Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Resmanshah. Show all posts
Showing posts with label Resmanshah. Show all posts

Friday, 28 December 2018

Penyeru ~ Resmanshah

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Bila kuasa TUHAN dilupakan

sebutan: pe-nye-ru
Penyeru adalah orang yang menyeru atau menyerukan. Terbit Daripada kata dasar seru, bermaksud memanggil atau melaung dengan suara yang nyaring untuk menarik perhatian.

DIA seorang lelaki yang hidup dengan jiwa yang terseksa dan merana. Kerana dia dilahirkan dengan hati yang baik dan jujur. Tetapi pada usia kanak-kanak, kehidupannya dirampas. Dia terpaksa bekerja. Gajinya besar. Hidupnya mewah. Dia mampu memiliki kereta yang berharga jutaan ringgit. Kerjanya itu adalah membunuh.

Julianshah tidak membunuh dengan senjata. Sebaliknya, dia menghapuskan sasaran dengan bantuan satu makhluk. Dengan kebolehan yang diberikan kepadanya ketika berusia sembilan tahun, dia mampu menyeru keluar makhluk yang taat pada perintahnya.

Seorang lelaki bernama Sernam membawa kebenaran kepadanya. Memberitahu tujuan sebenar kewujudannya. Tiada manusia yang tahu dan sedar, keselamatan bumi terancam. Bangsa manusia bakal pupus. Mendengar semua itu, Julianshah nekad mahu menyelamatkan keadaan.

Namun, bagaimana mungkin dia mampu menyelamatkan bangsa manusia dan bumi? Sedangkan dia adalah sebahagian daripada puncanya!

Tuesday, 23 May 2017

Bayi: Saksi Kekejaman Manusia ~ Fitri Hussin, Syaida Ilmuna, Resmanshah

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

PRODIGI – Fitri Hussin
Selepas lebih sepuluh tahun menunggu, akhirnya pasangan Yakub dan Zarina dikurniakan juga seorang anak oleh ALLAH SWT. Tetapi tidak lama selepas dilahirkan, Sofea, bayi mereka diculik dan diburu oleh dua pihak. Siapakah sebenarnya bayi yang ditunggu dan dicari Agensi Palang sejak tahun 1824 itu? Siapa pula Iqbal? Apakah yang berlaku kepada Sofea? “Terlalu penting. Lahirnya akan membawa bencana kepada kita. Dia akan membongkar segala penipuan kita. Menggegarkan dunia dan mungkin menjatuhkan kita." Stamford Raffles.

Bayi Karnivor – Syaida Ilmuna
"Modus operandinya sama. Wanita, berseorangan dan muda. Ditikam pada bahagian leher. Cuma kali ini, janinnya dikeluarkan. Seperti ada orang lain yang melakukan cara pembunuhan yang sama dalam lingkungan tempat yang lebih kurang dekat dengan pembunuhan pertama.”

Novel untuk Atikah – Resmanshah

“Betul kata ayah kamu. Kejap lagi, semuanya akan berakhir!” laung gadis itu ketawa semahu-mahunya. Lalu diangkat kapaknya. Lantas dilibas sekuat tenaga!

Friday, 24 February 2017

Projek Seram: Lif ~ Ninie Othman, Resmanshah, Helmi Effendy

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Kau Kuseru - Ninie Othman
Desakan untuk mencari rumah sewa baru telah membawa Amira, Melissa dan Erin hingga ke bangunan rumah pangsa, Blok Mawar. Dengan bantuan Zairil, mereka bertiga berpindah masuk ke situ. Selepas seminggu tinggal di situ, mereka diuji dengan pelbagai peristiwa pelik sejak hari pertama mereka menyewa di flat itu. Amira sering kali ternampak gadis berpakaian putih yang dikotori darah, Melissa seringkali mencium bau hanyir darah ketika berada di kawasan lif. Erin yang memberi idea supaya mereka mendapatkan jawapan kepada semua kejadian pelik itu menggunakan papan Ouija. Adakah semua persolan terjawab atau apakah musibah yang bakal menanti mereka? Berjayakah mereka hingga ke penghujung dengan selamat?

Khilaf – Resmanshah
Cuba bayangkan. Kau masuk ke dalam sebuah lif. Sebaik kau melangkah keluar, dunia kau berubah. Siang dan malam tidak terjadi dengan hukum yang sepatutnya. Tiada logik yang terjadi di dalam dunia kau lagi. Kau berjumpa dengan manusia yang sudah lama mati. Kau melihat puluhan manusia yang terjun dari tingkat paling atas sebuah hotel mewah, bangkit semula dalam keadaan yang mengerikan. Kau dikejar mayat hidup yang mirip dengan rupa kau. Kau berdepan dengan situasi dan kejadian yang sepatutnya sudah menjadi masa silam kau. Sehinggalah pada suatu ketika, kau berdepan dengan hakikat ‘YANG KAU AKAN MATI DALAM KEADAAN YANG AMAT MENGERIKAN!’

Aras 77 – Helmi Effendy
Sepuluh tahun selepas berdirinya Menara Gergasi, ia turut menarik perhatian pasangan pemburu hantu legenda iaitu Ikhwan dan Zulaikha untuk menyiasat kes kematian yang sering berlaku di menara pencakar langit tersebut. Siasatan mereka membawa kepada lif menara gergasi yang selalu membawa mereka ke hidden floor yang merupakan tingkat tersembunyi bersemadinya belasan makhluk halus yang datangnya entah dari mana. Mampukah Ikhwan dan Zulaikha menentang mereka dan menghapuskan kes paranormal yang selalu berlaku di Menara Gergasi?

Thursday, 22 December 2016

Projek Seram Kerusi ~ Fitri Hussin, Ebriza Aminuddin, Resmanshah

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Sekali Melangkah, Kau Milikku...

Jasmin ditemui mati ketika Zahurin dan Syahir bertengkar besar. Beberapa bulan kemudian, keluarga Sufian berpindah ke rumah keluarga Syahir itu. Sejak Aliana menyusun semula kerusi di ruang keluarga, satu demi satu kejadian yang pernah berlaku kepada keluarga Syahir dialami pula oleh keluarga Sufian. Apakah sebenarnya yang berlaku?
MEREKA ADA, MEREKA LICIK / BELA

Iman Lutfi telah membawa keluarganya ke sebuah banglo berbentuk istana untuk menilai barang-barang antik yang terdapat di sana. Tanpa diduga, suatu kejadian yang tidak disangka-sangka telah berlaku apabila seorang demi seorang anaknya didapati hilang.
SEKALI MELANGKAH, KAU MILIKKU / ANTIK


Kehidupan Amrun berubah sejak dia membeli sebuah kerusi terpakai berwarna merah darah. Daripada seorang penulis novel seram yang tidak glamor, nama Amrun mendadak menjadi penulis novel seram nombor satu Malaysia. Novelnya mendapat sambutan yang sungguh luar biasa. Namun, hidupnya terganggu apabila dia sering dihantui oleh satu roh lelaki yang mati terbakar. ADAKALANYA, IMPIAN MENGHANCURKAN KEHIDUPAN / KERUSI MERAH BERDARAH