MANUSKRIP / ~Pabila dendam menjadi raja~ Riyad, seorang editor berpindah ke sebuah rumah flat di Taman Megah kerana tempat tinggalnya yang lama agak jauh dengan pejabatnya di Syarikat Kalam Ilham. Setelah berpindah ke flat itu, Riyad sering diganggu wanita yang membunuh diri dengan terjun dari bangunan flat itu. Pada suatu hari, Riyad melihat laptopnya tersedia dengan cerita seram yang dia sendiri tidak taip. Riyad beranggapan wanita yang sering muncul itu ingin menyatakan sesuatu. Kebetulan ketika itu dia mewakili syarikatnya di dalam pertandingan penulisan kisah seram. Dari hari ke hari, manuskrip seram yang sepatutnya ditulis oleh Riyad semakin bertambah muka surat. Sejak itu, Riyad cuba menyiasat kejadian sebenar di flat itu bersama-sama Joe dan Hafiz juga penghuni di situ. Siapakah wanita itu sebenarnya?
KLU / ~Permainan biasa tetapi bermain dengan bayangan luar biasa~ Wani amat menyukai permainan cari kata. Ke mana sahaja dia pergi, buku itu akan menjadi penemannya. Namun, ada sesuatu yang pelik terjadi. Jawapan cari kata itu seolah-olah benar dan menjadi klu kepada kehilangan seseorang yang



















