Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday 14 March 2022

BISA: Nur Misteri ~ Pakcik Man

(SEM & SS) RM35.00

Kisah ini berlaku pada 1985. Ketika ini aku menghadapi peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran atau SRP. Semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan ini adalah diwajibkan untuk tinggal di asrama seawal dua minggu sebelum ia berlangsung. Di asrama inilah bermula perkenalan aku dengan seorang gadis penuh misteri yang bernama Nur yang telah berjaya membuatkan aku jatuh cinta untuk kali pertama pada usia yang sangat muda. 

Di sinilah juga aku terpaksa berdikari untuk menyelesaikan banyak misteri yang secara tiba-tiba bagai tidak mahu berhenti. Satu persatu misteri yang melanda mula terungkai sedikit demi sedikit dan ada antaranya berpunca dari seseorang yang tidak dijangka sama sekali. Permusuhan dengan seorang pelajar yang turut sama mencintai Nur, menjadikan dendam peribadi menjadi semakin menguasai diri. 

Dalam kisah ini jugalah aku melalui satu tempoh yang amat mendukacitakan. Aku kehilangan seseorang yang sangat aku sayangi tanpa sempat untuk aku mengucakpkan selamat tinggal. Perginya membawa seribu kenangan yang membentuk siapa aku hari ini. 

Berjayakah aku memiliki Nur? Berjayakah aku menyelesaikan misteri yang melanda? Semuanya hanya diketahui di penghujung cerita ini.