Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Arifful Baqi. Show all posts
Showing posts with label Arifful Baqi. Show all posts

Tuesday, 2 June 2020

Projek Seram: Gunung ~ Arifful Baqi, Fitri Hussin, S. Kausari

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

SINOPSIS RAJA GUNUNG - ARIFFUL BAQI
Caption : Dia berdendam demi menjadi yang paling berkuasa!

Kisah ini bermula apabila perasaan hasad dengki menguasai hati. Gelaran ‘Raja Gunung’ yang selama ini disandang oleh Shazwan rupa-rupanya ingin dirampas sehingga terjadinya tragedi. Lebih menyedihkan apabila kawan sendiri menjadi pengkhianat. Tidak sangka gelaran ‘Raja Gunung’ yang dibangga-banggakan selama ini akhirnya memakan diri sendiri.

“Beberapa jam lagi ritual akan bermula. Harap kamu semua bersedia. Malangnya, tiga orang rakan kamu masih belum ditemui. Mereka hanya bernasib baik kerana tidak perlu mati pada malam ini. Tetapi tetap akan dicumbu maut selagi mereka masih berada di pergunungan ini,”

SINOPSIS TALBIS - FITRI HUSSIN
Caption: Datang tak kembali!

Daniyal yang terkena sihir pawang orang asli berjaya dipulihkan oleh Rashidi. Daniyal berasa sangat kagum dengan ilmu batin yang dimiliki oleh anak muda itu. Timbul keinginan di hati Daniyal ingin mempelajari ilmu itu. Apatah lagi Syatila masih tidak serik dan menggunakan ilmu hitam pula untuk memiliki cinta Daniyal. Lebih membimbangkan apabila Zandra, tunang Daniyal turut menjadi sasaran Syatila. Kegilaan Syatila menjadi penyebab untuk Daniyal menguasai ilmu yang sama dengan Rashidi. Daniyal perlu bertapa di sebuah gunung. Namun mampukah Daniyal melepasi segala dugaan yang menjadi syarat untuk memiliki ilmu batin itu?

Wednesday, 10 July 2019

Survival ~ Arifful Baqi

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Amri dipenjarakan kerana kesalahan membunuh. Dia terlibat dengan aktiviti pembunuhan antarabangsa demi menjaga kestabilan dunia. Tanpa sedar, dia sebenarnya telah menjadi ‘kambing hitam’ atas tujuan peribadi seseorang. Sehinggalah muncul satu program, Program Pengampunan Banduan. 

Amri dan beberapa banduan yang lain telah terpilih untuk mengikuti program ini. Mereka dibawa ke sebuah pulau yang belum pernah diterokai oleh manusia. Tanpa sangka, Pulau Larus itu ada ketua yang menjaganya. 

Amri mula berasa tidak senang. Ada sesuatu yang mencurigakan. Apatah lagi mendengar syarat untuk lulus dalam program ini. Syarat pertama; Hiduplah untuk bebas! Syarat kedua; Bunuhlah seramai mungkin manusia yang ada di pulau itu. Dan, bermula hari itu… mereka bermati-matian membunuh. Jika tidak membunuh, mereka akan mati dibunuh! Inikah harga untuk sebuah kebebasan?

Monday, 15 April 2019

Projek Seram Grab ~ Fitri Hussin, Arifful Baqi, Hasrudi Jawawi

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

SERU
Azwani selalu melanggan Grab Kamarul yang kebetulan adalah rakan setingkatan di sekolah menengah dulu. Kamarul dalam diam merancang sesuatu yang buruk terhadap Azwani. Cinta palsu dan kemewahan dijadikan umpan. Sihir pula dijadikan pengantara. Rahsia terbongkar, lalu pelbagai perkara aneh lagi seram mula berlaku. Satu demi satu menerima musibah…

HILANG
Pemandu kereta Nissan Almera itu mengeluarkan tawa yang menyeramkan. Gembira dengan kematian yang menimpa dua orang manusia tadi. Selajur kabus tebal menyelubungi, kereta Grab itu hilang daripada pandangan. Membawa misteri yang tidak terungkai bersama.

“Inilah balasannya bagi sesiapa yang menolak untuk menjadi penumpangku.”- Hantu Grab.

JANUARI
Kemunculan gadis berbaju kurung merah di kawasan perindustrian terbiar itu membuatkan tempat itu menjadi ‘panas’ di kalangan pemandu GrabCar sejak lima tahun lalu. Pemandu GrabCar sering diganggu saat melalui jalan itu. Anehnya, kejadian itu hanya berlaku pada bulan Januari. Bila Januari berlalu, kawasan itu kembali sunyi lagi sepi.

Tuesday, 23 October 2018

Seteru ~ Arifful Baqi

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Satu kebangkitan, seribu kehancuran

Lima ratus tahun berlalu, tangan-tangan kejahatan berusaha untuk membangkitkan semula Raja Syaitan di muka bumi. Demi menghalang malapetaka yang besar daripada berlaku, Hairil berlayar meredah lautan yang buas untuk memusnahkan semua serpihan jasad Raja Syaitan yang pernah dikumpulkan oleh bapanya. Tanpa dia ketahui, terdapat seorang perempuan misteri yang menjaga serpihan jasad Raja Syaitan daripada disentuh sesiapa.

Rintangan muncul bertimpa-timpa. Takdir menetapkan dua jiwa untuk saling berseteru. Seorang lelaki bertopeng dan berbusana Melayu hijau menuntut dendam atas kematian yang disebabkan oleh Hairil. Ketika amarah dan dendam menguasai jiwa, hanya keimanan yang menjadi penawar kesengsaraan. Ketika darah terus tumpah berhamburan, hanya TUHAN yang mampu memulangkan kedamaian.

Mungkinkah Raja Syaitan merajai semula dunia ini dan meniup bara ketakutan kepada umat manusia?

Thursday, 1 March 2018

Rantai: Kejahatan Pasti Terbalas ~ Arman Jazee, Saidee Nor Azam, Arifful Baqi

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

RANTAI BERNYAWA
Azim seorang Pencuri Profesional! Tiada apa yang dapat menghalangnya. Bila dia sudah menetapkan sasarannya. Lukisan bernilai jutaan ringgit, berlian bernilai jutaan dollar, barang kemas yang bernilai jutaan euro menjadi sasarannya. Tetapi kali ini Azim sudah tersilap langkah, dia tidak sepatutnya mengambil barang itu. Dia tidak menyangka kerana kesilapan yang kecil membawa natijah yang besar. Seorang demi seorang mati dalam keadaan yang misteri dan mengerikan. Kini dia tiada pilihan, dia terpaksa meminta pertolongan musuh yang memburunya untuk mencari pembunuh sebenar. Dia tidak sangka rantai yang dia curi dihuni syaitan yang kejam serta tidak harus dibangkitkan. Syaitan yang terkurung 3500 tahun yang lalu kembali untuk merajai dunia. Dia tiada pilihan…

RANTAI SAKTI
Seutas rantai yang diperbuat daripada batu yang gugur dari langit sebenarnya mempunyai satu kuasa yang tiada tandingan. Pada awalnya Rantau memakai rantai itu hanya kerana ingin menjaganya, setelah diamanahkan oleh bapanya yang juga orang pertama yang menjumpai batu dari langit itu. Namun ketika Rantau menuntut ilmu persilatan di hujung kampung. Bapa dan abang sulungnya telah menjadi mangsa kekejaman penghulu kampung yang bernama Naning. 

Thursday, 3 August 2017

Cip: Evolusi Sistem Eksploitasi Manusia ~ Fitri Hussin, Arifful Baqi, Sufi Abqari

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

1. GODAM – Fitri Hussin
SINOPSIS :
Sekumpulan saintis melayu, Lokman, Saifullah dan Amran berjaya mencipta satu cip canggih yang dapat memulihkan memori pesakit-pesakit alzheimer, trauma otak, trauma perang dan sebagainya.

Kejayaan mereka itu mendapat liputan luas media tempatan dan luar negara. Mereka menjadi kebangaan melayu, Islam dan Malaysia. Tetapi kejayaan itu dimusnahkan oleh satu artikel yang disiarkan di sebuah blog konspirasi tempatan yang mendedahkan bahawa dana penyelidikan untuk mencipta cip itu adalah dari Nathan Rotchield, pindar kepada 13 keluarga yang menguasai dunia.

Pendedahan itu menyebabkan Saifullah dan Amran dibunuh secara langsung di Facebook Live. Kes itu disiasat dan polis mendapati Lokman adalah suspek utama berdasarkan bukti-bukti yang diperolehi.

Sejak itu Lokman menjadi buruan pihak berkuasa. Apa sebenarnya yang berlaku? Benarkah Lokman adalah pengganas seperti yang dituduh? Siapakah dalang di sebalik semua itu? Apakah tujuan dalang tersebut?

2. PANDORA – Sufi Abqari
SINOPSIS :
Ted telah menyelamatkan seorang pemuda daripada mati akibat dikebumikan. Pemuda itu telah ditusuk oleh sebuah chip yang terevolusi dengan virus merbahaya. Ekoran dari itu Ted dan Adam telah pergi ke Malaysia mencari seorang lelaki bernama Ungku Azizi. Disamping menjejak kembali chip paling merbahaya yang dipanggil Pandora. Pandora telah dicuri sebaik Ted kembali semula ke Amerika. Ekoran itu dia telah dituduh sebagai pengkhianat. Dalam masa yang sama untuk menyelamatkan nyawa Adam yang terancam akibat chip di dalam tubuhnya.

Friday, 2 June 2017

Kiub ~ Arifful Baqi

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Satu pembunuhan tragis golongan militan ke atas kedua ibu bapa Zaki untuk mendapatkan KIUB telah mengubah segalanya. Zaki yang hidup digelumangi kemewahan terpaksa meninggalkan segalanya demi membalas dendam atas kematian insan tersayang. Namun, musuhnya bukan sembarangan. Mereka licik dan kejam. Nama mereka sahaja sudah cukup untuk memberi ketakutan kepada semua orang.

Dua tahun kemudian, pembunuhan semakin kerap berlaku. Tubuh mangsa seakan dirobek dengan benda yang tajam. Mira Hafizah pula menjadi suspek utama. Inspektor Zakwan yang mengendalikan kes ini pula semakin buntu dan tertekan untuk menyelesaikan masalah ini. Apabila detik perhitungan telah tiba, pasti akan ada darah yang tumpah. Pasti ada jiwa yang akan terkorban.

ZAKI- Mempunyai semangat yang berkobar-kobar. Kemaraannya umpama ribut yang membadai pantai. Antara dendam dan keadilan, dia harus memilih salah satu! Dia adalah pemilik Kiub Arnab yang diburu militan.