Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label mustread. Show all posts
Showing posts with label mustread. Show all posts

Thursday, 20 October 2022

Kenapa perlu biarkan apa orang nak kata?


Biarlah apa orang nak kata.

Kita tahu kita siapa & kita tahu kekurangan serta kelebihan diri.
Yang penting, buat apa Allah suka 😇

Buku: Log-in Diri. Mustread Sdn Bhd.

Friday, 25 February 2022

Manusia & semua hidupan perlu antara satu sama lain


Kita semua bagaikan satu binaan atau jasad.

Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya seorang Mukmin kepada Mukmin yang lain seperti satu binaan, sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain."
(Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

Buku: Anwar Wahab.2020. Sweet Dream. Mustread Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Friday, 21 January 2022

Perubatan Al-Quran Rawatan Gangguan Jin, Sihir dan Saka ~ Haji Lokman Abdul Hamid

(SEM & SS) RM70.00 > RM68.00

Dengki, hasad dan dendam ialah barah yang yang wujud sejak ada kehidupan alam ini. Apabila dendam dan iri hati melanda, tiada jalan lain yang dipilih melainkan perbuatan mensyirikkan Allah ini. Terkena buatan orang, terkena santau, disihir sehingga bercerai dan dipukau sampai kehilangan semua duit. Semua ini ialah realiti yang berlaku dalam masyarakat sejak dahulu sehinggalah pada zaman moden ini. 

Buku Perubatan Al-Quran Rawatan Gangguan Jin, Sihir dan Saka ini ialah buku ketiga dalam siri Perubatan Al-Quran. Buku ini dibahagikan kepada empat bahagian. 
Bahagian 1: Memahami Alam Jin 
Bahagian 2: Memahami Gangguan Sihir dan Saka Keturunan 
Bahagian 3: Kaedah Rawatan dengan Al-Quran 
Bahagian 4: Jurnal Pesakit 

Setiap bahagian disampaikan dengan gaya bahasa yang mudah difahami oleh semua golongan. Ia padat dengan maklumat yang sukar diperoleh dan jarang dibincangkan. Buku ini juga dapat membantu pembaca spaya lebih memahami simptom terkena sihir serta perbezaannya dengan penyakit biasa. Benarkah tekanan darah naik, jantung berdebar, sakit di sendi-sendi, sesak nafas, pening atau sakit kepala, penyakit kulit seperti ekzema dan lain-lain mempunyai kaitan dengan sihir? 

Mengapa kita sering kali mendengar kisah pihak perubatan moden tidak dapat mengenal pasti punca tanda-tanda penyakit di atas? Bahkan setelah berkali-kali menjalani rawatan dan berhabis ribuan ringgit, penyakit tidak juga hilang. Mengapa? Adakah ayat-ayat al-Quran hanya sebagai penawar kepada saka? Atau ia mampu mengubati segala penyakit di atas? Buku ini mendedahkan "the power of quranic medicine". 

Kaedah rawatan yang dinyatakan dalam buku ini ialah dengan amalan bacaan ayat-ayat al-Quran dan juga ibadah-ibadah lain yang boleh dibuat sendiri oleh mangsa sihir atau ahli keluarganya.

Monday, 8 November 2021

Perubatan Al-Quran: Rawatan Penyakit Kronik ~ Haji Lokman Abdul Hamid

(SEM & SS) RM60.00 > RM57.00

Siri buku Perubatan AL Quran membuktikan betapa mujarabnya ayat-ayat Al Quran dalam merawat penyakit. Jika siri pertama berkisarkan penyakit kanser, siri kedua pula tampil dengan isu berkenaan 16 penyakit kronik yang sering dialami oleh rakyat Malaysia. Antaranya ialah penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung koronari dan strok.

Punca simptom dan langkah pencegahan dirungkai satu per satu dengan garapan gaya bahasa yang mudah difahami oleh golongan umum. Isu buku ini padat dengan kupasan bagaimana Al-Quran memiliki kuasa penyembuh yang tidak mampu dinafikan meskipun proses rawatan tersebut tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Inilah anugerah bagi insan oleh Allah SWT. Selain kaedah perubatan Al_Quran, buku ini turut memaparkan kaedah perubatan moden dalam merawat penyakit kronik.

Percayalah, tiada yang mustahil dengan izin Allah SWT.

Siapa yang perlu memiliki buku ini.
Mereka yang sedang menghidapi penyakit kronik.
Mereka yang telah mencuba rawatan perubatan moden, namun tidak menemui kesembuhan.
Mereka yang tidak kenal erti putus asa dalam ikhtiar untuk kembali sihat.
Mereka yang percaya mukjizat Al-Quran sebagai penawar.
Mereka yang ingin mengetahui dan membantu golongan pesakit ini.
Hadiah kepada pesakit yang menghidapi penyakit kronik.

Buku ini juga sesuai untuk bacaan seisi keluarga yang ingin menambah ilmu pengetahuan tentang penyakit kronik dan cara-cara penyembuhan melalui perubatan al-Quran.

How's Your Day So Far? ~ Adlil Rajiah

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Mengandungi 123 quotes oleh Adlil Rajiah.
Mempunyai 127 halaman berwarna-warni.

Sinopsis:
Kita stress bukan sebab hidup kita tak terurus,
tapi sebab kita lupa,
yang menguruskan hidup ini bukan kita,
tapi Tuhan.

Dan betapa kita pasti ada Tuhan yang sentiasa memerhatikan kita dengan penuh kasih sayang.

Why So Serious, Parents? ~ Adlil Rajiah

(SEM & SS) RM39.00 > RM37.00

Anak tertumpahkan air,marah.
Anak conteng dinding, marah.
Anak lambat membaca, marah.
Semua benda pun nak marah.
Cuba tarik nafas, hembusss….

Kita ibu bapa ni, kadang-kadang terlalu mementingkan diri, tak pandai kawal emosi, tak pandai berlembut dalam mendidik, dan lebih cepat melenting daripada membimbing.

Kita jarang selami jiwa anak-anak. Walaupun dulu semasa bergelar anak, kita juga impikan ibu bapa yang memahami. Kan?

Why so serious, parents?
Jom pasang matlamat untuk sentiasa jadi nombor satu dalam hati anak-anak. Jadi orang pertama yang anak-anak dambakan dalam apa jua situasi.

Sementara mereka masih mahu memandang wajah kita.
Sementara masih kedengaran suara-suara comel mereka memanggil-manggil kita.

3 Kertas, 3 Krayon, 3 Pensel Warna ~ Adlil Rajiah

(SEM & SS) RM50.00 > RM48.00

Sejak blog saya menjadi viral, saya sering terima pelbagai soalan daripada ibu bapa. Antaranya, macam mana nak atasi anak tantrum? Kenapa anak orang pandai, anak saya tak pandai? Anak saya ketagih gadget, apa saya nak buat? kenapa anak orang lain baik, anak saya pula degil? Jadi, saya sediakan semua jawapannya berdasarkan pengalaman saya membesarkan anak saya, Ashraf Haikal. Dan antara penyelesaian untuk soalan ini, hanya semudah 3 kertas, 3 krayon dan 3 pensel warna.
 

Sunday, 18 April 2021

Young Chef In The House

Buku resipi yang best. Bukan hanya kongsi resipi tapi kita belajar sekali tentang sejarah makanan tersebut.
 

Wednesday, 27 January 2021

Ibadah terindah melalui pernikahan


Melalui pernikahan, anda banyak perkara boleh dilakukan bersama dengan pasangan yang kita cintai.
Ia lebih manis & lebih diingati.

Buku: Shaza Baharuddin. 2018. 99 Stress Free Wife. Mustread sdn bhd. Selangor.

Friday, 22 January 2021

Kamu tidak akan melakukan perkara yang sama


Biar Allah yang balas. Pahalanya untuk kamu.

BUKU: LUQMMANN. 2018. METANOIA. MUSTREAD SDN BHD. SELANGOR.

Tuesday, 24 November 2020

Ajari Aku Mencintai Tuhan ~ Syed Salahuddin

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Penulisan ringkas, padat dan santai ini adalah berkisarkan TAUBAT sebenar yang memungkinkan untuk kita kembali kepada FITRAH SEMULA. Suci bersih tiada noda. Terhasil lah buku AJARI AKU MENCINTAI TUHAN ini untuk saya sendiri dan korang semua. Moga Allah memudahkan dan merahmati kita semua untuk kita sama2 menggapai cinta-Nya.

Muhammad Rasul Terakhir ~ Dr. Rohaily Al-Jawhary

(SEM & SS) RM80.00 . Pos: RM8

MUHAMMAD SAW RASUL TERKAHIR : Sebuah Naskhah yang akan membawa pembaca ke zaman yang bermula sebelum kelahiran Baginda Rasulullah SAW. Sebelum kelahiran Rasulullah SAW, masyarakat dunia menganuti pelbagai agama sebagai pegangan hidup mereka. Agama-agama seperti Nasrani, Yahudi, Majusi, Wathani, Al-Sabiah dan lain-lain telah menjadi pegangan kehidupan masyarakat dunia. Namun agama tauhid yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s iaitu agama Hanafiah masih diamalkan sebahagian bangsa Arab. Sejarah mencatatkan jarak kewafatan Nabi Ibrahin a.s dengan kelahiran Rasul terakhir ialah 20 kurun.

Seterusnya, pembaca akan dibawa pada sat kelahiran Baginda Rasulullah SAW, zaman kanak-kanak, remaja, dewasa hingga Baginda diangkat sebagai Rasul utusan terakhir.

Seorang yang dipandang tinggi dalam kalangan kaumnya. Baginda terkenal dengan akhlak-akhlak terpuji, pekerti-pekerti mulia dan sifat-sifat yang disenangi. Baginda sentiasa memuliakan jiran, mengasihi anak yatim dan fakir miskin, tinggi kesabaran, benar percakapan, lemah lembut pergaulan, pemurah, menjaga maruah diri, menepati janji, amanah dan sangat bertanggungjawab hingga mereka menggelar Baginda sebagai 'al-Amin'.

Detik-detik awal 13 tahun menyampaikan risalah Islam di kota Mekah, mengenali sahabat-sahabat yang membenarkan setiap kata-kata Baginda walu dicerca dan diseksa. Penerimaan masyarakat Mekah terhadap Baginda ketika itu berubah daripada yang dipercayai kepada pendusta.

Menyampaikan amanah sebagai RAsul terakhir diteruskan dengan berhijrah ke kota Madinah, 10 tahun Baginda menegakkan kalimah Allah di bumi itu. Setiap detik diceritakan dengan lebih terperinci agar menjadi tatapan umat yang ingin mengenali dan mencintai Baginda.




Lana Living As An Autistic ~ Syahirah Omar, Lana Darwisya

(SEM & SS) RM40.00 > RM36.00

Suatu hari, lepas selesai solat Subuh,
Lana mula bersuara.
Kata Lana hidung dia selsema.
Apabila dihembus, keluar darah sikit.
Aku cakap,”Tak apa. Nanti minum plain water banyak-banyak.”
Lepas tu, dia cakap dia tak berasa sihat nak ke sekolah.
“Ada yang kacau awak kat sekolah?”Aku menyoal.
“I don’t know mama.”
“Cuba sayang cerita. Mama cuma nak tahu. Nanti mama minta tolong teacher okey?”

“HOW TO EXPLAIN MY FEELINGS WHEN I CAN’T FIND THE WORDS, MAMA?”
……………………………………………………………….

“Begitulah Lana. Tak mahu mengadu siapa yang usik atau buli dia. Semuanya aku perlu tanya Luqman. Kata Luqman, junior suka usik dan tengok Lana menangis. Menangis Lana bukan menangis biasa. Menangis dia meraung macam

Wednesday, 18 November 2020

Pandai itu subjektif. Semua orang berbeza kemahiran


Carilah ilmu. Moga kita dijauhi kejahilan & kesombongan.

"Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap Muslim."
(Riwayat Ibnu Majah & Abu Ya'la daripada Anas Bin Malik)

Buku: Nasrullah Amran. 2018. Orang yang lupa takkan ingat perkara esok. Mustread Sdn Bhd. Selangor.

Monday, 26 October 2020

Kita semakin tua setiap hari


Kita semakin tua
Apa kita bawa

Kita semakin tua
Bagaimana amalan kita

Kita semakin tua
Adakah hidup ingin selesa sahaja

Kita semakin tua
Moga Allah bimbing kita sentiasa

Quote buku: Hisham AR. 2018. Untuk Hidup 2 Kali. Mustread Sdn Bhd. Selangor.

Wednesday, 21 October 2020

Allah mampu ubah, kita cuba usaha


Allah boleh buat segalanya.Kita cuma perlu berdoa, berusaha & bertawakal.
Don't give up. Kita usaha & jalan terus. Nikmatilah hidup.

Buku: Luqmmann. 2019. Metanoia. Mustread Sdn Bhd. Selangor.

Thursday, 10 September 2020

Harga sebuah kegagalan


 
KITA AKAN BELAJAR 'SESUATU' DALAM PERJALANAN KE ARAH ITU.
Gagal atau berjaya, kita tetap belajar sesuatu daripadanya/

BUKU: LUQMMANN. 2018. METANOIA. MUSTREAD SDN BHD. SELANGOR.

Tuesday, 8 September 2020

Amanah Allah


Setiap perkara yang terjadi dalam kerjaya, adalah ujian dari Allah. Dan untuk anda yang bergelar pendidik, walau bagaimanapun 'peel' anak murid anda, mereka menjadi AMANAH kepada anda.


Buku: Kisah Bilik Guru. 2018. Mustread Sdn Bhd. Selangor.

Sunday, 16 August 2020

Motivational Quote - Life Goes On


Apa yang berlaku semuanya telah ditentukan oleh Allah.
Bagaimana kita belajar bersyukur meskipun ia cuba rezeki yang nampak kecil.

Buku: Siti Nordiana. 2019. Life goes on. Mustread Sdn Bhd. Selangor.

Sunday, 31 May 2020

Hebatnya Cara Rasulullah s.a.w Mendidik ~ Razali Saaran

(SEM & SS) RM19.90 > RM17.90
Dari Timur hingga ke Barat, segala falsafah dan teori diterapkan dalam proses mendidik para pelajar. Namun begitu, kadangkala para guru terlepas pandang cara mengajar dan kaedah-kaedah yang digunakan oleh guru terulung kita, Nabi Muhammad SAW yang sudah terbukti keberkesanannya.

Naskhah ini mengupas peranan guru dalam mendidik anak bangsa yang sebenarnya bukan hanya sekadar mengaja, bahkan menjadi contoh tauladan kepada mereka dari segi akhlak dan rohani. Buku ini memberikan pencerahan mengenai kaedah-kaedah yang digunakan oleh Rasulullah SAW dalam menyampaikan ilmu serta nasihat kepada para sahabat. Diselitkan juga cara Baginda bersoal jawab, bergurau senda dan meraikan para pelajar Baginda.

Kaedah-kaedah yang diketengahkan dalam buku ini bukan sahaja khusus buat para guru. Namun ia juga boleh dipraktikkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak di rumah.