Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Pakcik Man. Show all posts
Showing posts with label Pakcik Man. Show all posts

Tuesday, 22 August 2023

BISA: Security Man ~ Pakcik Man

(SEM & SS) RM39.00  > RM38.00

"Kalau tak boleh buat, lebih baik kamu berhenti kerja," dia sudah mula makin melalut. Aku memang penyabar tapi sabar aku pun ada hadnya. Dia ingat aku teruja sangat agaknya bekerja di sini.

"Baik, saya berhenti kerja hari ini jugak," serentak aku menghempas fail di tanganku ke atas meja namun aku masih mampu mengawal amarahku dari berlarutan.

***

"A'uzubikalimmatillah hittammah minsyarima, kholaq," aku perlu bersedia.

Tiba-tiba terdengar suara memanggil namaku dari arah hutan dengan suara kuat dan nyaring. "Man... Man..." nama aku disebut berterusan tanpa henti.

***

"Awak ni cuba hormat sikit pada orang lain. Muda bukan bererti dia tidak tahu apa-apa," kata Latif sambil menggelengkan kepalanya. "Ikut Encik Latiff lah. Nak bagi kami sama-sama jaga pun boleh je. Aku nak tengok hebat mana orang muda handle kerja ni," bebel Halim sambil keluar dari pejabat. Aku juga hanya mampu menggelengkan kepala melihat perangainya.

BISA: Misteri Kampung Rakit ~ Pakcik Man

(SEM & SS) RM39.00 > RM38.00

Aku menoleh ke arah Kassim dan aku terkejut bila nampak jelas wajahnya berubah. Sebiji matanya terjuntai ke bawah, sebelah lagi terperosok ke dalam. Aku mengalihkan cara duduk aku dengan bersandar pada pintu kereta. Kini pandangan aku lebih jelas ke arah Kassim dan kepada kedua-dua penumpang di belakangnya. Aku nampak wajah wanita itu juga telah berubah lebih buruk dari wajah Kassim. Mukanya seolah-olah pecah dengan ulat-ulat memenuhi hidung dan mulutnya. Lelaki itu pula telah tiada sebelah kepala dan berlumuran darah. 

Aku baca lagi ayat-ayat yang aku belajar dan hembus ke arah mereka bertiga. Hujan semakin lebat dan pakaianku sudah agak basah kerana air hujan yang masuk melalui tingkap kereta yang tidak tertutup rapat.
 

Thursday, 12 May 2022

BESTNYA RAYA

 


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2022 SEMUA...

Akhirnya, selepas 2 tahun raya PKP, kali ini kita dapat beraya jumpa sanak-saudara, sahabat handai juga bercuti di mana sahaja.

Tahun ini juga, kami adakan PROMOSI BESTNYA RAYA dengan belian 5 BUKU dapat 1 BUKU FREE (boleh campur-campur genre buku promosinya).

Contohnya, jika anda minat novel seram & mahu berikan HADIAH BUKU RAYA pada family, anda boleh dapatkan 3 novel seram untuk anda & 2 buku lagi genre lain (mungkin motivasi atau novel cinta). BUKU PERCUMA YANG BEST akan kami selitkan sekali dalam parcel anda.

Promosi bermula dari 12 May sehingga31 May 2022.

Sebarang belian & pertanyaan, wasap kami di 013-6786571 atau emel kami di belidiskaun@gmail.com atau terjah Instagram & FB kami di books_belidiskaun. Boleh juga anda wasap agen kami 😊







Monday, 14 March 2022

BISA: Nur Misteri ~ Pakcik Man

(SEM & SS) RM35.00

Kisah ini berlaku pada 1985. Ketika ini aku menghadapi peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran atau SRP. Semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan ini adalah diwajibkan untuk tinggal di asrama seawal dua minggu sebelum ia berlangsung. Di asrama inilah bermula perkenalan aku dengan seorang gadis penuh misteri yang bernama Nur yang telah berjaya membuatkan aku jatuh cinta untuk kali pertama pada usia yang sangat muda. 

Di sinilah juga aku terpaksa berdikari untuk menyelesaikan banyak misteri yang secara tiba-tiba bagai tidak mahu berhenti. Satu persatu misteri yang melanda mula terungkai sedikit demi sedikit dan ada antaranya berpunca dari seseorang yang tidak dijangka sama sekali. Permusuhan dengan seorang pelajar yang turut sama mencintai Nur, menjadikan dendam peribadi menjadi semakin menguasai diri. 

Dalam kisah ini jugalah aku melalui satu tempoh yang amat mendukacitakan. Aku kehilangan seseorang yang sangat aku sayangi tanpa sempat untuk aku mengucakpkan selamat tinggal. Perginya membawa seribu kenangan yang membentuk siapa aku hari ini. 

Berjayakah aku memiliki Nur? Berjayakah aku menyelesaikan misteri yang melanda? Semuanya hanya diketahui di penghujung cerita ini.

 

BISA: Edisi Bertapa ~ Pakcik Man

(SEM & SS) RM35

Selepas Tok aku meninggal dunia, aku memang lebih banyak menghabiskan masa di rumah Aki Lela. Aku terpaksa menyiapkan diri untuk menjalani ujian bertapa. Aki Lela dan Ayah Abu telah meletakkan 'nama baik' mereka di hujung tanduk apabila membenarkan budak kecil aku untuk bersendirian di dalam hutan tebal. 

Bertapa memerlukan keberanian yang melebihi tahap biasa. Dunia bertapa amat memeningkan kerana kita tidak akan dapat membezakan antara dunia nyata dengan ilusi. Pandangan mata akan sentiasa diperdaya manakala pandangan batin akan menjadi kunci yang paling utama. 

Aku sendiri tidak mampu membezakan yang mana satu 'diri' aku yang sebenarnya. Dahaga, kelaparan, keletihan, kesakitan dan bersendirian membuatkan aku hampir-hampir menyerah kalah. Keputusan untuk aku berjalan pulang merentas hutan tebal telah menyebabkan aku melalui pengalaman yang sehingga sekarang aku tidak pasti sama ada sekadar ilusi ataupun realiti. Apa yang aku tahu, ia adalah seminggu yang amat gila. 

 

BISA: Bila Ilmu Satu Anugerah Jilid 3 ~ Pakcik Man

(SEM & SS) RM35

Hasil bimbingan dan tunjuk ajar arwah guru-guru yang mencintai akhirat dan ilmu kurniaan Allah yang hebat, aku berjaya memperolehi pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat dijual beli. Pada awalnya aku sendiri tidak mengetahui kenapa aku selalu diganggu oleh makhluk yang menakutkan tetapi akhirnya aku sedar sesungguhnya semua itu adalah pembuka jalan untuk ilmu yang aku sendiri tidak pernah terfikir untuk memilikinya.

Buku 'Bila Ilmu Satu Anugerah' ini adalah catatan perjalanan pengalaman yang dilalui sendiri oleh aku dalam usia yang amat mentah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkehendak. Semua ini datang dariNya tanpa mengira usia. Bertahun aku memikirkan dan berdoa semoga pengalaman ini dapat diceritakan untuk sama-sama dijadikan tauladan dan sempadan. Akhirnya selepas sekian lama, setelah memperolehi kebenaran dari yang telah 'tiada', pengalaman ini aku ceritakan dengan cara yang mudah yang aku mampu dengan izin Allah.

BISA: Bila Ilmu Satu Anugerah Jilid 2 ~ Pakcik Man

(SEM & SS) RM35

Hasil bimbingan dan tunjuk ajar arwah guru-guru yang mencintai akhirat dan ilmu kurniaan Allah yang hebat, aku berjaya memperolehi pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat dijual beli. Pada awalnya aku sendiri tidak mengetahui kenapa aku selalu diganggu oleh makhluk yang menakutkan tetapi akhirnya aku sedar sesungguhnya semua itu adalah pembuka jalan untuk ilmu yang aku sendiri tidak pernah terfikir untuk memilikinya. 

Buku 'Bila Ilmu Satu Anugerah' ini adalah catatan perjalanan pengalaman yang dilalui sendiri oleh aku dalam usia yang amat mentah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkehendak. Semua ini datang dariNya tanpa mengira usia. Bertahun aku memikirkan dan berdoa semoga pengalaman ini dapat diceritakan untuk sama-sama dijadikan tauladan dan sempadan. Akhirnya selepas sekian lama, setelah memperolehi kebenaran dari yang telah 'tiada', pengalaman ini aku ceritakan dengan cara yang mudah yang aku mampu dengan izin Allah. 

 

Monday, 7 March 2022

BISA: Bila Ilmu Satu Anugerah Jilid 1 ~ Pakcik Man

(SEM & SS) RM35.00 

Bila Ilmu Satu Anugerah. 

"Kita hanya bayang-bayang yang mengikut arahan Tuan empunya bayang. Buang sifat ujub dan riak kerana semuasifat itu amat membinasakan. Bersabar atas semua ujian dan membuat keputusan kerana bersabar itu adalah tindakan yang amat bijaksana."

Satu masa nanti, kematian pasti tiba tanpa kita mengetahui bila, di mana dan bagaimana. Bersedialah untuk kematian yang hadir hanya sekali tetapi hiduplah hari ini untuk kehidupan kali kedua yang kekal selamanya.