Fenomena jerebu yang melanda negara merisaukan hati Tok Isa. Sumpahan Gundik Uyang terlerai. Keturunan Sultan Sulaiman dan Pawang Taib menjadi buruan. Dia berusaha menentang sebelum lebih ramai yang menjadi mangsa. Namun segala apa yang dicuba ternyata sia-sia; sehinggalah dia kembali ke Hutan Tangga Tujuh menjejak Istana Pelambangan. Apakah rahsia istana itu? Siapakah sebenarnya Gundik Uyang?
Jika aku merupakan sebuah kesilapan, kau juga tidak boleh wujud / WUJUD, SYASYA BELLYNA
Catatan sejarah ketika permulaan zaman Sultan Pertama pada tahun 1913 terpadam satu per satu dari rekod negara sehingga mengubah peristiwa tulen menyebabkan Wangi terpaksa kembali ke zaman lampau untuk memperbetulkan kesilapannya yang mengakibatkan kewujudan si ‘puaka’.
Bangunlah wahai Cempakasari dari 1000 darah perawan sunti / PURBAKALA, HELMI EFFENDI
Siapa sangka ekpedisi Profesor Eqbal dan kumpulannya ke pendalaman Kedah membawanya kepada sebuah kota dan istana lama yang dibina pada zaman purba yang menyimpan seribu misteri dan angker untuk dibongkarkan.
Jika sudah masuk ke dunianya, korban pengakhirannya / KORBAN GANGREN, NAIM TAMDJIS
Azhael seorang kontraktor telah mendapat kontrak pemuliharaan Istana Seri Menanti. Walau bagaimanapun apabila Azhael mahu pulang melalui jalan lama Bukit Putus bersama teman sekerja Ismet, keretanya telah rosak di tengah jalan. Azhael telah ternampak sebuah istana lama di atas Bukit Putus. Azhael cuba meminta bantuan dan akhirnya dia terperangkap di dalam istana. Berjayakah Azhael dan Ismet melepaskan diri daripada menjadi korban upacara ritual membangkitkan Raja Gangren.
*****
(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90