Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday, 14 September 2018

Dinda Kanda ~ Nia Qurratun'aini

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Dinda Andria. Nama bukan main sedap, tapi dia suruh orang panggil dia D saja.

"Jangan panggil saya dengan nama tu. Panggil saya D."
"Nama Dinda sesuai untuk awak. Awak pulak boleh panggil saya Qib. Tapi, kalau awak nak panggil saya kanda pun boleh. Dinda, kanda."
"Tunggu Malaysia turun salji kut baru saya panggil awak kanda."

Bagi Khairi Raqib, pencarian gadis misteri selama tiga tahun berakhir bila D muncul di hadapan matanya. Lidah jadi kelu, hati pula hanya Tuhan yang tahu. Yang jadi masalahnya, jantung D tak berdegup laju.

"D tu untuk apa?"
"Awak dah tahu nama penuh saya, kan? Masih lagi nak tanya D untuk apa?"
"Kalau bagi saya, d tu untuk darling. Ataupun dear."
"D untuk Dinda."

Gara-gara hutang terlanggar side mirror, Khairi Raqib dekatkan jarak hatinya dengan D. Bila lelaki itu ajak kahwin, D tak tahu sama ada dia malu atau mahu. Apa yang pasti, Khairi Raqib mahu hubungan mereka jadi kita.

"Saya suka awak sebut perkataan kita."
"Dari dulu saya nak tanya, kenapa awak suka dengan perkataan tu?"
"Kita. Satu perkataan yang melibatkan saya dan awak secara serentak. Ibarat saya dalam diri awak dan awak ada dalam hati saya."

Kali ni jantung D sudah berdegup laju. Prinsip seteguh Tembok Besar China mula runtuh. Namun, ada rahsia yang Khairi Raqib pendam. Termasuklah peristiwa tiga tahun dulu.