Hidup yang dulunya tenang mula huru-hara kerana Adam. Bunga diberi kata dua, carikan pengantin untuk Adam atau sama-sama naik pelamin dengan sahabat baiknya sendiri. Bunga diserang dilema. Ditelan mati bapak, diluah mati emak. Makanya dia ambil keputusan yang memihak kepada dirinya.
"Aku nak kau ikut permintaan umi. Aku nak kau kahwin." - Bunga Syauqina
Rancangan mencari pengantin untuk Adam bermula, tapi sayang seribu kali sayang, rancangan Bunga musnah. Di saat semuanya hampir gagal, muncul pesaing lama cuba merampas kehidupannya semula. Bunga mula menggelabah. Lili mengaku dia sudah berubah, tapi hati Bunga sukar mempercayai gadis itu lagi.
"Qina... aku dah berubah. Mustahil aku akan ulang lagi benda yang sama. Tolonglah percayakan aku." - Lili
"Kau berubah atau tak, aku memang takkan percayakan kau lagi. Once, it's a mistake but twice, it's a choice." - Bunga
Apabila sejarah lama terbongkar, hubungan Bunga dan Adam menjadi renggang, tapi atas satu permintaan, mereka berdua disatukan dalam keterpaksaan.
"Aku ni suami kau. Tak payah buat-buat lupa." - Adam
"Ya, kau memang suami aku sekarang, tapi semua tu bukan atas kerelaan aku. Jadi, kau tak boleh nak kongkong hidup aku." - Bunga
Dalam kekalutan rumah tangga Bunga, muncul Fauzan cuba meraih hati gadis itu. Memilih Fauzan bermakna Bunga menghancurkan banyak hati, tapi memilih Adam tidak memaknakan kebahagiaan bakal menjadi miliknya.