Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday, 15 May 2018

Awak Suka Saya Tak? 2 ~ Melur Jelita

(SEM & SS) RM45.00 > RM39.60

"Adakah Tuan Hilman kembali kepada Islam seorang diri? Bagaimana dengan ibu bapa? Sebaiknya tuan dakwah mereka ke jalan Allah. Takkan tuan nak masuk syurga seorang diri? Atau dengan kata lain, hanya tuan yang mahu terselamat dari menjadi bahan bakar api neraka?"

"Ustaz, bila balik ke Malaysia, senang-senang carilah saya. Banyak yang saya boleh belajar dari ustaz. Bagaimana metodologi dakwah? Uslub. Mantiq. Balaghah. Tentu banyak benda menarik boleh sama-sama kita kongsi."

"Insya Allah."

"Saya minta diri dulu. Kami perlu berehat sebelum ke masjid lagi untuk zuhur dan asar. Tapi sebelum tu, tolong forward video kami kepada saya. Dan tolong delete semua gambar isteri saya dari handphone ustaz. Ustaz tentu lebih tahu, tidak manis mengambil gambar bukan mahram tanpa izin. Assalamualaikum."

Kehidupan berdua dilayari dengan penuh kasih sayang di antara Hilman Yong dan Intan Yong. Tetapi biasalah. Keharmonian pasti terkocak sedikit sebanyak dengan mulut manusia. Hilman dibebankan dengan pertanyaan yang sangat berat. Bagaimana akidah mummy dan daddynya?

Untunglah Hilman memiliki seorang insan berjiwa bidadari. Intan yang sentiasa meniupkan semangat kepada apek hensemnya.

Jika dunia ini masih punya sedetik lagi masa... saya akan minta dengan Allah masa yang sedetik itu... untuk bersama awak, Hilmanku ~ INTAN YONG

Manusia terlalu banyak sangkaan sehingga menimbulkan kebencian dan mencipta permusuhan ~ HILMAN YONG
Everyone has an addiction... mine happens to be you ~ DAMIEN YONG




Dengan kasih sayang ALLAH, tiada yang mustahil