Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 26 April 2019

Darling Delia ~ Cici Aida

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Aku…Darling Delia. Nama vogue sangatkan. Kategori aku, hanya gadis biasa-biasa, tapi tetap ada gaya. Pakej manis, itu semulajadi. Ada juga yang ingin meraih perhatian. Tetapi sayang, aku cuma mengejar seorang saja.

Bukan sebab dia terlalu kacak, tapi kaku macam kayu bila berdepan dengan perempuan. Senang cerita tersangatlah pemalu. Kalah seperti anak dara kena pinang. Jujur…dialah lelaki itu, Emir Anaqi.

“Lepas ni saya akan panggil awak Darling sebab itu memang nama awak.” EMIR
“Bukan sebab saya kekasih awak?” DARLING

Jujur dan berani berterus-terang. Itu dua perbezaan antara aku dengan dia.
Siapa sangka, bila hati sudah ada yang menjadi pilihan, muncul pula‘Si Kumbang’ membuat pengakuan.

“Kenalkan ini Darling, bakal tunang saya yang akan datang.” ANAS

Kenyataan itu memang tak waras. Ingat senang nak pikat hati anak dara Dini Al-Farid ni.
Manakala Emir, terikat pula dengan pilihan bondanya. Tiada istilah bahagia jika tanpa restu dari orang tua.

“Bonda tak mahu ada orang lain yang cuba mempengaruh fikiran Emir. Ini soal masa depan anak bonda. Biar bonda yang tentukan!” SRI MAYA

Pada aku, hubungan kami tamat. Emir, hanya anak yang menurut kata. Rupanya aku silap. Pemalu lelaki itu bertukar menjadi tegas dan nekad.

Disaat bahagia mula bercambah, Emir sekali lagi diuji. Aku pula terpaksa berdepan dengan keadaan yang memeritkan.

Aku yang dinikahi, wanita lain yang terpaksa dikasihi.

Emir, aku tahu kau cinta aku. Aku tahu bukan sedikit sayang kau pada aku. Tapi, dalam perjalanan hidup ini, tak semuanya seperti yang kau angankan.

Aku, Darling Delia. Selamanya akan mencintai kau!