Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Saidee Nor Azam. Show all posts
Showing posts with label Saidee Nor Azam. Show all posts

Tuesday, 2 June 2020

7 Kematian ~ Saidee Nor Azam

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

Kematian hanyalah satu permulaan...

Datuk Makhtar sanggup bersekongkol dengan iblis dan syaitan untuk mengalahkan musuh-musuhnya. Demi membalas dendam, dia perlu melengkapkan tujuh kematian yang berlainan sifat dan kekuatan. Namun begitu, Datuk Makhtar tidak menyedari dirinya bakal membangkitkan satu makhluk yang amat jahat dan kejam di atas dunia. Pertumpahan darah yang amat dahsyat bakal berlaku sekiranya makhluk hitam itu dihidupkan semula.

“Kejahatan takkan selesai selagi kiamat belum menjelang.” - KIYAI

“Makhtar jangan! Dengar cakap aku, jangan! Orang tua ni bukan manusia! Dia hanya ingin memperalatkan kau!” - DATUK KARIM

“Memang jin tu mampu membunuh. Silap langkah, darah dan daging kamu akan menjadi santapan.” - TOK BAKIN

Thursday, 1 March 2018

Rantai: Kejahatan Pasti Terbalas ~ Arman Jazee, Saidee Nor Azam, Arifful Baqi

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

RANTAI BERNYAWA
Azim seorang Pencuri Profesional! Tiada apa yang dapat menghalangnya. Bila dia sudah menetapkan sasarannya. Lukisan bernilai jutaan ringgit, berlian bernilai jutaan dollar, barang kemas yang bernilai jutaan euro menjadi sasarannya. Tetapi kali ini Azim sudah tersilap langkah, dia tidak sepatutnya mengambil barang itu. Dia tidak menyangka kerana kesilapan yang kecil membawa natijah yang besar. Seorang demi seorang mati dalam keadaan yang misteri dan mengerikan. Kini dia tiada pilihan, dia terpaksa meminta pertolongan musuh yang memburunya untuk mencari pembunuh sebenar. Dia tidak sangka rantai yang dia curi dihuni syaitan yang kejam serta tidak harus dibangkitkan. Syaitan yang terkurung 3500 tahun yang lalu kembali untuk merajai dunia. Dia tiada pilihan…

RANTAI SAKTI
Seutas rantai yang diperbuat daripada batu yang gugur dari langit sebenarnya mempunyai satu kuasa yang tiada tandingan. Pada awalnya Rantau memakai rantai itu hanya kerana ingin menjaganya, setelah diamanahkan oleh bapanya yang juga orang pertama yang menjumpai batu dari langit itu. Namun ketika Rantau menuntut ilmu persilatan di hujung kampung. Bapa dan abang sulungnya telah menjadi mangsa kekejaman penghulu kampung yang bernama Naning. 

Friday, 15 September 2017

Projek Seram: Tanah ~ Syaida Ilmuna, Akma Saidon, Saidee Nor Azam

(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Projek Seram Tanah mengetengahkan tentang kepercayaan nenek moyang masyarakat Melayu pada zaman dahulu yang terlalu taksub dengan bantuan makhluk halus sehingga membuat perjanjian dengan syaitan dan jin. Akibatnya ditanggung oleh cucu cicit di zaman kini sehingga menyebabkan kematian. Karya ini juga menyatakan tentang kewujudan alam bunian (jin) di mana golongan jin ini berpotensi melakukan tipu helah dan memperdaya manusia. Pembaca pasti akan lebih mendalami tentang sikap dan kisah kehidupan jin yang dipanggil bunian ini. Selain itu terdapat pelbagai lagi isu yang boleh dijadikan pengajaran oleh pembaca.

GEGAR TANAH – SYAIDA ILMUNA
~Jangan biar kau terperangkap!~


Daniel dan Natasya ditimpa kemalangan teruk ketika melalui lebuh raya untuk ke Sungai Petani. Dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, pasangan suami isteri ini didatangi makhluk berlidah panjang yang sedia untuk meragut nyawa. Tanpa diduga, datang seorang lelaki misteri yang membantu dan kemudian membawa mereka ke sebuah kampung yang terselindung dari pandangan orang biasa. Siapa Bidan Sufiah dan Khalif? Apa sengketa mereka dengan Dukun Jamilah? Dan sebenarnya... di mana mereka berada sekarang?

PETAKA – AKMA SAIDON
~Janji ditabur menuntut galang ganti!~


Athira salah seorang ahli kumpulan pementasan teater Persatuan Belia Laksamana Bayu Sutera mencadangkan kumpulannya untuk menggunakan tanah lapang bersebelahan balai raya kampung mereka sebagai tempat latihan pementasan mereka. Uwaish selaku ketua pementasan teater itu bersetuju tanpa berfikir panjang akibat tindakannya itu walaupun ditegah oleh Wirda. Persetujuan daripada ahli yang lain juga melegakan kembali hati Uwaish yang walang. Kata putus dibuat dan sejak itulah tapak tanah itu dijadikan tempat latihan buat mereka. Tanpa mereka sedar, ada mata yang memandang. Tanpa mereka tahu, ada semangat yang telah mereka hidupkan kembali!

Friday, 2 June 2017

Marina ~ Saidee Nor Azam

(SEM & S/S) RM23.00 > RM20.20

DAHULUNYA Marina pernah mampu melihat akan kewujudan makhluk halus. Namun setelah dia mendirikan rumahtangga dengan suaminya, Aiman dan memiliki seorang cahaya mata yang diberi nama Mylin. Kehidupan Marina kembali aman damai, dan tiada lagi gangguan dari makhluk halus. Sehinggalah suaminya Aiman membeli sebuah banglo yang sudah lama tidak bertuan. Di situ pelbagai peristiwa yang tidak diingini mula berlaku. Rumah yang mempunyai sebuah loteng yang bersaiz sederhana besar itu bagaikan mempunyai sejarah silam yang amat dahsyat. Dalam diam keluarga Marina sedang diburu oleh satu semangat hitam yang masih hidup di dalamnya.

Thursday, 7 April 2016

Manuscript ~ Saidee Nor Azam

Jangan biarkan dia wujud!
Iman Zaman seorang novelis seram tersohor, sudah tidak mampu menulis cerita seram lagi. Semuanya bermula setelah dirinya mengalami masalah rumah tangga dengan isterinya, Diana. Dalam diam, Iman mengesyaki Diana curang. Namun,

Diana tetap membantu Iman mencari sebuah rumah sewa di kawasan pedalaman semata-mata ingin membantu Iman menyiapkan karyanya.

Di rumah disewanya itu, Iman telah menjumpai senaskhah manuskrip lama yang belum lengkap. Dia mula bercadang untuk memplagiat karya itu. Sejak itu, Iman sering diganggu pelbagai kejadian seram dan aneh. Termasuk kehadiran seorang lelaki yang menyuruh Iman menyiapkan segera manuskripnya.

Siapakah lelaki misteri yang sering mengganggu Iman? Adakah dia wujud? Apakah misteri yang sebenarnya di sebalik manuskrip itu? Apa yang pasti, manuskrip itu seperti menyimpan seribu rahsia yang terpendam.

“Tidak! Kau tak wujud! Kau iblis! Kau setan! Berambus! Jangan ganggu aku!” -Iman Zaman
“Sudah aku katakan, dia memang tidak boleh dipercayai tetapi kamu lemah dengan mainan nafsu kamu sendiri.” -Yasril
“Kalau aku mati, aku akan bawa kau sekali jantan tak guna!” –Faten Suhanna
*****
(SEM & S/S) RM23.00 > RM20.20