Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Hasrudi Jawawi. Show all posts
Showing posts with label Hasrudi Jawawi. Show all posts

Thursday, 12 May 2022

BESTNYA RAYA

 


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2022 SEMUA...

Akhirnya, selepas 2 tahun raya PKP, kali ini kita dapat beraya jumpa sanak-saudara, sahabat handai juga bercuti di mana sahaja.

Tahun ini juga, kami adakan PROMOSI BESTNYA RAYA dengan belian 5 BUKU dapat 1 BUKU FREE (boleh campur-campur genre buku promosinya).

Contohnya, jika anda minat novel seram & mahu berikan HADIAH BUKU RAYA pada family, anda boleh dapatkan 3 novel seram untuk anda & 2 buku lagi genre lain (mungkin motivasi atau novel cinta). BUKU PERCUMA YANG BEST akan kami selitkan sekali dalam parcel anda.

Promosi bermula dari 12 May sehingga31 May 2022.

Sebarang belian & pertanyaan, wasap kami di 013-6786571 atau emel kami di belidiskaun@gmail.com atau terjah Instagram & FB kami di books_belidiskaun. Boleh juga anda wasap agen kami 😊







Tuesday, 29 March 2022

Wujud ~ Hasrudi

(SEM & SS) RM27.90 > RM26.50

DatangNya TIDAK DIUNDANG , WUJUDNYA tidak didendang. 

Percutian enam sahabat ke Bandung, Indonesia telah mengundang malapetaka dalam hidup mereka. Sejak mereka meninggalkan Gunung Salak yang terkenal dengan mitos mistiknya, hidup mereka berenam mula diburu dan dinampakan dengan makhluk yang cukup mengerikan dan menakutkan. Atas bantuan Wak Kardi,makhluk yang menyerupai perempuan tua yang hodoh itu berjaya diusir dari terus menganggu mereka berenam. Namun, disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. 

Gangguan yang disangka sudah berakhir, rupanya masih datang menghampiri. Selagi haknya tidak dikembalikan, selagi itu mereka diburu.Selagi janji tidak dikotakan, selagi itu mereka dibelenggu. Hak apa yang perlu mereka kembalikan? Janji apakah yang perlu mereka kotakan? Adakah apa yang mereka lihat itu benar-benar wujud atau sekadar mainan perasaan?

Wednesday, 26 June 2019

Janji Anabella ~ Hasrudi Jawawi

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Risa dipandang aneh oleh pelajar-pelajar lain termasuklah rakan sekelasnya sejak berpindah ke sekolah berasrama penuh, Jasmine School. Di sekolah ini dia mahu memulakan kehidupan baru selepas doktor mengesahkan trauma yang dialami akibat tragedi hitam enam bulan lalu semakin stabil.

Sejak berada di sekolah ini, Risa sering didatangi seorang gadis Inggeris di dalam mimpi-mimpinya. Dia merasakan sesuatu telah berlaku dan pihak sekolah seperti merahsiakan hal itu daripada pengetahuan orang luar. Artikel lama yang ada di bilik pengetua berkaitan kes kematian yang pernah berlaku di sekolah ini mula merungkai sesuatu. Sah! Jasmine School punya misteri tersendiri.

Apa kaitan kematian yang pernah berlaku di sekolah ini dengan gadis Inggeris yang selalu muncul dalam mimpi Risa? Apa hubungan sebenar gadis Inggeris itu dengan makhluk persis jerangkung yang sering muncul di dalam biliknya? Siapakah antara mereka yang bukan manusia sebenar? Atau... adakah kejadian selama ini hanya halusinasi yang terhasil akibat trauma yang dialami Risa?

Monday, 15 April 2019

Projek Seram Grab ~ Fitri Hussin, Arifful Baqi, Hasrudi Jawawi

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

SERU
Azwani selalu melanggan Grab Kamarul yang kebetulan adalah rakan setingkatan di sekolah menengah dulu. Kamarul dalam diam merancang sesuatu yang buruk terhadap Azwani. Cinta palsu dan kemewahan dijadikan umpan. Sihir pula dijadikan pengantara. Rahsia terbongkar, lalu pelbagai perkara aneh lagi seram mula berlaku. Satu demi satu menerima musibah…

HILANG
Pemandu kereta Nissan Almera itu mengeluarkan tawa yang menyeramkan. Gembira dengan kematian yang menimpa dua orang manusia tadi. Selajur kabus tebal menyelubungi, kereta Grab itu hilang daripada pandangan. Membawa misteri yang tidak terungkai bersama.

“Inilah balasannya bagi sesiapa yang menolak untuk menjadi penumpangku.”- Hantu Grab.

JANUARI
Kemunculan gadis berbaju kurung merah di kawasan perindustrian terbiar itu membuatkan tempat itu menjadi ‘panas’ di kalangan pemandu GrabCar sejak lima tahun lalu. Pemandu GrabCar sering diganggu saat melalui jalan itu. Anehnya, kejadian itu hanya berlaku pada bulan Januari. Bila Januari berlalu, kawasan itu kembali sunyi lagi sepi.

Friday, 20 July 2018

Genderuwo ~ Hasrudi Jawawi

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Sejak Faris kerap ke pohon banyan di kaki bukit itu, hidup mereka sekeluarga mula terasa aneh. Ternyata tebakan Aminah mengenai adiknya itu, benar! Adiknya itu telah didampingi ‘sesuatu’. ‘Sesuatu’ yang menyerupai seekor mawas!

Bukan satu, tetapi dua makhluk misteri telah menghampiri Faris tanpa mereka sedari. Kelibat budak perempuan yang sering muncul di bilik Faris ternyata ada kaitan dengan tasik bekas lombong di atas bukit berhampiran rumah mereka.

Semakin hari semakin kerap makhluk serupa mawas dan kelibat budak perempuan yang tidak dikenali itu muncul di dalam rumah mereka. Atas bantuan Gunawan, misteri berkaitan dengan dua makhluk itu dapat dibongkar. Makhluk persis mawas yang dikenali sebagai Genderuwo itu muncul kerana mahu menuntut haknya!

Manakala budak perempuan yang tidak dikenali itu pula mendekati Faris kerana inginkan pertolongan daripada anak kecil itu. Di antara Faris dan Aminah, siapa yang menjadi hak kepada Genderuwo itu? Apa kaitan budak perempuan yang mengaku dirinya sebagai Badarsila itu dengan Faris?

Monday, 8 May 2017

Kerajaan Paling Seram ~ Daisy Zahra, A. Anuar, Khairul Aswad, Hasrudi Jawawi, Cempaka Meerniz

(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Jangan Ganggu Aku – Daisy Zahra
“Aku pun pernah minta benda yang sama. Jangan ganggu aku...” Suara halus itu kedengaran dengan wajah yang memendam kemarahan.
“Ak... aku tak kenal ss... siapa kau...” tutur Zack dalam ketakutan. Dia yang semakin berundur ke belakang akhirnya terhenti apabila tiada lagi ruang yang ada. Kedua-dua belah kakinya sudah bertemu dengan katil.

Sari – A. Anuar
Apa yang mereka tahu tentang aku? Ya, aku. Dahulunya seorang penari yang dipuja ramai tapi cinta aku hanya pada Adika. Dia pujaan aku. Tapi satu kisah yang tidak semua orang tahu tentang aku. Tentang derita aku… tentang kematian aku.
“Nama aku Sari, dan biarkan aku bercerita.”

Di Antara – Khairul Aswad
“Kau boleh tinggalkan aku. Tapi hidup kau takkan pernah tenteram kerana sekali kau pernah jadi milik aku, tiada apa yang akan mampu memisahkan kita kecuali mati.”
Syita merenung lukisan tersebut agak lama. Apa yang membuatkan dia kurang senang dengan lukisan itu, adanya tiga orang kanak-kanak yang botak dan berkulit hitam bersama seorang wanita tua yang bongkok tiga sedang berdiri di sebelahnya seolah-olah sedang memerhatikan dia.

Tuesday, 2 May 2017

Cermin ~ Hasrudi Jawawi

(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Tanpa disedari, Dewi mula didampingi ‘sesuatu’ sejak dia memiliki cermin antik berbingkai kayu itu. “Petang tadi, masa aku bersihkan permukaan cermin antik tu, tiba-tiba cermin tu berkabus. Lepas tu, muncul perkataan yang aku tak faham.”

“Cermin? Cermin yang aku dengan kau duk gigih berangkut dari bilik stor bawah tu ke?” Siti ingin memastikan.
Kematian Salina, Tasha, Liza dan Ikmal pula dikatakan ada kaitan dengan cermin itu. Hasrul yang boleh melihat makhluk dari alam lain turut diganggu. Apa sebenarnya yang ada di sebalik cermin antik itu?

Friday, 2 December 2016

Banglo Seksyen 12 ~ Hasrudi Jawawi

Dia datang bila cahaya menghilang...

Tragedi pembunuhan enam orang remaja di sebuah banglo terbengkalai itu 15 tahun lalu menyebabkan banglo itu digelar banglo angker. Ada yang mengatakan roh enam orang remaja yang mati dibunuh di banglo itu masih bergentayangan dan tidak aman sehingga sekarang.

Hal itu membuatkan Fazlie, Amir dan Farina yang telah menubuhkan kumpulan penerjah aktiviti paranormal dengan nama Ghost To Ghost bersama tiga lagi ahli jemputan khas mereka telah memilih banglo itu sebagai lokasi mereka yang seterusnya untuk merakam aktiviti paranormal yang ada di sana.

Namun, ketika mereka cuba merakam aktiviti paranormal yang ada di banglo lama dan terbengkalai itu, satu tragedi yang hampir sama seperti tragedi pembunuhan 15 tahun lalu kembali berulang! Apakah sebenarnya telah berlaku? Adakah banglo itu benar-benar angker seperti yang dihebohkan di internet? Siapakah dalang yang sebenarnya di antara mereka berenam? Mampukan Inspektor Hairy dan Saleha menyelesaikan kes misteri ini.

“Saya tak tahu. Keadaan gelap-gelita, kami tak nampak apa yang berlaku. Saya cuma dengar suara aje. Perkara tu berlaku bila semua lampu tiba-tiba terpadam.” ~ Fahmi

Thursday, 3 November 2016

Projek Seram: Hostel ~ Hasrudi Jawawi. Eqbal Mohaydeen, Noorfadzillah, Illya Abdullah

Percutian Naurah, Puteri, Nora, Masni dan Musliha ke Air Papan Mersing dilanda malapetaka selepas mereka menginap di sebuah tempat penginapan jenis hostel yang tidak berpengunjung. Sejak mereka menjejakkan kaki di tempat penginapan itu, Naurah sudah merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Ternyata tebakan dia mengena apabila malam menjelma, mereka hilang seorang demi seorang. Makhluk apa yang telah menculik mereka?

Apabila yang berada di hadapan mata, bukanlah yang sebenarnya... / HILANG


Hari pertama Aida melangkah di hostel jururawat Cempaka Sari, dia dibelenggu misteri. Sebuah hostel lama yang terletak bertentangan meninggalkan tanda tanya di fikiran. Bangunan hostel itu terpasak pagar papan di sekelilingnya yang tertulis kata-kata amaran. Cerita-cerita menakutkan daripada senior tentang hari 10 Oktober membuatkan Aida kian tidak betah. Hari demi hari yang dilalui kian menggerunkan sehinggalah pada suatu hari papan yang mengelilingi hostel lama itu patah. Sesuatu yang terkurung lama di situ telah terbebas! Kematian demi kematian berlaku. Siapa dalang yang membebaskan ‘ia’? Dan apakah kaitan tarikh puaka 10 Oktober dengan bangunan hostel lama itu?

Setiap kali ia menjelang, kematian penamatnya. / 10 OKTOBER