Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Wednesday 6 October 2021

Tumbuk Rusuk: Pengkisahan Dari Tirai Besi ~ Mohd Firdaus Ramlan

(SEM & SS) RM45.00 > RM42.00

“Tumbuk Rusuk” adalah kiasan halus bagi perbuatan memberi rasuah. Demikian berseni orang kita dalam mengolah perbuatan jelek sehingga menjadi sebuah peribahasa. Munkin ini satu petanda bahawa budaya rasuah ini sudah sekian lama berakar dalam masyarakat sehingga terbit istilah yang dibuat secara berkias. Zaman berubah namum sikap dan tabiat buruk kekal membusuk, kita hanya mengetahui kesalahan rasuah ini melalui dada akhbar, media social atau penghakiman di mahkamah, sesungguhpun demikian tidak ramai yang memahami latarbelakang dan susur galur perbuatan ini terjadi – asal punca sehingga menjadi budaya yang bejat. 

Ini bukan sekadar kisah benar malah dituis dari hati, penuh drama dan ibrah. Tidah semua faham dan tahu bahawa rasuah itu suatu yang jijik dan keji. Apa lagi melaluinya, yanf dirasai munkin kenikmatan sementara tetapi penyesalan yang berkekalan. Hnaya setelah dibongkar akan segala sisi buruknya barulah is membuka mata yang selama ini dianggap kenikmatan sebenarnya adalah kesensaraan. 

Ia bukan cerita rekaan mahupun mitos ia adalah kisah benar yang dinukilkan dengan penuh keinsafan. Kini kisah dah pengalaman dibukukan, ditulis dengan gaya bahasa yang kemas berbaur penulisan sebuah kehakiman. Maklum saja penulis telah bergelut lama dalam bidang perundangan. Pengalaman terpenjara di dalam tembok batu tidak menghilangkan jiwa dan seni penulisan seorang ahli perundangan. 

Membaca buku ini akan membuka dimensi baru bahawa segalanya adalah sementara, terjebak dengan ‘Tumbuk Rujuk’ adalah sebuah kesengsaraan perit yang perlu diperbetulkan. Buat diri penulis ia adalah ‘dosa’, dalam masa yang sama adalah penawar buat menyembuh luka serta memulihkan penyakit.