Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Shaza Baharuddin. Show all posts
Showing posts with label Shaza Baharuddin. Show all posts

Wednesday, 27 January 2021

Ibadah terindah melalui pernikahan


Melalui pernikahan, anda banyak perkara boleh dilakukan bersama dengan pasangan yang kita cintai.
Ia lebih manis & lebih diingati.

Buku: Shaza Baharuddin. 2018. 99 Stress Free Wife. Mustread sdn bhd. Selangor.

Thursday, 18 July 2019

Dari Sentul Ke Sijangkang ~ Shaza Baharuddin

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.80

"Deposit dua bulan dengan sewa RM 1500, deposit elektrik lagi... RM 1600 semuanya. Huh! Banyak juga tu..."

"Mentang-mentanglah rumah kat sini macam goreng pisang panas, berlagak pula tuan rumah ni!"
"Kalau tinggal kat sini, tak jauh ke abang nak pergi kerja?"

"Hah! Baru abang ingat. Kalau pemaju lewat siapkan rumah, pembeli boleh buat tuntutan tau..."

Hampir 8 kali berpindah rumah, saya akhirnya berjaya mewujudkan "Baiti Jannati" saya sendiri. Penat lelah usah dikata. Berhabis wang ringgit tak terkira. Tapi selagi ada daya dan tenaga, saya tetap akan berusaha agar anak-anak dapat hidup selesa. Walau di mana sahaja rezeki kita, dan apa sahaja bentuk rezeki yang diberikan, bersyukurlah dengan kehidupan yang Allah SWT sudah tentukan. Berusahalah untuk mendapatkan yang terbaik dan nikmatilah kehidupan selagi hayat dikandung badan!

Friday, 14 September 2018

99 Stress Free Wife ~ Shaza Baharuddin

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80

Lelaki dari planet Marikh. Perempuan dari planet Venus. Begitulah diibaratkan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan perempuan.

Allah SWT menjadikan lelaki dan perempuan berbeza fizikalnya. Tentu juga wujud perbezaan ketara dari segi emosi,perasaan, dan tabiat antara kedua-dua insan ini. Bayangkan kedua-dua makhluk ciptaan Allah SWT ini diletakkan bersama-sama di bawah satu bumbung, maka 'haru-biru' jadinya!

Buku ini merupakan coretan 99 kisah stres seorang isteri. Bohonglah jika sesebuah rumah tangga sentiasa dalam suasana ceria. Tentunya ada perasaan berkecil hati, kecewa, rajuk, dan tertekan dengan pasangan. Namun, percayalah.Melalui perasaan tertekan inilah para isteri belajar mengenali suami mereka sebenarnya. Alah, bukan stres sangat pun, stres ala-ala manja saja.

"...ALLAH CREATED THEM TO PERFECT ONE ANOTHER."
-AHMAD AL-SHUGARI-