja suaminya, seorang lagi merasakan tidak ada apa yang perlu difahamkan. VAT 69 atau 69 Komando milik negara. Kahwin dengan mereka bermakna kahwin dengan negara.

Kalaulah kau tahu apa yang aku tahu, kau takkan mampu ketawa apatah lagi tersenyum untuk selamanya...

“Mengenalinya… baru saya sedar rupanya masih ada insan yang tidak mementingkan wang ringgit… masih ada insan yang sanggup berkorban… masih ada insan yang tidak akan mengemis penghargaan… meminta nama mereka diabadikan di jalan… meminta kisah-kisah mereka ditulis agar dikenali ramai.

Awak Suka Saya Tak? ~ Melur Jelita

(SEM & SS) RM60.00 > RM57.00

"Saya kenal sayang saya..."

Kisah kasih sayang di antara dua insan istimewa yang membuai tika manis, menyentak tika marah dan menginsafkan tika diuji, Hilmon Yong dan Intan Zulaikha. Hilman seorang jejaka kacukan Cina-Korea-Amerika yang baru mengenal Islam ditulis takdirnya dengan Intan Zulaikha sejak 11 tahun yang lampau.

Kera tampar mata!

"Percaya sangat mualaf tu..."Intan Zulaikha
"Kami digelar saudara baru,mualaf,masuk Melayu... bila label begini akan dihentikan kepada kami?
"Saudara baru sampai bila? Malah anak-anak kami dipanggil anak mualaf. Kenapa nak membezakan kami dengan orang Islam yang lain sedangkan semua umat Islam tu sama saja?" Hilman Yong

Kerana seekor semut.. kerana lidah...

"Don't you dare walk away from me! Kali ini, sekali you melangkah tinggalkan I, sepuluh langkah I akan tinggalkan you! You tinggalkan I, I akan tinggalkan you terus! You won't see me again!" Hilman Yong

Bagaimana hidup seorang Intan Zulaikha apabila jatuh hati kepada dua lelaki, dua nama dan dua personaliti? Hilman Yong seorang lelaki yang penuh kesopanan dan kesabaran. Damien Yong yang

Friday, 23 October 2020

Mikayla ~ Melur Jelita, Tiffirah

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Kejarlah aku. Aku menuju ke arah mu.

HARDI-E. AR RAHMAN

"Saya minta maaf."

"Orang yang lemah akan berdendam. Orang yang kuat akan memaafkan."

WAN ADRA MIKAYLA

“Orang yang suci hatinya tidak peduli. Kerana sibuk mencari ikhlas.”

“Awak tau... saya tak peduli... Saya tak pernah pedulikan awak atau sesiapa pun" Goresan di hati Hardie menitiskan darah lukanya. Tap... tap... tap... Selama ini Mikayla tidak pernah pedulikannya. Ada ke tidak ada... sama sahaja. Kemaafan yang dicarinya selama ini... ternyata tidak pernah ada. Dia tidak bererti apa-apa kepada Mikayla. Ternyata... Hakikat ini lebih memedihkan daripada cinta yang tertolak. Hakikat.

 

Friday, 25 October 2019

The Unsung Hero ~ Melur Jelita

(SEM & SS) RM40.00 > RM36.00

Dan Dia mengajar manusia apa yang tak diketahuinya…ayat 5, Surah al Alaq. 
Kissing cousin? 
Huh?! 
Bagi Deraman tak berdosa. 
Bagi Blackswan, sangat berdosa! 
Sumbang mahram! 
Dari Blackswan bertukar kepada angry bird. 
Sombong menonggek! 
Blah cam tu je dari Deraman, lelaki serigala jadi-jadian! 

Ketika semua kesayangan ditarik dari seorang insan, dia tewas. Tapi seorang insan yang terpilih untuk diuji oleh Allah swt , sebenarnya memiliki jiwa juang yang sangat kental. Allah pilih, Allah uji kerana dia mampu. Lihatlah bila satu jiwa yang tewas kemudiannya redha dengan ketentuan Allah bangkit menjadi jiwa baru. Dia harus kuat! Kerana itulah satu-satunya pilihan yang ada. 

Kisah kejiwaan yang sangat meruntun hati di antara sepasang sepupu yang dipaksakan hubungan adik-abang dari kecil. Maryam akur. Irvan enggan. Mereka terpisah dengan satu janji. Tetapi janji itu dimungkiri dengan kehadiran Riyaz. 

Friday, 16 August 2019

Tak Bisa Hilang Cinta ~ Rafina Abdullah

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Berkahwin dengan seorang lelaki yang sering menyimpan curiga, bukanlah satu keadaan yang menyenangkan bagi Ariana. Setiap hari yang dilalui, dia perlu berhati-hati dalam setiap langkah.

ARIANA "Sebagai pembantu peribadi mak su, Rin tak boleh elak dari berjumpa Haji Fahmi kalau ada apa-apa urusan berkaitan."

Izudin... kegagalan rumah tangganya bersama wanita yang dikasihi, menjadikan dia seorang yang over protective selepas berkahwin dengan Ariana. Pantang telinganya mendengar nama `Haji Fahmi', mulalah dia penasaran. Manakan tidak, Haji Fahmi itu pernah menzahirkan rasa suka pada isterinya. Namun, mampukah Ariana bertahan dengan sikap Izudin yang sering dihantui prasangka dan cemburu itu? Sebagai suami, Izudin berusaha melakukan sesuatu. Dirasakan dirinya seperti ada yang tidak kena, dia merancang berjumpa pakar psikiatri.

Friday, 15 March 2019

Mutiara Hitam ~ Tiffirah

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Caramu berbicara, kalimatmu, kata-katamu, aku masih igat setiap darimya. Kau kata aku adalah masa depanmu jadi aku memberikan segalanya, namun kini aku adalah masa silammu. - TEJA

Setelah menghabiskan waktu denganmu, seperti yang dijangka aku mengucapkan selamat tinggal. Aku tidak memiliki apa-apa pun, sekarang aku membiarkan air mataku mengalir. Aku tidak bisa mengambil sehari bahkan sejam untuk merindukanmu. - TUAH

Berlayar mengenderai angin, ku bentangkan layar ini. Berusaha memejamkan mata meskipun permukaan air terus berkocak. Bunga bermekaran dalam kegelapan, rembulan berada di atas permukaan laut. Di tempat rahsia ini, adanya Mutiara hitamku yang indah. Dialah mutiara hitamku. - JEBAT

My Precious Iris: Legacy Edition 2 ~ Melur Jelita

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Dengan hati ikhlas yang sentiasa mengingati Allah, langit runtuh pun aku tak takut !

Kisah kehidupan yang penuh warna. Tanpa iman dan kasih sayang, jiwa manusia sangat menderita di dalam kolam hati. Seumpama perahu kertas yang belayar di lautan luas. Betapa rapuh dan lemahnya sehelai kertas menahan askan dari gelombang. Manusia adlah apa yang mahu dipecayai dan apa yang dipercayainya. Hanya berpegang kepada iman dan kasih sayang, adakah sinar cahaya yang ditemui Iris terus digenggamnya? Siapakah lelaki yang berjaya menakluki Iris? Mampukah hidup yang hanya berbekalkan kejujuran menghalang rama-rama Iris daripada terus terbang bebas? Ketika Iris menyedari, dia harus berjuang untuk hidup, maka bagaimanakah akhirnya seorang Iris?

"kaya sampai langit ketujuh sekali pun, saya tak hairan. Tak payahlah nak beritahu semua oarang jutawan nombor satu di Malaysia, ada rumah persingahan di seluruh dunia, francais beribu-ribu satu alam, harta berbilion, berpangkat Tengku, Tan Sri atau Tun sekali pun, kalau tak diescort dengan polis trafik tak payah berlagak sangat. Itu maknanya tak cukup kaya dan tak cukup hebat, jangan nak bangga sangat dengan kekayaan boy-friend awak tu! Sebatang jarum pun tak boleh dibawa mati!"- FIRMAN

Tuesday, 15 May 2018

Awak Suka Saya Tak? 2 ~ Melur Jelita

(SEM & SS) RM45.00 > RM39.60

"Adakah Tuan Hilman kembali kepada Islam seorang diri? Bagaimana dengan ibu bapa? Sebaiknya tuan dakwah mereka ke jalan Allah. Takkan tuan nak masuk syurga seorang diri? Atau dengan kata lain, hanya tuan yang mahu terselamat dari menjadi bahan bakar api neraka?"

"Ustaz, bila balik ke Malaysia, senang-senang carilah saya. Banyak yang saya boleh belajar dari ustaz. Bagaimana metodologi dakwah? Uslub. Mantiq. Balaghah. Tentu banyak benda menarik boleh sama-sama kita kongsi."

"Insya Allah."

"Saya minta diri dulu. Kami perlu berehat sebelum ke masjid lagi untuk zuhur dan asar. Tapi sebelum tu, tolong forward video kami kepada saya. Dan tolong delete semua gambar isteri saya dari handphone ustaz. Ustaz tentu lebih tahu, tidak manis mengambil gambar bukan mahram tanpa izin. Assalamualaikum."

Kehidupan berdua dilayari dengan penuh kasih sayang di antara Hilman Yong dan Intan Yong. Tetapi biasalah. Keharmonian pasti terkocak sedikit sebanyak dengan mulut manusia. Hilman dibebankan dengan pertanyaan yang sangat berat. Bagaimana akidah mummy dan daddynya?

Selamat Bermimpi Bulan ~ Tiffirah

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

“Aku sentiasa muncul di dalam mimpinya. Di dalam mimpi itu, kami sentiasa bersama. Apabila aku melihatnya seperti kanak-kanak yang naif, aku ketawa melihat kerenahnya tanpa sebab. Ikutkan hatiku, ingin sahaja aku menyatakan rasa cintaku kepadanya. Sayangnya, apabila pagi muncul, dia takkan ingat apa yang berlaku. Aku khuatir yang dia akan melupakanku juga.”- Islam.

“Terkadang, aku memikirkannya pada malam itu. Aku takut dia akan tahu perasaanku, jadi aku tutup pintu hatiku. Apakah dia ingat saat bulan menyanyi dan memberkati kami? Dari banyak bintang di sana, bulan itu sangat besar dan terang. Ia selalu berada di tempat yang sama tetapi saat aku cuba mendengarkannya lagi, aku tidak boleh mendengar lagi. Namun ia tetap melodi yang berharga buatku – melodi cahaya bulan yang tidak dilupakan.”- Hannah.

I Love You, Stupid! (Extended Version) Vol 2 ~ Melur Jelita

(SEM & SS) RM48.00 > RM42.20

Firman yang pedas berapi. Suka melanun tidak bertempat. Iris yang gedik sengal, suka menggoda tidak kira masa. Membiarkan bumi kemboja ini tidak pernah aman dari dua manusia ini.

Bertengkar, bertengkar dan bertengkar sehingga hampir berbunuhan.

"Nay... saya takkan date dengan lelaki cantik dari saya." IRIS
"Saya takkan date dengan lelaki yang berpakaian seperti tahi cicak." FIRMAN

My precious saya pun tak ingin awak menetap di sini terus, melainkan berlaku keajaiban. Bila saya dapat menyentuh, memeluk dan mencium bulan di langit." FIRMAN

"Ini takkan berlaku. Mustahil dapat menyentuh dan memeluk bulan. Sheikh Muzaffar pun tak boleh sentuh. Apalagi nak cium." IRIS

Walaupun sentiasa disulami pertengkaran tetapi hubungan Firman dan Iris ada manisnya. Disaksikan sendiri oleh Doktor Aidan, tunang Iris secara tidak rasmi.

I Love You, Stupid! (Extended version) ~ Melur Jelita

(SEM & SS) RM48.00 > RM42.20

Perjalanan hidupku mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hati.

Aku, Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang. I'm bad and dangerous!

"Apalah sangat dengan saman tiga ratus ringgit? Lebih dari itu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hottie ni. Handsome dan pedassss!"
IRIS

"Kesalahan keempat cuba mengoda polis.
Kesalahan kelima, menghina kerja polis,
Kesalahan keenam, menghalang penjawat awam dari menjalankan tugas.."
INSPEKTOR EBRAHIM A.K.A ABANG PEDAS. MR PARFAIT! PERFECT!

Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh seksi Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris."- DOKTOR AIDAN