Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Galeri Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Galeri Ilmu. Show all posts

Thursday, 10 November 2022

Al-Qur'an Tafsir dan Tadabbur ~ Dr. Shamsul Mohd Nor

(SEM & SS) RM98.00 > RM94.00

Sebagai satu-satunya mukjizat Rasulullah ﷺ yang kekal hingga ke akhir zaman, Al-Qur’an umpama lautan hikmah yang tiada bertepi. Buku Al-Qur’an: Tafsir dan Tadabbur memberikan inspirasi yang menarik terkait dengan wacana ilmu-ilmu Al-Qur’an.

Di samping kandungan perbahasannya yang pelbagai, buku ini juga mempersembahkan penjelasan komprehensif dan tuntas terhadap istilah-istilah dalam bidang ‘Ulum Al-Qur’an dengan ulasan yang mudah difahami. Karya tulis ini sangat sesuai dijadikan bahan bacaan oleh pelbagai lapisan masyarakat, kerana ia bagaikan pintu gerbang untuk memasuki khazanah ilmiah yang terkandung dalam wahyu Ilahi tersebut.

Antara perbincangan menarik yang terangkum dalam naskhah ini ialah:- Mengenal pelbagai jenis mukjizat yang terkandung di dalam Al-Qur’an.
- Memahami konsep asas tadabbur yang sebenar.
- Mengenal cabang-cabang ilmu asas dalam perbahasan ‘Ulum Al-Qur’an.
- Inti sari lengkap isi kandungan 114 surah dalam Al-Qur’an.

Apa Kata Mereka?
"Subhanallah, buku ini hadir tepat pada masanya! Ketika umat Islam mula timbul kesedaran dan semangat untuk mentadabbur kandungan Al-Qur’an, kita perlukan pedoman yang sahih dan konkrit.

Thursday, 18 August 2022

Mahir Iqra' Bersama Asuh ~ Galeri Ilmu

(SEM & SS) RM60.00 > RM57.00

Siri MAHIR IQRA’ BERSAMA ASUH merupakan kaedah pantas belajar membaca Al-Quran.

Buku ini mengandungi enam jilid (Buku 1-6) yang telah ditambah baik dengan contoh ayat-ayat Al-Quran dan kaedah mudah mengenali hukum-hukum tajwid.

Antara kelebihan siri MAHIR IQRA’ BERSAMA ASUH:
1. Dilengkapi kaedah membaca hamzah washal
2. Tanda waqaf terkini resam mashaf Utsmani
3. Bacaan khas riwayat Hafs 'an 'Ashim
4. Himpunan ayat-ayat Sajdah
5. Hadis-hadis tentang kelebihan Al-Quran


195 Perkara Asas Solat ~ Hj. Mohd Shukri Haj. Ali, Hajjah Faridah Abu Bakar

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

“Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang telah ditentukan waktunya ke atas orang-orang yang beriman.” (An-Nisa’ 4: 103)

195 Perkara Asas Solat membahas tentang enam perkara asas pelaksanaan solat – syarat wajib, syarat sah, rukun dan syarat setiap rukun, sunat, makruh dan yang membatalkan solat. Daripada enam perkara ini, berdasarkan kitab Hidayah As-Sibyan, muncul pecahannya kepada lebih kurang 195 perkara yang menjadi asas untuk memastikan solat itu sah.

Angka 195 tidak wajib dihafal satu persatu tetapi cukuplah dengan mengambil tahu dan faham sehingga dapat membezakan antara yang wajib, sunat, makruh dan mana yang boleh membatalkan solat. Lebih penting dari itu ialah kefahaman dan penghayatan ilmu bagi menjamin kesempurnaan pelaksanaan ibadah solat seharian. Pastinya, karya ini menawarkan nafas baharu bagi umat Islam untuk mempelajari perkara-perkara asas dalam usaha memperkemaskan ilmu fardu ain, khususnya bagi menggapai solat yang sempurna.

Tuesday, 28 June 2022

20 Solat Sunat Harian: Fadhilat & Khaifiat ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

(SEM & SS) RM20.00 > RM19.00

Solat sunat yang dilaksanakan secara berterusan adalah amalan yang sangat disukai Allah Ta‘ala.

Pelbagai ganjaran disediakan untuk mereka yang melaziminya seperti rumah di dalam syurga, diampunkan dosa, dicukupkan rezeki dan lain-lain lagi.

Buku ini menerangkan fadhilat dan juga kaifiat atau cara melaksanakan 20 solat sunat yang terdiri daripada:
Sunat Rawatib iaitu solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu.
Nawafil seperti solat sunat Dhuha, Tahajjud, Tasbih dan lain-lain.
Mutlak iaitu solat sunat Mutlak.

Turut disertakan wirid-wirid dan doa-doa yang diambil daripada sumber yang sahih

Hadis: Suatu Pengenalan Asas ~ Dr. Shamsul Mohd Nor

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

Sepanjang sejarahnya, hadis sebagai sumber rujukan kedua selepas Al-Quran mempunyai peranan penting dalam membentuk hukum-hakam syariat Islam. Oleh itu, wajar jika mempelajari ilmu yang berkaitan dengan ucapan, perbuatan, hal-ehwal, dan juga ketetapan Rasulullah ﷺ ini turut dinilai sebagai salah satu usaha ilmiah yang mulia.

“Akan sentiasa wujud sekumpulan manusia dalam kalangan umatku, golongan yang berada di jalan kebenaran, tidak akan memudaratkan mereka setiap yang menjauhkan diri daripada mereka (dengan tidak membantu atau tidak menyokong), sehinggalah berlakunya kiamat.” (Riwayat Muslim)

Menurut sebahagian ulama, sekumpulan manusia dalam hadis di atas merujuk kepada ahli hadis. Buku ini menghuraikan setiap perkara asas dalam ilmu Hadis. Ia menjawab beberapa persoalan berkaitan dengan ilmu Hadis; antaranya:
• Sepuluh prinsip dasar tentang ilmu Hadis.
• Mengenali jenis-jenis pembahagian hadis; dari segi jumlah perawi, kedudukan, penerimaan atau penolakan, dan juga pembicaranya.
• Mengetahui kedudukan, autoriti, dan peranan hadis dalam hierarki perundangan Islam.
• Mengenali asas-asas ilmu Takhrij Hadis.
• Mengenali asas-asas ilmu Al-Jarh wa At-Ta‘dil.
• Memahami syarat dan proses menaik taraf kedudukan sesebuah hadis.
• Memahami mengapa tidak semua hadis Dhaif tergolong dalam kategori Mardud (ditolak).

 

The Secrets of Bone Fide Money Revelad! ~ Naresh Waran Gnanasegaran, Mohd Zulkifli Shafie

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

Why is gold so valuable? From a historical perspective:

• One dinar gold coin (4.25 grams of gold) was sufficient to buy a goat 1400 years ago, during the time of Prophet Muhammad (PBUH). Even today, the same exchange can relatively be achieved between one dinar coin and a goat. The purchasing power of gold was retained for over 1400 years!

• When his name was black-listed for his involvement in ‘The Free Aceh Movement,’ he had no choice but to flee to Malaysia. His only source of funds was the jewelleries (about 20 grams) that his mother had given before the trip. He was able to restart his new life with the said source of funds.

• During the Vietnamese War with the United States of America, the locals had to leave their hometowns. They had to convert their assets into gold, known as Kim Thant. They appear in flat sheets, which are easily kept between their clothes. These gold sheets were their ‘money’ to start their life in foreign lands.

40 Hadis Sahih Tentang Akidah ~ Dr. Shamsul Mohd Nor

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

Buku 40 Hadis Sahih tentang Akidah merupakan salah satu usaha kecil untuk mengetengahkan kaedah memahami ilmu Tauhid berdasarkan ilmu Hadis. Syarahan dan penjelasan terhadap hadis-hadis tersebut adalah berdasarkan kepada dua buah kitab syarah Sahih al-Bukhari, iaitu kitab Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari karya Imam Ahmad bin Ali Ibn Hajar al-Asqalani dan kitab Irsyad al-Sari Syarh Sahih al-Bukhari karya Imam Ahmad bin Muhammad al-Qastalani.

Dalam buku ini penulis turut menghuraikan hadis-hadis tentang akidah yang bersifat Mutasyabihat mengikut pandangan Imam Abu Hasan al-Asy‘ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi. Ia dikukuhkan lagi dengan pandangan-pandangan muktabar ulama Ahli Sunnah wal Jamaah dalam menghuraikan ayat-ayat Al-Qur’an dan hadis berkenaan dengan sifat-sifat Allah SWT tersebut.

Pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah dalam memahami nas-nas Mutasyabihat adalah untuk menyelamatkan akidah umat daripada penyelewengan serta menyamakan sifat-sifat Tuhan dengan makhluk.

Al-Subki berkata, “Ketahuilah bahawa Abu Hasan al-Asy‘ari tidaklah meletakkan asas akidah ini di atas dasar pandangannya, melainkan ia adalah penerusan dan kesinambungan daripada mazhab Salaf dan apa yang difahami daripada Baginda Rasulullah ﷺ.”

Monday, 18 April 2022

40 Hadis Peringatan Tentang Kubur & Kematian ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

(SEM & SS) RM16.00

Naskhah kecil ini menghimpunkan lebih 40 hadis Nabi Muhammad SAW yang memberi nasihat dan peringatan penting kepada umat Islam tentang kematian yang akan dihadapi, alam kubur yang menanti serta panduan untuk menghadapinya.

Semoga amalan mengingati kematian akan dapat membantu kita meningkatkan amal ibadah untuk mendapat husnul khatimah, dilapangkan kubur dan selamat daripada azab seksanya.

Hadis-hadis dalam naskhah ini menerangkan beberapa perkara seperti:

Tanda-tanda husnul khatimah.
Pemandangan di dalam kubur dan azab yang menanti penghuninya.
Dosa-dosa yang menyebabkan azab kubur dan amalan-amalan yang menyelamatkan daripadanya
Keadaan roh-roh orang yang beriman dan tidak beriman.

 

Sihir Pemisah Tafriq Dalam Rumah Tangga ~ Dato Seri Dr. Mohd Suhaimi Rozali, Dr. Mohd Afifuddin Mohamad, Dr. Kamarul Hamimah Mohammad Jooi

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Amalan sihir ini telah wujud sejak berkurun lamanya dan terus berlaku tanpa mengira sama ada sesebuah negara itu maju atau mundur.

Persoalan sihir pemisah, kesan akibat, faktor, keadaan ketika menghadapinya sehingga kini belum diketahui dan dirungkai sepenuhnya oleh masyarakat. Sihir Pemisah Tafriq Dalam Rumah Tangga ditulis berasaskan teori dan kisah benar yang dialami sendiri oleh penulis dalam merawat pesakit yang berdepan dengan masalah tafriq. Turut dikongsikan kajian kes melibatkan pesakit yang menjadi mangsa sihir tafriq ini.

Terdapat enam jenis sihir pemisah yang sering digunakan bagi memusnahkan sesebuah perkahwinan. Kenali setiap satunya dan kenali juga gejala-gejalanya. Jangan dibiarkan berlarutan. Ia perlu dirawat.

Gejala terkena sihir tafriq tidak dapat dikesan oleh rawatan moden, justeru ia tidak dapat dirawat oleh para doktor yang merawat dengan kaedah saintifik. Apa yang boleh dilakukan oleh pesakit adalah mendapat rawatan alternatif iaitu pengubatan Islam (ruqyah).

Buku ini juga memberi kaedah ruqyah yang boleh diamalkan oleh pesakit.

GPS Kewangan ~ Hajah Rohani Datuk Hj. Mohd Shahir, Suzana Ali

(SEM & SS) RM28.00 > RM27.00

Selagi seseorang individu itu tidak MANTAP dalam ilmu pengurusan kewangan, agak sukar untuk seseorang itu mengelak daripada melakukan kesilapan kewangan dalam kehidupannya.

Jadi, antara tip yang perlu dilakukan adalah:
1. Memahami ILMU pengurusan kewangan.

2. Tidak mudah terpengaruh dengan sosial media yang memaparkan gaya hidup yang di luar kemampuan kita.

3. Mengetahui perbezaan di antara PERLU dan MAHU.

4. Pastikan anda ikuti formula kekayaan dalam kehidupan secara istiqamah.

5. Ambil perlindungan dengan jumlah yang anda mampu SEBELUM membuat pelaburan.

6. Pastikan kesemua produk kewangan anda adalah patuh syariah dan dapatkan khidmat perunding kewangan yang bertauliah.

Monday, 21 February 2022

133 Hadis Fadhilat Surah, Ayat & Membaca Al-Quran ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

(SEM & SS) RM20.00 > RM19.00

Al-Qur’an adalah kitab suci umat Islam yang juga merupakan mukjizat Nabi Muhammad SAW. Kemuliaan dan kelebihan Al-Qur’an dan setiap isi kandungannya disampaikan oleh Rasulullah SAW melalui hadis-hadis Baginda. Naskhah ini mengumpulkan 133 hadis yang menyebutkan kelebihan Al-Qur’an, ayat dan surah tertentu untuk diamalkan dalam kehidupan seharian kita bagi mendapat pelbagai manfaat di dunia dan akhirat. Antaranya:

Membaca Al-Qur’an akan mendapat pahala berganda sama ada pembaca itu sudah mahir atau baru belajar.
Mendapat syafaat Al-Qur’an pada hari kiamat.
Surah Al-Fatihah boleh dibaca sebagai wasilah untuk menyembuhkan sengatan binatang berbisa.
Sekali bacaan surah Az-Zalzalah, pahalanya menyamai pahala membaca setengah Al-Qur’an.
Membaca surah Al-Kafirun untuk menjauhkan diri daripada syirik.
Membaca Ayatul Kursi setiap kali selepas solat fardhu akan dapat masuk syurga.
Menghafaz 10 ayat pertama dan terakhir surah al-Kahf akan terselamat daripada fitnah dajjal.

 

Nak Kaya Seribu Daya ~ Marlia Ramli

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Bagi sesiapa yang membaca buku ini, tanamkan di dalam hati bahawa bukanlah dosa sekiranya kita lahir miskin. Tetapi tidak semestinya kita perlu mewarisi kemiskinan kita kepada waris selepasnya. Setiap marhaen yang lahir dalam keadaan sihat dan sempurna tubuh badan hakikatnya berpeluang untuk melakukan sesuatu yang lebih baik dalam hidup jika memiliki matlamat yang jelas, melakukan tindakan yang betul, konsisten dalam berusaha dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

Buang minda subsidi. Sentiasa ingatkan diri bahawa tidak ada perkara percuma di dunia ini. Sebagai marhaen yang bukan pewaris harta berjuta, kita perlu berjuang dengan pelbagai cara untuk memastikan setidak-tidaknya kita berpeluang memiliki kehidupan yang lebih baik berbanding kehidupan kita yang sebelum ini.

Benar, rezeki di tangan Tuhan. Namun sebagai manusia, adalah tanggungjawab untuk kita menggali ilmu, berfikiran terbuka dan mencari jalan untuk memperbaiki kehidupan keluarga kita. Lahir miskin tidak salah, yang salah adalah apabila kita tidak berusaha untuk keluar daripada kemiskinan tersebut.

Pesan Buat Hati ~ Azura Zamri

(SEM & SS) RM22.00 > RM21.00

Tiada yang lebih bermakna sayangnya pada kita melainkan Allah.
Tiada yang paling mengerti sedalam mana kita hancur dan terluka melainkan Allah.
Tiada yang selalu mengetahui keadaan diri kita dalam ketakutan, kebimbangan dan kegundahan melainkan Allah.

Ingatlah, seteruk-teruk ujian itu pada pandangan kita, jangan menilai sisi terburuk pada balutan hikmah. Kecewa kerana ketelanjuran sikap dan perbuatan daripada manusia, jangan membalas dengan perilaku seumpama mereka.

Ingatlah, tiap-tiap kali kehidupan kita berlumuran dengan ujian dunia, Allah cukup faham bila kita mengadu perasaan kita. Nama pun manusia,

“Sekuat apapun kita, seberapa banyak sabar yang kita cuba, sampai satu tahap kita menangis kerana putus asa.”

Firman Allah Azza Wajala,
“… Janganlah kamu berputus asa daripda rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.”

Kerana Syurga Itu Manis ~ Ana Rohani

(SEM & SS) RM20.00 > RM19.00

Andai tak pernah kita lalui hidup berliku dan beronak duri, manakan sejati rasa bahagia yang akan dikecapi nanti.

Begitulah, pasti ada hikmah untuk setiap hal yang terjadi. Yang kita rasa terlalu pahit untuk ditelan, hasil sabar dan bertenang-tenang hadapi keadaan — kita akhirnya akan mampu menikmati rasa manis aturan Tuhan.

Kerana Syurga Itu Manis – adalah bingkisan ilham yang memuatkan coretan bersifat pesan-pesan peringatan, cakupan kalam renungan dan suara-suara yang ‘memujuk’ agar setiap yang membaca setidaknya mulai berfikir betapa dalam tiap kejadian yang kerapnya dianggap sebagai dugaan, masalah atau musibah sebenarnya umpama air hujan yang membasahi jasad hingga mungkin membuat kita menggigil kesejukan – namun, tetap terkandung hikmahnya kerana detik itulah turut mengalirnya rahmat dan kasih sayang Allah Taala.

Amalan Selepas Solat ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

(SEM & SS) RM18.00 > RM17.00

Amalan Selepas Solat menghimpunkan amalan-amalan yang disusun khas untuk dibaca setiap kali selepas solat fardhu. Setiap amalan adalah bersumberkan daripada al-Quran, hadits dan amalan ulama sejak dahulu.

Amalan yang bersanad dan istimewanya, pembaca boleh mendapatkan ijazah daripada penulis. Antara amalan yang dimuatkan dalam buku kecil ini:

* Wirid al-Qusyasyiah
* Wirid al-Fatihah Imam Ghazali
* Hizbun Nawawi
* Ratib al-Haddad
* Ratib al-‘Attas
* Doa Fakhrul Wujud dan banyak lagi.

Kanzus Sa'adah: Perbendaharaan Kebahagiaan ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

KANZUS SA’ADAH menghimpunkan amalan-amalan yang disusun khas untuk dibaca setiap kali selepas solat fardhu. Setiap amalan adalah bersumberkan daripada al-Quran, hadits dan amalan ulama sejak dahulu.

Amalan yang bersanad dan istimewanya, pembaca boleh mendapatkan ijazah daripada penulis.

Antara amalan yang dimuatkan dalam buku ini:
 Wirid al-Qusyasyiah
 Hizbun Nawawi
 Ratib al-Haddad
 Ratib al-‘Attas
 Doa Fakhrul Wujud
 Doa Musafir
dan banyak lagi.
 

Friday, 21 January 2022

Mutiara Ilmu Akidah ~ Dr. Ahmad Arif Zulkefli, Dr. Ayman Al-Akiti

(SEM & SS) RM18.00 > RM17.00

Naskhah kecil ini membawakan perbincangan perkara-perkara penting dalam akidah Islam secara ringkas dan padat mengikut neraca al-Ash‘ariyyah. Kandungannya dipersembahkan dalam bentuk soal jawab bagi memudahkan masyarakat awam memahaminya dengan jelas. Ia dibahagikan kepada enam bab utama mengikut Rukun Iman iaitu: Beriman kepada Allah SWT, beriman kepada malaikat, beriman kepada Kitab-kitab Allah, beriman kepada Rasul, beriman kepada Hari Akhirat dan beriman kepada Qada’ dan Qadar. Karya ini yang asalnya berbahasa Arab dengan judul Jawahir al-Kalamiyyah ditulis oleh seorang tokoh ilmuan Algeria yang mahir dalam pelbagai bidang.

ANTARA KANDUNGAN
Perbahasan yang Pertama: Beriman kepada Allah SWT
Sifat Wajib Bagi Allah
Sifat Mustahil Bagi Allah
Sifat Harus Bagi Allah
Ayat-Ayat Mutasyābihāt
Perbahasan yang Kedua: Beriman kepada Malaikat
Perbahasan yang Ketiga: Beriman kepada Kitab-kitab Allah SWT
Perbahasan yang Keempat: Beriman kepada Rasul
Definisi Nabi dan Rasul
Muʿjizāt: Definisi, Hukum dan Dalil
Muʿjizāt dan Sihir
Muʿjizāt dan Karāmah
Sifat Wajib Bagi Nabi
Sifat Mustahil Bagi Nabi
Sifat Harus Bagi Nabi
Keistimewaan Nabi Muḥammad SAW
Muʿjizāt Nabi Muḥammad SAW
Perjalanan hidup Nabi Muḥammad SAW

Tuesday, 14 December 2021

Rancanglah kematian demi pahala berpanjangan


Hopefully anda dapat rancang kehidupan hari ini dengan lebih baik di dunia & juga untuk akhirat. Hidup ini sangat singkat gais. Tahu-tahu aje kita akan masuk ke tahun baru.

Rancanglah pahala berpanjangan yang mahu kita bawa ke alam sana bila kita sudah sampai akhir nyawa di bumi ini. Rancanglah pahala seperti Uthman bin Affan dengan telaganya, Umar bin Abdul Aziz dengan memberi makan haiwan ketika musim sejuk & seperti para guru yang mengajar kita mengenal huruf sehingga mampu membaca.
Dan jika tidak mampu menjadi orang hebat seperti mereka, jadilah seseorang yang mampu memberi manfaat kepada orang sekeliling & siapa sahaja makhluk ciptaan Allah. Be a nice people to everyone & to ourselves.

Kanzus Sa'adah: Perbendaharaan Kebahagiaan Amalan Harian Zikir, Wirid, Ratib, Hizib & Selawat ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

(SEM & SS) RM15.00 > RM14.00

KANZUS SA’ADAH menghimpunkan amalan-amalan yang disusun khas untuk dibaca setiap kali selepas solat fardhu. Setiap amalan adalah bersumberkan daripada al-Quran, hadits dan amalan ulama sejak dahulu.

Amalan yang bersanad dan istimewanya, pembaca boleh mendapatkan ijazah daripada penulis.

Antara amalan yang dimuatkan dalam buku ini:
Wirid al-Qusyasyiah
Hizbun Nawawi
Ratib al-Haddad
Ratib al-‘Attas
Doa Fakhrul Wujud
Doa Musafir
dan banyak lagi
 

Friday, 19 November 2021

5 Nasihat Imam Hassan Al-Banna


Imam Hassan Al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al Mahmudiya, terletak Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah keluarga ulama yang dihormati & terkenal kerana kuat mentaati ajaran & nilai Islam.
Sebagai seorang ulama, Imam Hassan Al-Banna mempunyai perpustakaan yang agak besar di rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari sunnah Rasulullah & sering berbincang dengan rakan-rakan di kedai mahupun di rumah.

Pada Mac 1928, dalam usia 23 tahun, Hassan al-Banna beserta adik & lima orang sahabatnya berkumpul di rumahnya dan bersumpah untuk hidup dan mati kerana Islam. Di rumah itu jemaah Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan. Pada ketika itu beliau baru mendapat ijazah dari Darul Ulum serta berkhidmat sebagai guru bahasa Arab di salah sebuah sekolah di bandar Ismailiyah.

Ketika ditanya mengapa melibatkan diri dalam kerja dakwah & beliau dengan tegas menjawab, ia hanya kerana Allah yang tahu berapa malam kita menghabiskan masa untuk memikirkan masalah ummah, pada peringkat mana mereka telah melaluinya & kesakitan yang telah mereka lalui. Dari situ, kita belajar meminta dari Allah dalam munajat kepadanya.