Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday 29 January 2019

Separuh Aku ~ Alya Husna

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

“Jalankan tugas saya. Rawat hati awak.” – SYAH
“Ra.. wat hati?” – MUJAHADAH

Sejak bila rawat hati dah jadi skop kerja dia?

Syah rasa nak tampar mulut sendiri bila dia dah berani jual ayat acah-acah lelaki nak mengayat. Ini semua Hantu Kina punya pasal. Dulu, satu calon pun dia tak berkenan. Bila hati dah mula sangkut, Hantu Kina tak kasi peluang langsung.

“Saya ni bukan macam perempuan lain yang boleh awak gulakan sesuka hati.” MUJAHADAH

“Bila masanya saya gulakan awak? Saya ni bukan spesies lelaki yang suka berjanji tapi tak tepati.” – SYAH

Kekurangan yang ada pada diri sendiri membuatkan keyakinan Mujahadah carik untuk menerima sekeping hati. Namun, sejak mengenali Syah…. dia tidak tahu jampi cinta apakah yang telah menyampuk dirinya. Mahu ditolak jauh Syah, jiwanya pulak dah tersimpul kuat dengan lelaki itu.

Atas tiket kesediaan, mereka menjadi kekasih halal yang sebenarnya. Tanpa disedari ada rahsia yang terbongkar dan mengubah cinta mereka menjadi dendam.

“Cerita apa ni, Adah? Abang tak faham.” - SYAH

“Jujur! Itu yang Adah nak! Just tell me the truth! Apa yang susah sangat nak buka mulut sedangkan benda tu dah ada dalam fikiran abang? Ada dalam hati abang!” - MUJAHADAH
.
Separuh hati mengaku kalah dan ingin melangkah pergi. Tetapi, mengapa separuh lagi memilih untuk bertahan?

Mampukah sebuah kepercayaan dikembalikan setelah ia dirobek begitu kejam? Sampai bila sumpahan dendam itu akan berakhir?