Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Naim Tamdjis. Show all posts
Showing posts with label Naim Tamdjis. Show all posts

Tuesday, 2 June 2020

Sang Purba ~ Naim Tamdjis

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

Masanya sudah tiba! Kuasa hitam kembali bangkit! Kuasa yang akan memusnahkan dunia jika tidak dihalang! Dato Saufie segera mengumpulkan manusia yang telah ditakdirkan menentang Sang Purba yang dibantu oleh Tar dan Nyi Ratu Kidul. Pengembaraan mereka bermula menelusuri alam bunian, bertemu naga Tasik Chini, berdepan dengan hantu gigi jarang dan menentang tentera junta Myanmar. 

Mampukah Dato Saufie mencari serta meyakinkan Haziq, Aiman Aklaken, Raiqal, Salim Bach dan Shikin menentang makhluk durjana yang dibangkitkan apabila sumpahannya terlerai? Berjayakah misi mereka menentang Sang Purba?

Thursday, 30 May 2019

Projek Seram: Cincin ~ Aida Adia, Naim Tamdjis, Akma Saidon

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

Setelah kematian bapanya, Aryan sering didatangi mimpi pelik seolah-olah roh bapanya tidak tenteram di alam sana. Aryan mengesyaki peti kayu Jawa kuno warisan tinggalan nenek moyang yang disimpan oleh arwah bapanya itu pasti menyimpan suatu rahsia atau jawapan akan maksud mimpi-mimpinya itu.

Namun, setelah berjaya membuka peti lama itu, bukan jawapan yang Aryan perolehi tetapi bala pula menimpa diri serta keluarganya. Sebentuk cincin zamrud di dalam peti lama itu rupanya berpuaka dan patut dimusnahkan oleh arwah bapanya, namun tidak sempat kerana bapanya jatuh sakit dan meninggal dunia dalam keadaan tragis.
“Tiada hebatnya sesuatu itu jika tiada ‘kuasa’ bersamanya!” / CINCIN PUAKA ZAMRUD

Salim Bach berasa panik apabila dirinya diekori seorang lelaki tua yang memakai cincin batu delima. Suatu hari, dia cuba untuk melarikan diri daripada dirompak dan diselamatkan oleh lelaki tua yang mempunyai kekuatan luar biasa itu. Misteri lelaki tua itu terbongkar setelah Salim Bach memperkenalkan lelaki itu kepada bapanya, Malek Bach. Rupa-rupanya lelaki tua itu adalah datuknya yang ingin mewariskan cincin yang mampu membuka hijab dunia gelap.

Tuesday, 5 March 2019

Koc 13 ~ Naim Tamdjis

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Raiqal, pengembara mistik berada di Stesen Kereta Api Dabong yang terbiar sejak pembinaan rel baru pada tahun 2030. Tujuannya hanyalah satu, menaiki Koc 13 yang akan membawa dia ke dunia lain. Pertemuan dengan Aiman Aklaken, penulis seram bestseller antarabangsa di stesen yang sama untuk menaiki Koc 13 membawa mereka mengembara ke dunia penuh misteri.

Bermula dengan tiket bertulisan Jawi yang datangnya entah dari mana hinggalah kemunculan Koc 13 tepat pada waktunya menyebabkan Urban Legend yang dianggap khayalan semata kini berada di hadapan mata mereka. Koc 13 yang tiada pemandu membawa mereka ke dunia khayalan seperti Pengkalan Kubur menentang kerasukan zombie, menghadapi ahli sihir tua, menghadapi perang robotik dan tinggal semalaman di dunia hospital berpuaka. Mereka harus melepasi cabaran itu atau tetap terperangkap di dunia berpuaka itu selama-lamanya.

Friday, 20 July 2018

Projek Seram: Ofis ~ Naim Tamdjis, Julie Jasmin, Noorfadzillah

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Ada misteri di sebalik lukisan. / ORKID - NAIM TAMDJIS
Arman mula bekerja dengan Syarikat Faz & Chong Development, sebuah syarikat pembinaan terunggul di Lembah Klang. Memandangkan baru bekerja di situ, Arman perlu bekerja lebih masa untuk menyiapkan kerja-kerja perakaunan yang tertangguh. Bermula dengan pengawal tua yang pelik dijumpainya semasa pulang ke rumah lewat malam. Pelbagai kejadian pelik berlaku. Perkenalan dengan Kemboja dan Orkid yang tinggal di tingkat paling atas menjadi misteri kepada Arman. Malah, di tingkat atas pejabat itu berlaku kejadian-kejadian di mana dua orang pengawal keselamatan hilang. Kejadian bunuh diri oleh rakan sekerja Arman, Sandy menyebabkan keadaan bertambah kecoh. Apa yang sedang berlaku?

Walau jasadku hancur, pulangkan milikku. / USIK - JULIE JASMIN
Khalil dan Azim merupakan sahabat baik di sebuah pejabat. Suatu hari, Khalil dengan secara tak sengaja telah menceritakan kisah seram Manisa kepada Azim . Sejak itu, bermulalah kisah-kisah ganjil dan gangguan yang sering menghantui pekerja di bangunan ofis itu. Misteri kematian Manisa semakin tersingkap apabila Azim diganggu dalam lif dan jelmaan Manisa meminta Azim memulangkan barang miliknya. Apa yang berlaku seterusnya, dapatkah misteri kematian Manisa dirungkai?

Friday, 11 May 2018

Musibat ~ Naim Tamdjis

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Zin telah ditawarkan menjadi pemain gendang Nengkara di Istana Melaka. Mitos yang berlegar di media sosial dan sumber internet menyatakan gendang Nengkara berasal dari zaman Srivijaya dan diperbuat daripada kulit ibu mengandung. Gendang tersebut jatuh ke tangan Majapahit lalu dijadikan alat kebesaran dan kebanggaan kerajaan tersebut kerana dapat memusnahkan kerajaan Srivijaya. Dilarikan oleh Parameswara ke Temasik bagi memalukan Majapahit. Kemudian akibat kemusnahan kerajaannya akibat diserang Majapahit, Paramesawara membawa gendang tersebut ke Melaka. Menjadi alat keagungan dan simbol kesultanan Melaka sehingga ke hari ini.

Sejak mula menjadi pemain gendang Nengkara, pelbagai perkara aneh dan mistik dialaminya. Dia sering bermimpi kembali ke zaman Srivijaya untuk mengetahui asal-usul gendang Nengkara. Sering terdengar suara perempuan menyanyi serangkap lagu. Nampak kelibat perempuan wanita mengandung memakai baju batik puteri zaman dahulukala. Dia juga berkenalan dengan Puteri Dayang, anak kepada Sultan Melaka yang baginya berkelakuan agak aneh. Rupanya itulah sumpahan yang berlaku sejak dari zaman dahulu dan satu-persatu misteri gendang Nengkara dapat dirungkaikan. Semuanya atas sebab dendam dan sumpahan dari Zaman Srivijaya dan Zin diperlukan untuk merungkaikan sumpahan tersebut!

Friday, 14 April 2017

Kakak Kemboja ~ Naim Tamdjis

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

"Mak...ada orang teman adik malam-malam..."

Siti adalah seorang ibu tunggal telah dihalau oleh emak mentua dan abang iparnya dari rumah peninggalan suaminya. Bersama anaknya, Johari yang berusia sembilan tahun, mereka berdua terpaksa berpindah ke sebuah rumah flat di Bandar Baru Bangi kerana dia bekerja di salah sebuah kilang di sana.

Memandangkan Siti sering bekerja lebih masa pada setiap malam minggu, maka tinggallah Johari seorang diri di rumah. Johari sentiasa terdengar bunyi aneh dan gangguan sama ada dari dalam atau luar rumahnya. Pada suatu hari, Johari menyiasat dari mana datangnya bunyi aneh itu dan dia terserempak dengan Kakak Kemboja. Mereka berdua menjadi 'kawan' sejak hari itu dan Kakak Kemboja berjanji akan melindungi Johari.

Adik, tolong abang. Abang ada hutang dengan adik. Tolong abang, dik.”- Jelmaan Salleh.

Aku selalu tengok dia cakap seorang diri. Kadang-kadang macam berbisik.”- Khamis Al Jafri
"Akak kan dah janji nak jaga adik?” - Kakak Kemboja

Wednesday, 13 July 2016

Projek Seram Pulau ~ Naim Tamdjis, S. Kausari, Illya Abdullah

PUAKA BELULUT – NAIM TAMDJIS
Ia jangan dicari, kelak menyesal apabila ia muncul...
Jirin dan Misran dua orang sahabat baik yang gemar menginap di bangunan atau kawasan yang seram dan mempunyai misterinya sendiri. Mereka akan merakam sambil mengalami kejadian atau perkara aneh. Satu ketika, mereka telah pergi ke Pulau Jerejak. Pelbagai perkara aneh dan menggerunkan terjadi di situ!

FLOR DE LA MAR – S. KAUSARI
Yang tersembunyi jangan dicari atau diganggu
Jurnal yang terjatuh ke tangan tiga orang wanita menyimpan rahsia tentang harta karun pada zaman Kesultanan Melaka yang disembunyikan di Pulau Besar dan di beberapa lokasi lain selepas serangan Portugis. Perjalanan mereka ke pulau itu telah membawa kepada berlakunya pelbagai kejadian misteri dan mistik. Tanpa disedari, bahaya menanti mereka kerana ancaman sebuah sindiket antarabangsa yang berpakat dengan makhluk halus.

MALAM BERDARAH - ILLYA ABDULLAH
Selangkah kau melangkah masuk, sukar untuk kau melepaskan diri!
Percutian yang sepatutnya meninggalkan kenangan indah telah meninggalkan mimpi ngeri buat pasangan suami isteri, Zafril dan Leeanna. Pakej penginapan yang ditawarkan hanya sekadar mengaburi mata mereka. Tanpa disedari, maut sedang menanti mereka di sana. Mereka bakal dijadikan korban untuk ‘penyucian’ tanah resort itu.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Wednesday, 20 April 2016

Projek Seram: Istana ~ Maria Kajiwa, Syasya Bellyna, Helmi Effendy, Naim Tamdjis

Pabila mentari pucat-pasi, terbukalah kunci! / GUNDIK UYANG, MARIA KAJIWA
Fenomena jerebu yang melanda negara merisaukan hati Tok Isa. Sumpahan Gundik Uyang terlerai. Keturunan Sultan Sulaiman dan Pawang Taib menjadi buruan. Dia berusaha menentang sebelum lebih ramai yang menjadi mangsa. Namun segala apa yang dicuba ternyata sia-sia; sehinggalah dia kembali ke Hutan Tangga Tujuh menjejak Istana Pelambangan. Apakah rahsia istana itu? Siapakah sebenarnya Gundik Uyang?

Jika aku merupakan sebuah kesilapan, kau juga tidak boleh wujud / WUJUD, SYASYA BELLYNA
Catatan sejarah ketika permulaan zaman Sultan Pertama pada tahun 1913 terpadam satu per satu dari rekod negara sehingga mengubah peristiwa tulen menyebabkan Wangi terpaksa kembali ke zaman lampau untuk memperbetulkan kesilapannya yang mengakibatkan kewujudan si ‘puaka’.

Bangunlah wahai Cempakasari dari 1000 darah perawan sunti / PURBAKALA, HELMI EFFENDI
Siapa sangka ekpedisi Profesor Eqbal dan kumpulannya ke pendalaman Kedah membawanya kepada sebuah kota dan istana lama yang dibina pada zaman purba yang menyimpan seribu misteri dan angker untuk dibongkarkan.