Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 23 December 2022

Projek Seram Telaga ~ Noorfadzillah, S. Kausari, Rizal Ramli

SEM & SS) RM29.00 > RM27.00

SINOPSIS TAMAN BUKIT TELAGA - NOORFADZILLAH 

KEMATIAN tunang Hazami secara misteri mendapat tamparan hebat bagi seluruh ahli keluarga. Laporan forensik juga menunjukkan tidak ada sebarang tanda penyakit serius. Hazami nekad untuk menyiasat sendiri punca kematian tunangnya. Pencarian bermula dari sebuah taman perumahan. Dengan bantuan kawan baiknya iaitu seorang anggota polis, penduduk di taman itu banyak menyimpan rahsia yang tidak diketahui oleh dunia luar. Menurut sumber yang dipercayai, mereka mengamalkan amalan paganisme. Semuanya berpunca daripada telaga tua di tengah hutan. Tanpa disangka, ada rahsia besar dan bahaya sedang menanti Hazami. CAPTION: Syaitan disembah, manusia terjerat. Sekali terjebak, selamanya terikat. 

SINOPSIS 7 PERMINTAAN - S. KAUSARI 

Azhan bertemu seorang lelaki misteri di sebuah warung berdekatan dengan telaga itu. Lelaki itu bercerita tentang telaga yang boleh memperkenankan hajat. Pada mulanya, dia skeptik dengan keajaiban telaga itu, tapi akhirnya dia percaya selepas melihat satu demi satu impiannya tercapai. Apabila kegilaan menguasai, dia ingin menghidupkan kembali keluarganya yan sudah mati. Peristiwa ngeri berlaku setelah keluarganya muncul kembali. CAPTION: Hajat kau akan ditunaikan... dengan harga yang perlu kau bayar! 

SINOPSIS: MISTERI PEKAN TELAGA HITAM - RIZAL RAMLI 

Kehadiran sekumpulan remaja di Pekan Telaga Hitam untuk melakukan aktiviti paranormal mengundang rasa kurang senang ‘penduduk asal’ di pekan itu. Keterujaan mereka untuk merungkai misteri di banglo tinggalan zaman Jepun itu akhirnya membawa padah. Seorang demi seorang menjadi korban!