Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Fadli Salleh. Show all posts
Showing posts with label Fadli Salleh. Show all posts

Wednesday, 4 December 2019

Ragam Budak Sekolah ~ Fadli Salleh

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

"BESTNYA JADI CIKGU. KERJA RELAKS JE. CUTI BANYAK.
TAK IKUT OFFICE HOUR. DATANG SEKOLAH MENGAJAR, LEPAS TU BALIK."

UNTUNGLAH KALAU BETUL MACAM KAU CAKAP NI.

KAU PERNAH TENGOK CIKGU JADI BADUT?
KAU PERNAH DENGAR CIKGU JADI PENYIASAT?
TU BELUM PART JADI REBUTAN GEGADIS LAGI. ADUH.

KALAU BELUM, PERSEPSI KAU AKAN BERUBAH 360
DARJAH LEPAS BACA BUKU NI. AKU GERENTI! LEPAS
TU BARU BOLEH SEMBANG. AMACAM?

Lagi-Lagi Cerita Bilik Guru ~ Fadli Salleh, Shahidan Shuib, Firdauz Abdullah, Reyna Ibrahim, Nurain Sabrina

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

"CIKGU BUKAN SEKADAR MENGAJAR A,B,C. GURU SEJATI MENDIDIK PEKERTI."
CIKGU FADLI SALLEH

"BUDAK-BUDAK, KALAU KITA KATA NAK CERITA PASAL HANTU, MASING-MASING MELOPONG TAK SABAR NAK DENGAR. TAPI AKU RASA KAU YANG TUA PUN SAMA, KAN? JADI, KALI NI AKU NAK CERITA KISAH DI TEMPAT AKU. BEGINI KISAHNYA..."
CIKGU SHAHIDAN SHUIB

"BERI RUANG UNTUK ANAK-ANAK KITA BELAJAR DAN BERI KESEMPATAN UNTUK GURU MENDIDIK ANAK-ANAK INI DENGAN SELESA. SAMPAI MASA KITA AKAN LIHAT BAGAIMANA PERUBAHAN ANAK-ANAK KITA."
CIKGU REYNA IBRAHIM

"MURID-MURID INI MEMANG LUMRAH MEREKA BERMAIN, TAK KIRA MASA, TAK KIRA TEMPAT. KITA YANG TUA INILAH PERLU BERI LEBIH PERHATIAN. KALAU DI RUMAH, MEREKA MILIK IBU BAPA. DI SEKOLAH PULA, CIKGU SEPERTI AKU INILAH YANG PERLU TENGOK-TENGOKKAN MEREKA."
CIKGU FIRDAUZ ABDULLAH

Monday, 28 May 2018

Cerita Bilik Guru ~ Fadli Salleh, Shahidan Shuib, Reyna Ibrahim, Firdauz Abdullah

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

"Ada murid bawa mainan ke sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa. Malah, pernah berlaku murid bawa kucing dlm beg nak tunjuk dekat kawan-kawan! ini bukan gurauan, ini kejadian benar."-Fadli Salleh

"Kesilapan kita mendidik juga mungkin akan mengakibatkan satu generasi 'tersilap' dalam didikan asuhan. Ramai berkata pekerjaan guru seolah-olah berada dalam ladang pahala namun mungkin sahaja dosa mengajar terhasil akibat hal-hal yang tidak sedari."-Shahidan Shuib

"Mengajar ABC dan 123 kelihatannya kerja mudah. Tapi bagaimana jika yang datang kepada kita adalah anak kecil yang langsung tidak tahu apa-apa? Hatta memegang pensel sekalipun umpama mencengkam batang kayu di telapak tangannya."-Reyna Ibrahim

"Cuma sampai hari ini, aku tetap tak boleh jawab apabila di tanya kenapa boleh di lantik sebagai GB pada usia yang sangat muda? Maklumlah, ketika menerima surat pelantikan dahulu, usia aku baru 32 tahun. Baru cukup 10 tahun dalam bidang pendidikan."-Firdauz Abdullah

Friday, 26 May 2017

Cikgu Kelas Sebelah ~ Fadli Salleh

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Orang kata, jadi cikgu zaman sekarang tidak seronok seperti dulu lagi. Terlalu banyak beban, terlampau banyak tekanan. Kalau kau cikgu, pandai-pandailah mencari keseronokan sendiri. Agar semangat tidak hilang, agar cinta terhadap profesion terus membara.

Aku mahu mengajar dengan gembira dan mahu murid belajar dengan seronok. Jadi ini yang sering aku lakukan. Aku suka bermain watak seorang kawan kepada murid. Watak guru di luar daripada kebiasaan. Watak yang paling kurang, menyeronokkan aku dan memberi semangat untuk terus bertahan di arena yang makin mencabar.

Saat kau bersama murid, sebenarnya masih sama seperti dulu-dulu. Kau dan murid. Di dalam kelas, kaulah Raja. Kalau kau raja yang bijak, kau tadbirlah negeri kecil kau dengan bijaksana. Persetankan segala bebanan yang menunggu. Saat melangkah masuk kelas, ingatlah. Kau Raja!

Jom join aku jadi guru di luar daripada kebiasaan. Jom jadi 'Raja' di dalam 'Negeri Kecil' yang penuh dengan kegembiraan.