Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Helmi Effendy. Show all posts
Showing posts with label Helmi Effendy. Show all posts

Friday, 11 May 2018

Menggunung ~ Helmi Effendy

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

MENGGUNUNG, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kalau sekali imbas dianggap seperti sebuah pekan biasa, yang terletak di Malaysia sama seperti pekan-pekan biasa yang lainnya. Namun, ada seribu rahsia yang sedang menanti untuk dibongkarkan.

Semuanya bermula apabila Izzat Razali dipindahkan dari kota utama Eurasia ke Menggunung kerana mula tinggal bersama dengan pakciknya, memandangkan kedua-dua orang tuanya terkorban dalam sebuah kemalangan. Apa yang dihadapi oleh Izzat ditempat barulah bukan sahaja sahabat dan orang baru yang baru sahaja mula memasuki kisah hidupnya. Namun, Izzat berdepan dengan sebuah fenomena pelik yang seperetinya hanya berlaku di Menggunung.

Urban legend, khabar angin dan mitos yang berlegar di internet, semuanya menjadi realiti di Menggunung dengan syarat, ia dipercayai oleh banyak penduduk Menggunung itu sendiri. Dari kejadian sekecil seperti kucing bertanduk yang dijumpai dalam hutan, atau penampakkan naga di dalam empangan Menggunung, pekan itu berdepan dengan kejadian pembunuhan, kemalangan dan kehilangan yang meletakkan Menggunung yang berpopulasi 30, 000 orang itu di hujung tanduk. Sekarang terpulang kepada Izzat dan para sahabatnya untuk menyelamatkan Menggunung!

Friday, 2 June 2017

Klimaks ~ Helmi Effendy

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Saiful Hawiz ialah veteran perang Malaysia yang hidup ketika tamadun manusia yang telah hancur. Bayangkanlah zaman ais yang melanda berserta wabak yang menukarkan manusia menjadi pemakan daging segar. Manusia ketika itu pula duduk di dalam tembok batu yang dibina oleh pemerintah diktator bernama Shafrizal Azmi.

Bukan senang untuk hidup ketika era apokalips, lagi-lagi terpaksa membesarkan kedua-dua anak perempuan yang masih lagi berstatus gadis. Kehidupan aman Saiful Hawiz terganggu apabila salah seorang anak perempuannya ditangkap oleh Shafrizal Azmi dan ditempatkan di dalam sebuah penjara bawah tanah sedalam tujuh tingkat.

Saiful Hawiz yang sudah menghampiri usia 50-an terpaksa mengembara bersama anak gadis sulungnya, seorang saintis narsisist dan seorang anak muda yang mempunyai dendam peribadi terhadap Shafrizal Azmi meredah Malaysia yang sudah hancur demi menyelamatkan satu-satu anak gadisnya!

Mampukah salji yang menggigit sehingga ke tulang hitam dan makhluk penghaus darah manusia menghentikan tekad seorang ayah demi menyelamatkan anak gadisnya? Apakah kedalaman 7 tingkat penjara Shafrizal mampu menggegarkan kasih sayangnya? Apakah nasib akan menyebelahi Saiful Hawiz atau nasibnya seperti kebanyakan hamba ALLAH bernama manusia ketika selepas apokalips?

Friday, 24 February 2017

Projek Seram: Lif ~ Ninie Othman, Resmanshah, Helmi Effendy

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Kau Kuseru - Ninie Othman
Desakan untuk mencari rumah sewa baru telah membawa Amira, Melissa dan Erin hingga ke bangunan rumah pangsa, Blok Mawar. Dengan bantuan Zairil, mereka bertiga berpindah masuk ke situ. Selepas seminggu tinggal di situ, mereka diuji dengan pelbagai peristiwa pelik sejak hari pertama mereka menyewa di flat itu. Amira sering kali ternampak gadis berpakaian putih yang dikotori darah, Melissa seringkali mencium bau hanyir darah ketika berada di kawasan lif. Erin yang memberi idea supaya mereka mendapatkan jawapan kepada semua kejadian pelik itu menggunakan papan Ouija. Adakah semua persolan terjawab atau apakah musibah yang bakal menanti mereka? Berjayakah mereka hingga ke penghujung dengan selamat?

Khilaf – Resmanshah
Cuba bayangkan. Kau masuk ke dalam sebuah lif. Sebaik kau melangkah keluar, dunia kau berubah. Siang dan malam tidak terjadi dengan hukum yang sepatutnya. Tiada logik yang terjadi di dalam dunia kau lagi. Kau berjumpa dengan manusia yang sudah lama mati. Kau melihat puluhan manusia yang terjun dari tingkat paling atas sebuah hotel mewah, bangkit semula dalam keadaan yang mengerikan. Kau dikejar mayat hidup yang mirip dengan rupa kau. Kau berdepan dengan situasi dan kejadian yang sepatutnya sudah menjadi masa silam kau. Sehinggalah pada suatu ketika, kau berdepan dengan hakikat ‘YANG KAU AKAN MATI DALAM KEADAAN YANG AMAT MENGERIKAN!’

Aras 77 – Helmi Effendy
Sepuluh tahun selepas berdirinya Menara Gergasi, ia turut menarik perhatian pasangan pemburu hantu legenda iaitu Ikhwan dan Zulaikha untuk menyiasat kes kematian yang sering berlaku di menara pencakar langit tersebut. Siasatan mereka membawa kepada lif menara gergasi yang selalu membawa mereka ke hidden floor yang merupakan tingkat tersembunyi bersemadinya belasan makhluk halus yang datangnya entah dari mana. Mampukah Ikhwan dan Zulaikha menentang mereka dan menghapuskan kes paranormal yang selalu berlaku di Menara Gergasi?

Friday, 10 February 2017

VAPE: Sedut Sampai Kering ~ Zaifulzaman Ahmad, Helmi Effendy, S. Kausari, Syasya Bellyna

(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Definisi
Rokok elektronik atau vape terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan penyedut serta e-liquid. Kemunculan semula vape menimbulkan satu fenomena baru dalam industri rokok. Wujud tanda tanya dalam kalangan masyarakat akan keselamatan, kesihatan seterusnya menyebabkan gejala sosial berleluasa tanpa sekatan. Namun begitu, kesahihan mengenai kesan vape ini masih lagi menjadi persoalan sehingga wujud pelbagai spekulasi di dunia vape itu sendiri.

1 ) Nyamuk
Seekor nyamuk ingin melawan seekor naga? Mampukah? Kata-kata itu terus berlegar dalam kotak fikirannya. Wirna menarik nafas panjang. Ya... tak mungkin seekor nyamuk mampu melawan seekor naga.- Zaifuzaman Ahmad


2) Pendekar
“Jadi, kau ialah pendekar yang cuba berlagak hero tu ya? Budak mentah yang fikir dengan kuasa dia seorang, boleh mengubah Rajawali jadi tempat yang dia impikan ya?” Lelaki yang berkot labuh dan bercerut itu melangkah sambil diapit dua orang lelaki bersenjata yang kelihatan seperti pegawal peribadinya.- Helmi Effendy

Wednesday, 20 April 2016

Projek Seram: Istana ~ Maria Kajiwa, Syasya Bellyna, Helmi Effendy, Naim Tamdjis

Pabila mentari pucat-pasi, terbukalah kunci! / GUNDIK UYANG, MARIA KAJIWA
Fenomena jerebu yang melanda negara merisaukan hati Tok Isa. Sumpahan Gundik Uyang terlerai. Keturunan Sultan Sulaiman dan Pawang Taib menjadi buruan. Dia berusaha menentang sebelum lebih ramai yang menjadi mangsa. Namun segala apa yang dicuba ternyata sia-sia; sehinggalah dia kembali ke Hutan Tangga Tujuh menjejak Istana Pelambangan. Apakah rahsia istana itu? Siapakah sebenarnya Gundik Uyang?

Jika aku merupakan sebuah kesilapan, kau juga tidak boleh wujud / WUJUD, SYASYA BELLYNA
Catatan sejarah ketika permulaan zaman Sultan Pertama pada tahun 1913 terpadam satu per satu dari rekod negara sehingga mengubah peristiwa tulen menyebabkan Wangi terpaksa kembali ke zaman lampau untuk memperbetulkan kesilapannya yang mengakibatkan kewujudan si ‘puaka’.

Bangunlah wahai Cempakasari dari 1000 darah perawan sunti / PURBAKALA, HELMI EFFENDI
Siapa sangka ekpedisi Profesor Eqbal dan kumpulannya ke pendalaman Kedah membawanya kepada sebuah kota dan istana lama yang dibina pada zaman purba yang menyimpan seribu misteri dan angker untuk dibongkarkan.