Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday 14 March 2022

BISA: Bila Ilmu Satu Anugerah Jilid 3 ~ Pakcik Man

(SEM & SS) RM35

Hasil bimbingan dan tunjuk ajar arwah guru-guru yang mencintai akhirat dan ilmu kurniaan Allah yang hebat, aku berjaya memperolehi pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat dijual beli. Pada awalnya aku sendiri tidak mengetahui kenapa aku selalu diganggu oleh makhluk yang menakutkan tetapi akhirnya aku sedar sesungguhnya semua itu adalah pembuka jalan untuk ilmu yang aku sendiri tidak pernah terfikir untuk memilikinya.

Buku 'Bila Ilmu Satu Anugerah' ini adalah catatan perjalanan pengalaman yang dilalui sendiri oleh aku dalam usia yang amat mentah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkehendak. Semua ini datang dariNya tanpa mengira usia. Bertahun aku memikirkan dan berdoa semoga pengalaman ini dapat diceritakan untuk sama-sama dijadikan tauladan dan sempadan. Akhirnya selepas sekian lama, setelah memperolehi kebenaran dari yang telah 'tiada', pengalaman ini aku ceritakan dengan cara yang mudah yang aku mampu dengan izin Allah.