Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Mum Linz. Show all posts
Showing posts with label Mum Linz. Show all posts

Tuesday, 21 June 2022

My Better Half ~ Mum Linz

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

“Tya kena fikir habis-habis. Ini soal hidup Tya yang Tya pertaruhkan.” - TARIQ 
“Tya tak kisah. Kalau ada yang sudi...” - TYA 
“Saya sudi.” - AZHAD 

Siapa sangka di hari pernikahannya, pengantin lelaki tidak munculkan diri. Lantas Tya Warda membuat keputusan gila demi maruah keluarga. Namun hubungan suci itu hanya di atas kertas, bukan seperti selayaknya pasangan suami isteri yang lain. Sehinggalah Azhad ditimpa musibah, tiba-tiba dia berubah sikap kerana memorinya terhad setakat 5 tahun sebelumnya. Azhad mencurigai Tya. 

“I tak pernah percayakan perkahwinan. Kenapa I perlu berkahwin dengan you pula?” - AZHAD 
“Ikut suka youlah nak percaya atau tidak. I cuma beritahu perkara yang sebenar.” - TYA 

Perlahan-lahan, kemesraan antara mereka mulai terjalin. Namun semua itu tidak kekal lama. Sedikit demi sedikit, kebenaran siapa sebenarnya Azhad mulai tersingkap. Terpengaruh dengan hasutan, Tya memilih untuk meninggalkan Azhad. Sehinggalah mereka kembali bertemu tanpa sengaja, hati Tya kembali lunak. Malangnya kisah lampau Azhad mula menghantui rumah tangga mereka. 

“Sergei Genovese. Itu nama you, kan?” - TYA 
“Itu kisah hitam I, Tya. I dah berubah, dan I tak nak ingat semua tu.” - AZHAD 

Apa kisah sebenar di sebalik nama ‘Sergei Genovese’? Dapatkah Tya Warda terus bertahan dengan ujian hebat dan tentangan dari keluarga mafia Rusia itu?

Friday, 15 January 2021

My Dangerous Arlo Russo ~ Mum Linz

(SEM & SS) RM28.00 > RM26.00

Hanya kerana satu kejadian, telah menarik minat Arlo Russo, ketua mafia Itali yang kejam dan berdarah sejuk itu untuk menjadikan Darwina sebagai tawanan di rumah agamnya. Bagi Darwina pula, perkara itu langsung tidak pernah terlintas di fikirannya. Apa salah dia?

“You caught my interest. As I said before, I want you so bad.” - Arlo Russo
“Let me go! I’d rather die than being with you. I’m not yours!” - Darwina

Kata orang bila dah sebumbung, rasa benci pasti akan bertukar jadi suka. Atau mungkin lebih dari itu. Dan gelaran ‘tesoro’ selalu menjadi mainan di bibir lelaki itu.
Tapi segalanya mula berubah apabila satu rahsia tentang Darwina terungkai. Darwina adalah wanita yang dia cari selama ini. Wanita yang mempunyai kaitan dengan kematian orang tuanya. Namun belum sempat masalah dirungkaikan, Arlo telah kehilangan memori tentang Darwina.

“Kita pernah kenal ke?” - Arlo Russo
“Arlo... you dah lupakan I ke? Semudah itu?” - Darwina
Dan demi mengembalikan semula memori dan kisah tentang mereka, Darwina sanggup mengahwini