Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Anaasa Pub. Show all posts
Showing posts with label Anaasa Pub. Show all posts

Friday, 25 October 2019

Suri Isabella ~ Sya Jamuri

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

Kerana terdesak dalam mencari pekerjaan, Suri Isabella terpaksa memegang jawatan sebagai pembantu peribadi kepada seorang lelaki yang berlagak dan miang seperti Adrian. Ini membuatkan hari-hari Bella di pejebat itu semakintidak tenteram dibuatnya.

Setiap hati, ada saja wanita seksi yang datang bertandang ke pejabat itu. Bella juga ditugaskan untuk mengingati setiap nama skandalnya lengkap dengan biodata sekali. Memang kerja gila namanya!

"Encik Adrian, in case you forgot, tujuan saya datang ke mari hari ini adalah untuk interview. Kalau Encik Adrian rasa tak sudi langsung nak tengok my resume that I had spent for hours untuk siapkan, saya rasa lebih baik saya pergi sekarang." - Bella

"Bella, look at me. I tahu, I memang jahat. Tapi itu dulu. I have changed a lot since I met you." - Adrian

Kehadiran Adi, yang sudah beberapa tahun tidak berhubung seakan mengubah segalanya. Bella menaruh hati kepada lelaki itu sejak mereka sama-sama menuntut di Melbourne dulu.

Tuesday, 10 September 2019

Lillyann ~ Jaja Ahmad

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

"Yen selalu balik sini sebab Ann. Yen suka Ann." - Khazrin
Selama 3 tahun dia hanya memandang dari kejauhan dan mencintai dalam diam. Sekali dia luahkan, terduduk emaknya dan tidak terkata ayahnya.
"Selain daripada sebab suka dan cinta, ada sebab lain kenapa saya nak kahwin dengan awak." - Khazrin
"Sebab apa?" - Ann
"Sebab pak ngah dah dinodai oleh mata awak bila awak tengok pak ngah tanpa baju hari tu." - Khazrin

Berkahwin dengan jiran sendiri langsung tiada dalam kamus hidup Ann. Sementelah dengan jiran yang nampak sombong tetapi 'playful' seperti Khazrin. Tetapi yang tidak pernah terfikirkan itulah yang menjadi kenyataan. Seperti aturan takdir kehidupan yang harus dia hadamkan...
"Semua borang dah lengkap tapi ada satu borang yang masih belum terisi." - Ann

Wednesday, 7 August 2019

Kontrak Cinta ~ Fariesya Fauzy

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Nur Syakhaira seorang gadis miskin yang bercita-cita untuk menjadi seorang doktor terjerat dengan cinta monyet bersama Iqram Muhaimin, pewaris IZE Holding yang terlalu mengikut telunjuk keluarganya. Mereka kemudian mengikat KONTRAK CINTA. Tempoh 8 tahun diberi untuk samakan jurang antara keluarga mereka.

“Iqram tahu Khaira cintakan Iqram seperti mana Iqram cintakan Khaira. Iqram nak kita setia pada plan kita. Lagi lapan tahun, kita jumpa balik di depan sekolah dan lepas itu kita tentukan hala tuju perasaan kita ni... Dalam tempoh tu, tolong jangan bagi hati Khaira pada sesiapa. Tolong…”- Iqram

Belum sampai setahun, Iqram dipaksa jalinkan hubungan dengan Ekin, rakan sekelas Khaira.

Cikgu Mikail, bekas guru Khaira meminatinya lalu melamar Khaira. Tetapi setelah kehadiran bayi Adam yang mirip Iqram, lamaran itu dibatalkan. Dia mula mendendami Iqram dan berprasangka buruk terhadap Khaira.

Friday, 26 April 2019

Lelaki Antagonis ~ Adnil Zaff

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Sindrom Stockholm!

Sesuatu yang tidak pernah diangankan oleh Amalina. Dia telah diculik oleh seorang mafia bernama Tajul Gazi. Bukanlah wang tebusan yang dihendakkan oleh lelaki itu. Sebaliknya, Tajul mahukan anak.

Eh! Ada ke wanita yang mahu melahirkan anak kepada penjahat seperti Tajul?

Amalina pada mulanya takut akan lelaki itu. Riak wajahnya bengis dan lelaki itu memang kaku. Tetapi setelah beberapa minggu ditawan Tajul, Amalina sendiri yang sudi dinikahi lelaki itu. Keputusannya menimbulkan rasa tidak senang kepada ibunya. Namun tiada siapa dapat menolak kehendak lelaki seperti Tajul.

“Saya nak culik anak pak cik jadi hak saya. Saya nak dia kenal saya. Saya nak kahwin dengan anak pak cik. Dan saya nak Amalina lahirkan anak saya. Pak cik setuju ke tidak? Cakap terus terang.” -Tajul

Darling Delia ~ Cici Aida

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Aku…Darling Delia. Nama vogue sangatkan. Kategori aku, hanya gadis biasa-biasa, tapi tetap ada gaya. Pakej manis, itu semulajadi. Ada juga yang ingin meraih perhatian. Tetapi sayang, aku cuma mengejar seorang saja.

Bukan sebab dia terlalu kacak, tapi kaku macam kayu bila berdepan dengan perempuan. Senang cerita tersangatlah pemalu. Kalah seperti anak dara kena pinang. Jujur…dialah lelaki itu, Emir Anaqi.

“Lepas ni saya akan panggil awak Darling sebab itu memang nama awak.” EMIR
“Bukan sebab saya kekasih awak?” DARLING

Jujur dan berani berterus-terang. Itu dua perbezaan antara aku dengan dia.
Siapa sangka, bila hati sudah ada yang menjadi pilihan, muncul pula‘Si Kumbang’ membuat pengakuan.

“Kenalkan ini Darling, bakal tunang saya yang akan datang.” ANAS

Foto Cinta ~ Azimah Lily

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

“Budak sial ni bukan cucu aku. Dia tak ada apa-apa hubungan dengan keluarga kita. Aku tak nak tengok muka dia.” - Tan Sri Isa

Jasmin terkejut apabila Tan Sri Isa mahu dia pulang ke Malaysia selepas hampir 20 tahun. Dia selesa dan gembira dengan kehidupannya di Auckland. Kewujudan Tan Sri Isa telah lama padam dalam memorinya.

“Maybe datuk kau nak baik semula dengan kau”- Nana
“Tak ada maknanya, Nana! Aku kenal dia. Sekali dah benci, sampai mati dia benci.” -Jasmin

Kerana satu insiden, Jasmin pulang ke Malaysia. Bermula dari saat itu, Jasmin tidak dapat lari dari datuknya lagi. Setuju atau tak, Jasmin akan ambil alih tempat Tan Sri Isa di DB Group.

“I makin suka kat you. Tak payah date la, kita kahwin terus. Setuju tak?” – Ikwan

Bukan Salah Pilihan ~ Dilla Ahmad

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

"Meera selalu ingat masa kita kecik-kecik dulu, Abang Khalif. Kita main sama-sama, makan sama-sama. Tidurpun sama-sama. Memang best masa tu, kan?"-ZAMEERA
"Sekarang mana boleh tidur sama-sama. Lain pulak jadinya karang."- KHALIF ANDRE

Mengenali gadis bernama Zameera, buat hidupnya yang kelam, menjadi ceria. Sebagai anak isteri kedua Datuk Hisham, dia tidak punya hak untuk mendapatkan kasih sayang seorang papa. Itu yang Khuzairi sering katakan kepadanya.

"Apakah persamaan Abang Khalif dengan Terminator?" - ZAMEERA
"Kejam? Macho?" - KHALIF
"Salah!"
"Habis tu?"
"Tak pernah senyum!"

Zameera yang sengal sering ada untuk dia melupakan kemelut yang membelenggu dirinya yang sering dipinggirkan dan tarafnya juga dipertikaikan. Dikeraskan hati bila Zameera mula berkias tentang perasaannya. Bagi Khalif, Zameera itu dah macam adik untuk dia jaga. Bila Zameera pergi melanjutkan pelajaran, hidupnya terasa sunyi. Muncul Emalin, co-worker yang satu pejabat dengannya, cuba nak serahkan hatinya.

Friday, 11 January 2019

Relakah Hati Terus Mencintai? ~ Farisha Imani

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Demi bersatu dengan kekasih hatinya Sara Alya, Shawn merangka rancangan gila untuk memerangkap gadis itu. Tapi sayangnya… yang menjadi mangsa bukannya Sara Alya tetapi Nurul Nabiha. Tiada istilah tanggungjawab andai wanita itu adalah Nabiha!

“Yang pak cik nak berdrama sangat ni kenapa. Tak faham ke apa yang pegawai agama tadi tu cakap. Saya tak perlu kahwin pun dengan anak saudara pak cik tu.” – SHAWN

Takdir yang mengikat mereka tidak ternoktah di situ. Pemergian Sara secara mengejut membuatkan Shawn menanam api dendam. Nabiha perlu membayar harga atas kehilangan Sara. Satu lamaran dihulur.

“Perkahwinan ini akan jadi perkahwinan terindah dalam hidup awak. Percayalah, Nabiha. Saya akan jaga awak dan mencintai awak seluruh hati saya.” – SHAWN

Saat hatinya benar-benar menyerahkan cinta dan jiwa, watak manis Shawn berubah laku.
“Apa salah saya. Apa dosa saya pada awak. Kenapa awak benci sangat dengan saya.” – NABIHA

Wednesday, 7 November 2018

Dia Qasyrina Izzara ~ Arsya Aisya

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Qasyrina Izzara! Gadis cantik yang diberi jolokan playgirl. Siapa yang tidak kenal dengan nama itu. Kelab mana yang tidak pernah dia kunjungi. Dirinya sering diintai jejaka bermata helang.

“Oh my! Adam Mikail, you jangan nak jual minyak dengan I ok. I know you. I tahu buaya yang dalam diri you tu tak boleh nak dijinakkan.”
– Qasyrina

“Well, you lah jinakkan buaya tu.” – Adam

Dia Iqram Maliq lelaki sederhana yang kacak. Manis dan lancang. Tapi lancang dia hanya dengan Qasyrina Izzara. Matanya sakit setiap kali melihat gadis itu berpakaian.

“Pakaian kau tu macam tak cukup kain tau. Mata aku ni memang la suka tengok perempuan bertelanjang macam kau ni, tapi mata hati aku ni seksa tau.” – Iqram

Dari pergaduhan kecil hatinya terusik. Sebab itu orang tua selalu berpesan, jangan benci sangat lama-lama sayang. Itulah yang terjadi di antara keduanya. Cinta datang menyapa tanpa diduga.

Nama Aku Syaiful Rizal ~ Rina Khan

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Kehidupan Syaiful Rizal berada di titik sempurna. Di usia belum mencecah 30, Syaiful memiliki segalanya. Malah ura-ura untuk melangkah ke alam perkahwinan juga telah bermula. Namun di sebalik semua ini, Syaiful mempunyai satu rahsia hitam yang tak pernah diketahui sesiapa.

Syaiful bukan lelaki biasa. Dia adalah anggota kumpulan perompak yang mengganas di sekitar ibu kota Kuala Lumpur sekian lama. Namun demi masa depan yang cemerlang, Syaiful mahu mengubah hala. Dia beriltizam untuk cuci tangan dan kambus terus rahsia hitamnya dari mata dunia.

Takdir hidup tidak seperti yang dirancang. Nyawa anak saudaranya menjadi taruhan. Musibah yang menimpa Amira secara tiba-tiba memaksa Syaiful sekeluarga mencari dana sebanyak RM200,000 dalam sekelip mata. Suatu jumlah yang Syaiful tak punya.

Eddy, ketua kumpulan rompakannya telah sedia dengan satu ‘projek besar’. Sasaran mereka Dino, pengedar dadah terbesar Kuala Lumpur. Bagi Eddy, tiada salahnya mereka ‘mengorbankan’ pengedar dadah yang telah lama ‘membunuh’ bangsa Malaysia.

Sunday, 14 October 2018

Buah Hati Ahmad Rizza ~ Alya Bahari

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

“Aku ni tak pandai nak romantik-romantik. Senang cakap, aku macam ni ajelah, Nel. Aku tak super duper hot, aku tak yummylicious. Aku pun tak melting-melting tu.”

Dia memang mengaku dia tak punya aura pemanis bicara. Dia tak punya cara seorang gentleman. Dia hanya ada sesuatu yang biasa ada pada lelaki biasa.

Ahmad Rizza Ahmad Shah. Pemilik nama ini sudah jatuh cinta pada Nelinda Tan Sri Ismail. Bukan sekali, malah berkali-kali. Bukannya Nelinda tak tahu perasaan Riz pada dia. Dan bukannya Nelinda tak suka dia, Cuma kata Nelinda… belum datang seru!

Jadi buat apa susah payah untuk memaksa gadis itu mencintai dia, sedangkan dia tahu suatu hari akan terbuka hati Nelinda untuk menerima dia seadanya. Yang perlu dia lakukan adalah terus-terusan tawan hati Nelinda.

“Betul you nak kahwin dengan I, ni?”- Nelinda

Kalau dah diri dilamar oleh si pujaan hati, apa lagi jawapan yang dia nak beri. Dia memang suka. Sangat-sangat! Namun, ada perkara yang perlu dia tahu. Benarkah hati Nelinda tertulis namanya?

Melissa Lee Anne Rose ~ Ameera Ameer

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

"Hi, I'm Mellisa Lee Anne Rose Dawson."

Dia memiliki segalanya yang semua wanita idamkan. Muda, cantik, berpelajaran, berkerjaya, hidup serba mewah dan diburu ramai lelaki tetapi sayang hidupnya bagai di penjara hanya kerana kesilapan dalam membuat pilihan.

"I've spent a lot for you, Rose and I only asked for one thing, stay with me for the rest of my life."-Tan Sri Raymond

Haiqarl Huzir Datuk Zikri, kehadirannya benar-benar membuatkan hidup Mellisa yang selama ini tenang mula kacau bilau. Sikapnya yang begitu agresif untuk memiliki menyebabkan misi Mellisa di Zikri Land menemui jalan mati.

"Weekend ni jangan pergi mana-mana. I nak bawa you ke satu tempat."-Haiqarl
"I dah ada janji lain. Sorry."-Mellisa
"I don't care! You lari, esoknya I akan pindah dan terus tinggal di kondo you."-Haiqarl

Dan akhirnya, dia terperangkap di antara cinta, noda dan dosa yang diciptakan olehnya sendiri. Mana satukah jalan hidup yang Mellisa pilih atau dia terus hanyut di dalam dunia pura-pura!

Friday, 14 September 2018

Lelaki Dingin ~ Rinsya Chasiani

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Aku Riah, editor di syarikat penerbitan kecil. Pernah putus tunang sebab orang tu ada perempuan lain. Mulalah aku berangan nak kahwin dengan lelaki dingin sedingin salji kutub utara. Tak romantik pun tak apa, janji dia pandang aku seorang aje!

Ainal lelaki kacak. Kacak yang luar biasa! Jika ada orang mengatakan Ainal itu pelakon drama, aku amat percaya. Namun lelaki kacak tak semestinya bersifat sempurna.

“Hidup dia macam katak di bawah tempurung, sesuai sangat dengan kau!” – Kak Mia

Tapi...

“Nal, awak nak hantaran apa dari saya?” - Aku
“Saya nak jam tangan, baju Melayu, dan al-Quran.” – Ainal
“Habis, awak tak tanya saya nak apa ke?” – Aku
“Famili dah uruskan.” -Ainal

Cinta Untuk Nurain ~ Ayuna Asma

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Lima tahun berlalu, Umar Shafie menjaga Umairah Nurain dengan penuh kasih sayang. Tetapi permintaan Umairah untuk pengganti ibunya menyesakkan dada Umar. Cintanya masih untuk Annisa Nurain. Bertambah kusut bila ibu mentuanya meminta dia menerima Kayla, sepupu kepada Anis sebagai ibu baru Umairah.

Nurain Amna. Pekerja baru di syarikatnya. Kehadiran Nurain Amna di pejabat membuatkan dia kembali jatuh hati. Dia mula menyukai kesederhanaan gadis ini. Dia yakin, Amnalah perempuan yang akan menjaga Umairah dan membahagiakannya. Begitu juga dengan Amna. Dia juga mula jatuh hati pada Umar.

“Hati saya ni dah accident teruk. Calar balar sana sini. Sanggup ke bos terima hati yang
dah cacat ni. Sanggup ke bos sembuhkan luka-luka tu?”- Amna

“Saya memang betul-betul sukakan awak. Cinta saya pada awak takde brek tau! Jalan
terus je.” - Umar

Saat Amna ingin meluahkan rasa cintanya pada Umar, Kayla datang menagih kasih. Namun kejadian tidak diduga terjadi. Amna sedih dan kecewa. Umar pula menjauhkan diri.

Friday, 17 August 2018

Yang Terindah, Maryam Sofea ~ Ailah Diela

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Cantik dan mempesonakan! Itulah yang membuatkan dirinya hanya nampak keindahan di dalam diri wanita itu. Tapi kenapa makin dikejar, makin jauh. Yang tambah peliknya, kenapa makin mahal semakin hati meronta ingin memiliki gadis itu.

Maryam Sofea, nama itulah yang buatkan Farhad jatuh cinta berkali-kali. Dia bukannya tak ramai peminat, saban malam ada saja peneman di sampingnya. Tapi Maryam Sofea itu jugalah yang memaut hatinya.

“You pun tahukan cara I. Jangan nak buat muka hanya disebabkan benda yang you sendiri dah tahu jawapannya. Jawapan I tetap sama walau beribu kali you cuba.” – Sofea

Merajuklah sampai ke negara China sekalipun. Memang tinggal dalam mimpi sajalah Sofea nak pujuk. Tak apa! Dia boleh pujuk diri sendiri asalkan wanita itu menjadi isterinya. Tiada lagi kelab malam! Tiada lagi perempuan saban malam! Farhad sanggup dan rela demi memiliki wanita terindah itu.

“I tahu I salah sebab pernah abaikan dia. Tapi I yakin I mampu bahagiakan dia. Ceraikan dia…” – Azad

Friday, 25 May 2018

Dia Penjaga Hatiku ~ Hairynn Salehuddin

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Saat hati dah mula jatuh suka, dia terpaksa pendam kerana gadis itu bukan miliknya. Dia terlambat. Dan dia juga terikat.

Haikal Qarleef, dicintai oleh tunangnya Kirana. Namun, entah kenapa pertemuan dengan pekerjanya Zaira mula membibitkan rasa cinta. Dalam diam, dia mencintai Zaira. Sungguh!

Nur Zaira, gadis yang setia menyerahkan cintanya pada kekasih hati. Walaupun dia tidak sehebat Haikal, namun itulah lelaki yang akan diangkat sebagai penghuni hatinya. Dia tidak ragu lagi. Kepada Azri dia serahkan rasa itu.

“Betul ke apa yang Zaira cakap tadi?” – Haikal Qarleef
“Betul apa, Encik Haikal?”- Nur Zaira
“Pasal nak kahwin tahun depan.” – Haikal Qarleef
“Ooo… Pasal tu. Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang. Encik Haikal dengan Cik Kirana bila pulak?”- Nur Zaira

Lalu, Haikal buang jauh perasaan cinta pada Zaira. Zaira akan menjadi isteri orang. Dan dia, menerima ketentuan jodohnya bersama Kirana.

“Kita dah kahwin, Kirana. We are suppose to think about us. About our own family. Anak-anak kita.” – Haikal Qarleef
“What? Anak?” – Kirana

Umar Hatta ~ Jaja Ahmad

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

“Jangan buat show I Feel Good pula dekat luar tu. I can see you, Ley.” – Hatta

Jatuh cinta dengan bos? Too cliche! Jatuh cinta dengan pekerja? So lame! Tapi yang cliche itulah yang terjadi kepada Hatta dan Leyla. Yang lame itulah yang membuatkan Hatta nekad melamar Leyla.

““Ley, I’m serious. Deadly serious. Nak mati punya serius. I nak kahwin dengan you ni, you tak nak ke?” – Hatta

Di kota New York Leyla menerima lamaran Hatta. Hatta bahagia bersama Leyla dan begitu juga sebaliknya.

Namun kepulangan Zafran telah merubah segalanya.

“Hatta tu kotor, dia tak sesuai dengan you. Tak malu ke ada suami kotor macam tu?” – Zafran

Segala tuduhan kepada Hatta membuatkan Leyla mula berperang dengan perasaan sendiri. Tidak tahu siapa yang harus dia percaya dan diam Hatta membuatkan dia semakin resah. Namun bila mengetahui segala kebenaran, dia terasa mahu rebah.

Sebelum Lamaran Diterima ~ Ayumi Syafiqah

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

They say a princess always waits for a prince to come and save her, right? Well, this princess saves herself.

Itulah moto hidup yang dipegang Kamilia Asyiqin atau Cami, selama ini. Dia tidak perlukan mana-mana lelaki untuk berjaya dalam hidup. Sebab itulah calon-calon suami yang dicarikan oleh mamanya, Julia ditolak mentah-mentah.

“Apa masalah Cami ni? Semua calon yang mama carikan untuk Cami semua Cami tak nak. Cami nak yang macam mana sebenarnya?”- Julia
“Anak Aunty Marida tu orangnya baik, taat orang tua, ada kerja bagus. Kenal dengan dia pun Cami tak nak?” – Julia
“Sounds like a mummy’s boy.” – Cami

Julia pula tidak mudah berputus asa. Pencarian diteruskan lagi sehinggalah takdir menemukannya dengan Adam Khairy, mesra dipanggil Kai.

Oh, mama dah jumpa lelaki untuk Cami! Dia pemilik sebuah kedai perniagaan komik. Dia obsess dengan superhero! Tapi yang penting, dia baik hati!

“Pernahlah tengok Superman. Peter Parker is so not my type.”- Cami
“Sorry, sweetheart. Peter Parker is Spider-Man, not Superman.”- Kai

Perempuan Tepi Jalan ~ Wardina Aisyah

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Dia tidak mahu berpaling lagi. Walaupun dia terpaksa berdepan dengan pelbagai kemungkinan, dia nekad. Dia harus pergi dari dunia itu. Cukuplah selama ini dia menjadi hamba nafsu lelaki bernama Datuk Rizlan. Dia tidak mahu terus hidup bergelumang dosa seorang penzina.

Saat kaki berlari pergi, nyawanya hampir melayang. Di sinilah dia dipertemukan dengan seseorang yang telah menyelamatkannya. Membawa dia ke dunia baharu. Dunia yang akhirnya memerangkap seorang Maya Adriana untuk terus duduk di dalamnya.

“Marry me.” – Ferdaus

Maya terperangkap. Kisah silam yang masih memburu membuatkan dia keliru dengan kehendak hati. Dia kotor. Dia hina. Dia sudah lama hilang maruah diri. Layakkah dia untuk menerima lamaran itu? Akhirnya, dia ada jawapannya.

“Saya terima lamaran Encik Ferdaus. Tapi dengan syarat. Perkahwinan kita hanya pada nama. Tak lebih daripada itu. Saya nak Encik Ferdaus janji akan penuhi syarat-syarat saya.” – Maya Adriana.

Friday, 6 April 2018

Bukan Rahsia Lagi ~ Maya Iris

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

“Dia makin cantik, kan?”- Shamsul

Afif Izzat terpaku. Ya, dia masih cantik. Dia masih lagi Insyirah yang sama. Empat tahun lalu, itulah gadis yang menjadi pendampingnya. Gadis yang membawa kebahagiaan dalam hidupnya.

Dia tertunduk. Kerana wang hantaran, dia terpaksa memutuskan hubungan dengan Insyirah. Kerana menjaga satu hubungan, dia melupakan cintanya pada gadis itu. Dan, kerana melindungi hubungan itu juga, Afif Izzat hanya membawa kenangan indah bersamanya. Kenangan cinta Ain Insyirah!

“Kau masih tak jawab soalan aku. Kenapa korang break?”- Shamsul
“Ada perkara yang lebih penting untuk dipertahankan. Kalau hubungan aku dan Syirah diteruskan akan mengeruhkan keadaan” – Izzat

Namun kini, semuanya bagai baru bermula. Dia ditakdirkan bertemu dengan Insyirah untuk kali kedua. Kerana masih cinta, gadis itu bakal ditawan semula. Dia sanggup jadi apa sahaja agar dia dan Insyirah bersatu.